Posted by: pinkturtle2 | Jun 6, 2009

Dato Mustaffa Ali!! Sila bagi penjelasan…

kami dari blogger boleh menerima kekalahan Dato Husam jika benar pihak perwakilan yang membuat keputusan semalam.. Tetapi berlainan dari keputusan perwakilan yang berlaku sebaliknya.... manjong mari

kami dari blogger boleh menerima kekalahan Dato Husam jika benar pihak perwakilan yang membuat keputusan semalam.. Tetapi berlainan dari keputusan perwakilan yang berlaku sebaliknya.... manjong mari

Muktamar PAS 55 – Dato Mustaffa Ali… Sila bagi penjelasan …

Mustafa…

Ana selaku ahli PAS mohon penjelasan apakah benar seperti yang diberitakan Di SINI. Selain dari itu ana mendapat berbagaic maklumat yang mengatakan ada unsur penipuan.

Alangkah sedih hati ana bila membaca berita… kami dari blogger boleh menerima kekalahan Dato Husam jika benar pihak perwakilan yang membuat keputusan semalam.. Tetapi berlainan dari keputusan perwakilan yang berlaku sebaliknya….

MOHON PENJELASAN… INGAT KITA BUAT KERJA ISLAM…. PARTI PAS TAK SAMA DENGAN PARTI UMNO…. JANGAN CUBA NAK BAWA IMEJ PARTI PAS JATUH KE LEMBAH NAJIS TAIK BERSAMA-SAMA UMNO



Responses

  1. awat la hang ni fanatik sngat. jangan la suka sangat prasangka buruk.

  2. Ni klu nak kata Musatafa Ali buat kerja xbetui biaq berpadalah…kita jgn bercakap nafsu kita yg xpuas hari itu..kita kena bercakap dgn hati kita yg ikhlas..
    klu kata musatafa ALi xbetui pun xleh kita terima krn Ustaz Hasan Shukri jadi timbalan dia..kan dulu ust nasa pernah lawan ngn ust Hasan Shukri..jgn jadi macam parti lain klu kalah kita xleh nak terima..kita lama dah ditarbiah dalam Pas ni..org PKR ja yg xdak tarbiah ni..org PAS ni insyaAllah setakat hari ini boleh terima apa yg diminta oleh Pimpinan kita..
    jgn asyik dok fitnah ja….

  3. Minta maaf terlebih dahulu. Sudahlah manjong. Continue fights for your right in Perak. Who are you asking for Mustapha Ali to give an explanations. You must check your sources first whether he or she gives you the right information. It is not necessary for you to get carry away with that silly statement ” adakah berlaku kerja dalam gelap lagi” this mean the person who wrote this is making an allegation. Kalau hendakkan penjelasan dan jawapan face to face dengan Mustapha Ali. Orang yang menulis artikel diatas itu seolah-olah menyamakan PAS dengan parti karat disebelah sana. Allegation sebegitu menyatkan PAS ini lebih teruk daripad parti karat tu…… So be more professional & do your own investigation. Be smart blogger and not a follower.

  4. blogger semakin gedik.. depa ingat depa best sgt ka… menimbulkan prasangka sana dan sinii… aku sepak mampuihjh…. jgn dok samakan pas dgn umno… hangpa paham dakkkk?????

  5. sama-sama lah kita berjuang utk islam,,,,,

  6. blogger jangan pulak cuba naak pecahbelahkan pas ni. Ust nasa tak apa2, blogger pulak ang lebih2 hentam dia. ini tak bgus untuk PAS.

  7. Dari analisis memang mcm ader yg tak kene…. ingatkan pilihanraya umum jer umum lambat dalam PAS pun sama…….

  8. orang ble taula ada yg tak kenaa…org la ni bukan cam dulu…boleh tau!!!malang betula PAS di zaman kemungkinan PAS akan jadi kerajaan persekutuan..tapi depa lebih rela kepala dia UMNO!!

  9. Bunyi golongan yg xleh tima kenyataan..Yg sblm ni duk kutuk org sgt..Kata mcm2 kat u nasha..U nasha tu sabar ja..Tp bla cln plihan kalah mula la nk bunyi..Sudah2 la..Tima dgn ht terbuka..Kalu nk ikut salah,husam pn ada salah..Semua org ada salah..Dah2 la,tepuk dada tanya iman..Yg pntng keja terus jalan..Jgn intimak syahksi..

  10. “Dari analisis memang mcm ader yg tak kene…. ingatkan pilihanraya umum jer umum lambat dalam PAS pun sama……”

    mana dia analisisnya???

    “orang ble taula ada yg tak kenaa…org la ni bukan cam dulu…boleh tau!!!malang betula PAS di zaman kemungkinan PAS akan jadi kerajaan persekutuan..tapi depa lebih rela kepala dia UMNO!!”

    taw mcm mana??
    ada bukti ke???
    jgn main tuduh sesuka hati je..
    jgn lupa, Allah dah habaq 2 kali dalam Al-Quran,

    “fitnah itu lebih besar dari membunuh”

  11. Sepatutnya memperkasakan PAS, ni duk asyik sebut perkasa pakatan je.. nilah jadinya! Tak reput2 lagi besi tu ! kah kah kah….

  12. maaf ustaz idris ahmad, lain macam je jelingan tu…

  13. salam,

    tp btul juga apa yg dihujahkan, kenape menunggu hingga keesokkan harinya..?

    susah sgt ke mengira undi yg tak seberapa tu?

    kalau SPR buat mcm tu koran gbising la plak, tp korang buat tak pe..?

    apa beza UMNO dgn Pas skang ni..?

    UMNO pakai songkok.. pas pakai kopiah…

    salah ke kita sebagai penyokong yg mengundi korang itu hari bertanya..?

    kalau mcm ni la sikap org pas tak terkejut Pas n pakatan rakyat tumbang di PRU13 nanti…

    ingat bukan ahli pun ramai yg mngundi itu hari.. kalau sentimen rakyat tak diterjemahkan.. ha.. tunggu la akibatnya nanti….

  14. SPR pun boleh umum keputusan pertandingan pada hari yg sama, tapi PAS boleh pulak tangguh keesokkan harinya..
    cara ini rasanya tidak sesuai dan boleh menimbulkan prasangka yg tidak baik…

    Kekalahan Husam adalah kerana selalu pakai songkok dan kemenangan Nasha pula adalah selalu pakai kopiah…

    Yang pakai songkok seolah seperti umno tapi terang-terang tak menyokong umno,

    Yang pakai kopiah seolah PAS yg sejati, tapi dalam gelap sayang pada umno ada dalam hati…

    Benarlah kata Nabi, akhir zaman banyak berlaku perkara seumpama ‘semut hitam yg berjalan atas batu yg hitam di malam hari yg gelap’…kalau setakat suluh dengan lampu suluh cap ayam, tak nampak…

    Jadi…Lu pikirlah sendiriiii….

  15. Yong juga amat sedih jika apa yang didakwa oleh Perakexpress itu sungguh berlaku.

    Tak tumbuh tak melata,
    Tak sungguh orang tak kata.

  16. walpak moleh ayat bloger mu ni.. klu ye pun jng samakn pas ng umno.. cuba paham jugok erti kesabaran.. aku tahu mu ni awok2 husam musa.. tpi jng sama kn pas ng umno….

  17. cuba paham gok dulu kerajaan perpaduan dulu.. klu ye pun buknyas ng nk join umno tpi ada lh matlamat dia.. bila lagi kita asyik gaduh.. sedngkn ummt isalm bersaudara..

  18. memang ada sesuatu yg tak kene, nak kira seribu undi pon makan masa lebih 6 jam???? biasa la negeri sendiri kalah teruk, hilang jawatan…kalu tunduk dengan umno kok2 dapat senator..he he

  19. Ni yg panas bukan ahli pas totok… kalau pure pas mesti tak hairan punya sapa yang naik.. dia mesti anggap yang dipilih tu lah yg patut diikuti.. sebab ahli pas telah ditarbiah macam ni.. ahli pas tidak diajar menderhaka kepada pemimpin @ ulamak.. Kalu puak balik nu memang dah jadi amalan… Tahkan yang main isu ni pun puak nu jugak dengan niat tertentu….. KITA PATUT BERJAGA-JAGA… TETAP JADI PENYOKONG SETIA..

  20. salam,

    lepas ni tiada lg pemimpin Pas berjiwa rakyat, sape dah pegi umah ustaz nasha..?

    compare umah TGNA.. mana sifat zuhud? dlm ekonomi meleset ni ada tak ketua UPU, yg turun tanya masalh penyokong..?

    ada keje ke tidak ? cukup makan ke idak…? so apa yang digembur2kan sebagai Harapan baru..?

    pemimipin dah ada yg pindah rumah baru, bei keta baru, rakyat mcm ni juga…

    adakah selama in politik itu kejam..?
    penjilat? penindas juga yg berkuasa..?

    ingatlah pemimpin yg akan ditanya tentang rakyatnya kelak…

    wama karu wama karallahu hairul makirin…
    ubah sebelum parah…

  21. Kalau macam ni le keputusannya,,alamatnya,PAS tak dapat synergy yang diharapkan pada PRU13 nanti…pada pandangan saya sebagai pengundi muda,saya nampak Husam Musa lebih berkeupayaan membawa PAS ke era yang lebih gemilang….Beliau lebih bijak berpencak silat dlm strategi politik dan ekonomi…..Saya harap pihak PAS menjadi lebih terbuka dalam menilai personaliti calon…..Blogger tersebut,bukan membawa prasangka,bukan pemfitnah,,,tapi kita kena faham,impian calon yang diharapkan tidak kesampaian,,,Penilaian blogger berkenaan mungkin juga macam saya,,,saya bukan ahli PAS,,saya adalah pengundi muda atas pagar yang tertarik dengan kepimpinan macam Husam Musa…….

  22. Ana pasti pas lebih teruk daripada umno.
    Cakap kosong,
    cakap banyak,
    cakap bahasa hodoh,
    cakap tanpa fakta,
    cakap besarkan perkara remeh
    cakap penuh andaian

    serahkan kepada orang pas@penyokong pas, malu ana sebagai orang Islam Melayu.

  23. Pemilihan pemuda umno….kira undi 6 jam
    pemilihan PAS …kira undi 12 jam……..siapa buat kerja dalam gelap?…..

  24. Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

    Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

    Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

    Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

    Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

    ++++++

    Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

    Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

    Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

    Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

    Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

    Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

    Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

    Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

    ====
    PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

    Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

    Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

    Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

    Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.

    Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

    Proses pemilihan akan dipertikai.

    Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

    Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

  25. sesiapa yang benci pada ulama adalah musuh pas.pada sape2 yg tak suka ulama sila cari parti lain yg takda ulama ye.jgnla menyibuk hal dalaman pas

  26. afyan ni sapa la gamaknya. tak berpijak di bumi nyata langsung. Ko rasa kalau Anwar masih dalam penjara Kedah, Perak dgn Selangor nak tukar kerajaan ke? Pakai otak la sikit… Aku penyokong Pas dari kecik, atau ko ni ejen BN melaga lagakan PKR dgn PAS kot. Kalau ko ni penyokong PAS buka sikit minda tu… biar cerdik sikit kalau nak keluar kenyataan.

    • Kemenangan PAS di kelantan tahun 1990 tanpa bantuan Anwar.

      Malah Anwar adalah penentang PAS pada zaman itu.

      Hari ini pun, lantaran ketidakbijakan Anwar, Perak jatuh.

      Perak jatuh lantaran Adun PRK melompat.

      Adun PKR tersebut adalah calon MB daripada PKR cadangan oleh Anwar.

      Anwar tidak mampu mendidik ahli PKR sebagaimana ahli-ahli PAS.

      Hari telah terbukti Adun-adun PKR tidak tahan diuji dengan wang ringgit, tak tahan ugutan.

      Sepanjang 27 tahun kepimpinan ulama di dalam PAS, tidak pernah berlaku Adub/MP PAS melompat parti.

      PKR? Baru lebih setahun dah ada 2 Adun lompat dan 2 letak jawatan lantaran tidak tahan diuji dan rasuah.

  27. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    saya adalah pengunjung muda di blog ni,,

    salam perkenalan saya hulurkan

    pada hemat saya , pas dari dulu didokong oleh cendikiawan serta ilmuan islam seperti almarhumzulkifi dan almarhum dato fadzil noor.oleh itu pas tidak dapat tidak mesti mengutamakan dahulu golongan ulama dalam tindakan mereka,,saya tidak berniat nak mengenepikan para profesional dalam saf pas..mereka juga tenaga penggerak utk memacu pas lebih jauh LAGI terutama pergolakkan politik malaysia dewasa ini..
    ringkasnya disini dengan izin.ULAMA DI JUNJUNG ATAS ILMUAN NYA DAN GOLONGAN PROFESIONAL DIKELEK ATAS PANDANGAN INTELEKTUAL NYA

    SEGALA PUJIAN LAYAKNYA UTK ALLAH SWT,,DAN SEGALA KEBURUKAN DARI SIFAT HINA INSAN SEPERTI SAYA JUA ADANYA

    Salam pengenalan utk semua

    WASSALAM

  28. paper utusan menyokong ulama supaya ahli pas membenci ulama.bila dh selalu kluar utusan maka tokoh tersebut akan dibenci kerana dilabel bersekongkol dgn umno.ramai yg terpedaya dgn reverse psychology yg dimainkan umno.ramai yg lebih mempercayai umno dr pas sndiri.

  29. org yg jauh dari tuhannya memang mudah d goda syaitan.yg dekat dgn tuhannya tentu d pelihara hatinya oleh tuhan.
    komen yg d beri yg bukan kerana ALLAH maka d khuatiri telah tenggelam dlm hasutan selain DIA.

  30. a’kum. pada asas nya memang Umno takut akan keupayaan ulama di dalam Pas. konsep kepimpinan ulama menjadi teras di dlm perjuangan Pas. di sini adalah nadi kpd kebangkitan Pas yg Umno xleh nk tiru. jika kita bersandarkan kpd kepimpinan Islam, Umno jg boleh akui umno jg kepimpinan Islam, jika kita berdasar profesional, dlm Umno jg ramai sebegitu..tapi Umno pening bila berhadapan satu konsep yg dia amat jauh sekali nk ikuti. itu sebab Umno cuba berlagak memberi sokongan kpd Ulama sedangkn kalau bolah biar kepimpinan ulama itu di hapuskn.

  31. umno ambil iktibar kesan kpd media blog yg membantu kemenangan besar PR pd PRU12 lalu, di situ Umno mewujudkn bloger2 yg kerja dia mengadu domba memburukkn kepimpinan Ulama, satu sudut ada bloger kerja dia memancung golongan yg di katakn edrogan, jgn terpedaya dgn perkara ini. cuma , sebagai pendokong gerakkn islam, adalah haram mempertikai kn keputusan dari muktamar, di dlm harakah islamiyah,” tidak boleh ada ibarat rumah siap pahat berbunyi” . berhati2 krn musuh sentiasa menanti masa untuk meruntuhkn ukhuwah kita.

  32. kepada pendokong PAS , terus istiqomah dlm perjuangan dakwah kita, mantapkn gerakkerja jemaah, krn aku yakin pendokong tdk goyah walau apa isu yg timbul. pendokong mesti org yg ikhlas & sedia di tarbiyah, wala & siqoh pd pimpinan yg di pilih perwakilan. jika tdk di pilih sbgai pimpinan contohi saidina khalid al walid RA. kpd penyokong Pas pula, hati2 dgn dakyah jahat media Umno & sekutunya. jgn kita memaki hamun pimpinan sedangkn kita masih kabur apakah itu fitnah atau pun tdk. bykkn istigfar memohon ampun pd Allah. S.W.T..Allahukhbar!

  33. […] Dato Mustaffa Ali!! Sila bagi penjelasan… Muktamar PAS 55 – Dato Mustaffa Ali… Sila bagi penjelasan … Mustafa… […]

  34. Salam.

    Parti Islam kita tidak bergerak maju ke depan.

    Pi mai pi mai tang tu dan dok mai do pi dok takat tu.

    Akuilah bahawa:

    Kemenangan pilihanraya sebelum ini ada kerana ada orang2 UMNO yang frust dengan UMNO dan orang2 yang berdiri di atas pagar.

    Kemenangan bukan kerana kekuatan Parti Islam kita.

    Jangan dok asyik kata pada UMNO. Lihatlah kelemahan sendiri. Kalau tidak sentiasalah bermimpi di cekerawala.

    Sekadar belum nampak kekuatan yang ada.

  35. “Kepimpinan Ulama”, itulah yang tidak ada di dalam Umno mahupun PKR.

    Dengan sokongan profesioanal dan aktivis, kepimpinan ulama terus releven walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memggagalkannya.

  36. Salam.

    Sokong laporan PerakXpress.

    Rasanya ada yang tak kena.

    Nak kira undi yang terpenting sebanyak tu pun sampai 2.30 pagi.

    Mengapa tidak buat cara terbuka?

    Ada yang betul.

  37. Jika benar, sepatutnya daripada awal Husam perlu membantah.

    Hanya selepas kekalahn yang memalukan ini, barulah ia dibantah melalui blog-blog dan media.

    Seandainya menang, nescaya lain pula bunyinya.

    Bak kata pepatah, tidak pandai menari, dikatakan lantai tinggi rendah…

    Tidak panda berenang, dikatakan air berombak kuat.

    Tidak menang bertanding, dikatakan …

  38. Memang betul pendapat afyan dan saya amat-amat bsetuju. Sebaiknya sebagai ahli PAS terimalah kekalahan dgn smangat ukhwah. Jgn jd mcm sifat & sikap org ameno lak.

  39. Saya mengulang sahaja tulisan saya di atas sekiranya ada yang terlepas pandang;

    #

    Kemenangan PAS di kelantan tahun 1990 tanpa bantuan Anwar.

    Malah Anwar adalah penentang PAS pada zaman itu.

    Hari ini pun, lantaran ketidakbijakan Anwar, Perak jatuh.

    Perak jatuh lantaran Adun PRK melompat.

    Adun PKR tersebut adalah calon MB daripada PKR cadangan oleh Anwar.

    Anwar tidak mampu mendidik ahli PKR sebagaimana ahli-ahli PAS.

    Hari telah terbukti Adun-adun PKR tidak tahan diuji dengan wang ringgit, tak tahan ugutan.

    Sepanjang 27 tahun kepimpinan ulama di dalam PAS, tidak pernah berlaku Adub/MP PAS melompat parti.

    PKR? Baru lebih setahun dah ada 2 Adun lompat dan 2 letak jawatan lantaran tidak tahan diuji dan rasuah.

  40. ASALAM, JANGAN TERPEDAYA DENGAN TAKTIK HALUS UMNO UNTUK MEMECAHKAH PAS! INGAT, MEREKA SEDANG NAZAK, TETAPI MASIH BERTENAGA UNTUK MENGHANCURKAN PAS. JIKA AHLI PAS BERTELAGAH MEREKA SENYUM DAN MENUNGGU MASA UNTUK MENGERJAKAH UMAH YANG BERPECAH BELAH. BIARKAN SIAPA PUN YANG MENANG, ALLAH MELIHAT JIKA ADA YANG TAK BENAR. PANTAU SAHAJA, MUDAH-MUDAHAN TIADA YANG BELOT ATAU JADI MUNAFIK.

  41. WALLAHUALAM..betul ke tak cerita ni , jangan mudah percaya ,harap2 tidak berlaku dalam pas , aku sayangkan pas , kalau benda macam ni sudah terpalit dalam pas aku doakan pelakunya ditimpa sehuduh2 bala , jangan rosakkan parti dengan penipuan rasuah dan fitnah , sekarang rakyat mahu lihat kita buat bukan hanya pandai cakap , pemimpin pas jangan jadi macam umno hidup mewah sehingga menjadi hijab antara rakyat dengan pemimpin. ingat , pimpinan pas jangan sekali2 cuba tolong umno yang dah nak karam tu , nanti korang yang karam bersama kutukan dan cemuhan para rakyat dan malaikat.

  42. Ulamak ialah org yang takut dgn Allah.
    1) Takut dihisab depan Allah.
    2) Takut dirinya menyalahi sunnah nabi s.a.w.
    3) Solat malam dan airmatanya mengalir krn Allah.
    4) Takut bermewah.
    5) Takut tinggal solat jemaah.

  43. SEMOGA PUAK2 YG TAK HORMAT PRESIDEN DAN ULAMAK BERAMBOSLAH DARI PAS…..

  44. KENAPA HARUS KELAM KABUT KERANA KEKALAHAN HUSAM
    SIAPA HUSAM NII?
    KENAPA RAMAI BLOGGER SEDIH KERANA KEKALAHAN HUSAM??

    BIARKANLAH PAS DENGAN KEPIMPINAN ULAMAKNYA

    BIARKANLAH PAS DENGAN PERJUANGAN
    ISLAMNYA

    SAYA PERCAYA PERWAKILAN PAS TAHU SIAPA HUSAM SEBENARNYA!!!!!!!!!!!!!

  45. Perkara yang berlaku begini memang menimbulkan persoalan bila mengira dlm seribu undi pun ambil masa lebih 6 jam, dan isytiharnya lebih 12 jam? Ini bukan Batang Ai.. yg peti undinya berselerak merata tempat. Itu pun tak sampai 6 jam telah isytihar. Undi PAS ni dalam seribu undi saja dan dari tempat yang sama.. persoalannya kenapa jadi macam tu?

    Kalaulah kiraan undi itu betul.. org akan menganggap Mustafa Ali sangat lembab tak reti buat kerja. Apalagi kalau kiraan itu ada silap mata dalam gelap… lagilah org menganggap mustafa ali kaki soglap. Atau adakah keputusan tersebut perlu dapat clearance 1malaysia dulu?

    Patutla PAS trengganu tak menang2.. Org macam ni yg di suruh buat keje… Mat Said, mu jangang risau.. taliang hayat mu panjang lagi.

  46. DSAI .. KAMU KENALKAH SAPA HUSAM ? SIAPA HUSAM SEBENARNYA ? APA JASA NASARUDIN 2 PENGGAL JADI ORANG NO 2. APA JASA MUSTAFA ALI KEPADA TERENGGANU , APA JASA MAT IRAQI HARON DIN HARON TAIB KEPADA PAS DAN RAKYAT MALAYSIA.

  47. Salam,
    Perwakilan di Muktamar tak kecoh ? ?
    Kenapa orang di luar mudah sangat menguasai pemikiran kita?
    apakah kita tak merujuk surah hujurat tentang BERITA FASIQ???
    Jika al Quran tidak dijadikan ikutan…masuk lah selain PAS!!!

  48. salam..
    betul cakap gedik dan beberapa org lagi..
    Tolong jgn pecah belahkan persefahaman yg selama ini dibajai…
    jiwa org pas sebenar..we are happy along the thorny way…as the dunnia only the ‘test’ for the real moslem..
    pemimpin datang dan pergi, baru, lama, meninggal.. yg penting matlamat sentiasa diperjuangkan.
    org pas sejati tak akan pertikaikan siapa pemimpinnya, asalkan matlamat dan perjuangan masih sama.
    ~dulu kini selama insyaAllah masih sama

  49. DSAI logo hijau itu agen kepada satu klompok yang provok kamu semua forumer disini sentiasa menjengah blog ini, semoga blog ini sentiasa dilayari.

    Didalam blog ini terlalu ramai forumer menyokong Pas dan PR. Supaya blog ini menjadi popular dan meriah, seseorang mesti bertindak sebagai forumer yang anti klimek kontra dengan pandangan semua.

    Mahu tak mahu DSAI terpaksa menerima dan menelan makian dari budak tadika kelabu, yang kalau anda tidak berfikiran sejuk, sudah lama anda meninggalkan blog ini.
    Cuba baca ayat ini.Tidak terhinakah DSAI kalau dia rasa dia bermaruah!.

    UDAHLAH IBLIS DSAI ….. BAIK HANG DOK BELAKI NGAN MAK HANG SAJA

  50. beri penjelasan

    beri penjelasan macam mana pa. tak faham lagi ke? main politik ke atau polituik di mainkan. tak faham lagi.

    kamu jangan beri penjelasan kepada hj. hadi tentang perkara yang bertentangan dengan kehendak ramai. hj. hadi tidak dapat fikir itu semua, kalau tiada orang yang tolong fikir bagi kepada dia.

    harap cari jalan supaya tiada kerajaan perpaduan. jangan main dengan pengundi, nanti melopong mulut tak tentu pasal. ini semua yang rakyat jadi haru biru ni kerana pemimipin tomak haluba. nak cepat naik jadi menteri atau perdana menteri.

    rasa nak jadi menteri tinggalkan pas, masuk umno, nanti perdana menteri akan lantik jadi menterilah. habis tinggi jadi menteri jaga agama.
    menteri lain jauh panggang dari api. kerana tak cerdik ada parti nak musnahkan parti dari dalam. kena ingat tu peringatan dari pengundi.

  51. INSPEKTER CONAN

    BUAT APA LAH KITA LAYAN BUDAK TADIKA KELABU HINNGUS KURANG AJAR TU,BIADAP, KALAU TAK ADE IDEA USAH MENULIS,KALAU TAHU TULISAN SAYA UNTUK PROVOK USAH BACA, KALAU KAMU ASYIK MEMAKI MENCARUT PEMBACA AKAN TAHU KAMU TIDAK ADA IDEA ATAU TEWAS ,KAMU INSPEKTER CONAN DULU TULISAN KAMU BAGUS TETAPI SAYANGNYA KAMU MENGIKUT JEJAK BUDAK TADIKA KELABU HINGGUS KURANG AJAR ,KAMU TAU TAK BUDAK TU MASIH HINGGUS LAGI PERLUKAN BIMBINGAN KAMU BUKAN MENGIKUT JEJAKNYA MEMAKI HAMUN ORANG,SEPATUTNYA KAMU INSPEKTER CONAN LEBIH BERILMU DARI BUDAK TADIKA HINGGUS MEMBERI TUNJUK AJAR CARA MENULIS YANG BAIK SEBAB KAMU NI BAKA PEMIMPIN SEPERTI ANUAR

    WALLAHHUALLAM

  52. setakat ni yg betul ulama dlm Pas adalah TGNA, Harun Din dan beberapa orang saja lagi. yg lain nya belum capai tahap ulama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

<span>%d</span> bloggers like this: