Posted by: pinkturtle2 | Ogos 11, 2009

Isteri Noordin yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya..

isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Keluarga tidak yakin lelaki ditembak mati adalah Noordin

Isteri: Dia bukan suaminya kerana struktur wajah berbeza

JAKARTA: Keluarga Noordin Mohammad Top yang berada di Johor tidak yakin lelaki yang mati ditembak polis Indonesia di sebuah rumah di Temanggung, Jawa Tengah pada 8 Ogos adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia.

Setelah melihat foto yang disebar oleh pihak berkuasa, keluarga Noordin bertambah yakin bahawa lelaki yang mati ditembak selepas 17 jam dikepung itu bukan Noordin.

“Menurut keterangan dari keluarga, mereka yakin yang ia bukan gambar Noordin,” kata Badarudin Ismail, lelaki yang dipetik oleh laman web detik.com sebagai jurucakap keluarga Noordin.

Katanya isteri Noordin, yang hanya dikenali sebagai Rahmah, yakin lelaki yang ditembak itu bukan suaminya kerana struktur wajahnya berbeza sama sekali dengan Noordin.

Sabtu lepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki yang sehingga kini masih belum dapat dipastikan sekiranya dia adalah Noordin, lelaki paling dikehendaki di Indonesia kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian pengeboman Hotel J.W.Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Sementara itu sehingga malam ini polis belum mengeluarkan kenyataan mengenai sejauh mana proses pengesahan DNA jenazah lelaki itu sudah dijalankan.

Laman web itu melaporkan yang polis akan membandingkan DNA jenazah lelaki yang mati ditembak itu dengan DNA dari air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor baru-baru ini.

“Jika DNA jenazah dengan DNA air liur itu padan, nanti isteri dan ketiga-tiga anak Noordin akan ke Indonesia,” kata Badarudin yang enggan menyatakan hubungannya dengan keluarga Noordin.BERNAMA


Responses

  1. pejuang sejati……….

  2. bodoh betul polis indon x kenal langsung nordin mat top main tembak je padan muka indon

  3. oleh kerana cuai dan lalai skuad risikan maka terbabasla sasaran.sama seperti skuad bom kamikaze d bali dan hotel tu.tak ada beza polis dan penjenayah.sama2 cuai dan lalai anak kepada gopoh bin gapah.
    kesannya tetap sama org lain menanggung bala.
    ketetapan sesuatu tindakan itu adil mesti mengikut adap2 islam yg d dalamnya ada iman.
    salah satu tinggal salah la sasaran.

  4. SEBELUM OPERASI MEMBUNUH NOORDIN, POLRI
    DIHIDANGKAN DENGAN FILEM DRAMA GERAK KHAS, SEBAGAI MOTIVASI KAT GENG2 DEPA.
    MAKLUM SAJA LA FILEM GERAK KHAS INI, KIRA
    SATU FILEM BOX OFIS JUGAK LA, MEMAPARKAN KEJAYAAN POLIS. TADAK LANGSUNG YANG TAK JAYA.

    BERTOLAK DARI SITULAH POLRI, DENGAN PENUIH SEMANGAT ASABIYYAHNYA, MENEMBAK
    TAK TENTU PASAI, ASALKAN ORANG SAJA…
    NOORDIN MAT TOP LATUH.

  5. Salam,

    kesian betul mamat tu…silap orang plak…ntah apa2 punya risikan…tim risikan gagal la nii…sepatutnya dapatkan kepastian dulu baru serbu, ni tak serbu dulu baru nak pastikan…apa punya polis daa…ni semua gelojoh nak ambil hati amerika la nii…

    • patutnya geng2 polri ni keluag belanja sket
      mai berkursus ngan datuk jusuh haslam, lagu mana
      cagha skuard gerak khas tu dapat kejaaan demi kejayaan.

  6. pelanduk 2 serupa

  7. cara pak polisi tu ambush tak serupa nak tangkap,dah rupa d arah bunuh je suspek tu,tu baru suspek,betul tidak tak tahu lagi,pula tu bukan satu platun,satu skuadron yg ambush.
    ini macam pun boleh ka pak polisi?biar bener nya pak.kok ribut bener mau bunuh satu org.mana bisha begini.apa pak polisi indon udah nuntut ilmu sama fru d malaysia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: