Posted by: pinkturtle2 | Oktober 29, 2009

Selagi Mustafa Ali tidak digugurkan masalah tidak akan selesai…

jgf

Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS - alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh "Setiausaha Agung PAS" - Perisik rakyat

Hampir 75%  perwakilan yang menghadiri mesyuarat BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali  DIGUGURKAN dari jawatan PJ PAS Negeri Selangor

Mesyuarat Khas PAS dah selesai, keputusan dah dibuat, ramai yang tak puas hati dan ramai geng-geng kacang hantu UMNO/Beer eNd yang seronok…

Ada beberapa hal yang tak ramai orang tau berlaku dalam Mesyuarat Khas PAS malam tadi.

Pertama, TG Nik Abdul Aziz hadir sama dalam Mesyuarat Khas tersebut dan semua sedia maklum. TG Nik Abdul Aziz juga meninggalkan mesyuarat tersebut agak awal iaitu seawal jam 11:00 malam lebih kurang.

Kenapa TG Nik Abdul Aziz balik awal..? yang tu jadi tanda-tanya dan ramai yang tertanya-tanya. pada aku, tak ada apa-apa kepelikan kalau TG Nik Abdul Aziz meninggalkan mesyuarat penting sebegitu awal. tak kan korang tak tau TG Nik Abdul Aziz terpaksa pulang awal sebab kene bersiap untuk Sidang DUN Kelantan hari ni. jadi bagi aku, tak de isu.

Kita ikuti serba sedikit apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat Khas semalam.

1 – Hampir 75% dari 40 orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat semalam BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin iaitu DIGUGURKAN dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

2 – Persetujuan dibuat setelah para perwakilan MELIHAT SENDIRI bukti-bukti, visual dan rakaman rundingan dalam gelap antara beberapa pemimpin UMNO/Beer eNd dengan Dr Hasan Ali sendiri.

3 – Setiausaha Agong PAS, Mustafa Ali bersungguh-sungguh mempertahankan supaya tindakan pemecatan serta-merta Dr Hasan Ali tidak diambil dan alasan yang beliau berikan ialah PAS akan dipandang serong oleh lebih 70 wartawan yang sedang menunggu keputusan mesyuarat diluar Ibu Pejabat PAS – alasan paling tak munasabah pernah dilontarkan oleh “Setiausaha Agung PAS”.

4 – Mustafa Ali mencadangkan supaya suatu jawatankuasa disiplin yang dipengerusikan oleh AJK Pas Pusat Abu Bakar Chik dibentuk untuk menyiasat setiap dakwaan dan tuduhan yang telah dilemparkan kepada individu-individu terbabit padahal dalam mesyuarat khas semalam, berbagai bahan bukti telah dibawa untuk memperkukuhkan dakwaan-dakwaan tersebut dan bahan-bahan bukti tersebutlah yang membawa kepada persetujuan hampir 75% perwakilan supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan serta-merta.

5 – Cadangan Mustafa Ali supaya jawatankuasa disiplin dibentuk BUKAN KERANA MAHU MENCARI KEBENARAN sebaliknya bagi MEREDAKAN KETEGANGAN banyak pihak. ternyata Mustafa Ali tidak jujur sewaktu melontarkan idea tersebut.

6 – Berikutan dari cadangan itu, majoriti perwakilan yang hadir, bersetuju supaya Jawatankuasa tersebut dibentuk TETAPI HENDAKLAH dipengerusikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

7 – Mesyuarat Khas tersebut juga melantik AJK Pas Pusat, Hanipa Maidin bagi mengetuai 1 lagi Jawatankuasa Khas iaitu Jawatankuasa Siasatan dan misi Jawatankuasa Siasatan ialah – menyiasat siapa lagi pemimpin PAS yang berkonspirasi dengan UMNO dan bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

8 – Mustafa Ali, di luar mesyuarat telah meminta supaya Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk tidak memaklumkan pembentukan Jawatankuasa Siasatan itu kepada wartawan dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas tersebut dan akhirnya wartawan hanya diberitahu akan pembentukan Jawatankuasa Disiplin sahaja.Perisik Rakyat

Bersambung…


Responses

  1. Apakah tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kemelut UG lebih ringan daripada golongan pro syiah dulu? Tindakan yang dikenakan mencerminkan persepsi PAS terhadap taraf syiah dan UMNO di sisi PAS.

    • kapiag…..kapiag……….

      kapiag masa hang tulih ni……. kapiag tadak apa2 ka….
      tadak minum todi ka……
      tadak makan pil kuda ka…..

      sabik tulisan kapiag ni…… abang kelabu menyampah bertahap bapak anjing
      pancut ayag kencing kat tayag keta.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  2. apa kata kita pakat boikot mereka mereka ini, jangan hadiri sebarang perjumpaan atau ceramah yang bakal mereka adakan, dimana-mana jua.

  3. anon lu ni sudah tukar topik la…lu ada bukti ka mana-mana pemimpin pas ahli syiah

  4. Kepada Geng Perpaduan seperti Ustaz Nasa, Stopa Ali dan Hasan Ali,

    Berundurlah secara terhomat dengan meletak jawatan, ramai lagi tokoh lain yang lebih layak dari kamu…

    Orang ramai sudah sangat sukar untuk terus mempercayai kamu lagi…

    Berundurlah demi kebaikan PAS…

  5. quote”Hampir 75% dari 40 orang perwakilan yang menghadiri mesyuarat semalam BERSETUJU supaya Dr Hasan Ali dikenakan tindakan disiplin iaitu DIGUGURKAN dari jawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.”unquote.

    Hassan Ali memang tidak ada bakat.

    Satu ketika dalam debat perdana RTM tahun 2005.,bersama Dato’Sabree Chek (yg.klue air liur tur)masa tur belum Dato hanya MP.

    Dato Johan Jaafar pengerusi debat tanya.,pada Dato’Hassan Ali

    Apa kah undang undang di Malaysia ini tidak cukup selamat?

    Dato’Hassan jawap apa??

    Die cerita tentang kepayahan die masuk ke Sabah
    konon die di halang dgn berbagai karenah ole pihak Imigresen .

    Itu jawapan dari Tokoh PAS???????????

    Malu co.,saja.

    Bukan kah mudah kalau die jawap.,

    Selagi Undang Undang tidak mengikut Undang Islam(Alquraan),maka selagi itu lah ia tidak akan sampurna.

    Itu sepatutnya jawapan dari Tokoh politik yang membawa simbol Islam.atau PAS.

    Dari situ gua sudah nampak Dato Hassan Ali kurang bijak.,.dalam bab Politik.,dan gua tak heran die kalah di P.Buntar.

    Sebab kami jiran gua tak mau lah marah sangat kerana ia melangkaui konsep berjiran pula.

    So….gua marah sama die,tapi dalam hati sayang juga kalau die tak de dalam PAS.

    He!he!jagan mare Tok.!!!!!!

  6. Tuan,
    1. Apa yg PAS dapat dgn bersekongkol dgn DAP dan PKR…..dulu NEGARA ISLAM….kini….NEGARA KEBAJIKAN…

    2.Sepatunya pandai dibezakan antara ISLAM dan KAFIR dalam semua segi…

    3.Anapun hairan bagaimana enta mendakwa sgb PEJUANG ISLAM dlm kes HASAN ALI…gituke contohnya….

    4.Kalau gitu HASAn ALI mungkin Liabiliti pada PAS tapi sikap dan pendiriian enta adalah liabilti pada ISLAM…..

    kubang kerian,kelantan

  7. mana korang tau kalau hasan ngan nasa disingkir pas akan dapat sokongan semula? kajian mana korang pakai? ilmu matematik pak man telo ke

    diaorg 4 jam meting demi maasa depan parti .abis meting smua leh terima yg korang nak lebih2 ni nape? padahal malam tu bukan korang meting. tgh bertenggek atas bini agaknya

    nik aziz mmg la takleh dtg. dia sllu uzur. takleh tido lambat. pastu nak balik kelntan lagi ada sidang dun

    nik azizi pon kata kat tv dia puas hati. tp ntah la, korang ni rasa terlalu lah hebat berbanding nik aziz masih tak paus hati.

    kata sokong nik aziz, so nik aziz kata ok korang ikut la

    jgn jd bingai busuk hati tak habis2 nak zalim kat org. biar hasan dgn pas slngor hadap lmbaga disiplin dulu

    bila nak setel? sabo je dulu. bnda tu pon lom mula. apsal nak jd batu api sngt ni. umno bayar ke

    • setuju

  8. 118. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

    119. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah Yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu Dengan kamu mereka berkata: “Kami beriman”, tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): “Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu”. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) Yang ada di Dalam dada.

    120. kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka Yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.

    (Al-Imran: 118-120)

  9. Salam,

    Mmg benarlah ALLAH kata manusia tu bodoh lebih2 lagi pd. manusia yg terlebih
    ilmu terejun masuk ke lembah yg hina.
    Elok lah dlm gambaq tu semua pi masuk
    join umno.Tak pon buat satu lagi parti
    UMNO gak tapi lain bunyinya.Tok Jib mesti suka hang pa semua.
    “””united mongolian national org.”””””

    doklah aku ngan TGNA 2 org. pon x pa.

  10. Bersongkol dengan peliwat, macamana pula hukumnya? PASAI APA SAMPAI SEKARANG TAK MAU BERSUMPAH NIE? HERAN BIN AJAIB BETOILA…….

  11. LIwat??
    dulu takde bukti…
    sekalang takde bukti…

    dose besar tuduh org takde bukti….

    bertaubat sebelum ajalmu….

    Pilihan Raya ke-13 nanti untuk kekal kuasa
    BN akan buat rusuhan kaum……..
    Tunggu dan lihat..

  12. sudah sah,,,,nasarudin mat isa tidak akan bertanding lagi di kelantan pada pilihan raya ke 13 nanti. marah orang kelate susah di ubat, isu kerajaan perpaduan punca rakyar kelate marah. pas mesti meletakkan calon dari orang tempatan di MP bachok dan pasir mas…ganti maharaja lompat katak berahim ali,,,,tok guru nik aziz mesti tunduk pd rakyat kelantan,,baru parti pas jd gagah di bumi serambi mekah.

  13. http://go2.wordpress.com/?id=725X1342&site=pinkturtle2.wordpress.com&url=http%3A%2F%2Fpicasaweb.google.com%2Feffarania%2FBanner%235283728521444306866

  14. cik pa, sorang pun tak leh nak pecat, lemah betul !! nasya, hasan ali dan roslan sms tak leh buat onar lah kalu cik pa tak dok. tok guru hj hadi memang dari dulu kalu bab pentadbiran dia pakai ikut jer. aku memang tahu sangatlah. bukan ari ni aku ahli sokong pas. dulu tiap tiap jumaat pagi kalu nak jumpa aku kat rusila lah. alhamdulillah dapat juga aku belajar ugama dari tok guru. tok pa ker, hasan ali ker, nasya ker, roslan sms ker apa benda dia sumbang ilmu? dak lah…alih-alih nak kerjasama dengan UMNO. apa pasal tak bagitau awal-awal. senang aku tak payah lawan polis, kena gas pemedih mata. anak buah aku kena tembak. ada hok mati pun ada. nasya ni basa tak sedar diri, dah tau dia tu jadi timbalan, apasal tak setia pada parti? tak setia pada amanah ahli. orang tak main bisik-bisik ni. bukan kerja timbalan. Dato pa ni memang pun, dari dulu pakai melayu tu islam islam tu melayu. sebelum pas dia ni sosialis. letak jawatan lah. ambil mandat ahli. jangan ambil mandat jawatankuasa. jawatankuasa tok rok secetong dah. jangan nanti orang kata pas pembohong. tak reti dah nak beza antara pas dengan UMNO. aku kali ni kalu ada lagi three stooges tu, aku tak nak gi ngundi dah. nak pangkah parti apa?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: