Posted by: pinkturtle2 | Oktober 29, 2009

PAS S’gor diseret ke JK disiplin dan ambil tindakan tegas terhadap Hasan Ali


 

PAS S’gor diseret ke JK disiplin

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

“Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu,” kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas – yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu – yang diputuskan tidak perlu diadakan.

“Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

“EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada,” kata Abdul Hadi lagi.

Dua keputusan penting itu diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali – yang turut menjadi sasaran kemarahan Nik Aziz – sebelum ini dan seorang lagi Naib Presidennya Salahuddin Ayub turut hadir di sisi Abdul Hadi.

Kira-kira 60 wartawan dan jurugambar setia menungggu mesyuarat khas itu sehingga sidang media itu tamat.

Abdul Hadi turut menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

“Setelah kita berbincang dengan sepanjang-panjangnya dan menerima pandangan semua pihak, kita bersetuju, PAS akan memainkan peranan lebih aktif bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

“Isu kerajaan perpaduan ditutup dan kita tetap bersama Pakatan,” tegasnya.

Mesyuarat malam ini dipanggil bagi membincangkan isu “beberapa kerat pemimpin bermasalah” yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang didakwanya masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan seperti Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat itu bermula jam 8.45 malam ini walaupun Nik Abdul Aziz hanya menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam. Semua tiga tokoh utama yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya belum dapat dipastikan. Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. Kenapa Nik Aziz meninggalkan Mesyuarat Khas PAS dengan tergesa-gesa ? ini menjadi tanda tanya kepada para wartawan dan beberapa kumpulan penyokong PAS yang berada di luar bangunan. Ternyata tiada kesepakatan antara Peneraju Utama PAS dan Mursyidul AM mereka. Nik Aziz mahukan Hadi,Nasha,mustafa Ali Dan hassan Ali di pecat digantikan dengan puak edorgan Pro-Anuar supaya mereka boleh bersatu dengan DAP dengan tenang tanpa ada gangguan dari puak Ulamak – itu saja hasilnya

    • aleeeeeeeeerkk………. kapiag

      kapiag apa peduli…… tadak kena mengena ngan parti jambantaik.

      hang pi mein joh2 …….. aku bau taik ni..
      dok dalam jamban tosah mai kat orang la….. sial betui hang ni.
      awaaaaat hang ni jadi orang……bepikiag tidak seghupa orang.

      kapiag …………..

      BERIMAN DENGAN LORD RIED menjunjung titah
      perintah yang pelopog lord ried sama ada ikut keseluruhan ajarannya atau sebahagiannya.

      memerintah negara dengan cara yang ditunjukkan oleh lord ried…… bererti kita sudah menyembah lord ried dan yakin hanya undang2
      tersebut tadak tolak banding untuk kesejahteraan
      sejagak.

      sabik tu orang kapiag dia buleh wat patung sapa2
      yang dia puja……… depa sembah la….wat sembahyang.

      umngok….. oleh kerana depa ngaku islam……
      depa tak buat patung lord ried. Depa ikut saja
      sabda2 lord ried tu.

      itu kapiag jugak namanya….. walau depa tak sembah.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

    • Peduli apa. Apa yang kamu susah..
      kamu ni kafir tu le sebabnya kamu sibuk

      • kapiag morphin umngok jambantaik……….

        ewaaaah……..ewaaaaaah………ewaaaaaaahh
        kita pulak kapiak morphin tuduh kapiag. kita bukan tuduh taaaaaau.
        kita hanya sebut hukum. lagu tu kapiag…… lagu ni islam.

        kalu kapiag morphin umngok jambantaik tadak puaih hati…..
        kapiag bulih rujuk KITAB MUSTIKA HADIS JILID 1 keluaran JABATAN PERDANA MENTERI……. muka surat 415 & 416

        kapiag morphin umngokjambantaik jangan bodo la.

        he he he
        abang kelabu bergurau sambil nasihat

  2. Now, it is up to the Selangor MB. Buat je macam MB Trengganu. Pecat je orang yang tak memberi kerjasama sebagai exco.

    Nak berbaik2 dengan blogger Melayu Islam konon! Ngape blogger ameno je? Ngape tak blogger PKR? Kan ade blogger PKR yang Melayu dan Islam?

    Sudah terang lagi bersuluh!

  3. Poie jahanam dgn pemimpin PAS yg kuek ISLAM RACIST nya……………. PAS AKAN MENUJU KEHANCURAN JIKA TAK BERUBAH SECARA TOTAL,,,,, pemimpin pemimpi PAS JGN JADI MELAYU BANGGANG DAN BINGAI~~~~~~~~~~~

  4. wei orang bodoh… nik aziz tu mb… hadi buleh la… tak de pangkat apa dalam kerajaan… nasa pun tak de pangkat…
    hasan ali… walau pun exco… tapi dah selangor tu dekat je…

    nik aziz nak kena balik negeri la… jaga negeri… bukan macam orang tu… baru sepenggal memerintah… tup tup… kalah teruk, siap ngan dia-dia sekali kalah…

    pas ni asek nak berpolitik saja… jaga la rakyat sama weh… apa kambing duk main politik sepanjang masa, kerja tak nak buat… mp bachok tu… kalau tak nak balik jenguk orang yang undi dia… berenti laaaaa… gi tanding kat negeri lain nun…

  5. yes yes yes!
    kita haru birukan parti pas.
    kita adu dombakan sesama mereka.
    kita spin kenyataan2 pemimpin mereka.
    kita pakat buat fitnah kat mereka.
    kita berlakon pura2 jd penyokong mereka.
    buatlah apa saja wahai kawan2.
    asalkan pas.pkr dan dap hancur.
    biar bn saja yg menang.
    tanamkan dalam kepala otak rakyat yg orang lain tak boleh memerintah, sbb otak org lain bodoh cam kambing.

    yg penting bn menang kita jugak untung.
    dapat tangkap projek juta2.
    pedulikan nasib org lain, isi tembolok perut kita dahulu hehehe

  6. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  7. kapiag apa peduli…… tadak kena mengena ngan parti jambantaik.

    hang pi mein joh2 …….. aku bau taik ni..
    dok dalam jamban tosah mai kat orang la….. sial betui hang ni.
    awaaaaat hang ni jadi orang……bepikiag tidak seghupa orang.

    kapiag …………..

    BERIMAN DENGAN LORD RIED menjunjung titah
    perintah yang pelopog lord ried sama ada ikut keseluruhan ajarannya atau sebahagiannya.

    memerintah negara dengan cara yang ditunjukkan oleh lord ried…… bererti kita sudah menyembah lord ried dan yakin hanya undang2
    tersebut tadak tolak banding untuk kesejahteraan
    sejagak.

    sabik tu orang kapiag dia buleh wat patung sapa2
    yang dia puja……… depa sembah la….wat sembahyang.

    umngok….. oleh kerana depa ngaku islam……
    depa tak buat patung lord ried. Depa ikut saja
    sabda2 lord ried tu.

    itu kapiag jugak namanya….. walau depa tak sembah.

    he he he
    abang kelabu bergurau sambil nasihat

  8. Salam semua,

    Berdoalah agar kemelut ini dapat di atasi oleh
    pemimpin2 atasan.Mudah2an kemelut
    ini dapat di atasi dengan hikmah dan bijaksana.
    Insyaallah………

    Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir; sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (dari pahala) kepada mereka di hari akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.[3.176]

    Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang gaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.[3.179]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: