Posted by: pinkturtle2 | Julai 30, 2009

Sivakumar sekali lagi dihalang adakan mesyuarat

Sivakumar sekali lagi dilarang adakan mesyuarat

Speaker DUN Perak dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar dan anggota jawatankuasa hak dan kebebasan sebelum ini – kecuali ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman – sekali lagi tidak dibenarkan memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu di kamar Speaker DUN.

Mereka mahu memasuki bangunan itu pada jam 10 pagi tadi tetapi tidak dibenarkan oleh anggota polis yang berkawal di situ.

Hasbullah dibenarkan masuk kerana beliau dilantik semula menganggotai jawatankuasa hak dan kebebasan yang dipengerusikan oleh Speaker baru, Datuk R Ganesan.

Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Khidmat Pengurusan), Shamshuzaman Sulaiman menemui Sivakumar di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk memaklumkan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim yang mengatakan mesyuarat itu tidak boleh dijalankan kerana jawatankuasa berkenaan tidak sah dan sudah tidak lagi relevan, lapor Bernama.

Isnin lalu, Sivakumar yang masih mengaku dirinya sebagai Speaker DUN Perak turut dihalang polis daripada mengadakan mesyuarat yang bertujuan untuk membincangkan mengenai pelucutan jawatannya sebagai Speaker pada sidang DUN, 7 Mei lepas yang didakwanya dilakukan melalui ‘sub-dewan’ dalam DUN yang dianggap tiada dalam perundangan serta tindakan Ganesan mengarahkan polis memasuki sidang DUN untuk mengeluarkannya daripada dewan persidangan.

Menurut laporan Bernama lagi, kumpulan ADUN pembangkang yang diketuai Sivakumar itu akhirnya bersurai pada jam 11.30 pagi selepas pelbagai usaha mereka termasuk didakwa cuba merempuh masuk berjaya ditangani pihak polis.

Kumpulan tersebut turut memberi alasan untuk minum di kantin selain ingin ke tandas dalam cubaan mereka memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan mesyuarat terbabit, namun gagal.

Selain Sivakumar dan Hasbullah, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan sebelum ini turut dianggotai ADUN Selingsing Husin Din (PAS), Chan Ming Kai (Simpang Pulai-PKR), Loke Chee Yan (Kepayang-DAP), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi-DAP), Sum Cheok Leng (Bercham-DAP).

Sementara itu, Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri berkata, jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan Sivakumar tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana ianya tidak lagi sah ketika ini.

Katanya, ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.

“Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

“ADUN Tebing Tinggi dari DAP Ong Boon Piow turut dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan melalui usul yang telah dikemukakan oleh ADUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dan disokong oleh ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad,” katanya.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. APA LAGI LA YANG ANJING KELING PARIA HINDRAF NI MENYALAK NEHH..

    DEII PARRIIAAAA… YENNA DEIII???

    AYYYUUOOOO.. INI ANJUNG MUKA SURUPA TAIK LEMBU TARA MALU SUDA KENA TENDANG KULUAR LAGI MAU BISING2..

    BRAPA BANYAK TODI SUDA MINUUMM.. PIGI BALIK JAGA ITU YESTET LA DEIII!!!

    YENNA AMMPA AMPA KUNJY KUTTY PUNDAWANEE DEIII!!!

    he he he

    • Ati panass, kalau awak orang Islam Adakah awak berfikir dan menulis kerana Allah. Allah menjadikan manusia berbagai bangsa untu saling kenal mengenal, semua kita anak cucu Adam. Lebihnya kita disisi Allah kerana Taqwa. Jadi janganlah mencaci, menghina manusia kerana ianya ciptaan Allah.

      Kalau awak bukan Islam lainlah ceritanya.

      • ZYY…ko jgn lyn sngat Ati Panass tu,biar dia mlalak sorang2. Ati Panass..ko pnya komen memang panas la..x yah la ko nk perapi2 kat blog ni..Aku tngu komen ATI SEJUKK..mana ko??

  2. salam,

    TUKAR LINK

    Saya memohon untuk saudara letak link blog saya kat blog saudara

    blog saya http://kraiutara.blogspot.com/

    semoga saudara perkenan

    terima kasih

    saya akan berbuat demikian bila saudara letak link saya disini

    terima kasih

  3. ATi Panas ni memang kuturunan mamak zamry ngan mamak mahathir. Dia ni yg sebebnarnya keling paria.

  4. memang betul paria-paria ni tak sedar diri lagi memang dasar paria

  5. Dei pundekk..

    lu bila mau terjun??

    pigi itu bawah pokoklah kasi meeting ..

    bodoh punya keling penyembah berhala ..

    ada juga melayu sayang kat penyembah berhala kerana sama sama cucu Adam .. bodoh punya melayu…. Yitzak Rabin pun cucu adam gak sama macam al juburi

    • HANG TAKYAH SEMBAH BERHALA LA.
      TOSAH SEBUT YITZAK RABIN LA.
      SOKONG PERLEMBAGAAN LORD RIED PUN DAH
      MACAM SEMBAH BERHALA LA.

      BEHKOK NI TADAK NGAJI LA. TADAK TAU HALAL HARAM.
      MAK BAPAK BEGHOK NI BELAKI NAK WAT BEGHOK NI
      ATEH MENDERA UMNO LA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: