Posted by: pinkturtle2 | Ogos 30, 2009

Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini, Sivakumar Speaker yang sah

Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker,sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah - MB Perak yang Sah,Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker,sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar "selaku Speaker yang sah - MB Perak yang Sah,Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini

Sivakumar merupakan Speaker sah, tiada pihak harus halangnya

PETALING JAYA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan tetap diadakan Rabu ini walaupun disifatkan sebagai tidak sah oleh Speaker diiktiraf Barisan Nasional (BN), kata bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Sidang DUN Perak akan diadakan seperti yang telah ditetapkan dan sebagaimana notis yang telah dikeluarkan sebelum ini,” kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Jelas Nizar, sidang DUN akan tetap diteruskan sebagimana telah dimaklumkan oleh V. Sivakumar “selaku Speaker yang sah” dalam notisnya.

“Sivakumar merupakan Speaker yang sah. (Datuk) Ganesan bukan Speaker,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan ADUN Pasir Panjang.

Oleh itu kata Nizar, Ganesan tidak boleh menghalang mana-mana ADUN daripada menghadiri sidang kali ini.

Ketika ditanya kemungkinan akan ada usaha menghalang sidang yang dimaksudkan itu sebagaimana pernah disaksikan 3 Mac lalu, Nizar memberitahu, usaha sedang diambil oleh Sivakumar untuk mengelakkan suasana sedemikian.

“YB Sivakumar sudah memohon kepada mahkamah agar dikeluarkan satu perintah bagi menghalang mana-mana pihak eksekutif daripada mengadakan halangan,” katanya.

Permohonan itu telah dibuat baru-baru ini dan diharap keputusan akan diperoleh Selasa ini, katanya lagi.

Semalam, Datuk R. Ganesan, Speaker yang diiktitaf Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Ganesan menegaskan, tindakan Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memanggil sidang itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker.

Menurut Nizar, notis untuk mengadakan sidang DUN perlu dikeluarkan 14 hari sebelum persidangan dan ia “telah diterima lebih awal daripada itu.”

Pada Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan notis sidang DUN tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimanapun ia dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok berhampiran DUN.

Mstar


Responses

  1. Gila punya orang.

  2. Assalamuaikum kawan2..…
    minta tolong klik link dibawah yer….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    terima kasih..

    • tak beik posa2 ni hang tipu orang

  3. okey aku nk jwb dlm kontaks politik islam..kenapa plak nk persoalkan tentg ahli parti..itu tidak menunjukkan satu bdan atau keanggtaan secara individu,,org cina masuk jadi ahli PAS apa yg slahnya..sdgkn mereka kafir zimmi.,,bukn kafir harbi yg perlu diperangi..tapi UMNO sendiri meletakkan cina sbg pemimpin apa masalhnya..

    ni aku plak nak bagi apa yg pemimpin UMNO dok buat k..hang islam kan kononya perjuangkan islam kan..k hang tgk pastu komen k

    (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

    (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan –

    Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

    Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? – Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

    (Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik. –

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

    (Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

    .(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992). “Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991. “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

    (Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan
    rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

    (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

    (Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

    (Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
    kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

    Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ” Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

    Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

    apa komen PUAK2 UMNGOKK???hang muslim yg bela agama kan..k skg komen..

    • puak2 umno ni dah bebal,kebal,kekal.tak leh ubah dah.abu jahal yg sezaman nabi pun sama bebal,kebal,kekal.cuma untung abu jahal dapat tatap wajah nabi tapi engkar juga.dah terang umno tu tak nak islam hidup d malaysia duk nak sokong juga.memang bebal,kebal,kekal ha ha ha ha ha.

  4. Salam.

    Kesian betul.
    PR masih berasa Sivakumar masih speaker.
    Terlupakah proses undang2.

    Ini kes mimpi.
    Bermimpi di cekerawala.
    Bermimpi di alam maya.
    Bermimpi di siang hari.

    Bersidanglah bersama ADUN2 PR.
    Jentera kerajaan di bawah BN.
    Bermakna kerajaan adalah BN.
    SUK telah disaman.
    Bergaduhlah dengan semua agensi.

    Tapi tak apa.
    great chief tentu seronok.
    tumpang lalu pun suka.

    Sekadaq tumpang bersidang.

  5. umno…umno…
    kaafirla kamu umno…

  6. napela dgn kamu umno bangang

  7. Apalah nak jadi dgn kawan2 kita kat Perak ni. Iak habis2 dgn masalah speakernya. Yg Nizar buat kenyataan ni mungkin dah buat istikharah dulu kot.

  8. Assalamualaikum semua……….
    selamat menjalani ibadah puasa semoga ibadah kita di terima dan diberkati Allah…….

    Kepada pengundi-pengundi di kawasan pilihanraya Changkat Jering, Sungkai, Jelapang dan Bota……

    bersikap adil lah kepada diri sendiri…… jom kita keluar beramai ramai dan ‘DESAK” YB korup dan tidak amanah serta tidak bertanggungjawab itu MELETAK JAWATAN agar kemelut politik di negeri Perak Darul Ridzuan ini diselesaikan secara baik dan demokrasi……. semasa pilihanraya yang baru lalu kita memilih mereka atas tiket Pakatan Rakyat bukan atas tiket individu….. jadi adalah wajar mereka dilucutkan taraf mereka sebagai “Wakil Rakyat” kerana mereka tidak mewakili kita sebagai pengundi yang memilih mereka tetapi lebih kepada kepentingan diri sendiri….. Ayuh…… DESAK dan DESAK agar mereka-mereka yang bersikap KATAK dan BEROK yang suka melompat sana sini melepaskan taraf mereka sebagai “Wakil Rakyat”…….

    • Salam.

      Jangan mudah lupa.

      Dulu.
      DSAI war2kan.
      Ramai orang BN nak berpindah.
      15 Sept 08 bentuk kerajaan baru.

      Semua seronok.
      Semua berangan2.
      Semua bermimpi2.
      Ada bercita2 nak jadi Menteri.
      Ada yang bercita2 nak jadi TPM pun.
      Tak apa, kan.

      Kalau orang BN pindah.
      Sukanya.

      Kalau orang PKR berpindah.
      Marahnya.

      Lupalah tu.
      Seperti lupa lirik.

      Sekadaq sukanya dan marahnya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: