Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2009

Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS

Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi - Muhyiddin

Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi - Muhyiddin

Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS

Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.

Beliau telah dilaporkan berkata:

“Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi.

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut

Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan ileh parti berkenaan kelmarin.

“Adalah tidk wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangrmai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorit di kalangan UMNO sendiri,” kata seorang pemerhati politik.

“Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu,” tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

“Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan,” kata beliau.

http://greenboc.blogspot.com


Responses

  1. Aku cukup tak sangka tan sri sanggup cakap macam tu, sungguh aku tak sangka…… 😦

  2. Mahyudin kena ingat, bila dia berucap, dia bukan saja bercakap ateh flatform timbalan presiden Umno kerana dia jugak timbalan perdana menteri Malaysia. Rakyat Malaysia bukan ahli BN saja, dia merangkumi semua rakyat yang tak kira parti mana depa sokong. Itulah demokrasi takrif BN.

    Mat sembab bodoh ni, dia kena faham sapa jugak rakyat Malaysia, tak kira apa juga profession depa, depa tetap menyumbang kepada pembangunan negara, depa bayar cukai setiap apa yang depa belanjakan.

    Hang yang sebagai TPM ni kena pikiag bagaimana nak bantu rakyat yang miskin dan serba kurang.
    Dengan penghinaan dalam ucapan hang tu, dah jelas hang tak ambik tau berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang melarat dan merempat.
    Sifat munafik hang cukup terang lagi benderang, tak payahlah hang nak cerita projek membasmi kemiskinan kerana apa yang buat tu tidak ikhlas, bukan datang dari diri hang sendiri, tapi hang buat semua kerana nak jaga kuasa politik.

    Sepatutnya hanglah yang memberi semangat kepada rakyat dalam keadaan susah macam mana pun, suruh rakyat belajar sampai keperingkat tertinggi yang boleh, tapi setelah hang pilih depa yang dikatakan terpelajar tu, hang hina pula rakyat lain yang juga menyumbang kepada negara. Kalau dah hang sanggup kata macam tu ahli Umno yang tak terpelajar pun akan terhina jugaklah.

    Disinilah sepatutnya ahli dan rakyat yang menyokong Umno kena sedar, terutama dikampung2 dan dipendalaman, Pemimpin Umno memang suka hangpa bodoh, kerana selagi ada rakyat yang bodoh selagi itulah Umno boleh bernafas. Sebab itu bila depa hina rakyat depa tak rasa apa2, seperti Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini

  3. Kami mohon doa dari semua rakyat Malaysia dan pencinta keadilan mendoakan agar “Si Penjual Ikan yang tidak berkelulusan tinggi” itu mengalahkan pegawai kerajaan yang kononnya berkelulusan tinggi.

    Rakyat Kelantan khususnya pengundi Manek Urai akan ajar Muhyidin Yassin apa itu politik.

  4. Sebab itu Allah Taala pilih Rasul nabi Muhammad itu bukan dari bijakpandai dan hartawan Quraish.

    Sebelum Muhammad dilantik menjadi nabi dan rasul, junjungan belajar sendiri mengurus kehidupannya, mengembala kambing, pekerja upahan kepada peniaga arab quraish dan mengurus perniagaan kepada seorang perempuan arab yang akhirnya dijadikan suami.

    Tujuan Allah letak kehidupan nabi Muhammad seperti itu, supaya umat nabi Muhammad disepanjang zaman, untuk diambil pedoman dan tauladan kepada insan yang tidak bernasib baik, jangan kecewa dan gundah sesungguhnya Allah lah pemberi rezeki.

    Dengan ucapan yang berbaur penghinaan kepada hamba2 Allah yang diberi rezeki dan penghidupan mereka sebegitu. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang jugak anak kepada bekas Mufti dan menteri besar Johor ini tidak seharusnya dibenar mengurus kerjaan Malaysia. Beliau akan menyumbang kesesatan dan kepupusan Umno lebih segera.

    • Bapak dia bukan mufti, tapi belajar agama apabila dewasa setelah silap dimana-mana masa muda. Bila dia tukar cuti negeri johor dari jumaat kepada ahad ada orang cacak tanda salib dekat kubur bapak dia. Sudalah rakyat johor kenal dia ni…. payah . moga Allah hancurkan siapa saja yang nak hancurkan apa yang baik untuk umat Islam.Ameen.

  5. kalau macam ni mari kita pakat jatuhkan umno mereka tu kalau kalah senang nanti ambil tindakan

  6. SALAM……….

    JUAL IKAN….JUAL IKAN LAH
    KITA ORANG PAIH TAK PILIH PROTOKOLPUN.
    POZI DOLAH TU PADA KITA DAH OK TU.
    PERSONALITI ORANG BAIK2… PENAMPILAN DIRI ORANG BERIMAN. YANG PENTING SORA KELUAG MULUTNYA SORA ISLAM.

    LULUS TINGGIPUN KALU DARI SUKU SAKAT PENGAKAT..TENTU MENTEKEDARAH RASUAH.
    JAHAT ORANG BERPELAJARAN YANG TADAK SANDARAN AGAMA BERTAHAP LUMBU MASUK PAGAG. BUKAN TANAMAN SAJA DIHANTAMNYA..
    TAIK TINGGAL BERSEPAH.

    AKU AGAK HAIRAN…. LONI KALU PERSONALITI
    UMNO TIMBUL YANG HITAM LEGAM SAJA. TADAK KE YANG PUTIH2 DAN HENSEN. AKU GHASA DIA
    NI ANAK BEGHANAK ZAMBERI SEBUK KOPI CAP KAPAL API JUGAK NI.

  7. terasa nya aku sbagai org bawahan…sungguh pon punjual ikan, itu rezki Allah yang halal…kalau kaya tapi rezki tak berapa nak halal apa gunanya…

    itulah pandangan manusia…semua org disekeliling buruk2 belaka…diri sendiri jugak baik walaupon tak lah baik tara mana sangat…

    insaflah…memang hari ini kamu sebagai TPM…tapi ingat sekelip mata saja kamu boleh jadi pencacai kalau Allah nak uji…

    maka, jangan dihina yang kurang jgn dipuji yang lebih…sederhana dalam tutur bicara..

  8. Calun PAS mungkin tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.Tapi rekod nya baik.Bukan saperti bekas calun umNO yang menang di DUN Manik Urai yang membuat mahligai dilereng bukit dengan harga hampir sejuta ringgit walaupun menjadi wakil rakyat hanya satu penggal.Mana datang duit itu?. Dan Muhyidin juga harus jangan lupa penyelewengan yang dilakukan nya semasa dia menjadi MB Johor dulu…habis tanah tanah dijual nya kepada orang cina ataupun kepada orang Singapura…Negara lebih aman tanpa umNO. umNO petualang bangsa…

  9. Teringat pada suatu kisah bila berjumpa seorang tua yang memberitahu antara perkataan (B) dan (P). (B) maknanya bodoh dalam keadaan sebenarnya mereka ini benar, betul, bekerja, bendul, baik dan banyak lagi. Manakala (P) yang Tan Sri kata Pandai adalah penipu, pencuri, pembohong, pembunuh dan banyak lagi. Fikirkanlah wahai memanda PM, adakah anda bercakap tanpa berfikir. Kejayaan hidup bukan bergantung pada pencapaian akademik. Sedih dapat TPM macam hang. manik Urai akan menghurai kesombongan pemimpin UMNO.

  10. nate beruk

  11. Penduduk Kampung Sri Wangi amat mengenali muhyidain ni orang betul ke tidak. Habis kebun sawit kat situ di serah pada orang asing.

  12. Rakyat Johor menderita nak pergi solat Jumaat. Kerana muhyidain ni tukar cuti negeri johor dari jumaat kepada ahad pada 1993. Sejak tu aku sumpah laknat mamat ni tiap kalai pagi jumaat.

  13. Celaka Mat Sebab. Hina ore jual ike.

  14. tu dia..org johor sendiri tu..yg sumpah

  15. Salam,
    Tunggu apa lagi org. Johor.
    PRU13 NNT BAGI LA HAPPENNING.

    • entah betul ke tidak orang johor tu. no way for johor to fall under PAKATIPU RAKYAT.

      • Salam ARA,
        great… U wait & c.(insyaallah)

        “take a walk now and fly kite”

  16. kenape le Tan Sri cakap begitu? tgk ok je.. tapi kalau dah nama umno tu umno juga le perangainya…. dok kutuk penjual ikan apa cerita?

    tak baik camtu… fikir lah nasib baik orang tak kutuk Tan Sri tu abang kepada adik yang kena tangkap pasal dadah lak… kan?

    jual ikan bukannya jual dadah… bak kata DR M.. makan rasuah umpama makan babi.. so. fikir fikirkanlah….

  17. muh yi din sin nie hebat sangat ko? mano lulusan? oxpork ko? apalah lu mamat…baik jago pelut ko lah dol..kes-kes ko kek johor maso jadi MB dulu cam no?

    pooooraaaahhhhh lah muh yi din sin!

  18. Kami peniaga-peniaga ikan seluruh Malaysia amat terkilan pada TPM kita ni , menghina peniaga dan pemborong ikan kalau tida kami siapa yang nak buat kerja yang memberi protin kepada seluruh rakyat supaya jadi sihst dan cergas otaknya….bukan macam UMNO otak ada akai tak da……

  19. SALAM
    Golongan profesional tuan aziz tuan mat
    vs Fauzi fish monger (npk pro skit)
    di PRK MANEK URAI.

    Andai kata hang pa punya pro
    kalah nnt. kena lah buat mandi bunga.
    AKAI kata buang sier.AKAI kata lagi kalau
    tak buang sier ni dia akan merawit
    sampai pru13.AKAI ckp lagi.. sier tu mai
    dari mana.AKAI kata sier tu mai dari
    AKAI mulut capoi tpm profesional.AKAI pon
    pening sbb AKAI professional tpm tu
    ckp nak bela setiap lapisan rakyat.
    AKAI lagi pusing pening2 lalat ijau(maaf terlajak) bila soora AKAI tpm pro sebut penjual ikan.

    kelikpok ..kelikpok..pro TPM pon tarak akai.
    sekadar saja nak habaq

  20. Kalau setakat pengurus di Kesedar, ah..dah kenal ciri-cirinya. Rata-rata jenis pembodek dan lembu kenyang (buat apa pun cukup bulan gaji masuk). Tiada daya usahawan macam peniaga.

  21. Mat sembab ckp mcm tu sbb beliau dah tahu Umno akan kalah dkt Manik Urai.

  22. Hinanya kenyataan ini.Angkuh dan sombong sekali ucapan Muhidin,..inilah peal orang umno 1 malaysia ni,apa muhidin ingat dia tu cerdik ke..muka muhidin dan kata-kata muhidin dah mencerminkan betapa tolol dan tidak berilmunya beliau..apa lagi pegundi manik urai butikan pada mudin,menangkan abang uji dan nyatakan pada muhidin yang beliau lebih bodoh dan tolol sekali…

  23. Cuba tengok-tengok, jeling-jeling yang jadi pemimpin BN sekarang MELAYUnya ada berapa percent. Contohnya Undang-Undang Tubuh Perak mestikan MELAYU jadi Menteri Besar tapi yang jadi MB la ni agak-agak dari kumpulan mana?………….

    Bekas PM dulu dari KERALA, jadinya konsep 1 MALAYSIA kito ni dah diterap sebelum Najib lagi la………………… Begitulah kira-kiranya.

  24. helo din.

    calon ni disukai ramai din. tak sama dengan calon kau tu, kerana ada perebutan maka calon bidan terjun diambil din. nampaknya din kena tipu. mustapa tak ada cara nak pilih dah.

    tuan aziz ni sama lah dengan calon umno kuala trengganu, kamu ni ziz jadi makanan pihak atasan. tapi kamu jadi luas hidung kerana dipilih jadi calon, pada halnya kamu pilih yang tak tahu ke berapa puluh.

    kalu mu jenis ada duit, orang nak makan harta kamu kering-kering, mu tak tahu ke?

    ada kelulusan pun dah bodoh, bodoh situ lah. kan manek urai ni hak pas dari asal lagi, buat apa dok lawan. habiskan masa, habis wang, habis boras……
    akan ghaib selepas kalah dimanek urai ni.

  25. tak payah kluarkan statement ni pon mmg kompom kalah punya..

  26. Dapat wang hasil dari jual ikan lebih murni dan halal daripada dapat wang kerana duit haram, wang hasil jual tanah, wang hasil daripada penipuan dan rasuah.

    Kenapa pula begitu zalim nya TPM itu terang-terangan menghina orang lain…!!!!, layak kah dia dipanggil orang Malayu????

  27. Calun itu berkerja untuk siapa?dari sana kita mengetahui dasar yang akan mereka bawa dan perjuankan,Umno jelas atas dasar kebangsaan,dan paerti itu kini telah sarat dengan budaya rasuah da salah guna kuasa,juga pecah amanah,sesiapa yang memilih wakil pemimpin yang tidak menjadikan pertunjuk Allah sebagai dasar pimpinan nya,maka ia bersuhabat dalam apa jua tindakan yang bertentangan dengan apa yang bersalah dengan hukum Allah pada semua hal.Teraju negara wajib diberi amanah pada pemimpin yang beriman dan menjaga taqwa nya.

  28. Ok.. kawan2 kita naikkan poster penjual ikan..kita tngok macam mana penduduk MU respon, saya pasti ramai akan bersimpati dengan saudara fauzi kerana dihina sebegitu rupa…si muka sembab tu tak tau ke ramai penduduk MU tu terdiri dari peniaga….

  29. Salam semua,

    Dari penghayatan sy ucapan sebegini tidak
    mungkin di sengajakan oleh beliau melainkan
    ada sesuatu yg mendorong beliau luahkan
    tampa di sedari.Adakah ini satu perancangan dari Allah terhadap mereka2 yg ingkar dan dzalim.
    subhanallah…
    wallahhualam..

    .

    • Salam great chief yg tak great pon.

      Hebat tulisan mu.
      Pandai jugak mu tulis.

      Bermula dengan salam.
      Ayat teratur.
      Bahasa pun cantik.

      Komen mu.
      Orang setuju tak setuju, tak kisahlah.

      Mulai hari ini.
      Kita nak mu tulis begitu.

      Jangan dok ikut cara KelabU, Presiden Kelab U.
      Jangan dok ikut moyot de moyot, jawo2lah.

      Sekadar nak puji mu.

      • Salam ijau,
        Insyallah tapi perlu
        di ingatkan puji pujian hanya
        layak kpd ALLAH.Bahaya pujian
        itu di beri kpd manusia.Nabi pon
        tegah…saya rasa semua blogger
        di dlm ni harus mengerti…

        Amboi ijau hang tibai abih
        semua geng2 aku ..hang
        selinap depa hang puji aku.
        Dah tu dok tunggu apa.
        mai la ikut aku…

        masih aku dok heran buku apalah
        yg hang baca.Hang baca la skit2
        macam apa yg aku baca…bleh kot
        hijau dah elok DAH cuma nak tunggu cahaya
        nur bulan lekat kat ijau macam bendera PAS
        saja lagi..(jgn dok ketegaq )
        nak buat lagu mana….

  30. satu2 nye komen ko yg boleh aku puji great chief. bukan kah cantik isi nya.. wallahhualam..

    • hang ni apple…….. lucu jugak aku dok perati.
      lawak jugak…

      hang selalu mai…… menyampuk sikit2….
      kadang ada jugak cekit.
      macam hang ni , payah orang nak marah.

      hang mai pun aku nak bkawan je.
      tadaklah pong pang pong pang macam malaun lain.
      hari ni aku nak layan lah hang. maklumlah aku ni
      tadak masa…… tambah2 kalu malaun2 datang nak provok,
      lagilah tadak masa…. prasaan geram nak maki bkobag2

      kadang aku perati hang datang macam anak lumbu baru branak
      dua tiga hari ..cuh..cuh..cuh.. mai nak bkawan. sat hilang pi cari ibu isap pet.
      posting hang pun tak banyak kadag 20 patah perkataan je.

      aku suka hang apple…..

      • Salam Presiden Kelab U.

        Bunyi lain macam saja mu ni.
        Mentang2 namanya “apple”.
        Dah berkocak ke iman mu?

        Dia tu bukan betina.
        Dia tu jantan macam mu jugo.
        Jangan dok pakai suka.

        Tak tahulah.
        Mungkin mu bukan jantan.

        Sekadar nak suruh mu jaga iman.

      • Salam Ijau,
        Hang pon pandai sama
        nak tumpang sekaki kot….

        Yg apple tu pon satu hal.
        Aku tgk. lama dah.Dia masuk
        dia kuih2 skit dia blah.
        Cuit ..cuit skit dia blah.
        macam anak dara …stail pemalu..
        aku pon tergelak sampai terguling ni
        hang pa tau dak…buatlah camna pon
        asal hangpa bahagia dah la..
        nak buat lagu mana…

        hang dah hurong abih semua ka
        ijau buku2 yg terpalik taik tu..
        buang lah..beli yg baru ..baik2 nya.
        akai bleh jadi lagi besaq..

  31. “Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi – Muhyiddin”

    Nah………. orang orang kampong yang mencari rezki secara halal, tanpa rasuah dan penipuan…… CheDet dah berkata, tak perlu TGNA berkata….. “Makan duit haram (rasuah) sama macam makan babi”

    Tunggu apa lagi….. Inikah sikap dan kata kata yang sepatutnya diucapkan oleh seorang yang dikatakan Timbalan Perdana Menteri?

    Apakah hina benar kita yang berkerja keras untuk menanggung ahli keluarga kita dengan membanting tulang empat kerat dari mereka yang dikatakan berpelajaran tinggi tetapi memerah keringat dan menipu orang orang seperti kita untuk membuncitkan perut mereka? apakah orang orang seperti kita tidak layak menjadi pemimpin masyarakat? pada hemat saya, kita lebih baik dan dan lebih memahami masalah rakyat dari mereka yang berada dalam bilik bilik berhawa dingin tu…..

    Buktikan bahawa orang seperti kitalah yang menjana ekonomi negara, orang seperti kita lah yang menstabilkan keamanan dan keharmonian negara, orang seperti kitalah yang mematuhi undang undang dan perlembagaan, orang seperti kita yang yang lebih menghargai jasa jasa dan titik peluh dan kurniaan Allah dengan sumber rezki yang halal…. orang seperti kita yang lebih bersopan santun dan berbudi bahasa…..

    Wajarkah kita memilih orang yang telah menghina kita, memperlekehkan kita untuk memimpin dan menerajui negara, agama dan bangsa……?????

  32. Rakyat di tipu
    & Jawatan diutamakan

    Hurm.. rasanya lebih tepat dijadikan slogan.
    Kalau ikhlas nak meninggikan Syiar ISLAM di Malaysia, tak perlu tunggu lama. Terus boleh buat punya. Kalau tak reti nak mulakan, boleh ambil idea idea ini.

    1. Harap menteri yang dikatakan pemimpin nih, suruh anak bini tutup aurat. Menunjukkan tauladan yang baik pada rakyat dulu.

    2. Stop ajelah kilang arak, pusat judi kat Malaysia nih… BN kan dah ada kuasa.

    3. Laksanakan hukum Islam. dengan sejujurnya… bukan ke pemimpin nih bijak bijak belaka. Hakim pun kenalah bersih…

    Buat 3 benda tu dulu. dah lamakan memerintah, takkan tak boleh nak buat lagi. Jgn kata nak buat je.. tapi tak terbuat…

    Jawatan dan harta tuh hanya sementara je. Allah juga kasi untuk menduga. Bukan permanent yop.

  33. […] Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS Muhyiddin Perlekeh Dan Menghina Calon PAS Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd […] […]

  34. thank you for this information. I hope u ll go on helping us to learn this kind of important issues Eğlence ve hüznün bir arada yaşandığı bir dünya.!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: