Posted by: pinkturtle2 | September 28, 2009

Tindakan saya pertikai Selcat adalah wajar – Hasan Ali

Hasan: Tindakan saya pertikai Selcat adalah wajar

SHAH ALAM: Sambil memperoleh mandat daripada Badan Perhubungan Negeri petang tadi, Pesuruhjaya PAS Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali menegaskan, kritikannya terhadap tatacara Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) adalah satu tindakan wajar.

“Adakah salah bagi seorang Exco untuk mencadangkan kepada Selcat agar mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan imejnya dan penerimaan oleh publik,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Badan Perhubungan PAS Selangor di sini.

Ia merupakan pertemuan kedua dalam tempoh 24 oleh pemimpin PAS negeri Selangor. Ia diadakan sehari sebelum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas tiga penjuru.

Mesyuarat tiga penjuru itu akan berlangsung di sini malam esok.

Hasan berkata, Badan Perhubungan PAS negeri telah meluluskan enam resolusi termasuk yang berkaitan dengan kritikan terhadap cara beliau mempertikaikan tatacara Selcat dua minggu lalu.

Resolusi pertama diluluskan untuk memperakui dan menyokong beliau sebagai Pesuruhjaya PAS negeri dan Exco Kerajaan Negeri.

“Kedudukan sebagai Pesurujhaya negeri dibuat oleh Presiden parti manakala jawatan Exco dilantik oleh Menteri Besar,” kata beliau sambil menambah, tiada pihak yang harus mempersoalkan kedua-dua jawatan itu.

Kata Hasan, PAS Selangor juga menerima cadangan beliau untuk memperbaiki prosedur-prosedur Selcat.

PAS Selangor juga bersetuju bahawa jika Selcat menerima pandangan Hasan, ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

Hasan berkata, PAS Selangor akan meminta kerajaan negeri agar mengkaji jentera operasi Selcat untuk menerima penghormatan di kalangan rakyat.

Katanya, PAS negeri juga meluluskan resolusi bahawa ia akan tetap kekal bersama Pakatan Rakyat Selangor.

“Kami tidak akan meninggalkan Pakatan,” katanya.

Satu lagi resolusi yang diluluskan berkaitan dengan saraan hubungan baik antara kerajaan negeri dan kakitangan awam.

“Hubungan antara kerajaan negeri dan pegawai-pegawainya mestilah harmoni sepanjang masa bagi menjamin kelancaran jentera kerajaan negeri,” katanya.

http://mstar.com.my

………………………………………………………………………………………………………….

Jawapan Tulang Besi….

Hasan Ali Kata Beliau Naikkan Isu SELCAT Kerana Hendak Membela Melayu

Itulah alasan yang diberikan oleh Hasan Ali sewaktu Mesyuarat Khas bagi menyokong tindakan beliau baru2 ini di dalam isu SELCAT. Malahan, Hasan Ali member amaran bahawa terdapat banyak lagi isu Melayu yang beliau hendak dedahkan selepas ini yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Itulah sebenarnya motivasi Hasan Ali di dalam membawa isu SELCAT ini, yakni untuk membela Melayu dan hak orang Melayu dalam pentadbiran kerajaan negeri. Tetapi, yang hairannya, Hasan Ali tidak bagitau apa hak orang Melayu yang telah terhakis di dalam isu SELCAT ini?

Apakah membela pegawai2 yang terlibat dalam korupsi UMNO dan Barisan Nasional itu satu bentuk pembelaan orang Melayu? Adakah membela tindakan UMNO/BN menggunakan wang rakyat sewenangnya dalam kempen pilihanraya mereka sebagai satu bentuk perjuangan Melayu?

Tapi itulah sebenarnya asas kepada tindakan Hasan Ali mengikut Hasan Ali sendiri tentang sebab mussabab beliau mempersoalkan SELCAT. Ertinya Hasan Ali menyokong korupsi dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pegawai2 lantikan UMNO ini hanya kerana mereka adalah melayu.

Begitu bengap Hasan Ali dan begitu bodohnya PAS mempunyai pimpinan seperti Hasan Ali ini. Sejak bila Islam mengizinkan umatnya mempertahankan orang-orang yang melakukan kefasadan dan kemungkaran seperti ini? Sejak bila Islam mengizinkan umatnya meletakkan kepentingan bangsa di atas agama?

Alasan lain yang diberikan oleh Hasan Ali adalah kononnya DAP memperjuangkan hak kaum Cina. Apa salahnya beliau memperjuangkan hak Melayu? Soalnya sekarang, bilakah DAP memperjuangkan hak kaum CIna sepanjang wujudnya kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor? Apa bukti DAP memperjuangkan hak kaum Cina?

Setahu saya, kaum Cina di Selangor hanya mahukan apa yang menjadi hak mereka sebagai rakyat Selangor. Itu sahaja. Mereka tidak meminta apa-apa kelebihan berbanding rakyat Selangor yang lain

Memperjuangkan Korupsi Dianggap Memperjuangkan Hak Melayu oleh Hasan Ali

Semua ini adalah cerita karut yang yang dipercayai bulat-bulat oleh Hasan Ali dari perjumpaan “Promis” yang sering diadakan di rumah beliau. Oleh kerana pegawai kerajaan yang disoal itu adalah Melayu, dan Pengerusi SELCAT adalah Teng Chang Kim, seorang berbangsa Cina, maka tindakan SELCAT ini dianggap sebagai tindakan menentang hak Melayu.

Padahal pemikiran macam ini adalah pemikiran UMNO 100%!!!! Pegawai2 ini telah bersubahat memberikan UMNO wang yang banyak dari kantung wang rakyat untuk kegunaan kempen mereka yang mana kempen mereka telah menyebabkan lebih 15 calon PAS kalah dalam pilihanraya baru-baru ini.

Begitu dunggukah Hasan Ali apabila beliau tidak sedar bahawa yang menjadi mangsa utama kerakusan dan nafsu binatang UMNO ini adalah PAS dan bukannya parti2 lain dalam komponen Pakatan Rakyat?

Bantuan dari D.O. ini menjadikan PAS sebagai mangsa utama kerana parti2 lain menang dengan gemilang di Selangor? Sanggup Hasan Ali mengkhianati PAS itu sendiri?

Wala’ Dicanangkan Lagi, Walaupun Hasan Ali Itu Terbukti Tidak Maksum

Ada juga beberapa YDP lain yang bersuara kononnya perlunya wala’ (ketaatan) kepada pimpinan. Soalnya sekarang, bolehkah kita memberi ketaatan kepada pimpinan yang tidak menghormati keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam?

Dan Hasan Ali dalam kenyataan selepas mesyuarat khas semalam menyatakan bahawa beliau mendapat dokongan padu. PAdahal terdapat suara yang ramai mengkritik serta menentang tindakan Hasan Ali baru2 ini.

Malahan, YDP2 yang menyokong Hasan Ali pun jumlahnya tidak banyak dan YDP yang menentang Hasan Ali lebih ramai. Bagaimana HAsan Ali boleh mendakwa beliau mendapat sokongan dan dokongan padu dari mesyuarat tersebut?

Kita semua mesti bersedia kerana selepas ini Hasan Ali akan terus membuat kenyataan yang berlawanan serta bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat demi untuk membela “Melayu”. Tapi, seperti dalam isu SELCAT ini, Hasan Ali tidak ada bukti menunjukkan bahawa hak Melayu terhakis atau Melayu dikesampingkan Yang adanya hanyalah pegawai2 pro UMNO berpeluh kerana terpaksa membela parti mereka yang sudah semakin rapuh dan bocor itu.

Alasan “wala” juga amat kita kesali kerana adakah semua pimpinan dalam PAS ini maksum? Ada YDP yang tak faham beza “maksum” dengan “wala”? Wala’ tidak bermakna kita kena taat senantiasa. Wala’ bermakna kita mesti menegur pimpinan apabila mereka melakukan kesalahan. Itu yang diajar oleh para sahabat selepas Nabi SAW wafat.

Adakah Saidatina Aisyah berdosa besar kerana menubuhkan bala tentera menentang Ali dalam Perang Jamal? Adakah Saidatina Aisyah tidak mengerti maksud Wala’?
PAS seluruh Selangor wajib bangun kerana kalau tidak PAS akan kalah dalam PRU yang akan datang. Akan kalah teruk.

Hanya kerana impian Pesuruhjaya mereka mahu menjadi MB di Selangor, maka PAS Selangor terpaksa menurut kehendak beliau mengikut apa yang UMNO kehendaki? Adakah itu taraf PAS Selangor, menjadi balachi kepada mereka yang mempunyai kepentingan pribadi dan poket semata-mata?

Tulang Besi


Responses

  1. Dah la hasad dengki nya jelas kelihatan. Terkini dah jadi pembohong pula. Apa hang ingat kami melayu bodoh ka ? Hang dok besetongkol dengan melayu2 yang rembat duit rakyat hang kata membela melayu ka ? Hang ni hasan dah jadi dajai la ! PHD hang tu ialah PINGAT HASAD DENGKI. Wahai sahabat2 dalam Pas cepat2 la buang dajai sorang ni. Bahaya ! dia sedang menjalankan teori ‘HOW TO DESTROY AN ORGANISATION’

  2. Salam

    Saya bukan PhD holder.

    Saya tegur anak saya bukan dikhalayak kerana malunya jatuh ke atas muka saya sendiri.

    Saya bukan ahli atau penyokong UMNO .
    Prinsip saya adalah SOKONG DAN BELA ISLAM bukan BELA MELAYU kerana MELAYU belum tentu ia menegakkan Islam!

  3. PEMIKIRAN ASSOBIYYAH DALAM KEPIMPINAN PAS???
    Merujuk kepada peristiwa Dr. Hassan Ali mengkritik SELCAT secara terbuka melalui media massa milik UMNO atau sekutu-sekutunya, maka saya merasa terpanggil untuk memberikan beberapa komen yang jika ada kebenarannya boleh dijadikan panduan, jika ada kecacatannya harap dijadikan sempadan. Persoalan yang timbul adalah persoalan prinsip dalam Islam iaitu keadilan dan kebenaran mesti ditegakkan dan kemungkaran serta kefasadan mesti didedahkan walaupun terkena batang tubuh badan sendiri. Kemungkaran wajib didedahkan bukannya untuk disembunyikan. Menyembunyikan penyelewengan yang dijalankan pegawai-pegawai kerajaan hatta oleh sesiapa sahaja adalah merupakan suatu perkara yang tidak boleh diterima oleh Islam apatah lagi ianya adalah satu perkara yang melibatkan harta rakyat. Saya amat hairan dengan sikap yang ditunjukkan oleh Dr. Hassan Ali berhubung isu ini. Beliau nampaknya gigih membela sipenyeleweng-sipenyeleweng duit rakyat dengan alasan untuk mempertahan Melayu kononnya! Apa gunanya mempertahankan Melayu, kalau Melayu sendiri tak betul? Kenapa tak pertahankan dasar Islam yang memang ternyata benar dulu, kini dan selamanya! Ingatlah pesan RasululLah…”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]. Nampaknya Dr. Hassan Ali sudah terkena virus jahiliyyah yang dibawa oleh UMNO dan sekutu-sekutunya. Beliau juga mengemukakan hujjah dengan membandingkan kes khir toyo menghadiahkan penyapu kepada pegawai-pegawai kerajaan, sedangkan persoalan yang berlaku adalah jauh berbeda dengan isu yang sebenarnya. Khir toyo ternyata jelas menghina pegawai kerajaan kerana menghadiahkan penyapu disebabkan prestasi pegawai-pegawai tersebut yang tidak mencapai prestasi yang memuaskan. Sedangkan isu yang berlaku di SELCAT ialah penyelewengan dana rakyat Selangor. Ada perbezaan besar diantara PRESTASI dengan PENYELEWENGAN DANA RAKYAT. Soal prestasi kakitangan memang wajar diselesaikan secara berhemah iaitu dengan tidak menjatuhkan air muka pegawai tersebut TETAPI soal penyelewengan dana rakyat mesti dijelaskan dengan sejelas-jelasnya!!!! Kalaulah hujjah demi untuk menjaga keaiban manusia bertopengkan syaitan , maka PAS sendiri tak perlulah berceramah sana sini mendedahkan penyelewengan itu dan ini kerana kalau didedahkan nanti maka akan terbukalah aib seseorang. Apakah itu maksud Dr. Hassan Ali??? Sindrom apakah yang cuba dibawakan oleh beliau?
    Apa yang saya nampak sebenarnya Dr. Hassan Ali sendiri telah cuba menjatuhkan aib pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, walhal yang mendapat aib sebenarnya ialah dirinya sendiri. Kenapa dibuat press statement dimedia massa yang sudah diketahui akan kefasikannya? Kenapa tak dibawa berbincang sesama sendiri dalam mesyuarat exco dsb? Kenapa perlu menggunakan media massa? Bukan sekali dua, tetapi dah banyak kali kenyataannya tersiar di media massa yang ternyata tidak menguntungkan perjuangan parti malah diumpamakan seperti menggalas biawak atas dibelakang. Malahan beliau cuba untuk mengheret parti dalam masalah yang beliau sendiri timbulkan.
    Amat pelik bila beliau menggunakan hujjah wala’ kepada pemimpin utk merestui tindakan peribadinya sendiri. Wala adalah dalam soal ketaatan jika ianya benar. Tidak ada walak dalam menyokong tindakan Dr. Hassan yang membela pegawai-pegawai yang tidak amanah. Jangan menggunakan hujjah wala kepada pemimpin sembarangan!… Saya pun bukanlah alim sangat, tapi saya terdidik dalam jamaah mungkin lebih lama dari Dr. Hassan sendiri. Wala’ yang sebenar ialah wala kepada Allah dan Rasul. Wala kepada pemimpin adalah dibolehkan jika pemimpin tersebut menepati kehendak Allah dan Rasul. Tidak ada wala kepada kemaksiatan, kemungkaran dan kefasadan. Ini yang diajar dalam Islam.
    Islam juga mengajar kita kaedah untuk berkawan atau bermusuh. Saya masih teringat kata-kata almarhum Ust. Fadhil Noor satu ketika dahulu dalam satu majlis …. Kata beliau… kadang-kadang kita (pemimpin dan ahli-ahli PAS) tak tahu (tak cerdik) bagaimana dan bila nak berkawan atau bermusuh.
    Kenyataan-kenyataan Dr. Hassan Ali kebanyakannya merupakan liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Disaat kita menghadapi UMNO/BN dengan semangat untuk meruntuhkan jahiliyyah yang ada, ada saja kenyataan-kenyataan yang menguntungkan UMNO/BN seolah-olah kita sedang memberi “bola tanggung” kepada musuh untuk menghancurkan kita. Cerdikkah kita membicarakan pergolakan, masalah dalaman rumahtangga kita kepada umum? Tetapi itulah yang kerap dilakukan oleh Dr. Hassan Ali. Kenapa dan mengapa? Wallahu a’lam… hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kebenaran PASTI akan terjawab… InsyaAllah….

  4. bola tanggung nampaknya.. he he he.. kerajaan muda lagi.. jgn cepat melompat.. harap pas dpt settlekan cara baik.. malu eh orang tgk bercakaran..

  5. munkin dia nak tutup salah laku dan salah guna kuasa masa dia jadi DO dulu kot…..

    Apa pon, Kerajan negeri Selangor jgn lah terlalu ghairah nak korek dn mendedahkan salah laku dan penyelewengan orang-orang terdahulu, kerana dengan cara itu, ia akan lebih banyak mendedahkan salah laku dan penyelewengan diri sendiri dalam Kerajaan yang baru dibentuk dalam usia setahun jagung itu… apa yang penting ialah laksanakan dasar dan manifesto pilihanraya terlebih dahulu demi kepentingan rakyat dan juga untuk mengekalkan sokongan rakyat Selangor hingga ke PRU13 nanti…. jangan asik nak londehkan orang nanti sendiri yang terlondeh dan berputeh mata…… buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali kali….. bertolak ansur ada batasnya…. jangan menang sorak, kampong tergadai…….

    • SEBUAH PANDANGAN ***
      POLITIK dan UNDANG-UNDANG berkait dengan latar belakang dan sejarah. Dua proses berkenaan tidak boleh diberi “Tembuk- Berlin atau China”. Tembuk Zulkarnain pun akn pecah…
      Bukan soal aib dan aurat sahaja [seuju dengan Tapak Kaki…]

      Surah Sajdah pun menyebut ayat 21 bahawa didunia ini mereka yang menyeleweng diazab menurut bentuknya sebelum azab lebih teruk di akhirat.
      KEBENARAN atau HAQ adalah daripada ALLAH. Mengapa takut pada KEBENARAN atau HAQ sekiranya diri itu tidak bersalah.

      Jika rumah yang kita sewa –“pemerintahan”–selama LIMA TAHUN itu kotor dan bernajis maka mengapa dibiarkan ? Mahu beribadatkah di atas najis mukhlazah atau najis ringan seperti tahi jijak kering di hamparan ? Najis anjing-bai kena samak, bukan ? iNI SYARIAT ZAHIR. Syariat bathin jadi cacat jika tidak dipedulikan syariat zahir. Serban, kupiah, jubah dan sejadah kena bersih dahulu barulah usalli.dan wirid, bukan begitu ?
      MAAF~ ahmad `300909.

      PMEBERSIHAN RUMAH adalah kewajipan penghuni. MAAF.

  6. aib adalah aurat
    aurat wajib d lindungi/tutup
    aurat adalah rahsia
    rahsia adalah aib
    aib d buka pada ahlinya
    aurat sebahagiannya halal pada mahramnya
    sebahagian aurat haram pada mahram & bukan mahramnya
    aib boleh d buka seluas2nya pada bukan mahram jika ada akadnya
    rahsia/aib/aurat hanya untuk ahlinya sahaja
    sedang kalam tuhan masih ada yg rahsia

  7. “Tapak kaki” !!! ko merepek ape??…
    aurat lain …aib lain…

    habis tu hukum islam merejam batu ke atas penzina yang telah berkahwin di khalayak ramai bole kn!!!

    mereka yg lalu diwajibkn merejam dengan batu keatas pesalah tersebut…(soalan pendidikan islam PMR 2009)…

    Jadi adakah islam mengaibkn pesalah tersebut?
    Kesan lebih besar ialah masyarakat terdidik untuk menjauhi terus maksiat…

    bukan macam pemerintah di Malaysia..
    Hukum rotan org yg minum arak pun Peguam negara batalkn hukuman??

    Kisah kes norita kena bunuh selepas berzina dengan hanif, setahu aku hanif tak kena pulak hukum sebatan (sekurang2nya)!! sebab dia mengaku berzina dengan norita…

    maksiat makin bertambah disebabkn menpertahankan sangat mereka aib ini

    • Aib itu halal jika ada akadnya
      hukuman itu ada akadnya kerana pelaku yg melakukan aib itu tak ada akadnya maka d denda/hukum mengikut akad islam
      ini la yg nak d tegak kan supaya terang

    • ha ha ha ha ha ha
      aib tu aurat laaaa wooooiii
      kamus cakap mcm tu
      aku ni ingatkan jeee
      sebab aib dgn aurat tak bule d dedahkan
      aiaii yooyooo samy


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: