Posted by: pinkturtle2 | Ogos 3, 2009

ISA: 17 termasuk MP Pakatan ditahan reman

TAHANAN ISA DIBEBASKAN... Naim Jusri memeluk isterinya Nussaibah Ariffin dan anaknya Masirah naim sebaik dibebaskan oleh polis kerana menyertai demonstrasi anti-ISA kelmarin.--foto THE STAR

TAHANAN ISA DIBEBASKAN... Naim Jusri memeluk isterinya Nussaibah Ariffin dan anaknya Masirah naim sebaik dibebaskan oleh polis kerana menyertai demonstrasi anti-ISA kelmarin.--foto THE STAR

ISA: 17 termasuk MP Pakatan ditahan reman

KUALA LUMPUR: Seramai 17 orang dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan haram mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara kelmarin dikenakan perintah reman selama dua hari yang akan berakhir hari ini.

Kesemua mereka yang direman itu terdiri daripada 12 lelaki dan lima wanita.

“Bagaimanapun remaja yang berumur 18 tahun ke bawah telah dibebaskan secara berperingkat bermula awal pagi ini,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam respons SMS kepada Bernama.

Antara yang direman ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)R. Sivarasa.Seramai 572 individu daripada 589 orang yang ditahan semalam turut dibebaskan hari ini.

“Kesemua 17 individu itu kini ditempatkan di Balai Polis Bukit Jalil untuk menunggu sama ada akan didakwa atau dibebaskan,” katanya.

Kesemua mereka yang ditahan itu adalah antara sebahagian 10,000 penyokong Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berhimpun dan berarak secara haram seawal 7 pagi kelmarin untuk menghantar memorandum mansuhkan ISA kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, usaha GMI untuk menghantar memorandum itu menemui kegagalan ekoran ketegasan pasukan keselamatan mengekang rancangan mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 43 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 27 (5) Akta Polis.

http://www.mstar.com.my

Advertisements

Responses

  1. PADAN NGAN MUKA HANG

    • AWAT KAPIAG NI PENDEK SAJA KOMEN.
      GERUN KER NGAN SAMBUTAN RAKYAT?

      jika orang pasik dipuji, allah murka dan kerananya arasy bergegar – hadis.

      KAPIAG – syak, dhan dan waham akan kesempurnaan allah, kitab, rasul, kadha’ dan qadar, hari kiamat.

      yakin – percaya 100%
      syak – banyak tak caya dari caya
      dhan – antara caya dan takcaya 50-50
      waham- banyak caya dari tak caya

      PASIQ- caya yang stiap hukum samada wajib,sunat harus, makruh,haram adalah
      perintah allah. maknanya depa beriman
      tapi tak nak beramal.

      MUNAFIQ – berpura2 islam tapi peganganya kapiag

  2. JANGAN PADAN MUKA KAT ORANG YG MEMPERJUANGKAN KEADILAN.SATU HARI KALAU HANG YANG KENA,HANG PULA PADAN MUKA..MANGKOK AYUN

  3. dia jer yang adil. teoh beng hock kena bunuh oleh orang depa kira adil. anuar ibrahim mintak kes gugur pun adil. itu lah keadilan kepada mereka. keadilan hanya untuk orang PAKATIPU RAKYATR dan PARTI KELENTONG RAKYAT..padan muka hang kena sedas pemedih mata. aku sokong ISA

  4. Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman ‘komunis’ terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.

    Pada masa itu ‘komunis’ dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja – tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai ‘komunis’ ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa – itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.

    Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.

    Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan ‘anak-cucu komunis’ ini.

    Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan ‘komunis’.

    ‘Anak-cucu komunis’ ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.

    Kebijaksanaan cina berpolitik – mereka tidak mahu berdemonstrasi, sedangkan mereka inilah anak-cucu ‘komunis’ yang sebenarnya.

  5. Polis Raja Di Malaysia atau Malaysia Negara Polis

    Apakah Malaysia negara Polis atau Polis Raja di Malaysia? Bagi saya kedua-duanya betul. Polis langsung tak hormati undang-undang dan perlembagaan dalam negara.

    Perkara 10 – Perlembagaan Persekutuan Negara – Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata.

    Perkara 20 – Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dimana setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berhimpun secara aman dan berkepesatuan.

    Perkara 21- Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966

    Namun, hak rakyat untuk berhimpun secara aman ini telah dicabul POLIS RAJA DI MALAYSIA semasa beberapa siri perhimpunan aman.

    Apakah kita akan terus membiarkan Polis terus mencabul hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman?

    * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

    Kalau Takut Dipukul Badai…
    Usah Berumah Di Tepi Pantai…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: