Posted by: pinkturtle2 | Ogos 6, 2009

Kes Teoh Beng Hock : Timb Pengarah SPRM Sngor Ada Dalam Rakaman CCTV

Gambar Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Hishamuddin Hashim antara yang diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lobi Plaza Masalam, Seksyen 9, di sini pada awal pagi hari, Teoh Beng Hock ditemui mati 16 Julai lalu.

Perkara itu dinyatakan peguam Tan Hock Chuan yang mengendalikan prosiding inkues semasa merujuk gambar nombor 35 itu kepada pengawal keselamatan, Abd Rahman Rahim yang bertugas dari jam 4 hingga 8 pagi hari tersebut.

Sementara itu, peguam Cheow Wee yang mewakili Majlis Peguam sebagai peguam pemerhati berkepentingan merujuk gambar sama dan bertanya sekiranya ada Abd Rahman, saksi keenam pernah melihat Timbalan Pengarah berada di situ pada waktu serupa hari berlainan.

Hock Chuan juga merujuk Abd Rahman, 51, kepada tiga gambar lain yang diperoleh daripada CCTV yang memfokuskan lif di lobi tingkat empat bangunan itu yang mana saksi sekadar mengenal dua lelaki dalam gambar itu bekerja di SPRM.

Bagaimanapun, Hock Chuan memberitahu tiga gambar itu ialah imej pegawai SPRM dikenali sebagai Asyraf yang menemu bual mendiang, pegawai SPRM dipercayai orang terakhir melihat mendiang masih hidup dan juga seorang lagi pegawai SPRM.

Sementara itu, rakan sekerja Abd Rahman, Wan Rosli Wan Adam, 38, yang bertugas di lobi daripada jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, juga mengecamkan beberapa pegawai SPRM yang mana menurut Hock Chuan salah seorang ialah pegawai yang menemu bual mendiang.

Semua gambar dikemukakan pada hari kedua prosiding inkues siasatan kematian Beng Hock, 30, di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas. Hock Chuan mengendalikan prosiding inkues bersama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas dan peguam Justin Wee dan Cains Tan.

Selain itu, Wan Rosli, saksi kelima yang berpengalaman empat tahun bertugas di plaza itu juga melihat beberapa pegawai SPRM keluar masuk di bangunan itu .
Ketika disoal peguam Gobind Singh Deo, Wan Rosli memberitahu, sudah menjadi kebiasaan untuk SPRM yang menduduki Tingkat 14 dan sebahagian ruang Tingkat 15 plaza itu bekerja lewat malam sehingga awal pagi

Dia juga memberitahu tidak ada cara untuk naik ke bumbung plaza itu kerana pintu laluan di Tingkat 20 dan juga koridor di tingkat lima berkunci.Greenboc


Responses

  1. Hishamuddin Hashim nampaknya bakal jadi kambing hitam..Ingat! bila org politik nak buat jahat yang kena pegawai kerajaan. Org politik tak kena! Sbb tak de bukti jelas. Pegawai kerajaan pulak terima arahan hanya secara lisan

    • rasuah makin menjadi di negara kita kini.makin ramai melibatkan menteri2 yang berperanan utama dalam negara kita telah emnjadi dalangnya.Sepatutnya mereka mereka merasa malu kepada rakyat …

  2. Mereka seperti tangan tangan gaib yang tak dapat dikesan(arahan orang atasan),yang pastinya penjawat awam yang akan menjadi mangsa,kezaliman mereka semakin ketara dan semakin hilang akal kewarasan.Dunia mereka telah dipenuhi dengan nanar dosa yang cukup kelam,langit hati mereka seperti Firaun.

    • Assalamualaikum..
      Harap saudara bahagia dengan apa yang saudara lakukan…Saya juga berharap yang saudara merupakan sauda seislam sya yang benar-benar berjaya menghayati islam dengan waras.
      Menarik membaca komen saudara…berdasarkan komen itu saya berpendapat kematian Beng Hock (yang bagi saya tidak layak atau patut diberi tuampuan sampai harus diwujudkan inkues dan Suruahnjaya Siasatan Diraja) pada awalnya akan memberi politicial milage kepada pembangkang, namun akhirnya nanti ia akan hanya memakan tuan. Sebodoh-bodoh manusia pon boleh fikir, takkan lah SPRM nak musnahkan saksi penting mereka…siapa agak-agak yang menganggap Beng Hock liabiliti kepada mereka andai siasatan SPRM berjaya mempunyai fakta yang mengatasi keraguan munasabah untuk membuat tuduhan di mahkamah?
      Fikir lah ya…

      • saya sokong kata-kata anda,kalaupun ia tidak benar tapi sekurang-kurangnya anda menampakkan akhlak yang baik.

    • pheh..tahu sangat anda siapa yang bersalah..diam jika tidak mengetahui juga adalah hukum dari Allah,jangan berdegar-degar sangat bercakap.

  3. kenapa tuduh hishamuddin kerana beliau keluar pukul 6.10 sedangkan boon hwa cakap dia jumpa beng hock pukul 61.15 di pantry. jangan la bersangka buruk saudara2..jangan menuduh tanpa fakta atau bukti. mengapa SPRM nak bunuh saksi utama mereka. oh kerana arahan orang atasan la ye. orang atasan yang mana. KONSPIRASI kerajaan membunuh pemberi maklumat rasuah pihak pembangkang..Logik ke??? ingatlah sudar2 memfitnah itu dosanya sebesa malah lebih besar dari membunuh..ingat22 sikit

    • Salam ara,
      kalau dah otak tu otak BN @ BiNatang, benda betul pun jadi tak betul. Benda senang pun jadi sukar.

      Memang benar “mengapa SPRM nak bunuh saksi utama mereka?”.
      Cuma bolehkah TBH menjadi saksi utama rasuah jika:
      a. Tidak ada sebarang maklumat rasuah yg boleh diperolehi drp beliau.
      b. Beliau seorang yg jujur & tidak sanggup berbohong walaupun dipaksa berbuat demikian.

      Oleh itu siasatan semula perlu dilakukan kerana:
      a. Terdapat bukti baru berdasarkan surat drp pegawai SPRM.
      b. Tiada sebarang sebab kukuh yg boleh menyebabkan beliau membunuh diri.
      c. Terdapat andaian bahawa peg SPRM telah membunuh OTH secara tidak sengaja dgn menggunakan teknik “mengacah mencampakkan dia keluar tingkap”.

      Bagi saya Peg SPRM yg dituduh mesti disoalsiasat oleh pihak inkues & para peguam secara telus. Semasa disoalsiasat beliau mestilah digantung tugasnya sehingga siasatan selesai.

      Pada pendapat saya memang ada konspirasi untuk menumbangkan kjaan PR di selangor melalui tuduhan rasuah ke atas adun2 & exco2nya. Tetapi nampaknya konspirasi kali ini telah menemui kegagalan akibat terlalu menekan, gelojoh & terburu-buru dalam memastikan perancangan jahat mereka berjaya.

  4. Bodoh betul si ARA ni erk, nape la tak nak mampos si ARA keparat ni.

    • huyoo ayat…bagusnya…anda memang muslim sejati..mulut anda memang kelas A

  5. oi erecess. sbb beng hock tu cina jadi dia tak layak dpt pembelaan sepatutnya…org melayu je la yg layak dpt ek…ko ni islam ke yahudi?? ke ko ni racist?? cina ke india ke melayu ke..manusia jugak, layak dpt pembelaan. skrg ko tgk cina yg jatuh bangunan sprm…ko tak kisah..takde kena mengena dgn ko. ko biar je sprm, umno BEND, pdrm bermaharajalela dgn kuasa veto depa..esok2..anak ko yg jatuh bangunan sprm atau kena ISA..baru ko nak teriak kerajaan zalim, sprm salah guna kuasa.
    ko ni tak layak jadi manusia erecess and ARA..layak jadi spesis jin dan bunian je.

    • Salam… saya harap anda islam dan boleh menjawab salam ikhlas saya ni..
      Satu soalan je yg saya nak tanya..
      Kenapa dan mengapa ek..bila kita melawati blog atau laman web yang seperti ini(Pro Parti Bukan Kerajaan)..bahasa yang kalian gunakan langsung tidak mencerminkan seorang muslim sejati…kasar…tidak beradab langsung…memaki hamun sesuka hati…..setahu saya Islam itu penuh kelembutan dan kesopanan…saya juga hairan agaknya di manakah kalian yang kurang beradab ni bersekolah dahulu…??
      Kalau kalian rasa Malaysia sebuah negara yang zalim…saya persilakan kalian meninggalkan negara ini dengan penuh kehormatan…pergilah ke mana-mana negara yang kalian fikirkan lebih baik dari Malaysia…Haa apa lagi …beranikah kalian menyahut cabaran saya ini?
      Akhir sekali saya ingin menyarankan kalian yang bermulut celupar semua agar kumpul duit dan pergilah melawat ke luar negara…jangan seperti katak di bawah tempurung..Di sana nanti bukalah mata dan minda kalian luas-luas…
      Maaf andai saya turut terbawa-bawa menggunakan bahasa kasar seperti kalian…

  6. erecess…….yang mati itu manusia juga bezanya pada zahir dia bukan islam dan saudara islam ( batin aku tak tahu..hanya Allah yang tahu ).
    kiat ni bersyukur kerana lahir daripada perut ibu islam dan kita ini islam baka saja.andainya ( nauzubillah ) kalau kita lahir dulu daripada perut bukan islam,entahlah,sukar nak cakap.
    Allah kata yang penting bukan keturunan,bangsa,kaum,kaya,cerdik pandai tapi taqwa sahaja dan ini yang akan dikira pada di padang mahsyar kelak.
    apabila seseorang itu memerintah,yang utama adalah keadilan dan keadilan bukan untuk satu kaum sahaja untuk semua,jadi,rakyat mahukan keadilan.
    dalam kes ini memang terlalu banyak soalan yang masih menjadi tanya tanya orang ramai.
    fikir fikirlah….jangan ikut hawa nafsu serakah saja.

  7. Sapa lantik kelian semua jadi peguam ha……Pergi kerja jangan malas. Duit nak banyak…kerja ciput…

  8. […] Kes Teoh Beng Hock : Timb Pengarah SPRM Selangor Ada Dalam Rakaman CCTV […]

  9. Ada mata, lihat.Ada telinga, dengar. Ada otak, fikir. Ada Tuhan, tanya. Ada tangan, nanti 2012, kita pangkah yang betul sahaja. Jangan pulak kita pilih kerana dapat seringgit dua. Sampai sanggup jual maruah diri!Jangan jadi bodoh!

  10. tu pasal mlayu smua kena hormat mlayu krala kami,,,pm melayu kami 22 tahun jd pm smua ok,,,mb mlayu pendatang rumah beso tu bengap smpai trlepas dari tangan mlayu,,,tu pun nak mlayu krala jgk ke utk jd mb

  11. sama je satu negeri di bernama berak pun terpaksa mlayu krala kami jgk jd ktua,,,,mlayu lain tak bole dharap langsung

  12. TP tgh panas.panas panas panasssssssprm.hahhaahaha

  13. Siasat juga Pengarah SPRM Selangor sewaktu khir toyo jadi MB ada kemungkinan pengarah yang telah bertukar ke Putrajaya ni terlibat tidak dinafikan…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: