Posted by: pinkturtle2 | September 27, 2009

Isu Selcat.. Jawapan untuk Ketua Pemuda PAS

KETUA PEMUDA PAS PUSAT – LEBAI MALANG ATAU OTAK TEPU

Jika benar kenyataan dalam artikel di bawah ini merupakan kenyataan Ketua Pemuda PAS Pusat, maka tunggulah saat di mana Pakatan Rakyat diterima oleh rakyat tetapi PAS akan kehilangan kerusi kerusi miliknya.
Nih artikel yang aku maksudkan.


Dewan Pemuda PAS pusat memberi amaran kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat “boleh tumbang seandainya kakitangan awam terus diaibkan dan mereka mula membenci pemerintah” berikutan tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor (Selcat).

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS mengingatkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim agar jangan mengulangi kesilapan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang menghadiahkan penyapu kepada pihak berkuasa tempatan dua tahun lalu.

Ketika itu Dr. Khir merupakan Menteri Besar Selangor.

Pada 12 November 2007, kerajaan negeri ketika itu pimpinan Dr. Khir menyampaikan hadiah penyapu kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan dan ketua jabatan yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang.

Penerima pertama penyapu itu ialah Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor.

“Kita perlu mengambil pengajaran daripada tindakan Khir Toyo yang membawa penyapu dan menghadiahkan kepada pegawai kanan kerajaan (pada November 2007, lima bulan sebelum pilihan raya umum)… membawa kepada kerajaan negeri dijatuhkan, dibenci kakitangan kerajaan negeri,” kata Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi kepada mStar Online ketika dihubungi hari ini.

Nasrudin melahirkan pendiriannya ini ketika banyak pihak menggesa agar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali keluar Pakatan Rakyat negeri itu dan dikenakan tindakan disiplin ekoran pendirian beliau mempertikaikan secara terbuka perjalanan Selcat.

“Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

“Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

“Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman,” katanya.

“Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya,” kata beliau.

Hasan telah melahirkan sokongan kepada pihak yang mengkritik Selcat termasuk pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Barisan Nasional (BN).

Malah, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pemimpin PAS sendiri merasakan Hasan tidak wajar menyatakan pandangan sedemikian kerana Selcat adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat selepas memenangi pilihan raya umum 2008.

Aku sekadar nak ulas beberapa perkara yang cuba untuk dihujahkan oleh Ust Tantawi.

Pakatan Rakyat akan tumbang apabila kakitangan awam mula membenci pemerintah.

Kakitangan awam yang mana yang akan benci pemerintah di Selangor? Hanya beberapa kerat itu sahaja, kan? Hanya yang macam cacing kepanasan itu sahaja, kan?

Yang nak dibela oleh Islam itu penyamunnya atau mangsa samun?

Jika Ust Tantawi berpandangan bahawa SELCAT tidak wajar melondeh DO sedemikian rupa, bagaimanakah pula perilaku beliau “melondeh” Rohaizat di Permatang Pasir dulu? Bukankah itu juga mencemarkan maruah Rohaizat? Kenapa perlu double standard begitu?

“Walaupun Datuk Hasan memberikan pandangan yang berbeza, jangan sampai beliau dipancung, jangan beliau dibuang.

Hassan Ali memberikan pandangan berbeza atau Hassan Ali memberikan pandangan membela pihak musuh?

Ok. Perbezaan pandangan. Soalnya, why menerusi media? Kenapa tidak menerusi mesyuarat Exco? Bukankah Hassan Ali seorang Exco? Bukankah beliau boleh jumpa MB Selangor bebila masa yang beliau suka? Bukankah beliau boleh bertemu Teng Chang Kim anytime yang beliau nak?

Beliau bukan menyatakan pandangan yang berbeza tetapi beliau menggunakan media untuk menentang Pakatan di Selangor.

Keceluparan Hassan Ali bukan kali pertama.

“Perbezaan pandangan ini mewujudkan satu kaedah pemantauan pengurusan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri”.

SELCAT juga bertujuan demikian.

Adakah Hassan Ali layak untuk bersuara tentang ketelusan dan intergriti sedangkan beliau sendiri tidak telus dan intergritinya semakin dipertikaikan?

Soalnya mudah jer. Adakah perilaku Hassan Ali itu memberikan keuntungan kepada Islam dan politik Islam? Kenapa di saat PAS semakin diterima semua golongan, maka muncullah Hassan Ali untuk menyempitkan penerimaan itu?

“Kita dengar dulu penjelasan daripada Datuk Hasan terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman”.

Jemaah patut “mendengar” Hassan Ali atau Hassan Ali yang wajib “mendengar” kehendak jemaah?

Dulu, ketika kes arak, jemaah telah “mendengar” Hassan Ali dan Hassan Ali telah berjanji akan “mendengar” jemaah. Kenapa sekarang masih tetap degil dan sombong juga?

“Apa yang ditegur oleh Datuk Hasan ada kewajarannya”.

Apa wajarnya? Di mana kewajarannya? Rakyat bukan bodoh dan rakyat tidak boleh diperbodohkan. Rakyat membenci Barisan Nasional kerana ketidak telusan Barisan Nasional bukannya kerana penyapu.

Rakyat menolak Barisan Nasional kerana amalan rasuahnya. Kerana kesombongan dan kebongkakan pemimpinnya.

Sekarang, Hassan Ali sedang melalui jalan jalan itu.

p/s : Mana hilang Ketua Pemuda PAS Pusat di saat TG Hj Nik Aziz dihentam di media berbulan bulan dulu? Ust Tantawi, muhasabahlah…….

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com


Responses

  1. hai hasan ali….apa aku nak buat lagi, dah lama aku bersamamu jatuh bangun bekerja membantu dalam beberapa pilihanraya, apapun kita doakan segalanya akan selesai dengan baik. selebihnya serahkan pada Allah, semuanya didalam kekuasaannya. dalam politik ni musuh lebih ramai dari kawan, kekadang tu teman rapat kita pun ada rasa nak pancung kita bila ada ‘offer’ baik dari musuh. Semoga Allah memelihara mereka yang ikhlas memperjuangkan agamanya…Amin

  2. Kalau nak hentam pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat lebih baik tak payah jadi blogger Pas atau Pakatan Rakyat. Hantar saja artikel ke Utusan Malaysia, Berita Harian atau panggil TV3 buat liputan.

    Islam tidak melarang kita untuk mengkritik atau membuat komentar, tapi ada adab dan disiplinnya. Pimpinan Pas juga bukannya ma’sum hinggakan tak boleh dikritik. Tapi, kita perlu sedar platform kritikan kita.

    Akhir- akhir ini blogger Pas semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang sudah mencapai hit jutaan. Tapi janganlah lupa apa objektif sebenar Pas meramaikan bloggersnya. Antara lain sebagai media baru/ alternatif untuk menangkis tohmahan media kongkongan BN.

    Kini segelintir bloggers Pas tanpa disedari sudah menjadi penyambung lidah media BN dengan mengiakan isu yang di ketengahkan. Tak perlu disebutkan siapa mereka, tapi tulisan- tulisan mereka amat mendukacitakan. Yang terbaru tentang isu di Selangor (SELCAT) bagaimana Dato’ Hassan Ali dikritik sedemikian rupa.

    Bukan tidak boleh mengkritik pimpinan PAS !!! tapi mengkritik pimpinan di blog bukan platformnya. Ia hanya memberikan peluru- peluru percuma kepada BN.

    Oleh itu saya menyeru bloggers2 Pas agar menghentikan kerja yang tidak memberikan manfaat kepada Parti. Gunakanlah sepenuhnya blog anda untuk membongkar keburukan dan penyelewengan pimpinan UMNO/ BN. Jangan kerana terlalu ghairah berkarya diruang maya hingga menyumbangkan kelemahan kepada parti.

    YDP Pas Kawasan Padang Rengas (YB Haji Zanuddin) selalu mengingatkan kami agar kita sebagai pimpinan perlu bijak untuk menutralkan keadaan apabila berhadapan isu- isu yang boleh melemahkan parti, bukannya menjadi tukang angkut sampah yang dilonggokkan oleh UMNO. Jangan jadi bodoh

  3. Apa nak jadi dengan PAS ni? Tak kan nak berkubur bersama dengan UMNO kot?
    Kalaulah PAS yang kita harap-harapkan pun tak mampu menjalankan dasar asas Islam iaitu “mencegah kemungkaran dan menegakkan keadilan”, siapa lagi yang kita nak harapkan. Tak usahlah PAS mempertahankan sesiapa sahaja yang menegakkan dan membenarkan kemungkaran semata-mata takut akan kehilangan populariti.
    AKU amat meluat dengan rasuah yang berlaku dengan amat berleluasa di negara kita masa kini. AKU kagum dengan tindakan Lim Guan Eng yang sentiasa berperang dengan kemungkaran walaupun beliau bukan seorang Islam. Jangan lupa bahawa Lim Guan Eng dipenjarakan semata-mata kerana mempertahankan maruah seorang gadis Melayu yang beragama Islam. Sanggupkah kita masuk penjara seperti yang berlaku pada tahanan ISA kerana mempertahankan agama kita iaitu Islam?
    AKU berharap Dato’ Hassan maupun Ust Tantawi bermuhasabahlah sebelum membuat kenyataan yang bukan saja menrugikan PAS malahan merugikan orang Islam. AKU tak mahu orang Islam dilihat sebagai golongan yang korup dan cakap tak serupa bikin. AKU berdoa agar Allah swt memberi petunjuk agar golongan munafikun ni dapat diperlihatkan sejelas-jelasnya sama ada mereka tu berada dalam UMNO ataupun dalam PAS itu sendiri.

  4. “AKU berdoa agar Allah swt memberi petunjuk agar golongan munafikun ni dapat diperlihatkan sejelas-jelasnya sama ada mereka tu berada dalam UMNO ataupun dalam PAS itu sendiri.”

    ameeen! perkenanakanlah, ya Allah!

    semasa aku londeh rohaizat tu. aku pertahankan gadis senegeri aku, pahang, salah ke?

    biarkan luncai terjun dengan labu2nya…

  5. adalah tidak bijak menyamakan pemberian penyapu dengan proses soal selidik semasa SELCET. Cerita je apa yang sebenar bukat SELCET nak londeh2 seluar DO lak, nak tau yang benar aje.

  6. Si Tantawi ini lebih rela UMNO perintah Selangor dari membuang Balachi UMNO Pas. Mungkin dia sendiripun UMNO Mole’s.

  7. Saya ni org biasa saja tapi bila dah mula ikut perkembangan PR/PAS selangor ni rasa dah naik meluat dengan kerenah PJ PAS yang sorang ni dah x dak modai nak bagi tau kat surat habak Amanu ka.. macammana kita ni x dak media yang boleh tepih jangan dok bagi ruang kat depa untuk serebu kita , ini tidak asyik nak jaga 2,3 kerat takut hilang pengaroh biak p kat depa pegawai kerajaan macam tu lah kena tegas sikit mungkin kita x sedaq depa pegawai2 kerajaan berfolio tinggi ni bila kena siasat baru sedar ada maruah tetapi semasa dok sain LO kelulusan dulu x fikiaq pun tentang ‘aib dan maruah ini lah manusia ada otak x dak akai ada hati ikut nafsu ada telinga x penah cuci taik telingga ada suara untuk bagi nasehat buat bisu ada mata pakai cermin gelap bagitulah maknusia ingat tok hassan ooi…. orang kelilin dok tengok dan dengaq

  8. Itu yang peliknya Hassan Ali ni. Dia telah dipilih oleh presiden sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

    Susah sangatkah Hassan Ali nak panggei berbincang dengan Adun dan Ahli Parlimen Pas Selangor sebelum nak bangkitkan atau pertikaikan satu2 isu yang berkaitan dengan pentadbiran atau tindakan sesuatu Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menangani masalah pengurusan kerajaan Selangor.

    Kan lebih baik setiap kenyataan dan perkara yang nak dibangkitkan itu mendapat pandangan dari Adun dan MP Pas Selangor, Katanya Pas itu bekerja secara Jamaah.

    Buanglah sifat ego dalam diri bila kita dah menjadi anggota jamaah.

    Adakah Hasaan Ali beranggapan Adun dan MP Pas Selangor tiada kredibiliti untuk memberi pandangan hanya kerana mereka tidak pernah menjadi pegawai tadbir atau DO seperti Hassan, yang mendakwa ia sangat berpengalaman sebagai Pegawai Tinggi Kerajaan di negeri Selangor satu waktu dahulu.

    Ego tidak akan membina bahkan meruntuhkan.
    Hassan Ali jangan Ego.

    Buat ketua pemuda Pas Pusat. Sebelum anda turut serta untuk berenang, tolong tengok kolam dahulu, ditakuti kolam yang anda mau turut serta berenang itu adalah kolam pembentong najis.

  9. Bertahun2 Yong duduk dalam Transparency International (dah berhenti kerana kesibukan kerja). Yong kagum dengan kegigihan perjuangan mereka yang berteraskan ketelusan. Kepimpinan mereka (sekarang) bukan Islam. Tapi apa mereka perjuangkan sinonim dengan perjuangan Islam. Baru2 ni TI Malaysia nak di saman pulak.

    Cara TI dan cara SELCAT berbeza. Tapi penemuan SELCAT menjadi indikator TI. Syabbas TI. Syabbas SELCAT.

    SELCAT dan TI berusaha membentras korupsi. Pelik dan memalukan betul Hassan Ali dan Ketua Pemuda PAS tak faham apa itu korupsi.

  10. jangan besarkan isu select ni.

    berhentilah kata mengata ini. kita perjuangkan nawaitu kita untuk memerintah malaysia. harap berbaik-baik semula. kita sama-sama baiki mana-mana yang tidak elok. teruskan berjuang, dibawah mb tan sri khalid. selangor akan lebih maju, jika tiada remeh temeh ini. jangan jadi lidah khir toyol.

    ok… khalid samad, hasan ali, shaari, azmi, dan beberapa orang dap harap berbaik-baik dan cari jalan terbaik untuk membina kekuatan pkr memerintah selangor. sekit tegoran itu dikira asam garamlah untuk perkuatkan pakatan.

    kita sama-sama hadapi bn di bagan pinang. matrikan bn di bagan pinang dengan pukulan tko. ok…

  11. Ketua Pemuda ini adalah Geng Perpaduan dgn umngok, dah lupa ke?

    Rasanya PAS akan tetap dilambung gelombang selagi adanya Geng Perpaduan ini…

    Nasib baik Tuan Guru Nik Aziz masih hidup, kalau tidak tak tahulah aku apa akan jadi pada PAS…

  12. Nak bagitau kat Pemuda PAS…aku dan ramai rakyat lain lebih rela PAS hilang kerusi di Selangor..daripada PR Pusat hilang peluang perintah Malaysia…dan dengan imej PAS Pemuda sekarang..jangan heran..kalu ramai pemuda PAS akan kalah kerusi waktu PRU 13 nanti!!!!Jauh beza gaya kepimpinan Pemuda PAS dengan bekas Ketua Pemuda PAS sebelum ni!!!!

  13. kengkawan semua….
    kritik tu ok tapi janganlah sampai tahap menghina hasan ali
    tok rasa kurang wajar dan ini mungkin tujuan umno nak kita semua lupa kempen untuk bagan pinang dan bergaduh sama sendiri.
    biarlah jawatankuasa tatatertib PAS yang putuskan dan pimpinan tertinggi PAS yang buat keputusan
    sekarang kita fokus pada bagan pinang
    setuju tak dan kengkawan semua

  14. usaha terancang dan licik untuk pecahbelahkan PAS.kali ini gunakan akhbat the star,nst dan ntv 7.
    baca di bawah ini.kenapa media berbahasa inggeris pula memainkan peranan?apakah untuk menarik undi bukan melayu di bagan pinang
    Sunday September 27, 2009
    PAS man could face disciplinary action
    By G. MANIMARAN

    PETALING JAYA: Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Mo­­hamed Ali has been warned twice by his party for being out of line with the spirit of Pakatan Rakyat.

    His recent criticism of the Se­­langor state assembly’s Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) could earn him his third reprimand.

    And this time, the consequences could be harsher.

    Party sources said several central committee members were pu­­shing for Dr Hasan’s to be hauled before the party’s disciplinary com­mittee.

    “They want the matter referred to the disciplinary committee so it can be properly dealt with,” sources told The Star’s Malay news portal mStar Online.

    The sources said many central committee members shared the view that Dr Hasan had to explain his outburst.

    Dr Hasan has even been rapped by colleagues for calling for a review and revamp of Selcat’s procedures.

    He had earlier hit out at Selcat, which is chaired by assembly Speaker Teng Chang Khim, for “grilling” senior civil servants over constituency allocations.

    The next central committee meeting is scheduled to held on Oct 11 but will be brought forward because polling for the Bagan Pinang by-election would take place that day.

    As for the past two warnings from the party’s central committee, the sources said the latest was over Dr Hasan’s proposal for restrictions on the sale of alcohol in Selangor.

    The earlier one was over Dr Hasan’s stand over issues concerning the donation of sacrificial cows, purchased by Selangor State Development Corporation companies, to mosques in the Bandar Tun Razak constituency, where Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim is MP.

    PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar, when contacted, declined to confirm the matter.

    “But I believe the central committee will get an explanation from Dr Hasan over this issue. We will know why he made such a statement,” he said.

    PAS central committee member Dr Dzulkefly Ahmad said Dr Hasan had gone “over the limit”.

    “Furthermore, he has been warned especially on the sale of alcohol issue,” said the Kuala Selangor MP.

    He said Dr Hasan might have his reasons but this was not the way to express his view.

    “Only the disciplinary board can decide on the action, if any, to be taken against Dr Hasan,” he said.

    While Dr Hasan has been criticised for his actions, he is said to enjoy support from party president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, deputy president Nasharudin Mat Isa and Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi.

  15. taktik ni kira dah basi tapi mereka dah tak ada pilihan.nak buek camno.cakap orang nogori.harapan gerombolan ni menang cerah kalau pas haru-biru dan pecah belah kepada klik pro perpaduan dan puak tak sokong gabung dengan umno.
    pas kena berhati-hati kerana ada sumber memetik tentera semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan BN dan undi protes akan diberikan dalam prk bagan pinang
    dengan kemelut pemilihan calon,MIC ibarat retak menanti belah dan MCA turut menerima nasib yang sama…peluang PAS untuk menang memang cerah kecuali kalau kita bergaduh sesama sendiri seperti diharapkan geng gerombolan

  16. Siapa setuju kita buat undian dr mahathir jadi presiden makkal sakhti yang pertama.dah beria-ia sangat sokong parti baru ni.kesian tok kat KIMMA dan IPF dah banyak kali mohon masuk BN tapi tak dapat keizinan masuk.dengar citer nak jaga hati samy.ini parti makkal sakhti dapat hak ekslusif lagi.siap najib datang rasmikan….
    nampak sangat desparatenya umno nakkan sokongan kaum india.MIC dah gagal bantu UMNO,so UMNO kena sponsor parti baru.tak tercabarkah samy and the geng
    i’ll be back,kata samy yang bercuti ke luar negara sambil menunggu dapat gelaran tun agar bebas daripada pertuduhan rasuah dan macam-macam lagi

  17. tok baru petik daripada laman sesawang the star
    Pahang tycoon Tan Sri Pheng Yin Huah is head of Hua Zong

    GEORGE TOWN: Pahang tycoon Tan Sri Pheng Yin Huah has won the presidency of the Federation of Chinese Associations Malaysia (Hua Zong).

    He polled 94 votes to defeat businessman Tan Yew Sing by 59 votes in a straight fight for the post at the Hua Zong election here Sunday.

    tok harap najib dan umno tak gunakan duit tokey ni untuk belanja jentera BN di bagan pinang.jentera PR kena pantau perkara ni
    tak tahulah kebetulan semata-mata atau dirancang….KSN kita orang Pekan sekampung dengan najib.darah muda yang bakal menerajui MCA dan MIC MP Cameron Highland,K.Devamany dan MP Bentong Liow Tiong Lai juga dari Pahang.
    jangan lupa pantau samy vellu…ada khabar angin bertiup kencing kata nak bawa tok samy dari india nak rasmikan parti makal sakhti pada 10 oktober ni.11 oktober hari pengundian bagan pinang.

  18. Salam ziarah dari Singamaraja

  19. [E3] RPK Speaks His Mind – Pengalaman Semasa Dalam Kurungan ISA Pertama
    Latest Raja Petra Video With Bahasa Translation @ GoMalaysian.Blogspot.Com
    Video Terbaru Raja Petra Hanya @ GoMalaysian.Blogspot.Com

    Untuk Video Yang Lepas
    [E1] RPK Speaks His Mind – Surat Sumpah Altantuya
    http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/rpk-speaks-his-mind-altantuya-statutory.html

    [E2] RPK Speaks His Mind – Menghina Islam? Tolonglah!
    http://gomalaysian.blogspot.com/2009/09/episod-2-rpk-speaks-his-mind-menghina.html

  20. hampa ni bila org kritik PR, hampa kata nak masuk UMNO. hasan kritik benda betul demi menjamin ketelusan dan kecekapan selcat. lgpun ADUN dlm selcat bukannya tahu pasal pengurusan pegawai kerajaan, mrk tu ahli politik, buat kerja politik sudahlah. cadangan hasan agar ajk selcat dianggotai BERSAMA oleh pihak pakar spt hakim, pengamal undang2, bekas pegawai kerajaan dsbgnya krn mereka ini berautogriti drpd ahli politik yg banyak meNIPULASIkan pelbgai prkara. Hasan cadang buatlah secara tertutup agar menjaga imej dan maruah pegawai (yg belum dibuktikan salah) kerajaan. kritikan ini utk penambahbaikan. teguran terbuka pula untuk ketelusan dan keterbukaan minda exco yg bodoh2 tu. mrk jalankan selcat secara terbuka tapi bila org tegur selcat mesti tegur tertutup (klau dah bodoh jgnlah bodohkan orang lain pulak) aku tengok hampa ni lg jahat dan bangang dari umno.

  21. DR HASAN BIN ALI

    DIMANA KEDUDUKAN TATATERTIB DAN AKHLAK ULAMA ? Apakah pendpat peribadi itu satu hal muktamat dalam fiqh Islam ?

    Maaf saya tidak sempat baca semua ulasan di atas.
    Saya mempunai khabar cerita “negatif” tentang pendirian Dr Hasan Aki ini. Hendak disebut disini antaranya ialah beliau tidak pernah menghadzirkan dirinya dalam setiap mesyuarat mengenai PNDIDIKAN BARSIAN ALTERNATIF sebagai wakil PAS. Tolong periksa.

    Untuk lebih faham dan adil dalam beberapa hal jaringan kegiatan kehidpannya, tingkah laku politik, maka saya dan rakan sangat ingin tahu dan belajar berdasarkan bio-data Dr Hasan Ali. Latar belakang pendidikan, akitiviti, perdangan, milik tanah dan KONGSI-NIAGA yang lalu dan yang terbengkali dan jenis IKATANNY…soisal, politik yang dilalauinya sbelum beliau masuk PAS.
    Jika dapat analis tentang beberapa ucapannya akan lebih baik sebagai cermin TERBARUNYTA.
    SEBAGAI SEORANG MUSLIM MAKA SAYA BERHAK BERSUARA APABILA ORANG PAS ATAU LAIN YANG MEMBAITKAN MARUAH DAN TINGKAH LAKU ISLAM atau JAMAAH ISLAM DALAM APA BENTUK SEKALIPUN. MAAF. ahmad 290909~

  22. Assalamualikum…
    Saya x suka cara blogger ni berpendapat. Adakah dengan cara ini beri manfaat pada Islam?

    Adakah pimpinan Islam tidak memerlukan langsung pada teguran?

    Nabi juga sering bertanyakan pendapat pada sahabat.

    Saya x fikir D. Hassan Ali mementingkan nafsunya dalam perjuangan. Kalau dia silap pon, saya rasa dia siap untuk ditegur.

    Tegur-menegur kearah kebaikan & ketakwaan. Bukankah ia disarankan oleh Islam sendiri.

    Jangan jadi pengadu domba dalam hal ini. Saya terus terang, kurang senang dengan artikal anda.

    Blog Islam bebas dari pergaduhan & permusuhan. Bebas juga dari haki maki x tentu hala.

    • setuju…

  23. Salam.

    Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk kepada kita semua , dan kita tidak disilaukan oleh fitnah -fitnah yang datang daripada musuh yang sentiasa menanti ruang dan peluang untuk menjahanmkan kita semua.

    Pemimpin yang berjuang menegakkan Islam bukan saja perlu istiqomah dalam perjuangan tetapi yang penting mereka perlulah CERDIK dan BIJAK melaksanakan tanggungjawab mereka sekiranya mereka benar-benar IKHLAS.

    Isu SELCAT merupakan mehnah di dalam perjuangan PR . Berbangkit isu ini ketika PR khususnya PAS sedang berhadapan dengan isu yang besar iaitu PRK DUN Bagan Pinang.

    Tidak terlintas di fikiran isu ini datang daripada kalangan PAS sendiri menimbulkan polimek sedangkan waktu begini segala tenaga , tumpuan dan strategi sepatutnya ditumpukan di Bagan Pinang.

    Sebelum ini UMNO yang membawa isu semasa menghadapi beberapa PRK seperti di Kuala Trengganu ,2Bukit,Manek Urai.

    Kini sudah berbeza, pemimpin PAS pula menimbulkan polimek/isu semasa meghadapi PRK Bagan Pinang.

    Mudah-mudahan mereka BUKAN LIDAH PENGHUBUNG KEPADA MUSUH PR

  24. Hassan Ali tak patut memimpin PAS di Selangor, tiadak ada ksepakatan dengan PKR dan DAP, suka buat keputusan sendiri……..wahai Hassan Ali dan sekutunya ketahuilah bahawa kemenangan anda semua adalah diatas kebijaksanaan kepimpinan pakatan rakyat yang dipimpin bersama DAP dan PKR, kemenangan anda juga kerana undi-undi kaum cina dan india……..jika tidak ada perkara perkara diatas mustahil anda semua akan menang walaupun doa berbakul-bakul, kemenangan anda bukannya PAS diterima ramai, tetapi Pakatan rakyat diterima ramai, bukannya PAS FOR ALL, tetapi Pakatan rakyat FOR ALL, lihatlah wajah anda semua dicermin dahulu sebelum menyatakan anda semua hero dan juara, tanpa kebijaksanaan PKR dan DAP dan dibantu oleh ahli-ahli PAS anda semua tidak akan menang…..bertaubatlah anda dan kembali kepangkal jalan

  25. […] https://pinkturtle2.wordpress.com/2009/09/27/25476/   […]

  26. Ambil perhatian wahai sahabat2 dalam Pas kita mesti gerakan usaha menjatohkan puak2 kerajaan perpaduan ini mulai dari sekarang. Pastikan mereka semua tumbang dalam pemilihan akan datang.

    • Menurut berita dan cerita mulut dan akhbar yang ramai buat jahat ini Melayu. Dalam penjara dan laporan rasuah yang hidup atas kerja sebagai “broker kuasa politik” cari makan ringan, kebanyakannya Melayu. Mereka berkait dengan UMNO-Bn yang pegang kuasa. PR sudah digesel-gesel dengan pujian, angkuh dan penyakit UMNO. PAS tidak kurang rasa “alim” dan serba tahu.

      POLITIK demokrasi ini adalah benih dari WESTERMINSTER. Demokrasi menutup pilihan “ahli walaqadhi”. Mereka yang terpilih bukanlah yang terbaik dalam kalangan Islam. MEREKA yang terlibat dalam niaga yang berkait dengan jaringan kuasa politik mempunyai titik-titik yang boleh dipersoalakan.

      Tertib dan dalam jamaah kena ikut. Di mana duduknya Dewan Ulama, Kepimpinan dan lain jika setiap orang boleh hetam kromo sahaja, cari sukaramaai (?).
      Hasan Ali kena tunjuk bahawa dirinya berasih dalam lingkungan harta dan tanah selama ia ia berkecimpung dalam niaga. Segala yang betrcedawan itu hendaklah diselesaikan. Maaf.

  27. Bagi Cikgu Nan,
    Nama pun cikgu! Cikgu Nan pergilah tengok di jabatan pelajaran, adakah mereka yang dinaikkan pangkat tahu mengurus dan mentadbir serta siapa yang dapat kenaikan pangkat di jabatan pelajaran? Adakah mereka berwibawa? Perbetulkan dulu pengurusan dan pentadbiran di jabatan pelajaran dahulu, barulah boleh komen tentang adun-adun ini. Adakah cikgu Nan ni seorang yang anti-rasuah atau ceorang kauselor? AKU konsisten dan setuju dengan tindakan menegakkan keadilan dan ketelusan. Kita perlu rasa segan untuk siasat penyelwengan yang berlaku. Kalaulah pegawai kerajaan itu tidak bersalah, apa yang menyebabkan mereka rasa malu? Masa buat penyelwengan, tidak malu tapi bila disoal, rasa malu. Apa jenis alasan yang diberi ini? Pelik bin Ajaib. Manusia sepatutnya malu bila berbuat salah tetapi berani bila berbuat benar. Ini terbalik pulak. Jangan hina adun-adun dengan mengatakan mereka ni tak tahu pengurusan. Entah-entah cikgu Nan sendiri pun tak tahu apa itu pengurusan? Bukankah pengurusan rumah tangga sendiri juga merupakan satu pengurusan? Allah swt akan menyoal tentang peranan kita pada rumah tangga kita nanti.
    Untuk pengetahuan cikgu Nan, AKU sudah hilang rasa hormat terhadap pegawai pelajaran sama ada dari PPD maupun dari JPN. Lagak saja lebih tapi isinya tiada. Yang jadi masalah ialah AKU amat mengenali pegawai-pegawai ni. Ramai yang korup sama ada dari segi kerja maupun kewangan. Hanya SPRM saja yang tidak mau ambil tindakan. Maklumlah kan ‘orang kita’, katakan. Lagi banyak pegawai di jabatan maupun PPD, lagi kerja tak senonoh yang dibekalkan kepada guru-guru di bawah. Cakap tak serupa bikin. Entahlah, ……..

  28. aku rasa yg dipertikaikan bukan apa yg dikiritik oleh hassan tapi yang dipertikaikan kenapa hassan mengkritik melalui media yg kita tau mmg haprak tu je…

  29. aku juga hairan lah sejak kebelakanga ini , blog ini ada kelainan sikit, banyak tulisan nya menyerang Pas …..apa tak kena blog ini.
    siapa pemilik blog ini?
    apa yang hendak disampaikan pada umum?

    aku kurang mengertilah….mungkin kita boleh bertemu untuk berkenalan dan bertukar-tukar pandangan.

    maaf……….selamat hariraya

    • TERDAPAT BERBAGAI CARA UNTUK MENGALIH KELEMAHAN DAN KESALAHAN DIRI. YAHUDI BERJAYA HIDUP DENGAN KEMUNGKARAN KEPADA AGAMANYA SENDIRI DAN MASYRAKAT DUNIA. Kaedahnya adalah sebagai berikut :

      MEREKA HIDUP DI DALAM AIR KERUH. MEREKA BUAYA YANG MEMBUAT HURUHARA. Mereka mengalih perhatian kepada orang lain sebagai bersalah.
      MEREKA berjaya MUSNAHKAN KESATUAN ARAB DAN ISLAM. MASYARAKAT ARAB JADI KELAM KABUT DAN LUPA TUGAS ISLAMNYA.

      ARAB TIDAK PUNYA STRATEGI DAN BEKALAN. mAKANAN DAN PERUBATAN LEMAH. Arab Plastin tiada panadol, plaster dan “kurma kering”. Mereka banyak cakap tiada “planning” logistiknya. Pas pun begitu selama 50 tahun teperangkap dalam konsep demokrasi WESMINSTER…

      SESUATU TINDAKAN HENDAKLAH ADA TATATERTIB DAN MENURUT ADAB DALAM BERORGANISASI. PAS ADA DEWAN ULAM, ADA MURSYID DAN JAMAAH

      MAKA TERTIB ITU JANGAN DILANGGAR. SEPAKAT PENDAPAT BARULAH DIHEBAHKAN. SOAL PERIBADI TERIKAT PADA ADAB. MEREKA YANG TIDAK BERADA KERANA TIDAK MENURUT ADAT ATAU KETIADAAN ADAT.

      HADITH MENYEBUT : SESIAPA YANG TIADA ADAB MAKA TIADA ILMU BAGINYA
      JIKA ADA IA ILMU SEKALIPUN. Maaf. ~ahmad 290909

  30. PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
    Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah…”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?
    Apa yang saya nampak sebenarnya Dr. Hassan Ali sendiri telah cuba menjatuhkan aib pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, walhal yang mendapat aib sebenarnya ialah dirinya sendiri. Kenapa dibuat press statement dimedia massa yang sudah diketahui akan kefasikannya? Kenapa tak dibawa berbincang sesama sendiri dalam mesyuarat exco dsb? Kenapa perlu menggunakan media massa? Bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali kenyataannya tersiar di media massa yang ternyata tidak menguntungkan perjuangan parti malah diumpamakan seperti menggalas biawak atas dibelakang. Malahan beliau cuba untuk mengheret parti dalam masalah yang beliau sendiri timbulkan.
    Amat pelik bila beliau menggunakan hujjah wala’ kepada pemimpin utk merestui tindakan peribadinya sendiri. Wala adalah dalam soal ketaatan jika ianya benar. Tidak ada walak dalam menyokong tindakan Dr. Hassan yang membela pegawai-pegawai yang tidak amanah. Jangan menggunakan hujjah wala kepada pemimpin sembarangan!… Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya terdidik dalam jamaah mungkin lebih lama dari Dr. Hassan sendiri. Wala’ yang sebenar ialah wala kepada Allah dan Rasul. Wala kepada pemimpin adalah dibolehkan jika pemimpin tersebut menepati kehendak Allah dan Rasul. Tidak ada wala kepada kemaksiatan, kemungkaran dan kefasadan. Ini yang diajar dalam Islam.
    Islam juga mengajar kita kaedah untuk berkawan atau bermusuh. Saya masih teringat kata-kata almarhum Ust. Fadhil Noor satu ketika dahulu dalam satu majlis …. Kata beliau… kadang-kadang kita (pemimpin dan ahli-ahli PAS) tak tahu (tak cerdik) bagaimana dan bila nak berkawan atau bermusuh.
    Kenyataan-kenyataan Dr. Hassan Ali kebanyakannya merupakan liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Disaat kita menghadapi UMNO/BN dengan semangat untuk meruntuhkan jahiliyyah yang ada, ada saja kenyataan-kenyataan yang menguntungkan UMNO/BN seolah-olah kita sedang memberi “bola tanggung” kepada musuh untuk menghancurkan kita. Cerdikkah kita membicarakan pergolakan, masalah dalaman rumahtangga kita kepada umum? Tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Kenapa dan mengapa? Wallahu a’lam… hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kebenaran PASTI akan terjawab… InsyaAllah….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: