Posted by: pinkturtle2 | Julai 29, 2009

Inkues kematian Teoh ditangguhkan 5 Ogos ini

Ketika ditemui media, Gobind berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk meneliti semua dokumen itu.

Ketika ditemui media, Gobind berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya 10 hari untuk meneliti semua dokumen itu.

Inkues kematian Teoh ditangguhkan 5 Ogos ini

SHAH ALAM: Prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock yang bermula pagi ini ditangguhkan kepada 5 Ogos bagi membolehkan peguam pemerhati keluarga mangsa, kerajaan Selangor dan Majlis Peguam meneliti beberapa dokumen berkaitan.

Permohonan penangguhan itu dibenarkan Koroner, Azmil Muntapha Abad dan menetapkan pada tarikh itu sama ada membenarkan dokumen berkaitan saksi boleh diberikan.

Sebelum itu, peguam mewaliki keluarga mendiang Teoh, Gobind Singh Deo meminta dokumen berkaitan laporan bedah siasat, kimia, DNA, forensik dan rakaman CCTV dibekalkan kepada pasukan peguam terlebih dulu.

http://www.bharian.com.my
…………………………………………………………………………………………………………………………

Inkues kematian Teoh ditunda 5 Ogos

Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam, telah ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.

Sejumlah 77 saksi, termasuk tunang Teoh – Soh Cher Wei – dijangka dipanggil memberi keterangan di prosidng inkues tersebut yang dijadual berjalan selama 15 hari.

Peguam Karpal Singh, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Teoh dalam inkues tersebut.

Anggota keluarga Teoh tiba kira-kira jam 8.20 pagi tadi manakala para wartawan berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar diri.

Kira-kira 50 wartawan memenuhi dewan mahkamah untuk membuat liputan inkues tersebut.

Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam akan ditugaskan untuk menjadi peguam pemerhati sepanjang inkues tersebut.Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabaty di tingkat 14 bangunan tersebut.

Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah merupakan saksi berhubung siasatan dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN Selangor.

Pada kira-kira jam 9.40 pagi ini, Gobind telah meminta mahkamah menangguhkan prosiding sehingga kabinet membuat keputusan meluaskan skop siasatan suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan.

“Jika kerajaan bersetuju, inkues ini akan menjadi tidak perlu,” katanya.

Malaysiakini.com


Responses

  1. kata nak cepat siasat. tapi mintak tangguh pulak. memenag dasar penipu, pembelit punya ketua2 PAKATIPU RAKYAT. dari atas samapai bawah sama jer pembohong, penipu, pemfitnah, dan yg terbaru pembunuh

  2. Yang pastinya melayu telah dipermainkan dan dipergunakan oleh bangsa lain untuk kepentingan mereka

  3. mesti lah nak main wayang.. kena training pelakon dulu baru boleh menjadi.. nak hapal skrip.. nak naik kan mood.. nak kena mekap.. semua kena dapatkan kelulusan FINAS dulu.. macam2 lagi lah.. he he he


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: