Posted by: pinkturtle2 | September 30, 2009

Navindran akan didakwa berhubung kematian A Kugan

Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata seorang anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok berhubung kematian tahanan polis, A Kugan.

Katanya, Navindran a/l Vivekanandan akan didakwa mengikut Seksyen 331, Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi memeraskan pengakuan bersalah dari Kugan.

Navindran juga menghadapi tuduhan alternatif mengikut Seksyen 330 kanun yang sama, dengan sengaja menyebabkan kecederaan bagi memeras pengakuan bersalah dari Kugan.

“Saya telah mengarahkan dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 1 Oktober (esok),” kata Abdul Gani dalam satu kenyataan petang ini.

Kugan, 22, mati semasa dalam tahanan polis di balai Taipan di USJ pada 20 Januari lalu, selepas ditahan untuk disoalsiasat berhubung beberapa kes kecurian kereta mewah.

Malaysiakini melaporkan dua hari lalu bahawa sekurang-kurangnya seorang anggota polis dijangka didakwa di mahkamah berhubung kematian Kugan.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu seawal jam 8 pagi di luar mahkamah mendapati kes itu tidak ada.

Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, siasatan polis mendapati, daripada 92 kenyataan saksi, hanya empat saksi yang mengenalpasti Navindran sebagai orang yang menyebabkan kecederaan pada dua waktu pada 16 Januari 2009.

Katanya, dalam kedua-dua kejadian itu, suspek dikatakan telah memukul Kugan dengan paip getah dan empat hari kemudiannya Kugan meninggal dunia.

Abdul Gani berkata, dalam tempoh masa empat hari itu, mangsa telah membantu siasatan polis dengan membawa mereka ke empat lokasi pada empat tarikh berlainan antara 16 dab 20 Januari 2009.

Abdul Gani juga menjelaskan mengapa Navindran tidak boleh didakwa atas tuduhan membunuh tetapi didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Kugan.

Katanya, ia kerana tiada bukti bahawa mangsa mati mengejut, tetapi sebaliknya mangsa meninggal dunia empat hari selepas dia didakwa dipukul.

Oleh itu, kata Abdul Gani, terdapat jurang masa yang lama di antaranya dan oleh itu suspek tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh.

Hasil laporan perubatan, katanya, tidak menunjukkan bahawa mangsa mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Sebaliknya, kata beliau, kematiannya didapati berpunca daripada acute myocarditis, iaitu jangkitan pada jantung.

Oleh itu, katanya, pendakwaan terhadap suspek mengikut seksyen 330 dan 331 kanun keseksaan berdasarkan kepada bukti yang ada serta mengambikira laporan dan nasihat pakar perubatan. Malaysiakini


Responses

  1. Kesiaaan Polis India sorang ni, dia akan jadi macam dua orang polis yang dihukum mati kerana membunuh Altanthuya.

    Hangpa semua dijadikan kambing hitam demi untuk selamatkan orang lain iaitu pemimpin kepada sebauh parti politik.

    Dan yang sorang ni dikambing hitamkan untuk nak meraih sokongan pengundi India dalam PRK N31 Bagan Pinang. Nak tunjuk PDRM telus pada undang undang Malaysia.

  2. da agak da mesti da ada mangsa ni.Bagan pinang da dekat da.Kalau btul la mamat ni yg buat patut la dihukum dengan setimpalnya,tapi kalu nak dijadikan kambing hitam pasal prk bagan pinang memang amat malang sekali negara kita ini.

  3. India bunuh India, Cina bunuh Cina, Melayu bunuh Mongolia…… UMNO bunuh Melayu…. Itulah 1Malaysia

  4. penjenayah pon hebat jugak berahsia..pandai2 la pihak polis gunakan akal nak siasat..bila ader tertuduh yg terbunuh pihak polis sendiri jawap la…

    ader pihak ambil peluang nak demonstrasi..yg penting dapat peluang tunjuk hero mana tau leh jadi exco negeri atau menteri suatu hari nanti..dapat kuasa..duit pon mari…kunun perintah macam umar al khatab walaupon pure bangsa yg racist ….yg ikut menyokong kasi bodohkan byk kali..

  5. Menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan saranan kepada jentera parti supaya tidak bertindak kasar, serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.

    Dan inilah yang berlaku setiap kali tiba pilihanraya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Contohnya di DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga, Umno komunis, penyokong Umno ajaran sesat Ayah Pin, secular dan sebagainya.

    Perbuatan Nik Aziz ini ibarat “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”. Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulamak atau Tok Guru tidak sepatutnya bersikap demikian.

    Kalaulah Nik Aziz mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame Muslim? Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti.”

    Peringatan yang dibuat oleh TG Hj Nik Aziz itu merupakan peringatan kepada semua pihak. Namun, oleh kerana TG Hj Nik Aziz adalah Mursyid al-’Am PAS, maka umum menganggap bahawa peringatan itu hanya untuk penyokong PAS sahaja.

    okey la tu.

  6. kalau menang pun baru 7-2. masih pembangkang lagi..hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: