Posted by: pinkturtle2 | Jun 30, 2009

Masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui debat – Najib

Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara,Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain - PM

Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara,Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain - PM

Soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui debat – Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata soal masa depan umat Islam dan negara tidak boleh diselesaikan melalui forum perdebatan seperti yang dicadangkan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang tidak nampak faedah yang akan diperolehi melalui debat itu berkata jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas dan bukan melalui perdebatan.

Tambahan pula, katanya, beliau mendapati terdapat banyak pihak yang tidak bersetuju agar debat itu diadakan.

“Itulah cara dan kaedah yang terbaik. Tapi sebelum kita boleh berbincang, janganlah kita mengutuk pihak lain.

“Jika kita dah hina dan kutuk pihak lain bererti orang kita ini tak nak cari kata sepakat. Kesepakatan ini sangat penting untuk masa depan umat Islam dan negara,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan mempelawa beliau supaya berdebat secara terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik antara Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lama.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pula menasihatkan Pas dan Umno menyelesaikan kemelut antara parti itu melalui perbincangan kerana pendekatan berdebat tidak akan menyelesaikan masalah utama yang dihadapi masyarakat Melayu dan Islam.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata perdebatan itu hanya membuang masa kerana kedua-dua pihak tidak akan mencapai persefahaman disebabkan ideologi yang berbeza.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelawaan Mursyidul Am Pas itu sebagai membuang masa dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tidak masuk akal untuk menyahut cabaran Menteri Besar Kelantan itu kerana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada Umno dan rakyat.

Berhubung sikap permusuhan yang ditunjukkan berikutan cadangan mengadakan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan itu, Najib berkata: “Sebenarnya Pas sudah berpecah.”

Katanya ada anggota di dalam parti itu yang mahu supaya perbincangan itu diadakan tetapi ada juga yang bersungguh-sungguh membantah.

“Jadi, kita tengok apa yang berlaku. Semuanya terpulang kepada Pas. Umno telah menyatakan pendiriannya, dengan lain perkataan, kita bersikap terbuka untuk berbincang dengan Pas.

“Tapi, terpualng kepada Pas untuk putuskan apa yang mereka mahu lakukan. Bahagian yang melucukan ialah bola kini berada di gelanggang mereka,” katanya. BERNAMA

………………………………………………………………………………………………………

Ulasan tukartiub

woit…. PARLIMEN ITU BUKAN TEMPAT DEBAT KE ?…. kah kah kah…

Kah kah kah…. PARLIMEN INI TEMPAT JUAL PISANG SALAI KE?.… kah kah kah…

Kah kah kah…. PARLIMEN TEMPAT DEBAT… JANGAN LARI LARI….kah kah kah…

Kah kah kah…. BUKAN SAHAJA HAL UMMAH DIDEBATKAN DI PARLIMEN….kah kah kah…

Kah kah kah… HAL KOMISEN BELI KAPAL SELAM PUN DI DEBATKAN….kah kah kah…

Kah kah kah…. TAKUT …. CAKAP TAKUT…. SENANG NAK ROYAK….kah kah kah…

Kah kah kah… ATAU ADA SEBAB LAIN?... kah kah kah


Responses

  1. “jalan terbaik ialah melalui musyawarah dan perbincangan secara ikhlas”-by najib.
    helo kengkawan! tang ikhlas tu..bole caya ke?
    ada ker perkataan ini dalam kamus org2 UBN???

    • ahakz, dah takut tu,mcm2 la…
      Najib 1Mangolia ni 😛

  2. YANG PENTING UMNO TETAP HIDUP DAN AKU DAPAT HIDUP BERPOYA POYA DENGA PROJEK JUTA2

    he he he

  3. ATI PANAS ADE PROJEK BESAR2 TU KASI LER SIKIT.. JANGAN MAKAN SORANG2.. ORANG LAIN NAK KAYE GAK..

    he he he

  4. Cakap Tok Jib dan rakannya seolah-olah depa tu lah orang yang paling baik di Malaysia yang sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat Malaysia. Betulkah?
    Tok Jib tak berani nak berdebat kerana takut dimalukan seperti Cik Shabery berbuih tu. AKU sebagai rakyat Malaysia ingin juga dengar cara dan bagaimana PM 1Malaysia berhujah secara terbuka dan bukan memberi komen sebelah pihak saja. Siapa pun boleh bercakap macam tu sebab dah tahu pihak lawan tak boleh nak jawab masa tu. AKU pasti kalau berdebat, sudah tentu Tok Jib akan dimalukan terutama kes penipuan telaga minyak di Kelantan, apatah lagi ………. Tak payah sebut 1Malaysia sebab 1Malaysia tu hanya untuk orang BN saja. Apa yang orang lain daripada BN dapat?
    Kalau dah takut, tak perlu sebut tak ada faedah berdebat. Berdebat mencari kebenaran harus diutamakan tapi dah dasar munafik, macam tu le.

  5. Inilah gelagat UMNO….mereka sukar nak berdebat, berforum kerana mereka sendiri akan keluar kencing nanti….itu biasalah…..UMNO ni pengecut bukan ada telor pun, pas tu berlagak pulak….

  6. Inilah gelagat UMNO….mereka sukar nak berdebat, berforum kerana mereka sendiri akan keluar kencing nanti….itu biasalah…..UMNO ni pengecut bukan ada telor pun, lepas tu berlagak pulak….

  7. Najib sekerang dah pandai nesihatkan jangan fitnah orang lain.. bagus lah begitu!!!, tapi camna dengan Altantuya????? belumpun selasai kes mahkmah yang melibatkan diri Najib….

  8. Salam,

    MELAYU NAK BERSATU APA LAGI.
    .BUKAN KAH MELAYU DAH BERSATU DI BAWAH UMNO.

    HANG NAK AJAK MAI ORG BINCANG
    BAB KAUM MELAYU.HANG KETUA KAUM MELAYU HANG SETTLE BAB KAUM MELAYU.
    1 m’sia tau hang ketua melayu.

    CUBA HANG PISAHKAN KAUM MELAYU DGN
    ISLAM.BAGI NAMPAK CLEAR DAN TERANG.

    PISAHKAN KAUM CINA DGN ISLAM.

    PISAHKAN KAUM INDIA DGN ISLAM.

    TIGA2 KAUM NI ADA YG. ISLAM
    DAN ADA YG TAK ISLAM. (faham betoi2)
    KALAU HANG MAI CKP. NAK SETTLE
    BAB ISLAM HANG KENA ISLAM.JADI HANG
    KENA LAH KEMBALI KPD. AL QURAN.DI DLM
    MEJA RUNDINGAN AKAN DI BAHASKAN
    APA YG ADA DLM. QURAN SAJA.DUDUK
    DAN BICARA APA YG QURAN SURUH YG
    DTG. DARI ALLAH.

    MELAYU TAK BERPECAH CUMA ACUAN
    KEISLAMAN SAJA YG BERBEZA.DIA BUKAN
    IDEALOJI.DIA AGAMA YG DTG. DARI ALLAH.
    AGAMA YG ALLAH REDHA…..

  9. lawan lah

    penakut!!!!!!!

  10. Debat tu nak bagi teghang sapa sesat, Umno ka Pas
    Kalau fakta hang kuat kata Umno lah Islam yang dibawa nabi Muhammad. Kami boleh ikut hang.

  11. apa kelas debat dengan pas ni. nak bincang kat meja bolehla. ala kalau pas nak projek juta-juta cakap aja la. boleh kautin punya. manusia ni dua pekara aja, pak lebai pun cabut serban (yg tak kuat iman la) duit satu lagi ……

    • TUUUUUDIA…. MALAUN NIH

      INI TIDAK TUKAG NAMA DREBAG BAS LA. ORANG KENAL PUNYA LA.

      KALU SERBAN SUSAH NAK CABUT MALAUN OOOI…
      KALU SONGKOK …BULIH JADI.

    • PULON LAH semua PROJEK TU KAT
      HAMPA.TAK KEBULOQ EIH..
      PROJEK TU NAK JAWAB KAT
      HANG PA ESOK NNT.ENTAH2
      PROJEK TAK DAN JAWAB LAGI
      DAH EXPRESS MASUK NERAKA..
      LAGI HEBAT…WOW…

  12. salam….

    aku….kalu jambantaik sanggup nak debat ataih tajuk akidah ka, syariat ka, ihsan ka………

    aku niat nak bersunat sekali lagi la.
    tapi biag butul jadi la. kita rakyat bulih nengok kat tv. siaran langsung tau. takleh hari ni debat….
    tulat baru tayang kat tv.

    tak cukup pendebat blah paih , bulilah masuk aku
    sorang. blah dia pun masuk KAPIAG ATI PANASS
    sorang. pala hotak tahap kukug nyiug mai cakap agama……..

    pttuiiiiihh…….

  13. cine ngan india tersenyum sambil makan pop corn tgk orang melayu berdebat dalam tv kan budak tadika kaler kelabu…. boleh kalah citer transfomers nih… hehehe

    • TAPI HANG LUPA SATU SAJA
      …HANG LUPA NAK LETAK
      ALLAH PON DOK TENGOK SAMA…

  14. Salam.

    Haru betul.
    Memang haru.

    Dulu sibuk dengan UG.
    Sekarang sibuk pula pasal debat.

    Tak ada keroja lain ke?

    Sekadar tak mahu haru biru.

    • SALAM,
      TAK MAI JADI HARHU BIRHU
      KALAU MAI NGAN HUJAH DLM.
      AL QURAN…NI MAI PAKAI
      AKAI…SAMPAI KIAMAT LAH
      TAK BERUBAH…DOK LAGU TU LAH
      HANG..

    • ijau…..ijau…….

      tadak haru biru la.
      kalu haru biru wat pa hang dok mai posting2 la.
      saja nak layan humog.
      amek ayag kopi cap kapal api secawan,
      mai dok depan komputer.
      sambil2 tulih bulih jugak gelak.

      lebih beik dari dok kedai kopi tu.
      minum secawan jugak dok pagi sampai petang.
      nak belah awai2 takut kena bayag la.
      kedai kopi kita ni jimat belanja.
      kopi satu kole besag,, sekut kering dua tiga keping.
      sudah bulih jalan la

  15. BN KALAU TAK MAIN PERKAUMAN TAKKAN MENANG SAMPAI SEKARANG.

    ITU PASAL MASA KECIK2 DULU DEPA SELALU DOK CERITA KAT MELAYU JANGAN BG CINA MAJU KALAU TAK MELAYU MAMPOS.TP YG HAIRANNYA UMNO PUN DOK BAIK NGAN MCA.PASTU DOK WAR2 MALAYSIA NI MASYARAKAT YG PALING BERSATU PADU WALAUPUN BERBILANG KAUM.PASTU DALAM BTN DOK TIMBULKAN PRASANGKA DGN KAUM LAIN.KONON KENA JAGA BANGSA MELAYU JGN TERGADAI MARUAH BANGSA MELAYU KAT KAUM LAIN.

    INILAH UMNO DARI DULU SAMPAI SEKARANG SUKA BERMUKA MUKA DAN MENGAMALKAN PECAH DAN PERINTAH. SAMA DGN AJARAN TOK GURU MEREKA(PENJAJAH).

    INILAH RAHSIA KENAPA UMNO BOLEH KEKALKAN KUASA SAMPAI 50 TAHUN ORANG MELAYU DIPERBODOHKAN OLEH KRONI2 MEREKA YG MENYAPU HARTA RAKYAT.AGAK2 BERAPA KETURUNAN LAGI MEREKA NAK NIKMATI KEKAYAAN HASIL KERINGAT RAKYAT?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: