Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2009

Petronas wajib bayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian 1975

Isu Pembayaran Royalti Minyak – Pemimpin UMNO Menipu Rakyat Kelantan

KUALA TERENGGANU – Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.

Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya ‘emas hitam’ itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.

”Kebetulan saya dududuk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas disitu,

”dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,”jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama, semalam. (Gambar – Saifudin menunjukkan buku perangkaan kerajaan Malaysia kepada Presiden PAS)

Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian diantara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975.

Sebelum itu, Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak UMNO/BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihanraya kecil DUN tersebut.

Beliau berkata demikian kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan.

”Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen,

”hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,”tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang.

Katanya UMNO/BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda ‘Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan’, sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.

Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon UMNO/BN pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan.

”Rakyati di dahulukan, Manek Urai di utamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihanraya),
”tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, UMNO tak bayar royalty minyak,

”Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (UMNO/BN) pada pilihanraya kecil Manek Urai pada 14 haribulan nanti,”katanya.

http://buletinonline.net


Responses

  1. Memang kt offshore kelantan ade platform minyak, aku dah pegi pun…….Platform Cakerawala kendalian CARIGALI HESS kat Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) Blok A-18, 150 km dari Kota Bharu (naik chopper dlm 1/2 jam), so AMENO HAPRAK BARISAN NAJIS tak perlu lah nak bodoh-bodohkan orang Kelantan……… orang Kelantan sila hafal fakta yang aku bagi kat atas tu kot2 nanti ade orang-orang UBN datang nak kelentong korang

  2. TAK BAGI ROYTI PUN TAKPA…..
    DAH 19 TAUN PUN KELANTAN BULIH IDUP SAMPAI LONI.

    DEPA MENTEKEDARAH PUN BUKAN BERKAT…
    DOK MAKAN HAK ORANG……
    STADIUN RUNTUH LAH. BANGUNAN BOCOG SANA BOCOG
    SINI. PASTU EKONOMI RUNDUM… PITIH TADAK JUGAK.

    TURUN CUKAI JALAN KUNUN…….
    INSURAN NAIK 200%.
    LEBIH TERUK SEBELUM CUKAI TURUN REGA.
    GIIIILA…… WAT KITA TAK TAU…
    LEMPAG BATU SUSUT TANGAN.
    NAK AMEK KELIK REBET YANG DIBAYAG
    TAUN LEPAIH PUN BERPADA2 LAH. ITU NAMANYA KERAJAAN NAK MENEGA.
    KERAJAAN NAIK KAN CUKAI KAT INSURAN TU MACAM DEPA NAIK
    CUKAI KAT ROKOK DAN ARAK.

    TAKPA2 ASAL DEPA NAMPAK BEIK…..TURUNKAN REGA ROADTAX….
    INSURAN NAIK TADAK KENA MENGE NGAN KERAJAAN KUNUN.

    MONYET MURAH JE…… TALI MONYET TU REGA TINGGI.
    ALAMAT TAKLEH NAK BELA MONYET LE KALU LAGU TU.
    MONYEK TAKLEH NAK PEGHA MACAM PEGHA AYAM OOOOI…
    KALU PEGHA LAGU TU TAKUT BAHAM PUKI KAPIAG ARA…
    CARI ONAR NAIK MAKHAMAH.

    he he he

    • Salam.

      Orang PAS kena berhati2.
      Berhati2 dengan kawe kita yang kelabu.

      Kalau pimpinan PAS dokong kelabu.
      Mapuslah PAS.

      Kalau tak faham, tak tahulah.

      Sekadar nak tolong.

  3. Salam.

    Itu lah PAS kena matang.
    Ni PAS tak matang lasung.
    Dok pi dok mai dok lagu tu.
    Pi mai pi mai tang tu.

    Orang kata pilih professional, tak mahu.
    Tak perlu professional.
    Nak ulama saja.

    Itulah jadinya.

    Bukan salah ibu mengandung.
    Salahkan yang mengongkong.

    Sekadar nak kejujuran.
    Kalau tak tahu katakan tak tahu.
    Jangan pura2 tahu.

    • Salam ijau
      Golongan profesional tuan aziz tuan mat
      vs Fauzi fish monger (npk pro skit)
      di PRK MANEK URAI.

      Andai kata hang pa punya pro
      kalah nnt. kena lah buat mandi bunga.
      Akai kata buang sier.Akai kata lagi kalau
      tak buang sier ni dia akan merawit
      sampai pru13.Akai ckp lagi sier tu mai
      dari mana.Akai kata sier tu mai dari
      mulut capoi tpm profesional.Akai pon
      pening sbb akai professional tpm tu
      ckp nak bela setiap lapisan rakyat.
      Akai lagi pusing pening2 lalat bila
      soora akai tpm pro sebut penjual ikan.

      kelikpok ..kelikpok..pro pon tarak akai.

      • Salam great chief.

        Mu ni tak faham2.
        Kalau tak faham kita nak ulang.

        Kita ni budak tadika.
        Mesti ada pada nama.
        Kita budak tadika tiada parti.
        Kita masih bawah umoq.

        Kita bukan BN.
        Kita bukan PR.
        Kita tak menyebelah mana2.

        Cuma kita guna Hukum Akal kita.
        Yang betul tetap betul.
        Yang tak betul tetap tak betul.

        Logo kita logo hijau.

        Mu tolong bagitau kat suku sakat mu.
        Tadika logo kelabu.
        Dan poyot de moyot.

        Sekadar nak ulang.

      • Salam ijau…slamat pagi & sawadikap..kap kap,

        Awai2 pagi akai kata jgn. naik darah.
        Akai kata kena bersyukur kerana masih
        lagi sedaq dari kematian sementara.
        Akai masih lagi berfungsi.
        Akai nampak pintu tobat masih terbuka.
        Akai mana kata main dok tengah2.
        ooo baghu faham akai blom baliag.
        Akai dok bertaktih
        Baguih taktih lah plan2 lama2 akai
        jadi besaq.
        Akai jadi besaq nnt.
        Akai jadi pro.
        Akai jgn. clone akai pro tpm dah.

        sekadar akai ni nak pesan.
        slamat menjalankan tugas..
        hati2 ketika memandu.

  4. Hmm.. teruk benar dah diorang ni


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: