Posted by: pinkturtle2 | September 29, 2009

TPM umum Isa Samad sebagai calon BN DUN Bagan Pinang

Isa Samad sah calon BN DUN Bagan Pinang

PORT DICKSON: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik operasi BN di sini, sebentar tadi.

Bercakap secara ringkas di hadapan tetamu yang hadir, Isa berkata, beliau berjanji akan bekerja keras untuk memastikan kerusi DUN Bagan Pinang akan terus kekal menjadi milik BN.

“Nampaknya ISA masih diperlukan, jangan hapuskan ISA.

“Saya percaya kita akan menghadapi pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang dengan sokongan padu semua pihak.

“Kita akan terus pertahankan kerusi ini malah akan berusaha untuk tambah majoriti,” katanya sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong-penyokong BN yang hadir. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 11 Oktober manakala penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya, Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

PAS dijangka mengumumkan calonnya malam ini.

http://mstar.com.my

……………………………………………………………………………………………………………..
[boycott_1.JPG]
Apa pun kita tunggu dan lihat…. acah-acah atau pun orang tempat aku kata gempak hindu….. kita tunggu dan lihat….

Walau apa sekali pun, seperti yangc kita lihat memang UMNO dok nak bergocoh sesama depa, betui depa berebut jawatan, tetapi pejuang dan petugas PAS harus hati-hati dengan semua perkara seperti ini, UMNO yang kita dok nampak bergaduh sesama mereka umpama anjing-anjing kurap yang berebut bergaduh nak kan tulang babi… tetapi dalam dalam depa dok bergaduh, depa nampak PAS pulak, umpama anjing-anjing kurap nampak kucing, apalagi depa sanggup tinggal tulang babi yang mereka rebut, dan mereka beramai-ramai mengejar kucing, waktu itu mereka sanggup bekerjasama untuk nak menelan hidup-hidup kucing tersebut… ITULAH UMNO…. Mereka UMPAMA ANJING KURAP YANG KELAPARAN………

Yang pentingnya UMNO semakin hari semakin nak karam…. Sama-samalah kita doakan…..
MAMPOS UMNO………..

http://manjongmari.blogspot.com



Responses

  1. kepada Pakatan Rakyat janganlah terlalu seronok dengan pencalonan Isa Samad tu, walaupun dia dikatakan “rasuah” tapi jangan dipandang ringan… jika mau menang, Pakatan Rayat jangan terlalu mainkan sentimen peribadi kerana ia akan merosakkan nama baik dan keperibadian Islam yang didokong oleh PAS selama ini….

    Buktikan bahawa ISLAM adalah syumul dan dan menang kerusi DUN Bagan Pinang ini dan tambah kerusi 1 lagi menjadikan 8-0…..

  2. Umno terpaksa pilih Isa Samad, pasai Isa lebih mengenali hati budi pengundi awam di Bagan Pinang.

    Pengundi awam Bagan Pinang yang tak seramai mana itu, tidak menjadi masalah kepada Isa. Umno tak pak payah mengeluarkan ongkos yang banyak, pasai Isa mampu mengeluarkan sumbangan duit raya pada setiap keluarga orang awam RM 1,000 satu keluarga. Bagi Isa itu bukan jumlah yang banyak. Telah terbukti Isa pernah membeli undi perwakilan Umno untuk memenangi kerusi Naib Presiden. Tak jadi hal pada Isa untuk membeli Undi warga awam Bagan Pinang.
    Sementara itu untuk mendapat undi Pos dari tentera, Zahid Hamidi dan Najib akan menggunakan pegawai tertinggi angkatan tentera supaya mengeluarkan arahan mengundi calon BN. Sebab itu Panglima angkatan tentera Dato’ Aziz diminta melepaskan jawatan lebih awal berikutan kenyataan Dato’Aziz menyarankan supaya tentera tidak dipengaruhi oleh arahan politik.
    Nyawa Umno dalam PRK N31 ini sangat bergantung kepada angkatan tentera. Tentera akan tetap diperkudakan oleh UBN sepertimana mereka memperkudakan PDRM.

    PR mesti Lawan dan tetap lawan.

    • buatnya menang PKR.. saje je ko dapat dosa kering.. kalau menang BN kira dapat pahala ke ko ni? hahahaha

  3. alahaaaiiiii
    kalu betul kecewa la dennn
    mengharap bonar kek KJ jadi calon
    baru meriah P/rayo kali ni
    tapi lawan tetap lawan
    tumbang UMNO hidup ISLAM

  4. inilah calon terbaik bn haprak, org yg pernah dilucutkan jawatan sbg menteri wilayah dan terlibat dlm politik wang (rasuah lah tu). cuba tanya mufti perak tentang hukum politik wang?.

    sedarlah wahai penyokong tegar BN haprak. sokonglah kita utk perkara kebaikan dan jangan sesekali kita menyokong perkara kejahatan.

    akhir zaman orang yg jahat dipandang mulia, manakala orang yg baik akan dipandang hina.

  5. Salam teman semua
    minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    terima kasih

  6. laaaaa…takkan bee end dah takde calon lain selain dari mamat nie…mmg bee end / amno nie dah ketandusan pemimpin la…

  7. Salam.

    Bertambahkah bilangan pemimpin UMNO yang PERASUAH?

    Pertama : Khairy Jamaludin walaupun di dapati
    salah kerana rasuah dalam pemilihan
    UMNO yang lepas…KETUA PEMUDA
    UMNO MALAYSIA sekarang ni

    Kedua : Ali Rustam juga rasuah dalam pemilihan
    UMNO….KETUA MENTERI MELAKA hingga
    ke hari ini.

    Ketuga : Isa Kamarudin dicalonkan sebagai calon
    bagi DUN Bagan Pinang.Kalau menang
    SEORANG LAGI PERASUAH jadi pimpin-
    an.

    Ketiga-tiga kes rasuah di atas telah di sahkan oleh
    Lembaga Disiplin UMNO sendiri.

    Cuma kita bayangkan UMNO mengesahkan ketiga-tiganya perasuah DAN UMNO jugalah mejadikan mereka sebagai pemimpin.

    1MALAYSIA – PERASUAH DIDAHULUKAN

    Adakah kita tiada perasaan malu/IMAN untuk menyokong perasuah?

    • isa samad bang.. lain ayah eh tu.. sian mak eh..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: