Posted by: pinkturtle2 | Oktober 28, 2009

UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang cuba diubati oleh Nik Aziz

HASAN MOHD ALI /  PAS

saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan - Abdul Aziz Bari

Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti – -Abdul Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.
Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu.Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi?

-Abdul Aziz Bari


Responses

  1. FIGHT, FIGHT, FIGHT

    jangan bagi chan puak munafik ini menghancurkan Islam.

    kepada orang2 Islam terutamanya ahli pas, bukalah mata & bezakanlah mana satu kaca mana satu permata.

    Jika masih buta & tersalah pilih, nescaya hancurlah Pas & rosaklah nama Islam.

    lepas itu bermaharajalelalah UMNO kembali membuat kemungkaran & kezaliman.

    jika itu berlaku, hangpa jawaplah dengan anak cucu kita nanti & yg paling teruk, hangpa jawaplah kat depan Allah nanti kat akhirat.

  2. Takbir..suara yang jelas dari akar umbi penyokong PAS dan pendokong Pakatan Rakyat.

    2 tulisan yang tepat dan padat terhadap pemimpin Pas yang mudah lupa dari mana datangnya Pas itu sendiri..

    Perjuangan yang bukan datangnya dari dulang yang bertakhtakan emas..tetapi dari keringat, darah dan airmata rakyat.

    Pemimpin silih berganti, ada yang datang dan pergi tetapi apakah mereka memikirkan nasib dan keadaan penyokong dan pejuang2 yang berkorban segala2nya demi hasrat dan perjuangan murni.

    Tiba sedikit ujian kemenangan dan sedikit jawatan mereka lupa segalanya..menipu dan memperbodohkan suara akar umbi.

    Penyokong akan mengajar mereka jika mereka tidak mahu mahu belajar do PRU nanti.

  3. Kita perlu melihat dalam jangkamasa panjang. Ada pemimpin masih tidak nampak bahaya permainan UMNO. Krisis keyakinan yg melanda PAS lani sebab tidak tegas dan hilang kawalan pimpinan keatas yang dipimpin. Kredibiliti pimpinan dipersoal hasil sindrom penafian dan hasil kegiatan gelap yang telah berlaku. Tak habis2 penafian dibuat. Dulu nama PAS sgt harum di kalangan Muslim dan Non Muslim, tapi kini dah jadi teloq kemuruk. Pandangan Dr Aziz bari bagi saya amat ikhlas dan sgt sayangkan PAS.

  4. pandangan itu bagus

    satu pandangan yang baik, pandangan ikhlas, dia nampaknya tidak sanggup nak melihat pas hancur. para pemimipin kena fikirlah baik baik. tidak ada bijak pandai lain yang sanggup menceritakan sebegini untuk membaiki prestasi. dia tiada kepentingan apa apa. hanya untuk melihat pas maju dan terus boleh mendaulatkan islam. jangan marahlah para pemimpin pas.

    sebenarnya para perwakilan dahulu telah silap memilih. hj. hadi dan nasarudin tu sepatutnya dinyahkan dari pas. mereka ni ulama tapi J A H A T. kita ganti dengan pemimipin lain yang berwibawa.

    lakunan mereka tidak menjadi, rakyat dapat lihat dari telatah mereka. tapi ingarkan mereka boleh berubah, kita biarkan dahulu. tapi dah melampau. hukumlah, kalau tidak jahanam pas dalam pru 13 ni.

    kita sama sama fikir untuk membina rangkaian yang baik. supaya dari sehari ke se hari pas jadi perkasa. kalau inilah tindakan pemimpin pas yang ada sekarang, nampak nya pas akan mundur.
    sejak dahulu lagi dah diajukan supaya semua jawatan mesti ada pemilihan baru, termasuk presiden. nasi dah jadi bubur.

    kalau boleh pas berikan presiden tu melawat lah ke semua negara, sebab dia suka melawat dan berpoya poya. dia tidak ada minat untuk membina pas. itulah pemimpin yang tidak ada kredibiliti.

  5. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • hang kalu nak menega pi kat blog lain la.

      menyampah aku tengok perniagaan hang ni ……..bertahap tengok
      anjing pancut kencing kat tayag keta. nak kaya pi kija lain…..
      jangan nak tipu kita pulak……. tak baik nooooooo.

  6. pkr=anwar, dap=lim kit siang, pas=??? tak nampak.. huru hara..

  7. Heroessss – padan muka hang dok sokong depa lagi

    • kapiag yop…………..

      BERIMAN DENGAN LORD RIED menjunjung titah
      perintah yang pelopog lord ried sama ada ikut keseluruhan ajarannya atau sebahagiannya.

      memerintah negara dengan cara yang ditunjukkan oleh lord ried…… bererti kita sudah menyembah lord ried dan yakin hanya undang2
      tersebut tadak tolak banding untuk kesejahteraan
      sejagak.

      sabik tu orang kapiag dia buleh wat patung sapa2
      yang dia puja……… depa sembah la….wat sembahyang.

      umngok….. oleh kerana depa ngaku islam……
      depa tak buat patung lord ried. Depa ikut saja
      sabda2 lord ried tu.

      itu kapiag jugak namanya….. walau depa tak sembah.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  8. Ingat air mata, keringat, keluarga dan wang ringgit ahli dan penyokong telah dihamburkan untuk kejayaan Pas sehingga ke takat ini. Jangan pulak ada yang lupa daratan. Kalau nak sangat UG suruh puak-puak tu masuk saja UMNO dan keluar Pas dan jangan jadi parasit.
    LETIH TAU!!!!!!!!!!!!!! jangan sampai bosan.

  9. […] https://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/28/26253/ […]

  10. fedup dah aku dgn PAS ni.

    senang cerita, cakap jelah samada PAS nak bersama UMNO or PR or nak keluar jadi independent.

    kan senang kami rakyat pengundi yg hina dina ni buat keputusan tentang apa kami nak buat/hukum pas kat PR13 nanti

  11. better pas singkir ahli yang datangkan masalah.aku xnak pas hancur lebur disebabkan 2-3 kerat org yang gila pangkat dan kuasa…pkr pun dah start ‘vaccum’ ahli2 mereka yang under perform & suka ‘bikin maslah’..jgn risau patah tumbuh hilang berganti..aku rasa dalam PAS pun byk ahli2 yang berkaliber utk diketengahkan..

  12. dalam PAS 3-4 ekor jer yg still pikir2 nak sekongkol dgn parti purba UM-Ngok tue… majoriti takmau dah, meluat dah… sokong 100% usaha Tok Guru nak bersihkan kudis n bisul dalam parti

  13. AKU SUDAH BERI AMARAN…….JANGAN JANGAN JANGAN!!! AKU TAK SUKA ADA SEBARANGAN KERJASAMA DENGAN UM NO,FAHAM TAK!!!! AKU AKAN SINGKIR YANG TAK RETI BAHASA NI. AKU SAYANG KAN PATI AKU INI……..JANGAN ADA SESIAPA CUBA NAK MENGHANCURKAN NYA.KALAU ADA, KELUAR KAMU DARI PAS! BEGITU LAH AGAK NYA TGNA NAK CAKAP PADA BADUT2 YANG ADA DALAM PAS INI.GERAMMMMMMM BETUL AKU!!!!!!!!
    TAK RETI2 KE PATI UM NO TU PATI KORUP! BIOL KALAU TAK FAHAM.

  14. Tunggu aje lah saat perpecahan yang getir jika yang bersalah tidak disingkir………….

  15. dila adalh orang yg serabut dalam perut.
    kalau kamu dila jenis umno tok payah lah nak masuk campur sini..aku baru je kuar dengan umno.
    kalau PR tu tak baik sekali pun .umno labih lebih lagi jahat..

    parti mana yg tidak ada maslah ?

    hatta brehim katak pun sebagai wakil bebas penuh dengan masalah.

    ini kan pula parti yg memperjuagkan islam.
    sebuta kata islam semenjak zaman nabi lagi jenis manusia cukup tidak setuju dengan islam.
    sama lah denagn kamu dial .nak buat baik konon tapi sebaliknya jahat hati buta.

    wahai kekawan marilah kita sama sama memberi sokongan kepada perjuangan PR . maju bersama islam.jangan jadi macam umno islam dia hanyalah islam plastik.

    “MAJULAH PAS UNTUK NEGARA”

    • “Party Tupperware” kot yang takda masalah

  16. hasan ali kan dulunya umno..tak kanlah hangpa tak tau….gaya pun gaya umno lagi….mungkin bisnes dah kena kacau tak…..dengan umno….atau..sapa tau tambah sikit..

  17. tu la. lain kali bila nak terima orang-orang yang pandai cakap macam Hassan Ali, Berahim Katak, dan lain-lain masuk parti PAS, PKR kena tapis betol-betol, suruh dia orang londeh semua, angkat sumpah baru boleh terima jadi ahli parti, kalo tak berani buat cmtu, peeeeeeeeerraaaaaah

  18. Nik Ajis pun dulu UMNO jugak kan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: