Posted by: pinkturtle2 | Julai 30, 2009

Berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri…?

Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin – Hambali Abd Latiff

PERGINYA YASMIN@Zulkiflee…

Saya tidak berani menulis mengenai kematian Yasmin, bimbang apa yang ada di kepala saya sejak beberapa tahun lalu terluah.

Selepas membaca apa yang ditulis oleh Nobisha dalam postingnya semalam (Isnin, 27 July, 2009 bertajuk “Marina, Yasmin & Zulkifli”, saya turut insaf bahawa yang mati biarkan dia bersama Tuhannya.

Melalui blognya Nobisha berkata: “Saya tidak pernah bertemu Allahyarham Yasmin Ahmad.
Saya juga tidak mengenali Datin Paduka Marina Mahathir secara peribadi. Bagaimanapun, saya boleh memahami mengapakah Marina begitu marah apabila akhbar Kosmo! “mendedahkan” Yasmin sebenarnya Zulkifli. Sementara saya juga tidak setuju dengan perbuatan akhbar Kosmo!, alasan saya dan Marina berbeza. Klik di sini untuk membaca laporan Malaysiakini.

Usah salah faham. Saya tidak berniat mempertahankan yang salah. Bagaimanapun, oleh kerana Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia, maka biarlah urusan seterusnya antara beliau dan Allah s.w.t. Tentunya banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Yasmin sebagai seorang individu, maka biarlah kita berprasangka baik dan memohon keampunan baginya.”

Saya seperti juga Nobisha tidak mengenali Allahyarham Yasmin Ahmad secara peribadi.
Namun saya sedikit mengenali beliau melalui filem-filemnya. Perkenalan awal saya dengan Yasmin ialah melalui Bintang RTM 1975, apabila beliau adalah pesertanya.

Kemudian melalui albumnya Zulkiflee terbitan Warnada melalui lagi Tunggulah (lagu copyright dan senikatanya oleh Dinosman). Saya masih menyimpan album itu hingga kini.
Penerbit album ini ialah Daos dan muzik oleh Ooi Eow Jin.

Yang sahaja tahu beliau menukar jantina tetapi saya tidak tahu dia berkahwin.
Yang bermain di kepala saya kini ialah kematiannya sebagai wanita atau lelaki?

Yang bermain di kepala saya sebelum ini ialah apakah masyarakat kita kini, termasuk ulama dan orang beragama ‘menerima Yasmin seadanya’ walaupun banyak perkara boleh diperkatakan dalam konteks Islam mengenai dirinya.

Bagi saya, menerima seadanya diri seseorang – sama ada dia pemimpin, artis, pelukis, ahli politik – dan sebagainya ada merbahayanya. Kenapa?

1. Apabila menerima yang ‘salah’ mengenai diri seseorang, jika dia Islam bermakna Islam ‘membenarkan’ diri seseorang itu berada dalam keadaan sedemikian dan masyarakat harus menerimanya;

2. Apabila menerima seseorang pemimpin yang ‘salah’ atau ‘salah laku’ bermakna Islam ‘membenarkan atau tidak kisah’ mengenai perkara itu dan imej Islam juga akan turut digambarkan seperti watak orang berkenaan;

3. Apakah wajar Ulama dan tokoh agama kita berdiam diri hanya kerana seseorang itu pemimpin, artis dan apa juga gelarannya kerana orang itu popular dan jika membuka mulut bimbang akan jadi kontroversi. Untuk siapa mereka ini berkhidmat atau ‘menyandarkan dirinya’? Kepada wang ringgit atau agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini?

4. Apabila anak muda, belia atau juga masyarakat menerima ‘orang seperti ini’ dan dijadikan Ikon, kenapa ulama dan tokoh agama menyalahkan anak-anak muda dan yang muda meletakkan orang seperti ini dikedudukan tinggi, sedangkan mereka tahu ‘kedudukan sebenar’ orang ini. Siapa mahu disalahkan?

Saya kesal dengan kecaman keras Datuk Marina Mahathir terhadap akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin.

Malah jelas isu-isu seperti pondan, gay, kelab gay dan sebagainya yang bagi saya sebagai seorang Islam yang jahil menuntut agar diberikan sedikit ‘cahaya penyelesaian’ bukan membiarkan gejala ini berterusan.

http://hambali1.blogspot.com

http://news.asiaone.com

http://twitpic.com


Responses

  1. Salam.

    Inilah dikatakan.
    Memakai budaya barat.
    Kutuk Barat.
    Tentang Barat.
    Itu tak kena.
    Ini tak kena.
    Tapi, ikut2 juga.
    Pakai2 juga.
    Ilmu kewartawanan.
    Ilmu Barat.

    Seorang Islam sepatut tidak.
    Tidak menyelak.
    Tidak jadi tukang selak.
    Seorang Islam bukan tukang selak.
    Wartawan/pemberita sudah berbudaya.
    Berbudaya tukang selak.
    Selak sana, selak sini.
    Baik punya selak.
    Kalau tak selak.
    Marah Ketua Pengarang.
    Tak ada isu.
    Tak boleh cari makan.
    Kena selak sana.
    Kena selak sini.

    Selak tetap selak.
    Malu tak malu tak kira.
    Maruah orang tak kira, kerana kita bukan ada maruah.
    Prinsip ada takada, tak kisah.
    Memang tak ada prinsip.
    Tulis, hentam dan lanyak.
    Wartawanlah katakan.
    Pemberitalah katakan.
    Cari makan konon.
    Macamlah tak boleh hidup, kalau tak selak hal orang.

    Tak kisah.
    Aib tak aib.
    Malu ke tidak.
    Kita wartawan.
    Hebat.
    Hebat cari makan.
    Menulis cerita begini.

    Tak bolehkah cerita sebegini.
    Dirahsiakan.
    Didiamkan.
    Tidak ditulis.
    Tidak dihebah.
    Kalau masih hidup tak patut.
    Mati lagi lah.

    Tidak ada siapa yang boleh kata.
    Ulamak tak boleh kata.
    Ustaz lagi lah.
    Ini kerja Allah.
    Biar Allah yang selesaikan.
    Kita buatlah kerja kita.

    Sekadar rasa malu.

    • Salam,anda tahu sifat pada kerja tuhan,atau berserah pada nama tuhan tanpa hala tuju.selak itu d benarkan pada haknya,tutup juga pada haknya juga.perlu d fokus mengapa manusia membuat pekerjaan itu dan d dedahkan oleh manusia juga.dan hubungan segala kelakuan itu pada tuhan nya.

  2. Para Ulama telah pun mengeluarkan fatwa dan mereka semenjak dahulu lagi telah menerangkan kepada Umat bahawa haram menukar jantina kecuali kaum kafir Syiah Rafidah terutama Khomeini dan sekutu2nya yang masih dipuja sebahagian pengekor PAS dan Ikhwanul Muslimin membenarkan amalan menukar jantina!!

    Namun, perlu dipastikan apakah si Yasmin ni-semoga Allah membalasnya setimpal dengan apa yang telah dilakukan- lelaki atau khunsa? kalau khunsa hukumnya lain pula.

    Namun, yang perlu diberi perhatian sekarang adalah usaha2 jahat si Yasmin yang cuba meruntuhkan akidah al-Wala’ wal Bara’ menyeru kepada persamaan agama, ini perlu diperangi habis-habisan..wallahua’lam.

    Semoga Allah menegakkan Dakwah Salafiah di segenap penjuru Malaysia..Ameen.

  3. semua orang tahu Allahyarham Yasmin telah kembali menemui Allah maka terputuslah hubungannya dengan kita. Perlukah kita ungkiti apa yang telah kembali kepada Allah. Apakah kita boleh memastikan kematian kita nanti lebih baik daripada Allahyarham. Sekurangnya kita mempunyai adab dengan diri, dengan makhluk dan dengan Allah. Dan janganlah kita menjadi terlalu biadap mempersoalkan sifat Allah. Kejadian setiap mklukhluk alam semesta hanyalah dari kudrat iradat ilmu dan hayatNya.
    Banyak lagi umat islam yang maseh hidup yang perlu kita nasihati tanpa menunggunya setelah dia mati. Terima kaseh.

    • haluuuuuuuuuuu….

      Setiap yg bernyawa itu tentu mempunyai kisah dan lakonan hidup yg tersendiri.
      dan Alquran sendiri seringkali mengambil tauladan org2 yg terdahulu menceritakan setiap kisah agar semuanya itu dijadikan panduan dan iktibar untuk menjadi HAMBA ALLAH TAALA yg benar2 diredhai Tuhan dan Rasul serta bukan sekadar di redhai oleh umnogok…

      haluuuuuu pakcikli00,

      org bukan bercakap benda x betul…tu semua kenyataan.
      yg mati tetap pergi, tetapi yg hiddup kenalah ambil panduan dan beringat. kalo ko tak bagi nak cerita, bagaimana org len boleh nk amik panduan.

      awat si mati ni kisah hidup dia teruk sangat ke yg engko x bagi cerita. bukan niat nk mengaibkan si mati sekadar nk bagi peringatan kpd kita yg masih hidup..

      Takdak siap mempersoalkan kejadian ALLAH, yg org mempersoalkan kenapa dia merubah ciptaan ALLAH. dari jantan jadi betina…pastu filem2 dan tingkahlaku lak banyak yg mengguriskan ISLAM.

      Kalau tak boleh persoal, kenapa alquran cerita tentang kaum2 yg munafik, dilaknat dan diredhai Tuhan. Bukankah mereka juga telah mati….?

  4. Setuju dengan ( pakciklioo ) beliau telah pergi dan biarkanlah allah yg tentukan kita tiada kuasa dan tidak layak menghukumnya. saya sendiri terkejut kerana memang saya tidak tahu langsung,tetapia dakah mufti-mufti ,alim ulama kerajaan , pemimpin-pemimpin kerajaan, pengarah-pengarah , seperti jin anak samsudin, tidak tahu tetapi kenapa selama ini mereka diam. mereka yang patut di persalahkan. mufti-mi hanya kerja mengipas ponggong sultan dan raja untuk title-title. mereka ini patut di rejam sampai mati,

  5. woi pakcik,

    tak perlulah terlalu hormat sangat kat yasmin ni macam pencacai semua kat luar tu, yang baik sumbangan dia mungkin kita hargai tapi kami semua tak pernah lupa agen SIS san penentang islam ini, JANGAN PERNAH REMEHKAN ISLAM, sekali dia buat selamanya kami ingat, lihat saja filem, karyanya semuanya mendapat support dari kafir laknat, jangan jado bodoh la dengan nama kerja seni itu ini, itu hanya penghargaan manusia dan puak2 dia saja, ingat! luka kita tak pernah padam dengan hirisan kesesatan akidah YASMIN (ZULKIFLI) , kami doakan kau selamat sekarang yasmin, namun kalau sebaliknya maka itulah mungkin balasan yang kau dapat dari apa yang kau buat, bagitau SIS bagitau semua penentang islam bagaimana siksanya di sana dengan menentang islam baik kasar atau halus seperti yang kau lakukan.

    moga yasmin menjadi iktibat buat kita semua, jangan ada lagi YASMIN kedua, baik peribadi mahupun karakter ataupun susuk tubuh, moga allah ampuni kita semua atas bahana yang telah dilakukan okeh penentang islam ,

  6. Saya setuju yang kita tak perlu aibkan org, tetapi apa yang penting kita kena tahu apa itu kebenaran.. Jika kisah macam ini tak diketahui umum dan tak di bincangkan oleh kita… saya takut benda ni akan jadi benda yang biasa dan tidak ada tindakan dari pihak yang berwajib. Kita kena tahu juga apa hukumnya kalau menukar jantina ni, Apa akan jadi kalau banyak Pondan yang tukar jantina dan sanggupkah kita menghalalkannya.

  7. sebaik mana kita?. Artikel di atas cuma mengharap supaya para ulamak dan yg arif tentang hukum hakam agama utk mengambil tindakan dan iktibar. Perlu ada penyelesaian dlm perkara serius mcm ni. Jgn nanti seperti Islam tidak halangan dlm tukar jantina ini lebeh2 lagi zaman sekarang ni.

    Jgn di hina arwah Yasmin, kita tak tau latar belakang dan cerita sebnarnya. Mungkin dia khunsa?. Namun dari satu segi, karya seni dia mmg saya sanjung. Apa yg di paparkan dlm filem adalah realiti dlm kehidupan seharian kita namun dah mmg dah sifat tipikal melayu yg suka menerima bulat2 apa yg di paparkan dan terus menghentam membabi buta tanpa mau berfikir maksud cerita yg ingin di sampaikan. Entahlah, Arwah Yasmin cuma bercerita tentang realiti, tapi Ulamak kita sibuk jaga periuk nasi dan berpolitik.
    Pihak keluarga Arwah Yasmin kena tampil ke depan menerangkan situasi sebenar. In penting demi kesucian agama Islam itu sendiri. Dan satu lagi, siapakah yg sebenarnya menikahkan mereka?.

  8. PERSOALAN SAYA YANG TAK PERLU DIJAWAB

    1. Pernahkah anda mendengar ahli keluarga lebih afdal mengendalikan jenazah untuk menutup sebarang keaiban.

    2. Kita dengan tuhan ada bezanya.Jika tuhan boleh berfirman ke atas setiap perbuatan makhluknya belum tentu lagi kita boleh menyusun ayat berfirman mengutuk makhluk tuhan.

    3. Allah swt berhak mencipta sekelian makhluk menurut kehendakNya samada iblis, firaun atau Yasmin. Hatta malaikat sekali pun tidak boleh mempersoalkannya. Allah swt mencipta iblis untuk menguji manusia. Mencipta Firaun untuk menyerlahkan kemukjizatan Musa as. Mencipta Yasmin untuk membolehkan kita berfikir bukannya diungkit setelah kematiannya.

    4. Allah swt mencipta orang jahat supaya kita membalasnya dengan kebaikan supaya beroleh kemuliaan.

    5. Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan itu dipanggil dendam, seperti Palestin dengan Israel..huru hara yang tidak berkesudahan. Pahalanya belum tentu lagi tapi kesengseraannya telah nyata ketika di dunia.

    6. Kepada Nabi saw pun Allah swt menyeru memberi peringatan dan menghukum itu adalah soal Allah swt kerana Dia Maha Adil.

    7. Apakah wajib bagi Allah swt memasukkan kita ke dalam syurga kerana banyak pahala dan mewajibkan Allah swt memasukkan kita ke neraka jika banyak dosa.

    8. Soal neraka dan syurga ini pun untuk budak budak. Orang tua masuk syurga kerana untuk memandang wajah Rabbulalamin. Tetapi orang yang buta mata hatinya di dunia takkan celik pula di akhirat nanti.

    9. Masalah yang kita alami sekarang kita telah berumur 40 tahun tetapi masih memakai kasut ketika umur 10 tahun, tentu tak betul jalannya.

    10.Jika ingin mengetahui bab zahir batin dengan panjang lebar sila layari blog saya. Dan tunggu sehingga bab rohani dan jasmaninya selesai.

    Sila klik di sini> http://pakcikli00.wordpress.com/

    Terima kasih. Wassalam.Wallahualam.

  9. artikel ini aku rasa bukan untuk menghina arwah tetapi peringatan pada yang masih hidup terutamanya lelaki yang bersifat wanita.

  10. Pada aku itu soal Yasmin dengan Allah, tak perlu lah kita panjangkan polemik ini. tapi yang penting ialah pengajaran di sebalik cerita. Sunnatullah tak boleh dikompromi dan tak boleh ditukarganti. Setiap insan telah ditentukan Allah sifat dan jantinanya sejak azali lagi, namun secara umumnya masih ada lagi insan2 jahil yang tak tahu tentang hukum dan sunnatullah dan cuba mengingkarinya. Aku merujuk secara umum kerna tak perlulah aku menuding jari kepada sesiapa pun, kerna tiada insan yang terbaik dalam dunia ini melainkan Rasulullah yang tercinta.

    Pada siapa harus kita tudingkan jari untuk segala masalah ini? Ulama? Ibubapa? Persekitaran? Aku rasa Ulama sudah pun menerangkan secara detail perkara ni jadi aku tak mungkin salahkan ulama secara general. Untuk kes seperti ini aku terpaksa salahkan ibu bapa dan persekitarannya dan paling penting yang empunya diri. Ibu bapa harus tahu sifat dan kelakuan anak dan seharusnya berusaha untuk mengur dan menegah yang buruk. Sabda Rasulullah bermafhum, “ajari anakmu solat seawal umur 7 tahun dan pukullah dia sekiranya dia ingkar pada umur 10 tahun.”(not very accurate so sape2 yang tahu tolong perbetulkan). Maksud hadis ni bukan sekadar untuk perintah solat sahaja tetapi mencakupi urusan duniawi juga. Seandainya ibu bapa tahu dan memerhati tingkahlaku anaknya nescaya perkara ini boleh dielakkan.

    Persekitarannya juga seolah2 mendorong ke arah itu. Tidak ada satu berita pun pernah keluar mengenai seksualitinya sewaktu masih hidup, namun mengapa setelah meninggal dunia baru perkara ini timbul. Ini seperti masyarakat mengakui dan menerima perkara ini berlaku sedangkan sebagai seorang muslim yang beriman perkara ini harus ditegah. Sabda nabi lagi,” apabila melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan(kuasa), seandainya tak mampu maka cegahlah dengan lisan(nasihat) dan sekiranya tidak mampu maka cegahlah dengan hati(membenci atau rasa geram) dan itu adalah selemah2 iman.” Soalnya sekarang pernahkah ketiga2 perkara itu kita lakukan sewaktu masih hidup? tak guna membenci atau mengeji org yang sudah tiada kerna itu cuma menambah dosa. Sebaiknya itu dilakukan sewaktu masih hidup. Tiada bezanya seksualiti org ternama dengan org yang merempat ditengah jalan cumanya golongan jalanan ini akan dibenci sekiranya diketahui tapi tidak untuk golongan ternama. Salah kita kerna terlalu memuja karyanya sedangkan kita buta untuk menasihati kelakuannya. Namun salah lagi mereka2 yang tahu perkara sebenar namun cuba berdiam diri.

    Ini adalah persoalan hukum dan sunnatullah, bukan persoalan siapa Yasmin Ahmad. Biarkan dia pergi dengan aman. Soal salah atau tidak itu tak perlu kita ungkitkan kerna kita tidak tahu perkara yang sebenarnya. Kita takkan menanggung dosanya namun mereka2 yang sebenarnya tahu dan mendiamkan diri itulah yang salah pada mulanya. Sama2lah kita mensedekahkan kalungan doa untuknya agar diringankan sedikit azab kuburnya.

  11. Kenapa tak dibuka semua ini semasa arwah masih hidup .. takut kepada yasmin ? bila sudah meninggal sibuk nak cerita tentang perlunya kebenaran.. bodoh dan jahil sekali …

  12. kucing

  13. yasmin itu khunsa dan dia telah pun mendaftarkan jantina dgn pejabat agama..thats why dia boleh kawin dan ada suami.. jgn tuduh melulu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: