Posted by: pinkturtle2 | Julai 30, 2009

MPKB-BRI nak bersih nama, kena siasat benda ni..

9 set meja ni harga RM5,500 ??? MPKB berniaga ke ???

ISU KERUSI MEJA RM5,500 : MPKB SIASAT SENDIRI ATAU MPKB DISIASAT

sebuah cerita pelik di sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Raya Islam. Anda baca dulu laporan Sinar Harian nih, nampak macam ada sesuatu yang tak betul, bukan pasal SH tapi pasal laporan yang sebut ADA PEGAWAI MPKB YANG BAWA PEMBEKAL JUMPA PEMILIK PREMIS….baca…baca terutamanya diboldkan tuh…ikuti petikannya…

KOTA BHARU-Peniaga kawasan Pelangi Mall kecewa
kerusi dan meja bernilai RM5,500 yang dipasang di
kaki lima oleh pembekal yang dilantik Majlis Perbandaran
Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tidak
menepati kualiti seperti yang dijanjikan.

Mereka mendakwa pegawai majlis tersebut bersama
wakil pembekal terbabit menemui mereka pada Mei
lalu
bagi memberitahu pihak majlis mahu memperindahkan
kawasan tersebut dan pemasangan kerusi serta meja
yang seragam.

“PegawaiMPKB itu bersama lelaki tersebut menunjukkan
gambar rupa bentuk kerusi dan meja berkenaan serta
harga yang perlu dibayar oleh peniaga yang ingin
menyewa tapak tersebut

Setiap kedai yang mahu sewa tapak di depan kedai perlu
bayar RM5,500 untuk kelengkapan itu, selain sewa tapak
RM500 sebulan.

“kami juga hairan walaupun tiada sebutharga dan tidak
menandatangani sebarang surat tempahan atau pembelian
dengan syarikat yang dikatakan pembekal dilantik MPKB
itu, ia telah siap dipasang dalam tempoh sebulan dan
kami diminta membayarnya,” kata mereka.

Menurut peniaga terbabit, pegawai MPKB tersebut juga
pernah menghubungi mereka menerusi panggilan telefon
“meminta” mereka membuat pembayaran kepada pembekal

tersebut.

Peniaga terbabit juga tidak berpuas hati dengan kadar sewa
tapak yang dikenakan iaitu RM500 sebulan, sedangkan harga
yang terkandung dalam syarat-syarat permohonan permit
penjaja hanya RM10 semeja.

nampak apa yang tak kena? kenapa pegawai MPKB tu yang bawa pembekal dan tunjukkan bentuk meja kerusi yang harus digunakan? Adakah pegawai MPKB tersebut bertugas untuk pembekal atau mempergunakan “status” pegawai MPKB untuk memberikan tekanan kepada peniaga?

ada maklumat yang diemelkan ke blog ini bahawa, pada asalnya MPKB ada berikan gambaran (bentuk meja kerusi secara lakaran) kepada peniaga tetapi akhirnya yang gambar ditunjukkan oleh pegawai tersebut adalah berbeza, malahan peniaga juga mendakwa tak pernah tengok contoh sebenar, setakat tengok gambar jer.

ada dah jadi dengan MPKB yang kononnya memartabatkan diri sebagai Bandar Raya Islam tuh? lebih pelik, pegawai yang sama juga jadi tukang kutip hutang bagi pihak pembekal tersebut. Apahal macam nih? komisen atau memang ada bahagian? Jangan marah kalau orang baca laporan tu ada fikir demikian.

banyak yang tak betul dalam urusan tersebut, termasuk peniaga tidak tandatangan sebarang pesanan barangan dari pembekal itu dan tak ada invoice pun. yang ada hanya disuruh buat bayaran. Kenapa pegawai tersebut dan wakil mall tersebut suruh bayar kalau tak ada buat order pun?

emel tersebut juga sebut pasal sikap MPKB yang tak adil dalam penguatkuasaan, katanya peniaga tersebut adalah yang berlesen sering dikenakan bermacam “karenah”, tetapi beberapa gerai haram di kawasan tersebut tidak dikenakan tindakan keras pun, mereka berniaga sampai sekarang, selamat dan selamba je….apa hal MPKB ?

MPKB nak bersih nama, kena siasat benda ni.
1.Siasat siapa pegawai yang jelas buat kerja di luar bidang dia, macam ahli kongsi niaga dengan pembekal tu.

2.Siasat adakah betul pembekal itu dilantik oleh MPKB atau dilantik sendiri oleh pegawai tersebut.

3.Siasat apakah kaitan projek tersebut dengan pegawai itu yang sibuk minta peniaga bayar “hutang” pembekal.

4.Siasat kenapa wakil mall tersebut juga tolong pembekal itu “minta” hutang dari peniaga.

5.Siasat kalau benar pembekal dilantik MPKB, kenapa lantik pembekal yang perniagaannya bukan melibatkan meja kerusi tersebut, dia niaga benda lain (menurut emel tersebut).

6.Siasat kalau betul itu pembekal sah MPKB, kenapa lantik yang di KL, kat KB tak ada ke kalau setakat nak supply kerusi meja tu ?

7.Siasat harga sebenar kerusi meja tu, takkanlah 9 set harga RM5,500, cekik darah tuh !

8.Siasat kenapa sewa tapak jadi RM500 sebulan, sedangkan dalam borang minta permit penjaja hanya RM10 bagi satu meja.

9.Siasat kenapa ada peniaga yang dapat sewa 2 tapak tapi hanya bayar harga satu tapak?

10.Siasat kenapa peniaga haram masih dibenar beroperasi dan barangan mereka seperti kerusi dan gerai boleh berada di kawasan depan kedai sepanjang masa?

http://bypass308.blogspot.com

………………………………………………………………

Pendedahan kedua akan menyusul…


Responses

  1. NAK SIASAT WAT PAA..

    KERAJAAN PAS KELANTAN KAN YANG PALING MAKSUM DALAM DUNIA.. BAYAR JGN TAK BAYAR!!!

    he he he

    • memang tak maksum….tapi pernah ke ameno/ be end bayar semua yg dirompak daripada rakyat….kau ni ati panass ke hati tikus !!!

    • wasiat untuk hantar hang ker surga bersama pemimpin unmo.
      anak toyol pencuri

  2. siasat

    salah diperbetulkan
    at least ada Sinar Harian bg report

    kalau betul laporan singkirkan pegawai
    kalau salah laporan apa lagi kita saman Sinar Harian..

    check & balance kan

  3. heboh juga
    salam kenal…saya tunggu kunjungan baliknya
    http://sudutp4nd4ng.wordpress.com

  4. sebagai sebuah bandaraya islam, kita kena perang terhadap parking kereta, peniaga takde lesen, arak dan awek sexy. bab rasuah tu, nanti2 la dulu. kopiah pun bleh berputar klu tengok duit beb. haha


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: