Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2009

Fauzi Adalah Seorang Yang Cakno Dan Mesra Rakyat

calon pas mu3

Calon Pas Adalah Seorang Yang Cakno Dan Mesra Rakyat

…………………………………………………………………………………………………………………….

Abang Uji jadi perhatian masyarakat Manek Urai

Selepas diumumkan sebagai calon PAS di Dun Manek Urai kelmarin, Mohd Fauzi Abdullah terus menjadi perhatian masyarakat. Masanya menjadi semakin sendat sekarang.

Beliau dan isteri, Aminah Mahmood terpaksa berkejar ke sana ke mari siang dan malam bagi memenuhi jemputan penduduk.

Dan hari ini beliau semakin sibuk. Tengahari tadi menghadiri satu program di Laloh, dan sebelah petang pula bersama masyarakat di Peria.

Sedangkan Umno hanya petang ini mengumumkan pegawai Kesedar, Tuan Aziz Tuan Mat sebagai calon BN bagi menentang Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abang Uji pada 14 Julai ini. Image

Petang semalam Abang Uji hadir pada program dianjurkan Pasti. Beliau berkesempatan berjumpa dengan ibu bapa pelajar bertempat di Pasti Kampung Manek Urai baru.

Pada majlis itu beliau berpesan kepada ibu bapa supaya sentiasa memantau anak-anak sejak dari kecil lagi memandangkan banyak cabaran yang berlaku sekarang.

“Walau pun anak kita masih kecil seharusnya dijaga sebaik mungkin agar tidak terikut-ikut kerenah remaja masa kini yang semakin tidak terkawal.

“Saya amat memahami masalah dihadapi remaja sekarang. Saya juga akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mendekati mereka bersama menangani masalah sosial,” ujar beliau.

Beliau juga menjelaskan kerajaan Kelantan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat antaranya mewujudkan skim Takaful Kifaalah bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Image Selain itu, skim Takaful Armalah untuk ibu tunggal dan sumbangan pendidikan kepada anak-anak yang cemerlang.

Beliau juga yakin penduduk di Manek Urai sentiasa mengikuti perkembangan semasa yang berlaku termasuk di tempat-tempat lain.

Menurutnya, rakyat di seluruh negara masih mempertahankan perjuangan Pakatan Rakyat berdasarkan kepada lima pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

Manakala Aminah berkata, beliau sentiasa menyokong perjuangan suaminya bagi merapatkan lagi hubungan dengan penduduk di Manek Urai.

“Saya sangat gembira kerana dapat bergaul mesra dengan penduduk di sini, malah ramai yang saya sudah kenali. Rupa-rupanya ramai anak rakan saya pun belajar di sini,” ujar beliau.

Oleh itu beliau berharap penduduk di Manek Urai memberi kerjasama kepada suaminya bagi meneruskan perjuangan yang ditinggalkan Allahyarham Haji Ismail Yaacob.

Sementara itu Setiausaha Kerja Pasti Kelantan, Mokhtar Ismail berkata, kedatangan calon PAS Dun Manek Urai ke majlis tersebut dapat memberi peluang ibu bapa mengenali lebih rapat Abang Uji.

Selain itu katanya, hari terbuka Pasti di Manek Urai Baru diadakan bagi memberi peluang kepada ibu bapa beramah mesra sesama mereka memandangkan pada hari lain sibuk mencari rezeki.

Program tersebut diisi dengan pemeriksaan kesihatan percuma, ceramah motivasi keluarga, kuiz dan mewarna. harakah


Responses

  1. TAK BAGI ROYTI PUN TAKPA…..
    DAH 19 TAUN PUN KELANTAN BULIH IDUP SAMPAI LONI.

    DEPA MENTEKEDARAH PUN BUKAN BERKAT…
    DOK MAKAN HAK ORANG……
    STADIUN RUNTUH LAH. BANGUNAN BOCOG SANA BOCOG
    SINI. PASTU EKONOMI RUNDUM… PITIH TADAK JUGAK.

    TURUN CUKAI JALAN KUNUN…….
    INSURAN NAIK 200%.
    LEBIH TERUK SEBELUM CUKAI TURUN REGA.
    GIIIILA…… WAT KITA TAK TAU…
    LEMPAG BATU SUSUT TANGAN.
    NAK AMEK KELIK REBET YANG DIBAYAG
    TAUN LEPAIH PUN BERPADA2 LAH. ITU NAMANYA KERAJAAN NAK MENEGA.
    KERAJAAN NAIK KAN CUKAI KAT INSURAN TU MACAM DEPA NAIK
    CUKAI KAT ROKOK DAN ARAK.

    TAKPA2 ASAL DEPA NAMPAK BEIK…..TURUNKAN REGA ROADTAX….
    INSURAN NAIK TADAK KENA MENGE NGAN KERAJAAN KUNUN.

    MONYET MURAH JE…… TALI MONYET TU REGA TINGGI.
    ALAMAT TAKLEH NAK BELA MONYET LE KALU LAGU TU.
    MONYEK TAKLEH NAK PEGHA MACAM PEGHA AYAM OOOOI…
    KALU PEGHA LAGU TU TAKUT BAHAM PUKI KAPIAG ARA…
    CARI ONAR NAIK MAKHAMAH.

    he he he

  2. betul dah tu pilihan pemimpin

    harap berjuang betul-betul untuk pastikan pas menang. setahu saya umno sekarang dah ada progeram kempen ni sebanyak 1600 program di manek urai.

    cuba lihat apa yang berlaku, menteri-menteri yang hadir di manek urai, dia pakai kenderaan peribadi pegawai kerajaan persekutuan. kemudian pegawai pesekutuan yang berkerja di kelantan pakai kenderaan kerajaan. harap pekerja parti dapat selidiki. menteri tak guna kenderaan kerajaan tetapi pegawanya guna kenderaan kerajaan itu pun salah tu.

    menteri pergi ambil upah menoreh, menteri pergi cap sekolah, menteri pergi buat rumah dsb.nya. itu adalah tipu muslihat. harap pengundi-pengundi jangan termakan helah dan tipu, rasuah umno, undilah pas.

  3. Ok.. abang Uji selamat bertanding dan bukti kan pada si muka sembab tu yang peniaga/pemborong ikan pun boleh berkhidmat dengan baik pada rakyat MU…Yang berijazah bukan tentu baik perangai mereka tu juga lah yang dok perabih duit rakyat…

  4. jgn lepas ngundi senyap terus sudah ler..

  5. biarlah najid kaya raya tetapi dia mesti sedar Allah lagi maha kaya lagi maha mengetahu tak payahpun one malaysia org perjuangkan islam iniperjuangakan one malaysia ke ros malaysia

  6. ijtimak dunia klia/sepang semua di jemput
    9-12 julai 09


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: