Posted by: pinkturtle2 | Jun 29, 2009

Sahut dahulu cabaran Pemuda PAS Pasir Mas sebelum ajak TGNA berdebat

afendi tak sedar diri

Afandi Yang Perlu Lepasi Saringan

Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan tersiar kenyaaan Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Malah kata Afandi, untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Nik Aziz perlu melalui ujian saringan terlebih dahulu iaitu dengan berdebat dengan Pemuda UMNO. Kata Afandi lagi, kalau debat dengan Pemuda UMNO pun tidak berjaya, maka usah berangan untuk berdebat (dengan PM).

Bagaikan kelab Liga Kampung Manek Urai B yang mencabar Chelsea, Afandi nampaknya tidak berpaling ke belakang lagi semasa membuat cabaran ini. Pemimpin UMNO dari Rantau Panjang yang menang dengan penuh kontroversi ketika pemilihan UMNO tahun lepas ini memang merupakan seorang penceramah UMNO yang sering kedengaran suaranya di Radio Kelantan khususnya pada waktu malam. Lepasan Jordan yang dulunya merupakan orang kuat PAS di sana tetapi akhirnya pulang ke Malaysia untuk mencari makan dengan UMNO.

Dengan sejarahnya yang pernah mencabar Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi berdebat, maka ajakannya pada hari ini bukan suatu perkara yang menghairankan. Cuma yang agak mengejutkan apabila Afandi menyifatkan bahawa perdebatan dengan Pemuda UMNO ialah satu saringan. Mungkin Afandi sendiri sedar taraf Pemuda UMNO yang hanya layak berada di pusingan saringan.

Bagi saya, Pemuda UMNO boleh berada pusingan saringan tetapi hanyalah sebagai pengutip bola sahaja. Bukan ingin memperlekehkan Afandi, tetapi dengan kelayakannya di dalam bidang agama, berada dalam lubuk UMNO yang penuh dengan skandal bukan tempatnya. Ditambah dengan kenyataannya seperti hari ini, Afandi nampaknya memang nekad untuk mati bersama-sama dengan UMNO!

Afandi dan pemuda UMNO boleh berada di padang sebagai pengutip bola. Tetapi kalau bercita-cita untuk memasuki padang, tidak payah Dewan Pemuda PAS Pusat atau negeri turun, kami dari Pemuda PAS Pasir Mas bila-bila masa bersedia untuk melihat bakat Afandi sejauh manakah mampu menendang bola.

Apakata kata Dewan Pemuda PAS Pasir Mas menjual, Afandi sanggup membeli? Dewan Majlis Daerah Pasir Mas boleh memuatkan ramai pendengar rasanya.

http://ahmadfadhli.wordpress.com


Responses

  1. Salam.

    Tok Guru kena terima dan setuju.
    Bila lagi Tok Guru nak tunjuk hebat.
    Ini masanya untuk Tok Guru tunjuk sikit.
    Jangan dok protokol sangat.
    Pilih2 dengan siapa nak berdebat.

    Untuk menuju kebenaran, tak kiralah.
    Pemuda pun pemuda lah.

    Sekadar nak tengok.

    • Salam kembali,

      Najib kena terima dan setuju dulu (ikut turnlah, Tok Guru yg ajak dulu).
      Bila lagi Najib nak tunjuk hebat kat 1Malaysia.
      Ini masanya untuk Najib tunjuk sikit.
      Jangan dok protokol sangat.
      Pilih2 dengan siapa nak berdebat.

      Untuk menuju kebenaran, tak kiralah.
      Tok Guru pun Tok Guru lah.

      Sekadar nak tengok.

    • Boleh jugak berbahas dengan pemuda dalam bahasa Arab dan minta chegu tadika jadi pengerusi manakala ezam jadi juruacara.

  2. Hebat betui la pemuda umno nee jangan buat alasan pulak macam zahid hamidi sudah la

  3. Pemuda pas pasir mas tu baru sepadan dengan pemuda umno kelantan.

    tengok kelas le dulu nak ajak berdebat pun.kelas tg nikaziz sekurang kurang presedin umno atau timbalan presiden umno baru sepadan.

    cakap semua orang boleh cakap.

  4. malu muka pendi!!!! layak kena jadi pengutip bola tepi padang.kahkahkah,,malu muka pendi!!!!

  5. bijok2..pest kelas..pandai cari peluang..bulih naik namo..PM akan tgk bakat budok br ni..kalau hebat..naik pankat..ganti zahid hamidi..

  6. wow!
    ..hebat btol najibmughalazah tu di mata fendi!
    check2 la sket 2 bijik mata ko tu!

  7. hehehehehe……. suruh Mohd Afandi Yusoff, Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tu pi berdebat dengan Tun Dr Mahathir atas tajuk “Makan Rasuah Samalah Macam Makan Babi”…… tak payah la susah2 nak berdepat dengan Tuan Guru Nik Aziz……. Tajuk TGNA tu berat sangat bagi hangpa nak berjawab…….

    Yajuk CheDet tu sesuai la sesama hangpa berdebat….. UMNO dengan Mantan Presiden UMNO….

  8. Tak payah berdebat la…..sembahyang hajat sudah la….

  9. setakat semayang hajat cina kapiaq pun pandaiiiii

    hangguk2 hajat apa mauu
    semua kapiaq laknat buat macam nie…..

    kalau solat hajat ……ok kut…

    balik pi baca buku dgn ijau jamban taik alkafirun lagiiiii

    kot2 buleh nampak beza sembahyang dengan solat…….

    masa solat tak buleh pakai akai…….
    pasai dia ada qasad takrod takyin….

    masa semayang buleh la kot…… macam ijau dok buat…….

  10. Ini yang kita kata mencuri peluang politik Pemuda Umno Pasir Mas, Mohd Afandi Yusoff. (MAY)

    Kenyataan mennyahut untuk berdebat dengan TGNA ini, tidak lebih dari menonjolkan nama pada Datuk Sri Najib sahaja, dengan berbuat demikian, akan menjadi berita disemua akhbar2 perdana.

    MAY tahu dan telah mengukur, dia bukan setara dengan TGNA untuk berdebat dengan tajuk Umno serupa kominis. Sebagai rakyat Kelantan MAY tidak usah hendak menafikan kewibawaan TGNA yang bukan saja dihormati oleh ahli Pas dan rakyat Kelantan walaupun mereka ahli Umno.
    Orang Kelantan lebih memahami orang Kelantan.

    MAY telah terkesan yang Umno Pasir Mas tidak gah seperti zaman Datuk Ibrahim Ali menjadi ketua Bahagian Umno Pasir Mas dahulu. Umno Pasir Mas tidak lagi menjadi lambang kemegahan Umno di Kelantan. Penyingkiran dan pemecatan Datuk Ibrahim Ali, salah satu sebab Umno Kelantan dilihat lompong dengan gema laongan ala samseng yang dibawa oleh Datuk Ibrahim Ali.

    MAY semacam hendak mengambil alih tempat yang lompong ini. Dengan menawarkan diri untuk sedia berdebat dengan TGNA, beliau berharap isu ini akan berlarutan dan nama MAY sentiasa disebut dan tertera didada2 akhbar. Popularkan diri itulah yang menjadi objektif utama.
    MAY tahu isu debat ini akan berakhir yang mana TGNA akan membisu kerana MAY bukan lawannya. Soal pemuda Pas Kelantan bersedia menggantikan TGNA, itu soal lain, kerana MAY tetap mempertahan yang TGNA saja pilihannya.

    Popular yang dicipta oleh MAY, adalah satu persediaan untuk dipilih dalam PRU 13 akan datang dan juga persediaan dalam pemilihan pemuda Umno untuk dibariskan sebagai pemimpin pemuda dalam saf utama.

  11. KAPIAG ATI PANASS…….

    kata2 kapiag ati panass kat bawah ni…..
    RIAK SGT ORANG TUA NYANYUK NI DAH BERLAGAK SERUPA TUHAN.. SYURGA TU BUKAN HAK TOK NIK NAK TENTUKAN

    SUDAH MENJAHANAM AKIDAH KAPIAG 0000I…
    KALU KAPIAG NAK WAT PERBANDINGAN PUN
    JANGANLAH BADING MACAM TUHAN.

    KAPIAG NI BODO MACAM LEMBU PAWAH. MAK BAPAK KAPIAG NI BETUI MALAUN JAMBAN TAIK
    TAK HANTAG NGAJI. GHETI BELAKI BUAT KAPIAG NI. KALU DEPA TAK RETI NAK AJAG KAPIAG PUN PI HANTAG KAT PONDOK MANA2.
    TIDAKLAH WAT SAMPAH ATAIH MUKA BUMI NI.

    CILAKALAH KAPIAG ATI PANASS KALU KAPIAG
    ASYIK DOK UCAP AYAT2 MURTAD SUPA DATAIH

  12. kelakar btl org UMNO ni. Bkn stkt klakar tp bebal. Mcm bdk tadika cabar prof universiti debat. Nk sahut blk pn bazir ms coz tk ke mana. Woi pemuda UMNO bodoh, hang pi cbr pemuda PAS la. Ramai yg layak debat dgn mu. Mcm org bodo plak. Saringan?? wakakaka.. Bodoh!!!

  13. Renungan buat poyok temaga,

    Berhati-hati dengan istilah yang digunakan. Jangan sampai puak UMNO mengecop yang penyokong PAS ni pun macam depa juga iaitu bersikap perkauman.
    Memang ramai cina bukan Islam tetapi sudah ramai cina di negara kita ini beragama Islam. Apabila kita sebut cina kapiaq, ini sudah membayangkan kita tidak jauh bezanya dengan puak UMNO yang meperjuangkan perkauman yang sangat dilarang oleh Islam. Hanya manusia yang bersifat munafik saja yang memperjuangkan perkauman.
    Orang Melayu kita walaupun zahirnya nampak Islam tetapi ramai yang menjalani kehidupan serupa dengan kapiaq juga. Nak kata beriman tapi gerak geri mereka tidak mencerminkan diri mereka itu Islam sejati. Mana yang lebih teruk, kapiaq jelas dengan kapiaq yang berselindung disebalik takbir terutama melayu raya kita.
    Renung-renunglah dan berfikirlah sebaik-baiknya sebelum berhujah. Jangan jadi macam budak tadika ijau, ati panass, … yang jelas lagi terang sifat kemunafikan mereka. Hati mereka sudah tertutup dengan keindahan yang Islam anjurkan. Barang siapa yang ingin memperjuangkan Islam akan ditentang mereka. Jadi usah pedulikan mereka itu. Memperjuangkan Islam itu adalah kewajipan yang harus diutamakan manusia yang menggelar diri mereka tu Islam. No if No but.

  14. Salam.

    Nampaknya apa PAS buat,
    semua tak kena.

    Isu UG.
    Kena pusing kena belit.
    Bersimpul2.
    Berbuku, terbuku2.
    Berbuku2 dalam jiwa.

    Isu debat.
    Kena belit juga.
    Nanti dok berbelit sangat.
    Terpusing2 pula.

    Banyak sudah masa terbuang.
    “Manage”lah masa sikit.
    Nanti kata urus masa,
    tak faham pula.

    TG pun perlu dimanage.
    Managing your bosslah katakan.
    Tak boleh.
    Tak boleh biar TG kata ikut dan saja.

    Sekadar tak mahu pakai ikut dan.

    • Salam Ijau,
      Cuba hang ambik sedikit masa
      hang pi jadi macam agen CIA
      (jgn. jadi kawaq plak) pi tgk. ikut
      daily life TGNA.Selidik tgk. hari2
      dia buat apa…dok perati dari jauh.
      Pas tu balik mai sembang…
      bkn mai gebang…

      buang la duit skit…
      tak abih byk mana eih..

      • Salam great chief.

        Kita tidak sikit pun pertikai.
        Baiknya TG.
        Dari air muka pun kita tahu.
        Dia memang great.

        Tapi dia great sorang saja.
        Tak ada yang ikut jejak dia.
        Nak cari satu batang hidung pun payah.
        great chief pun tak great macam dia.
        Tu macam mana?

        Tang nak asuh pelapis.
        TG gagal.
        Mungkin standard TG terlalu tinggi.
        Sampai tak dak yang boleh ikut.
        Husam pun tak boleh ikut.
        Kalau tidak, Husam dah jadi MB.
        TG lepas kat Husam.

        Kekuatan PAS pada TG.
        Lepas tu, tak tahu apa jadi.
        Susah sikit rasanya.

        Kita nak TG debat Pemuda UMNO.
        Kita nak TG bedal satu2.
        Supaya Pemuda UMNO terkehel.
        Baru UMNO tahu.

        Sekadar nak TG bedal.

      • Salam IJAU,
        BETOI HANG CKP.
        LEBIH2 LAGI DARI KALANGAN
        PUAK2 HANG BKN.NYA GREAT.
        THEY ARE ACTUALLY THE GREATEST .

  15. apendi…..siapa apendi tu…taksedar diri betul mangkuk pendi ni…pak dia kaki betina siam tu…ajar pak mu dgn adik beradikmu hok dok main siam tu dulu….ilmu secebet dah sombongg…tu la melayu umno

  16. afandi tu lulusan mana

    kalau orang umno dok agungkan fandi, maknanya masih mentah dalam politik dan agama.

    inilah orang umno cari makan, lulus tak seberapa dah nak berlagak. kamu padan lawan saya. kita jumpa di manek urai.

  17. tak payah berdebat. hanya berbincang untuk mewujudkan negara islam dam bangsa melayu yg baik. kita sesama islam begaduh tetapi bangsa lain menunggu masa untuk menuk tangan gembira melihat melayuislam sesama melayuislam brgaduh dan berbunuh bunuh

  18. salam AKU..

    terima kasih atas nasihat ko kat aku……

    apa yang aku maksudkan dengan “cina Kapiaq”…..
    cina yang betul2 kapiq larrr

    bukan cina yang Islam,,
    kalau cina islam tu dia memang dah faham
    tang mana nak gandingkan nafi dengan isbat

    tapi puak larak jamban taik najis mugallazah nie…
    memang suka putaq alam…
    idup depa dah macam tu…..

    pasai tu depa dok tak reti2….

    suruh baca kitab yang baik2 depa dok pi baca buku nak jadi kapiaq…..

    lepaih tu dok pakat pakai akai kapiaq…
    jadila kapiaq dulu kini dan selamanya….

    wallahhualam…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: