Posted by: pinkturtle2 | Ogos 29, 2009

Teoh ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi – Gobind

Gobind berkata, laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan - Gobind

Gobind berkata, laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan - Gobind

Teoh ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi – Gobind

SHAH ALAM: Aduan berhubung saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didera dengan ditampar beberapa kali, dibogelkan dan dipukul dengan batang besi bakal didedahkan dalam prosiding inkues kematian Teoh Beng Hock.

Peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, berkata, beliau akan mendedahkan laporan polis yang telah dibuat oleh saksi SPRM berhubung dakwaan itu bersama-sama bukti gambar kecederaan dialami mangsa ketika disoal siasat di pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14, Plaza Masalam di sini.

Gobind mendakwa antara pegawai SPRM yang terlibat melakukan penderaan fizikal itu ialah saksi ke-19, Penolong Penguasa SPRM Selangor Mohd Ashraf Mohd Yunus, yang memberi keterangan dalam prosiding hari ini.

Peguam itu juga bercadang untuk mengemukakan beberapa soalan kepada Mohd Ashraf berhubung laporan polis itu yang mengaitkannya dengan dakwaan melakukan penderaan terhadap saksi tersebut.

Berikutan itu, koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan prosiding ke 8 September bagi membolehkan Mohd Ashraf untuk melantik peguam kerana soalan yang bakal ditanya Gobind boleh mendedahkan beliau kepada pertuduhan jenayah.

Gobind berkata, laporan polis itu menerangkan secara terperinci bagaimana saksi berkenaan didera oleh pegawai SPRM di Tingkat 14, pejabat SPRM Selangor.

“Antaranya ialah pegawai bergilir-gilir menampar saksi, menutup mata saksi dan menyuruhnya berbogel, membalut batang besi dengan surat khabar dan menggunakannya untuk memukul perut, punggung, tangan dan kaki saksi, menendang di bahagian perut serta merotan untuk membelasah kemaluan dan tapak kaki sehingga saksi hampir pengsan.

“Ini bukan satu-satunya laporan polis yang ada pada kami, banyak lagi yang akan kami kemukakan,” kata Gobind, yang enggan mendedahkan identiti pengadu buat masa ini.Mstar


Responses

  1. dorg ni dah jadi mcm tuhan plak,senang2 nk bunuh org!!!
    tunggu turn korg plak nnt!! 😛 tunggu………..

  2. test

  3. Salam,

    INI MESTI GENG KEPALA LEMBU.

    DULU PARTI PSRM
    KINI SPRM
    SELAMANYA……………..

  4. hi…
    minta tolong klik link dibawah yer….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a [jutawanklik.com]
    tolong yer… terima kasih..

    • Tolong lah pergi ke tempat lain. Ini sembang2 politik. mintak faham ye..

    • bodoh nya lu ni…

  5. Kalau pegawai penjawat awam tak hormat orang awam…kepada siapa rakyat nak mengadu…politikus asyik kata dia tak ada kuasa..jadi mata lebam ANWAR dulu berulang kembali…penjawat awam tu pakai peraturan monyet mana ya…perasan lebih kuasa dari menteri pulak…ini mesti ada yang cucuk hidung pecacai awam tu…saya sediakan slogan untuk pegawai awam yang yang sejenis dengannya…MARI KITA JILAT BONTOT POLITIKUS…MASIN RASANYA..

    Sebagai orang ISLAM saya berdoa : SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEPADANYA DI DUNIA DAN AKHIRAT…

  6. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor kena berhati-hati kerana umno ghairah memainkan isu perkauman dan agama dalam usahanya untuk menawan selangor.antara isu yang dimainkan ialah arak dan kuil.
    perbuatan sebegini tidak boleh dibiarkan dan perlu ada satu ceramah perdana yang dihadiri Anwar,Tg Nik Aziz,TG Hj Hadi,Lim Kit Siang dan pemimpin HINDRAF memberikan penjelasan kepada rakyat selangor agar tidak termakan provokasi yang dilakukan oleh umno.

    Jika dilihat gambar ketua pemuda umno selayang yang jadi dalang demo kepala lembu kerana bantah pembinaan kuil di syeksyen 23 shah alam,jadi bukti umno terlibat.
    jika diambil tindakan oleh polis atas tuduhan menghasut,nescaya mamat ni jadi hero.inilah yang dikehendaki oleh umno sekarang.jadi hero melayu dan islam.
    langkah terbaik kita pinggirkan puak minoriti ini.dalam laman web hindraf yang memetik kata pengerusinya P.Watyamorthy turut menuduh umno dan polis sebagai dalang.
    ada logiknya kerana biasanya kalau Pakatan Rakyat adakan demo tak sampai seminit polis ambil tindakan.
    ini tak polis biar je puak ni berdemo.macam kat PRK Permatang Pasir,polis biar je penyokong umno provok penyokong dan pemimpin PAS.
    Ada sumber di selangor memetik,setelah gagal memperalatkan SPRM tumbangkan kerajaan negeri selangor,kini umno memperkudakan polis untuk niat jahat mereka.khabarnya ada beberapa siri demo berkaitan isu kuil akan diadakan oleh puak umno yang mempunyai ketua pemuda yang miskin minda dan tergamak melakukan apa sahaja asalkan umno berkuasa di selangor.
    eloklah kerajaan pakatan rakyat selangor dan pemimpi pakatan rakyat mendesak ketua polis selangor meletakkan jawatan atau ditukarkan kerana gagal mengawal demo yang jika berlarutan boleh mencetuskan rusuhan kaum.inilah yang dikehendaki umno.
    dulu,kini dan selama-lamanya mungkin bodoh dan bengap

  7. datuk khalid pun pening kepala nampaknya. Bawak-bawaklah pergi umrah bulan puasa ni
    bersama kak Imran dan keluarga. Cubalah
    sekarang ni Datuk fikirkan dari segi agama, mana
    yang betul dan mana yang salah. Saya rasa
    datuk Khalid boleh dibentuk letak saja jawatan
    dan masuk aja PKR (Polis Kerjasama Rakyat).
    Kalau Datuk Khalid tak fikirkan tentang agama
    tak tau lah saya. Benda yang betul disalahkan dan benda yang salah dibetulkan. Susah diakhirat nanti. Kita ini hidup kalau boleh saling manasihat menasihati, saling bantu membantu. Bak kata pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali, nanti ada kesan cap jari, tangan
    kena gari. Oklah dah larut malam ni singa dah
    nak tiduq.

  8. ***Menurut beberapa pendapat “pencerakin politik” bahawa Yahudi mnyandarkan kekuatannya pada
    suasana keruh. Air yang keruh memang tempat buaya “mecari mangsa”. Air jernih nampak badan budaya, bukan ?

    PKR masih kurang disiplin, sperti anak-anak sukda bermain air dan lumpur. Keuta mereka buat kenyataan dan rancangan tanpa perundingan yang mendalam. Mereka kurang “AWAS DIRI”. Jadi peluang lawan untuk tendang bola atau “tangkap kering” memang mudah. KETUA mereka disiplin ; jangan cakap banyak tanpa teks dan rujukan diri dan anak buah.

    Maaf saya memaksa diri menulis dalam bulan puasa ini. SEMOGA ALLAH menerima taubat, permohoan iman dan “kejayaan bersyarat” dengan keinsafan besar.
    ~Aq~ 300809.

  9. singa bunting boleh tido sampai kiamat…kamu tak relevan kat dunia ini…mati lg aman dunia..

  10. Sambutan Nuzul Al Quran
    Para Muslimin dan Muslimat di jemput Hadir ke Majlis Sambutan Nuzul AlQuran & Ghazwah Badar Al Kubra yang akan diadakan pada 6 September2008 di Masjid Darul Ehsan Taman TAR, Ampang.Selangor.

    5.52am : Solat Subuh

    6.30am : Kuliah Subuh Dato Kamal Muhamad

    10.00am : Periwayatan 10 Hadith Musalsal
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    1.18pm : Solat Zuhur

    3.30pm : Mengenang Ahli Badar
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    4.30pm : Solat Asar
    – Diskusi Kitab Penawar & Penyembuh Dari Al Quran – Imam Al Ghazali
    – Ceramah Nuzul Al Quran.

    7.23pm : Majlis Berbuka Puasa / Solat Maghrib

    8.34pm : Solat Isya dan Terawih

    http://pondokhabib.wordpress. com

    Semua di jemput hadir


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: