Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2009

Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan – Muhyiddin

CALON BN..Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon parti itu. Foto BERNAMA.

KUALA KRAI: Pengurus Bahagian Pemantauan Projek Kesedar Tuan Aziz Tuan Mat dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, 14 Julai ini.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Tuan Aziz, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, pada satu majlis yang diadakan di Kampung Sok Luar, Manek Urai, di sini.

Muhyiddin ketika membuat pengumuman itu berkata pemilihan Tuan Aziz direstui dan mendapat sokongan padu pimpinan parti termasuk Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga semua peringkat Umno selain diterima baik anggota akar umbi.

“Mengikut perlembagaan parti, jika ada kerusi yang kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan adanya pilihan raya, kita perlu runding untuk pilih calon, runding dengan (Umno) Negeri, bahagian.

“Kita beri peluang semua untuk kemuka pandangan. Susahnya kita di Manek Urai ini (untuk pilih calon), kerana ada ramai tokoh yang layak. Bagaimanapun, kita timbang secara halus, kita letakkan calon yang diterima pengundi,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan.

Muhyiddin berkata seluruh pimpinan parti yakin Tuan Aziz dan jentera pilihan raya yang diketuai Mustapa, dapat menebus kekalahan BN di kerusi itu pada pilihan raya Umum 8 Mac tahun lalu.

“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

“Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata mungkin ramai yang memandang sinis jika BN menang di Manek Urai kerana wakil rakyat BN hanyalah pembangkang dalam DUN Kelantan malahan ia langsung tidak akan menjejaskan struktur kerajaan negeri yang dipimpin PAS.

Namun, tegas beliau, wakil rakyat BN di Kelantan disokong oleh kerajaan Pusat.”Dia calon BN. Saya sendiri akan bantu jadikan Manek Urai simbol kebangkitan semula Umno dan BN. Dalam masa yang sama, kita akan lihat bagaimana kawasan ini boleh dimajukan,” katanya.

Katanya sejak dari awal penubuhannya, BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu membela nasib rakyat seluruh negara dan tradisi itu akan tetap diteruskan.

“Kita akan teruskan perjuangan pemimpin terdahulu, untuk bangunkan negara dengan dasar yang jelas, iaitu setiap lapisan masyarakat mendapat pembelaan adil dan saksama.

“Niat kita jelas, pembelaan rakyat diteruskan di bawah payung Umno dan BN. Jadi kita mahu Manek Urai dikuasi sekali lagi oleh Umno dan BN,” katanya.

http://mstar.com.my


Responses

  1. Hehehehe, silap bsr mat sembab pi hina kerja penjual ikan. UMNO mmg bdh selamanya tk bc socio-economic penduduk M.Urai. Kebanyakan penduduk M.Urai adlh bekerja sdri sama ada sbgai penoreh getah, kelapa sawit n lain2 keja lg. Mrka tk pndg sgt benda2 pgkt ni yg UMNO cb tonjolkan. Awal2 lg UMNO cb tonjolkan yg pangkat adlh sgl2nya. Seolah2 menghina org kg. W’pn tk berpelajaran, tp sikap mesra, amanah n jujur amt2 di sukai oleh penduduk. Nabi Muhammad S.A.W jg tidak berpelajaran, malah buta huruf. Akn tetapi peribadi baginda yg menyebabkan Rasulallah S.A.W di kagumi seantero dunia. Malah Baginda juga merupakan pemimpin negara Islam yg pertama. Npknya strategi UMNO memakan dri sdri kali ni. Ayuh kita hebohkan isu pgkt n darjat ini sbgai isu utk by-election ini.

    #Manek Urai lm adlh kg sy. Sy tahu cmne keadaan M.Urai..

  2. FUUUHHHHHHHHH……….!!!!!

    SABIK AKU DAH HABAG. MALAUN2 JAMBAN NGAN SONGKOK MEMANG SINONIM.
    MAKIN TINGGI SONGKOK TU MAKIN TINGGI MARTABAT KEJAMBANGAN.

    KALU AKU TAK SILAP YG BLAH KIRI SKALI TU,
    DATUK RAMZI. TAK PAKAI SONGKOK SEBAB PALA BESAG TADAK SAIZ. CADANG AKU DATUK BELI SONGKOK TURKI TU , BAGHU PADAN NGAN
    PALA DATUK SUPA NYIUG PULUN BABI TU.

    SENGEH JE KAK IZAT TU…MUJUG JUGAK MYDIN
    YASIN TU DAK ANGKAT TANGAN KIGHI NOO…
    TSALAH ANGKAT KTIAK TU BAU MACAM AYAG KENCING TIKUIH.

  3. “Mengikut perlembagaan parti, jika ada kerusi yang kosong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan adanya pilihan raya, kita perlu runding untuk pilih calon, runding dengan (Umno) Negeri, bahagian.

    Di Manik Urai banyak calon Umno yang layak, tapi di Penanti takdak calon yang layak,

    Betui ka otak hangpa ni, boleh pakai ka?.

  4. Memang Pak din kita silap besar lagi nie.Menghina kaum nelayan tu.Dia tak sedar ker Kebanyakan bapak bapak menteri menteri yang seabad dengan dia dulu kebanyakanya orang kampung yang mencari sesuap nasi dengan bekerja sebagai nelayan dan petani. La nie pun kalau takde nelayan boleh ker dia dapat makan ikan yang dia duduk pulun hari2 tu. Larat ker dia makan daging tu hari2.Belum bertanding lagi da bleh agak da, BN bungkus lagi ler nampaknya kat Manek urai nie.his.his.his.

  5. kalau kalah umno kita kalahkan pada PRU 13


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: