Posted by: pinkturtle2 | September 28, 2009

Saya berharap Pemuda PAS tetap terbuka dan masih terbuka kepada idea tersebut – Khairy

SEMANGAT AIDILFITRI... Kunjungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Mahkota dekat Nilai petang Ahad telah mencuri perhatian pelbagai pihak. Khairy berkata, beliau hadir menerima jemputan Nasharudin atas semangat Aidilfitri. Khairy (tengah) berbual mesra ketika disambut oleh Nasharudin (kanan). Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani (paling kiri) dan Bendahari Pemuda Umno, Datuk Rozabil Abd. Rahman (dua dari kiri). Pemimpin DAP antaranya, Lim Kit Siang juga hadir.

SEMANGAT AIDILFITRI... Kunjungan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di Bandar Mahkota dekat Nilai petang Ahad telah mencuri perhatian pelbagai pihak. Khairy berkata, beliau hadir menerima jemputan Nasharudin atas semangat Aidilfitri. Khairy (tengah) berbual mesra ketika disambut oleh Nasharudin (kanan). Turut hadir Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani (paling kiri) dan Bendahari Pemuda Umno, Datuk Rozabil Abd. Rahman (dua dari kiri). Pemimpin DAP antaranya, Lim Kit Siang juga hadir.

Khairy: Pemuda Umno masih bersikap terbuka temui Pemuda PAS

NILAI: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin masih bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Dewan Pemuda PAS berhubung apa jua perkara yang menyentuh kepentingan bersama-sama pergerakan muda kedua-dua parti itu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Rembau ini meminta “jangan ada apa-apa perasaan syak-wasangka antara Pemuda PAS dan Pemuda Umno.”

Beliau juga melahirkan harapan agar Pemuda PAS juga akan mempamerkan sikap terbuka dalam hal ini.

“Saya pun ada bincang sedikit tentang hala tuju bersama dengan (Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani, hari ini), bukan kita hendakkan hubungan yang formal.

“Tetapi sekiranya ditakdirkan ada peluang untuk kita sama-sama berjumpa dan berbincang dengan lebih tersusun lagi, saya terbuka kepada jalan tersebut.

“Dan, saya berharap Pemuda PAS pun tetap terbuka dan masih terbuka kepada idea tersebut,” kata beliau ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dekat sini hari ini.

Khairy tiba di rumah Nasharudin kira-kira 3.30 petang. Azman Shapawi juga hadir sama pada majlis rumah terbuka itu.

Ini kali pertama Khairy menghadiri majlis rumah terbuka pemimpin kanan PAS.

Khairy dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Mac lalu.

Dewan Pemuda PAS juga menerima ketua yang baru Jun lalu iaitu Nasrudin Hassan Al-tantawi.

Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, beliau dan Timbalan Ketua Pemuda PAS tidak membincangakan apa-apa perkara yang serius hari ini.

“Saya pun telah menyampaikan salam saya kepada saudara Nasrudin. Tiada apa-apa agenda yang formal, yang perlu ditetapkan.

“Cuma hendak membina hubungan persaudaraan, mungkin melalui kunjungan seperti ini akan dapat kita melihat satu keserasian dalam hubungan kita antara PAS dan Umno.

“Saya rasa tiada masalah. Jangan kita terlalu baca dalam keadaan macam ini… biar hubungan itu terjadi secara semula jadi, jangan kita paksa,” katanya.

Mengenai idea Dewan Pemuda PAS Jun lalu agar diadakan wacana ilmiah, Khairy berkata:

“Wacana itu sudah jadi isu yang lama, banyak komen sudah diberikan… sekejap jadi, sekejap tak jadi.”

“Macam saya katakan tadi, biar hubungan ini jadi hubungan semula jadi.

“Jangan kita paksa. Jangan kita ada tumpuan media, jangan ada tumpuan wartawan. Yang ini akan merumitkan keadaan, bila kita ada terlalu banyak pihak, banyak orang, kita tidak akan melihat kejujuran daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kehadiran pada majlis rumah terbuka Nasharudin, Khairy memberitahu, “bagi saya ini bukan benda luar biasa sebab ini musim Hari Raya, perayaan Aidilfitri. Jadi bila dijemput untuk datang untuk ke rumah terbuka dan bila ada kelapangan dan masa, maka kita datanglah.”

“Bagi saya tiada apa-apa yang luar biasa untuk datang ke sini. Saya pun dah kenal Ustaz Nasharudin dah lama dan kita sama-sama dalam Parlimen, jadi secara kebetulan pula saya tinggal di Putrajaya, tidak jauh dari sini, tiada masalah untuk datang,” katanya.

http://www.mstar.com.my


Responses

  1. Jaga-jaga ..’baik tuu’… ada makna Naza ……jgn sampai ‘luka’ lama berdarah kembali.

  2. Salam.

    Kunjung-mengunjung di hari mulia ini tidaklah menjadi suatu isu kerana non-muslim(yang jelas)pun digalakkan kunjung mengunjung.

    Isunya mengapa Khairy masih bermain kata dengan isu wacana antara pemuda PAS dengan UMNO masih dimainkan?

    Bukankah sebelum ini Khairy sendiri yang menolak perdebatan yang telah diajukan oleh Pemuda PAS.

    Di harapak janganlah lagi KETUA PEMUDA PAS melayani mainan politik licik Pemuda UMNO ini.
    Jelas kepada kita Ketua Pemuda UMNO ini ada sesuatu agenda besar untuk memusnahkan PAS.

    Kita kena kembali kepada sejarah.Sejarah pahit ,bagaimana UMNO begitu jahat dan jijik menolak keluar PAS dari UMNO di zaman Tun Razak sehingga Kelantan dirampas daripada PAS.

    Jangan ulangi sejarah hitam itu.Ketika itu saya bukanlah pimpinan atasan PAS tetapi hanya sekadar ahli dan penyokong PAS.tETAPI KEBENCIAN SAYA kepada UMNO insyaallah jika tidak dipalingkan hati oleh Allah swt….HARAM saya menyokong UMNO apatah lagi memangkah untuk UMNO.

    Ingatlah pas tertegak hingga ke hari ini kerana dasar ISLAM yang dibawanya.

    Tiada satupun pertubuhan parti politik yang ditubuhkan untuk menentang UMNOBN yang boleh tegak sehingga ke hari ini.

    Saya mohon pimpinan PAS supaya jangan ditipu lagi oleh UMNO dan PEMIMPIN-PEMIMPIN mereka yang begitu mulus kata-kata mereka untuk menjerat PAS sekali lagi.

  3. hahaha.. saiko tul mamat ni.. dah makan tu balik lah yek.. jln elok2.. he he he


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: