Posted by: pinkturtle2 | Jun 30, 2009

Apa ni!! Belum lagi hari Penamaan, macam-macam berita dah keluar…

apa ni!! tak sempat lagi hari penamaan calon, dah bermacam-macam tuduhan penyalahgunaan kuasa keluar... bagilah can sikit kawe ni nak masuk bertanding... yang lepas tu,kalau adapun kita ira semula lah... biar pengundi-pengundi di Manek Urai sendiri yang menentukan sipakah yang paling layak mendi wakil rakyat mereka... Rakyat Manek Urai bukannya bodoh sangat sampai tak pandai nak memilih calon yang boleh diharap.... ini zaman It weh...

apa ni!! tak sempat lagi hari penamaan calon, dah bermacam-macam tuduhan penyalahgunaan kuasa keluar... bagilah can sikit kawe ni nak masuk bertanding... yang lepas tu,kalau adapun kita kira semula lah... biar pengundi-pengundi di Manek Urai sendiri yang menentukan sipakah calon yang paling layak menjadi wakil rakyat mereka... Rakyat Manek Urai bukannya bodoh sangat sampai tak pandai nak memilih calon yang boleh diharap.... ini zaman It weh...

Calon BN nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah

Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat hari ini menafikan dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa “beliau pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah”.

Dakwaan itu tersebar tidak sampai 24 jam selepas beliau diumumkan semalam sebagai calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Dakwaan di internet itu menyebut Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) – jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar.

Lamanweb itu mendakwa ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun.

Beliau juga didakwa melakukan lawatan yang ‘meragukan’ ke luar negara serta membawa bersama pegawai-pegawai yang tidak berkaitan ke negara Asean seperti Vietnam dan Thailad untuk tujuan pemasaran.

Juga terdapat dakwaan bahawa beliau menyalahguna kuasanya dalam pemberian kontrak-kontrak KPSB dan melobi untuk pembekal baja sewaktu bertanding untuk jawatan ketua Pemuda Umno Kuala Krai.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Tuan Aziz menafikan semua tuduhan tersebut sebagai tidak berasas dan berkata ketika menjadi ketua Pemuda Umno, beliau tidak pernah terbabit dalam operasi kilang Kesedar.

Nafi pernah lobi

Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz, beliau hanya pernah ke Kampuchea berhubung penjualan minyak masak pada 2007.

Mengenai dakwaan beliau membawa bersama pegawai yang tidak berkaitan menyertai lawatannya, Tuan Aziz berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir.

Tuan Aziz juga menafikan yang beliau pernah melobi bagi pihak pembekal baja ketika bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian.

Sebaliknya, kata Tuan Aziz lagi, keputusan untuk memberi sebarang kontrak bukan terletak di tangannya.

Tuan Aziz berkata, seingatnya, para pembekal sudahpun mendapat kontrak tersebut sebelum beliau menjadi CEO Kesedar.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal beliau melobi untuk mereka.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan untuk memberi kontrak tersebut terserah kepada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam bidang pertanian.

http://www.malaysiakini.com

……………………………………………………………………………………………………………………………………

ulasan SB tok ggawa dari manek urai

TUAN AZIZ CALON BN SALAH GUNA KUASA SEMASA MENJADI CEO KPSB ? ………..PRK N41 MU

Aikk ! cepat nye, korek mengorek, biasa la tu , kan nak jadi public figure, mesti kena bersih, dan diharapkan banyak lagi adegan korek mengorek ni  , mana mana calon mesti bersedia dengan jawapan, alasan dan bukti bukti kukuh untuk menyanggah sebarang dakwaan yang bakal menyusul.

ini sebahagian dakwaan yang aku petik, Tuan Aziz hidup melebihi kemampuannya ketika menjadi CEO Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) – jawatan yang disandangnya sebleum dilantik menjadi pengurus di Kesedar……ekoran Tuan Aziz gagal menjelaskan mengenai gayahidup mewah itu, maka beliau diturunkan pangkat menjadi pengurusan bahagian bersama potongan gaji dan elaun. [baca petikan sepenuh nya] .

Aku sedang mengumpul maklumat melalui orang orang tertentu…………….cheeh waah   !!

kepada geng bloger aku harap terus mengorek penyelewengan harta rakyat ,olih orang tak bertanggung jawab semasa mereka mempunyai kuasa dan memikul amanah rakyat……………

http://guanomanikurai.blogspot.com


Responses

  1. Kawe raso tok payoh nak cerita detail pasal Tuan Aziz pun BN gerenti kalah

    Ni cerita Chedet dan Tok Pa, selagi rakyat Kelantan tak dApat haknya, selagi tu la rakyat Kelnatan takkan pilih BN

    dENGAR TOK ORANG bn SEMO

    http://nmjnh.wordpress.com/2009/06/30/dosa-chedet-dan-tok-pa-kepada-rakyat-kelantan-tidak-akan-dilupakan/

  2. umno/bn

    harap kalau rasa nak perintah kelantan, kena dengar runggutan rakyat kelantan dulu. penuhkan tuntutan mereka. layan kehendak mereka. mereka bukan nak yang bukan-bukan. mereka hendakan hak mereka. umno jangan berkeras. jika umno ikut gerenti dapat tawan.

    ini bodoh, dok nafi hak rakyat kelantan. sebab masing-masing nak tunjuk kuasa. binatang mana nak layan umno.

    beri hak mereka, jangan bodohkan mereka. yang jadi macam ini kerana pemimpin umno nak cari makan cara tipu dan rasuah. itulah sebabnya yang jadi kepayahan tu.

    anjing suka makan tahi, dia akan cari tahi juga nak makan. ok.

  3. Oghe PAS tok gege ko? Oghe Peria guano?..oghe KP PAS Kawasan, oghe Suhaimi balak…oghe Pa Pendaftaran di Manik Urai…katanya nok pakat undi UMNO…nak ajar ckit pemimpin PAS nihh..letak calon ikut suko jah..

    Tempat dia Guchil buwi ko org, gi amik tempat oghe di Manik Urai..memang nok KO…

    • nak ajar skit pemimpin pas?…khehehe
      mu ni sapo? ado sapo2 kenal hok kenal mu?..
      ko mu sorang jer dok jadi bangkai kat sini…khehehe

  4. Pelik bin ajaib, kita ingat mungkin dua tiga kerat ahli-ahli Umno di ceruk-ceruk kampong atau orang-orang tua yang tidak bersekolah sahaja yang tidak faham maksud dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, tetapi ramai golongan elit dan dianggap cerdik pandai dalam Umno pun tidak faham apa itu kiasan. Termasuklah si Zambry ini yang tidak faham. Untuk mengajar benak Zambry ini, mari kita beri satu contoh. Ini Contoh, “kulit muka saya hitam dan gelap sama seperti Orang Asli Afrika”. Apakah Zambry ingat saya ini Orang Asli Afrika? Jika Zambry menjawab Ya, eloklah Zambry mendaftar untuk memasuki sekolah semula.

  5. Mengapa komen aku dipadam….pengecut….takpayah buat blog klu pengecut.

  6. LOGIKNYA BILA KUAR CITER RSUAH DIKAITKAN
    NGAN UMNO KHALAYAK TEGHUIH CAYA LA.

    KALU NENGOK NGAN KJ DAN ALI RUSTAM TU,
    MEMANG TADAK YG TAK LOGIK NYA.

  7. Balun BN balun, harta rakyat hangpa boleh balun.
    Pulun BN Pulun, darat dan laut pun hangpa pulun.
    Susun BN susun, dalam poket bersusun susun.
    Bumbun BN bumbun, duit dirumah bebumbun bunbun.

    Nyanyi ikut rentak “Buai Laju laju”

  8. salam,
    PI KOREK KUBOQ LAH UTK.
    DIA TANAM TERUIH…SETTLE..

    “PANGKAH BULAN “

  9. Laaa.. awat tak ambik Kak Min (Bekas Calon Penanti) untuk jadi calon? Mesti nanti ada rakaman video…

  10. Salam.

    Manek Urai dapat kat PAS.
    Jangan ragu.
    Jangan gelabah.

    Orang Manek Urai bukan kisah.
    Macamlah Aiman tak kisah.

    Manek Urai makmur di bawah PAS.
    PAS dah lama dok pegang.

    Mereka akan pilih yang jujur.
    Kejujuran yang mereka kisah.

    Berkibarlah bendera hijau dengan bulan.
    Di sana.

    Sekadar nak beri keyakinan.

  11. Kawe mahu NIK AZIZ

    bukan TUAN AZIZ

    • khehehe…aduh tok tehe kawe

  12. salam jugak kat ijau….. (tak ikhlas pun)
    macam ayat dia di ataih jugak….

    gebang deraih2
    peliaq dok pekeraih….

    setakat pakai akai tak payah nak jek la….. lalat ijauuu oiiiiiii

    orang dah tau akai hangggg….
    akai kapiaq………pembelit.

    lebih kurang anaconda jugakkk
    menatang kapiaq…..

    pi la cari kitab sama…… jangan dok baca buku nak jadi kapiaq……

    komen hang pun orang dah bebau jambantaik najis mugallazah alkafirun…..

    he he…

  13. pagi ini berita kat tv – tuan aziz “simbol pengundi muda”. tak habis2 ngan simbol. ingat rakyat boleh makan ke “simbol” ni. hok mano ada doh “simbol”2 umno tak lain tak bukan untuk lalai dan lalikan rakyat supaya senang ditipu…

    simbol, simbol

  14. […] Apa ni!! Belum lagi hari Penamaan, macam-macam berita dah keluar… Calon BN nafi dakwaan salahguna kuasa dan rasuah Calon BN bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat […] […]

  15. Yong petik dari berita Malaysiakini.com

    “Menurutnya, beliau juga tidak pernah ke Thailand atau Vietnam ketika bersama Kesedar.

    Sebaliknya, kata Tuan Aziz, beliau hanya pernah ke Kampuchea berhubung penjualan minyak masak pada 2007.

    Mengenai dakwaan beliau membawa bersama pegawai yang tidak berkaitan menyertai lawatannya, Tuan Aziz berkata ia bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka dan dilakukan secara bergilir-gilir.”

    Baca perenggan terakhir dengan teliti. Katanya dia nafi semua tuduhan. Tapi mengaku bawa bersama pegawai…. Dah bawa bergilir2 maknanya banyak tempat le… Bawa pergi mana pegawai tu bergilir2 ya? Kahhahah! kantoiiii!

  16. Adoi!!!… XKAN DAH NAK TUKAR CALON KOT LAGI>> UMNO WEI>>>
    PARAH2

  17. Inilah kalau pemilihan dibuat mengikut kehendak pemimpin. Untuk menjadi wakil rakyat seseorang calun hendaklah dipilih berasaskan :-

    1. Seorang yang baik dari sudut agamanya
    2. Menilai penerimaan rakyat tempatan.
    3. Seorang yang dilihat dekat di hati rakyat.
    4. Tidak menunjuk-nunjuk dgn apa yg dia ada.
    5. Seorang yang tinggi ilmu agamanya.

    Saya percaya cara UMNO memilih calun YB tidak ada kriteria yang disebutkan di atas kerana mereka beranggapan siapa sahaja dipilih oleh pucuk pimpinan akan diterima oleh rakyat. Letak seorang samseng pun boleh menang.

    Cara ini akan menyebabkan UMNO/BN akan tumbang.

    Wassalam, sekadar renungan.

  18. Kawe pernah dok gua musang….bini kawe ore gua musang…saper x kenal ore kesedar…sombong nok mampus….masa kawe buat kontrak di gua muse…ikut ayah…duit ribu2 ayah bagi suruh pege…kawe tanya nok buat gapo duit banyok2 projek dale hute….buat jale ladang….ayah kato nanti ado guno tuh….mulo2 kawe x pehe….bilo mari ore KESEDAR baru kawe tahu rupo2 nok suap ko nate ore kesedar…make rasuah gilo babi….sekali mari 4/5 ore….semua kena bagi…tue baru hok kecik mari melawat tapak…..hok dok dale jabat CEO/Pegurus x tahu kawe….mesti banyok lagi…..
    Lepah tue tobat kawe x buat projek…doh ….ayah tanyo bakpo….kawe kata tak pa lah kawe nok gi cari make lain dari dok subhah…KESEDAR PUSAT RASUAH UMNO GUA MUSANG

  19. Undi PAS ..undi Islam !!

  20. Terkini Manek Urai di http://dedahmanekurai.blogspot.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: