Posted by: pinkturtle2 | September 26, 2009

Penasihat2 Hasan Ali adalah dunggu dan bengap, Jadi Hasan pun turut jadi dunggu dan bengap juga – Tulang Besi

nilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran. Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya - Tulang Besi

Jawapan kepada Kenyataan Dato’ Hasan Ali

Dato Hasan Ali dalam kenyataan terbaru beliau (yang saya rasa disediakan oleh Roslan SMS yang tak berapa bijak tu) Dato Hasan mengatakan:

“Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.”

Inilah dia Dato Hasan, bila dia ambil penasihat2 yang hanya tahu membodek padahal penasihat2 beliau itu semuanya tidak cerdik dan dangkal pemikiran.
Tidakkah penasihat-penasihat Dato Hasan ini sedar bahawa ada wakil PAS dalam SELCAT? Wakil PAS dalam SELCAT adalah YB Saari Sungip.

Sekiranya dakwaan Dato Hasan ini benar, mengapa YB Saari Sungip tidak menyokongnya? Mengapa YB Saari Sungip malah mencadangkan Dato Hasan dihadapkan kepada “Select Committee” bagi dibicarakan atas alasan tatatertib kerana mempersoalkan SELCAT?
Dan kesemua ahli SELCAT menafikan berlaku usaha menjatuhkan maruah serta wujud unsur tekanan dan ketegangan. Hakikatnya ialah berlakunya ketegangan itu adalah lumrah kerana ianya membahaskan isu yang sensitif seperti itu?

Soalnya sekarang apa perlunya JK SELCAT mahu menjatuhkan maruah pegawai2 kerajaan ini? Apa untungnya JK SELCAT berbuat demikian kerana akhirnya mereka juga terpaksa bekerjasama dengan pegawai2 ini apabila mereka mahu menjalankan kerja2 wakil rakyat mereka?

Saya cabar Dato Hasan dan kuncu2 nya menafikan khabar ini. Bahawa para DO2 ini di bawah platform “PROMIS” , sebuah persatuan tidak berdaftar yang dianggotai oleh pegawai2 kerajaan dari daerah dan PBT , telah datang mengadap Dato Hasan dan mengadu kepada Dato Hasan berkenaan dengan apa yang mereka telah hadapi dalam prosiding2 SELCAT.
Dalam perjumpaan tersebut, pegawai2 ini telah melonjak ego Dato Hasan dengan mengatakan bahawa hanya Dato Hasan harapan Melayu dalam pentadbiran Selangor. Dan Dato Hasan terus mempercayai puak2 ni TANPA merujuk kepada wakil PAS dalam SELCAT, yakni saudara Saari Sungip.

Seterusnya kenyataan itu berkata:

“Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.”

Apakah Dato Hasan tidak sedar bahawa tanpa kerjasama dari pegawai2 ini, tidak mungkin peruntukan yang berjumlah RM450k per DUN dapat dikeluarkan dalam masa kurang dari 2 minggu? Seharusnya pegawai2 ini harus dipersoalkan mengapa boleh peruntukan2 ini dikeluarkan dengan begitu cepat sedangkan pegawai2 ini berkuasa untuk memproses permohonan dengan kadar masa yang berpatutan?

Apakah begitu dangkal sekali pemikiran Dato Hasan sehingga tidak sedar bahawa tidak mungkin UMNO dapat menggunakan wang rakyat untuk kempen mereka sekiranya tiada kerjasama erat dari pegawai2 kerajaan yang ada sekarang ini?

Dan sekiranya pegawai2 kerajaan ini benar2 dipaksa dan disuruh untuk melakukan korupsi, apa yang perlu ditakuti oleh mereka? Mereka boleh memberitahu kepada SELCAT bahwa mereka mendapat arahan dari UMNO untuk melepaskan peruntukan yang berjumlah ratus ribu ringgit per DUN itu dan mereka terpaksa menuruti? Mengapa mereka perlu mempertahankan tindakan mereka sehingga berlaku sedikit ketegangan dalam persidangan mereka?

Lagi satu kenyataan yang menampakkan kebodohan serta kedunguan Dato Hasan serta penasihat2 beliau:

“Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.”

Saya cabar Dato Hasan dan penasihat2 beliau supaya tunjukkan apa kurangnya kelayakan ahli2 SELCAT yang ada sekarang? Adakah mereka tidak ada pengalaman? Adakah Saudara Azmin Ali tidak pernah berkhidmat di bawah bekas Menteri Kewangan Malaysia? Adakah Teng Chang Kim itu bukan berkelulusan undang2?

Sekali lagi, berhentilah buat kenyataan2 yang dangkal dan bodoh. Masaalah Dato Hasan adalah penasihat2 beliau adalah dunggu dan bengap. Jadi, Dato Hasan pun jadi dunggu juga. Itulah masaalahnya.

Tulang Besi
…………………………………………………………………………………………………………….

KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


Responses

  1. Hassan Ali patut dimintak letak jawatn dengan segera..aku tak heran kalu PAS kalah teruk di Bagan Pinang dek kerana perangai Pesuruhjaya PAS Selangor ini yg tak berapa cerdik berpolitik!!Kalu Khir Toyo yg keluarkan kenyataan ini..aku faham..sebab meman sehh UMNO camtu/…tapi kalu dari Pesuruhjaya Negeri dan juga EXCO Kanan Kerajaan Negeri apa kejadahnya???Awat waktu meeting Hassan Ali mulut dia kena gam dengan salopintape ka??tak boleh bawak usul ini dalam mesyurat??heran betuilaa dengan org yg ada nama Ali kat ni..dah Ibrahim Ali pun satu hal…tambah pulak adik beradik nama Hassan Ali!!!

    • TU LA BAHANA MAKAN DUIT BOLOT PROJEK KUTIP SAMPAH.. SUDAHNYA PALA OTAK PON CAM SAMPAH GAK..

      he he he

      p/s: selamat hari raya suma.. maap bebyk2 la yer.. ampoonn!

  2. Hassan Ali ni gila glamour . Waktu orang dok sibok2 nak bertanding dalam pilihanraya nak lawan Umno, masa tulah dia pulak sibok buat isu nak bagi orang dok nak bincang kenyataan tak ceredik macam nak sabotaj lah pulak.

    Dia ni mula2 saja gah bila dia sertai Pas, tapi bila dah lama dok dalam Pas dan semakin merepek, dah ramai dah ahli mula menyampah.

  3. Bukanke Hasan Ali minta di adakan pertemuan..itulah penyelesaian….
    tulisan anda adalah rentetan dendam tak berkesudahan sejak sebelum muktamar lagi….
    Budayanya sama dengan budaya umNO yang konon anda benci..modal anda hanya berbangga sebagai keturunan PAS…
    bila ada penyelesaian sewajarnya kita berlapang dada..itu tanda mereka inginkan penyelesaian… Islam ajar kita cari penyelesaian! Hanya Sayitan yang benci kepada perdamaian!

    • betul tu dato’.. orang pendek akal bagi komen.. syok sendiri.. belum perintah dah macam umno.. bercakaran dalaman.. beza pendapat takpe itulah guna pertemuan.. ini makian dulu sebelum cari jalan penyelesaian.. umno dah lama perintah logiklah ada percakaran.. ini perintah belum lagi.. baru angan.. bikin jelak..

  4. Sudah terang lagi bersuluh… Adakah mungkin ini musuh dalam selimut…. Adakah Hasan Ali orang yang mungkin sedang meruntuhkan kerajaan PR diselangor atau Najib… Fikirkan…

  5. Pada saya, apa yang saya nampak kecaman Khalid terhadap Hassan itu bukan isu Selcat. Itu hanya sampingan sahaja. Tetapi yang sebaliknya ialah kerana rasa dendam Khalid kepada Hassan Ali. Kecaman berterusan itu untuk menjatuhkan Hassan di Selangor. Umum tahu beliau tidak senang dengan Hassan Ali bukan baru. Ada beberapa perisitwa yang menjadi Khalid iseng dengan Hassan Ali. Khalid hanya menjadi kucing liar di sebalik isu Selcat ini.

    Punca pertama yang sangat menekan Khalid ialah apabila beliau dipecat sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor oleh Dr Hassan Ali setahun lepas. Pemecatan itu menjadi titik mula kebencian Khalid kepadaa kepimpinan Hassan Ali. Khalid tidak dapat menerima dan menduga Hassan bertindak demikian terhadapnya.

    Tindakan Hassan Ali itu memang tepat. Sesiapa pun yang tidak dapat berkerjasama dengan satu team dan menjaga amanah parti perlu dipecat. Di Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil kangkah yang sama. Mana-mana pemimpin yang tidak perform akan dipecat dan diganti dengan muka baru waima orang itu adalah besennya sendiri. Di Kelantan tidak ada pula yang memprotes sampai suruh Nik Aziz berhenti. Memang tidak ada guna kalau menyimpan lipan dalam selimut.

    Usaha Khalid untuk menjatuhkan Hassan berterusan. Dalam muktamar lalu Khalid sangat berharap si baju petak-petak merah menang sebagai timbalan presiden Pas. Jika si baju petak-petak merah menang mungkin ada tuah kepadanya untuk menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor. Malangnya si baju petak-pertak merah tertiarap dalam muktamar berkenaan. Jadi impian Khalid turut sama sirna, lebih malang lagi Hassan Ali terus diberi kepercayaan untuk memimpin Pas Selangor.

    Dendam dalam politik tidak mudah berlalu. Orang politik akan melalukan apa saja dan mengambil kesempatan atas apa sahaja untuk kepentingan dan kemenangannya. Kerana itu bagi Khalid, pantang Hassan Ali bercakap beliau akan kritik. Apa sahaja yang Hassan Ali buat beliau akan bantah dan diperbesar-besarkan untuk menarik sokongan umum bagi mencapai agenda peribadinya. Kalau takdir Khalid nampak Hassan Ali berak menghadap kiblat pun beliau akan dedahkan dan jadikan isu.

    Jadi isu teguran Hassan terhadap cara Selcat menyoalsiasat para pegawai kerajaan ini sengaja diperbesarkan oleh Khalid Samad untuk memburukkan Hassan Ali. Ia ditimbulkan untuk menunjukkan sikap Hassan tidak sebulu dengan kerajaan Pakatan, dan mengharapkan orang Pakatan akan marah dan kecam kepada Hassan. Itu tujuannya dan motifnya.

    Sekiranya Khalid mendinginkan kepalanya, teguran Hassan Ali itu ia tidak akan menjadi masalah. Hassan Ali bukan tidak setuju dengan perwujudan jawatan kuasa berkenaan, tetapi tidak setuju dengan caranya soalsiatnya. Caranya menyoal pegawai kerajaan secara terbuka tidak manis kerana ia mengaibkan pegawai berkenaan. Cara itu boleh mengeruhkan lagi hubungan pegawai kerajaan dengan kerajaan, dan kalau ini berlaku ia memberi masalah kepada kerajaan.

    Kena ingat pegawai kerajaan adalah agen pelaksana. Kalau mereka sebotaj ataupun bersikap dingin ia menyebabkan kerajaan yang susah. Jentera kerajaan akan jam dan semua kerja akan tergendala. Pada masa ini pun berapa urusan kerajaan bergerak perlahan kerana tidak ada komitmen tinggi dari pegawai kerajaan. Khabarnya semasa diadakan majlis sambutan Hari Malaysia 16 September peringkat Selangor baru-baru ini pegawai kerajaan telah memboikotnya. Dalam keadaan ini kalau perkara itu dibuat ke atas mereka ia menambahkan lagi masalah.

    Teguran Hassan itu bagi memastikan pegawai kerajaan bersikap lunak dengan kerajaan. Itu sahaja. Apakah dengan membuat cadangan itu Hassan perlu tinggalkan Pakatan atau keluar dari Pas dan lepaskan jawatan pesuruhjaya kepada Khalid Samad? Yang kecam Khalid itu bukan pun ramai hanya Khalid seorang saja. Kalau yang setuju hanya mereka yang sewaktu dengan Khalid Samad saja dana beberapa rakan tea tarik Khalid di luar Selangor. Secara keseluruhan Hassan Ali masih mendapat sokongan ahli Pas.

    Cuma dalam hal ini Khalid bertuah kerana mendapat kerjasama dari beberapa wakil rakyat DAP Selangor yang turut sama mengecam Hassan Ali. Antaranya ialah Tony Pua dan Jef Ooi yang turut sama mengecam Hassan Ali sebagai hendak menjadi hero membela pegawai kerajaan dan hipokrit. Tindakan Tony ini tidak menghairankan kalau dia bersikap lebih sudu dari kuah. Yang hipokrit bukan Hassan tetapi Pua.

    Kenapa ahli DAP lain tidak ikut sama mengecam Hassan Ali. Kalau diperhatikan mereka yang mengecam Hassan Ali itu adalah ahli atau wakil rakyat DAP yang bermasalah. Sama juga seperti Pas, DAP Selangor juga mengalami krisis dalaman sesama sendiri. Satu pihak berketuakan Ronnie Liu manakala satu pihak berpihak kepada Teng Chang Khim, Speaker DUN Selangor.

  6. assalamualaikum…
    saye ni blogger muda..
    umur baru 16 tahun..
    saye baru dalam blogger ni…
    kalau boleh senaraikanlah blog saye ni dlm pinkturtle supaya blog saye lebih komersal…
    saya tidak memaksa…
    takbirrr…

  7. baru perintah negeri dah bercakaran…

    persoalannya… adakah mereka ini benar2 berniat baik untuk merubah masa depan malaysia yang pada mereka belum cukup baik selepas 52 tahun atau…

    sebenarnya mereka hanya mahukan kuasa dan nama?

  8. Memang PR ingin mengubah nasib rakyat negara ini ke arah yang lebih gemilang.Biasalah umur PR hanya baru beberapa bulan memerintah, jika terdapat kekurangan itu adalah perkara biasa.

    Kalau UMNOBN SELAMA 52 TAHUN MEMERINTAH lebih teruk daripada itu. menipu,mengaut harta rakyat,rasuah,maksiat , bermaharalela.Tiada apa yang dapat dilihat untuk membaiki keadaan.

    Dato’ Hassan , diharapak beliau cubalah bermuhasabah diri dan fikir-fikirkanlah sebenarnya apa yang beliau kehendaki serta apa sebenarnya niat para pembodek beliau itu.

  9. komplen dan bagi pandangan memang senang, semua yang orang lain buat nampak salah, tak betul ,bengap,lembik dan macam macam lagi. dalam dunia ni ko sorang jer yang betul yang terbaik….. piiirah kalau betul genius masukla bertanding dalam pru nanti jadi calun, sepatutnya kalau ko betul2 bijak dan terbaik pegi la apply jadi penasihat 25% kat tok asan tu, ukan komplen dan menyalah memanjang, tu la kalau hati dah busuk walau rupa cantik pun tak guna. kalau nak nasihat, nasihat la tang baik, kalau menegur biar berhemah, kalau orang tu salah, beritahu itu salah dan dalam masa yang sama tunjukkan apa yang betul, bukan terus terusan menghentam saudara seIslam kita, tak kira la dia tok asan ke tok saari ke tok kepala batu ke tok kepala tok ke. kalau dah tegur dan nasihat tak jalan, bagi can tobat tak mau baru la kita pancung, aku pun dah mula mengasah ni….

  10. Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

    Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma’sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

    Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

    Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

    Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

    Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

    YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO..

  11. Kita dalam PR bukan jenih orang yang nak sembunyi rasa kalau tak setuju dengan pemimpin. Kita bukan jenih pecacai Umno yang nak bela pemimpin yang dah jelas dibuktikan pelahap hak rakyat, perasuah dan berbagai kepincangan moral yang tersalut dibadan pemimpin hangpa.

    Nak tanya dekat hangpa. Pernahkah hangpa komen atau belasah pemimpin hangpa dalam blog ini, bila blog ini menyiarkan posting berita kelemahan pemimpin Umno hangpa?

    Hangpa tengok dan puja pemimpin hangpa macam pemimpin hangpa tu maksum.
    Tak pernah pun kami baca posting hangpa berani suruh pemimpin hangpa letak jawatan atau mintak disingkiag bila ada pendedahan salah guna kuasa membaham harta rakyat.

    Sebab tu kami kata hangpa jumud dan otak kerisik membiarkan diri diperkuda dan diperbodohkan oleh pemimpin. Hangpalah jenih melayu yang sangat disukai oleh pemimpin UmnGok.

  12. yb dato’ dr. hassan ali

    jangan fikir sebelah mata, jangan kencam pendapat dr. hassan. itu satu pandangan beliau. kita harus ingat pkr ni satu komponen parti, cara itu untuk membaiki pakatan. itu satu pandangan baik. kita terima lah. kita bincanglah. jangan tolak mentah-mentah, seolah-olah dah bersalahan dengan select. tidak bincang dulu.
    ini semua untuk kebaikan. dalam bn pun ada pertelingkahan, untuk membaiki.

    jangan nak jadi jagoh. dek kerana ada dendam sikit ornang bercakap dah nak tentang, kita muhasabah dulu diri sendiri, kenapa jadi begini.

    dr. hassan bukan calang-calang orang, dia berilmu. pendapat dia tu untuk membaiki, kita tahu selangor ni dalam rebutan, jangan jadikan isu itu sebagai medan untuk menjatuhkan sesama sendiri. harap bincang.

    penentang hassan ali pun jangan jadi lidak khir toyol. itu syaitan anak toyol yang irihati terhadap kemajuan pkr memimpin selangor.

    teruskan berjuang untuk bangun selangor bersama pkr. amin….

    • Hasan Ali kalau nak tegur pun tak boleh ke dlm mesyuarat? mengapa perlunya membuat kenyataan media secara terbuka? lebih2 lagi dihadapan media yg kita sedia tahu hapraknya…

      Hasan Ali masih tak kenalkah perangai media utama di M’sia ni? mengapa suka sgt berikan peluru kepada pihak lawan?

      Hasan Ali ada otak, manusia lain pun ada otak jugak…Lu pikirlah sendiri…

      • Setuju… Pesuruhjaya PAS Selangor tiada semangat untuk bermusyawarah dikalangan pimpinan selangor… Adakah ini contoh pemimpin yang kononnya memperjuangkan ISLAM…

  13. Apa yg aku rasa adalah pokok pangkalnya Hassan Ali tidak bersetuju berMenteri Besarkan Tan Sri Khalid dan berpandangan Menteri Besar yg paling layak adalah dirinya…

    Dalam PAS tak perlu adanya anggota yg gilakan pangkat dan kuasa…sebab PAS parti Islam…

    Hapuskan geng perpaduan dlm PAS yg sentiasa menjadi duri dlm daging setiap masa…

  14. hehe. panas beb. sabar2…

    • gadoh sesama sendiri… dah tak dak isu

  15. TEKTIK HALUS untuk jatuhkan PR selangor…..

    tarik rambut dalam tepung,
    rambut jangan putus..
    tepung jangan berselerak..

    Lu fikir la sendiri sape dia…..

  16. Minta MB tukar saja Hasssn Ali nie, bukannya bijak, bagi kursus motivasi kat unit amal boleh la…………….macam nie nak jadi pemimpin, kena banyak belajar lagi……..

  17. Kalau kita mujahadah secara halus kita akan dapat jawapan bahawa Dr. Hasan Ali sedang mengalami penyakit ‘ HASAT DENGKI’. Perhatikan lah tindak-tanduk nya ulasan nya semua menjurus kepada saorang yang sangat hasat dengki. Bila kritikan bertali arus tanpa henti ini bermakna hasat dengki nama nya. Sebelum telewat Dr. Hasan Ali patut dibuang dari Pas.

  18. SALAM SEMUA,

    APA2 PON JGN. LUPA TUMBANGKAN parti pecah & perintah UBN PD PRU 13 NNT.Puncanya mai dari depa ni la.””””””””””” jarum super”””””””””””””

  19. Haji Ronnie Liu tentu suka. Pasai Hassan tak selet punkoq DAP.
    Haji Ronie and the gang tak suka Pas dicucuk hidung oleh DAP. Kalau boleh depa suka Pas ikut Umno. Sebab Umno Parti Islam sebenar. Kalau Umno yang ikut Pas, nanti Umno dituduh bersama parti sesat.
    Tak caya cuba tanya Hj. Ronie, katanya Umno kan dah ada kitab sucinya sendiri yang disusun oleh Rasul Malayu. Betul ka?

  20. perlu diingat hasan ali dulu bekas pegawai kerajaan

  21. PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
    Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah…”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?
    Apa yang saya nampak sebenarnya Dr. Hassan Ali sendiri telah cuba menjatuhkan aib pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, walhal yang mendapat aib sebenarnya ialah dirinya sendiri. Kenapa dibuat press statement dimedia massa yang sudah diketahui akan kefasikannya? Kenapa tak dibawa berbincang sesama sendiri dalam mesyuarat exco dsb? Kenapa perlu menggunakan media massa? Bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali kenyataannya tersiar di media massa yang ternyata tidak menguntungkan perjuangan parti malah diumpamakan seperti menggalas biawak atas dibelakang. Malahan beliau cuba untuk mengheret parti dalam masalah yang beliau sendiri timbulkan.
    Amat pelik bila beliau menggunakan hujjah wala’ kepada pemimpin utk merestui tindakan peribadinya sendiri. Wala adalah dalam soal ketaatan jika ianya benar. Tidak ada walak dalam menyokong tindakan Dr. Hassan yang membela pegawai-pegawai yang tidak amanah. Jangan menggunakan hujjah wala kepada pemimpin sembarangan!… Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya terdidik dalam jamaah mungkin lebih lama dari Dr. Hassan sendiri. Wala’ yang sebenar ialah wala kepada Allah dan Rasul. Wala kepada pemimpin adalah dibolehkan jika pemimpin tersebut menepati kehendak Allah dan Rasul. Tidak ada wala kepada kemaksiatan, kemungkaran dan kefasadan. Ini yang diajar dalam Islam.
    Islam juga mengajar kita kaedah untuk berkawan atau bermusuh. Saya masih teringat kata-kata almarhum Ust. Fadhil Noor satu ketika dahulu dalam satu majlis …. Kata beliau… kadang-kadang kita (pemimpin dan ahli-ahli PAS) tak tahu (tak cerdik) bagaimana dan bila nak berkawan atau bermusuh.
    Kenyataan-kenyataan Dr. Hassan Ali kebanyakannya merupakan liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Disaat kita menghadapi UMNO/BN dengan semangat untuk meruntuhkan jahiliyyah yang ada, ada saja kenyataan-kenyataan yang menguntungkan UMNO/BN seolah-olah kita sedang memberi “bola tanggung” kepada musuh untuk menghancurkan kita. Cerdikkah kita membicarakan pergolakan, masalah dalaman rumahtangga kita kepada umum? Tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Kenapa dan mengapa? Wallahu a’lam… hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kebenaran PASTI akan terjawab… InsyaAllah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: