Posted by: pinkturtle2 | Oktober 30, 2009

Aduan salahlaku Nasa oleh tulang besi!! Tindakan segera wajib diambil..

nasa

Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.- tulang besi

Timbalan Presiden Juga Mesti Dihadapkan Ke Jawantankuasa Disiplin PAS

Al Banjari telah mengesahkan perkataan-perkataan ini diungkapkan oleh Hasan Ali dan Nasaruddin semasa perjumpaan dalam Gelap dengan blogger2 UMNO. Perkataan2 tersebut adalah jelas satu penghinaan dan fitnah kepada PAS dan juga kepada beberapa orang kepimpinan PAS lebih-lebih lagi dihadapan blogger yang menjadi musuh tradisi PAS.

Perkataan2 yang disahkan oleh AlBanjari adalah:

Laporan beliau adalah:

a. Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah di
bincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam
perbincangan ini.
b.Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini.
Di ketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi
Pas.
c.Hussam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap
dalam politik Pas.

http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/bongkar-artikel-gomo-yang-dipertikaikan.html

Dan bukti rakaman sessi itu telah pun diserahkan oleh Al Banjari kepada KEtua JK Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man pada hari ini mengikut pengakuan Al Banjari sendiri.
http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/isu-pita-rakaman-berakhir.html

Ini bererti Timbalan Presiden PAS sendiri terlibat dalam aktiviti subversif untuk memfitnah pimpinan PAS dan juga berkempen untuk Kerajaan Perpaduan.

Dan bukti yang diberikan oleh Al Banjari itu sudah tentu cukup untuk memastikan tindakan disiplin dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS.

Saya sebagai ahli PAS dengan nombor Ahli 253812 dari Kawasan Lembah Pantai dan dengan Tarikh Daftar pada 09/09/1987 membuat laporan rasmi kepada JK Disiplin PAS Pusat bahawa Timbalan Presiden PAS harus dihadapkan dihadapan prosiding Jawatankuasa Disiplin atas tuduhan:

a. Memfitnah sesama pimpinan PAS
b. Melakukan aktiviti2 subversif yang berlawanan dengan keputusan Muktamar di Ipoh dan Shah Alam
c. Mendedahkan rahsia parti kepada blogger2 UMNO yang jelas musuh kepada PAS
d. Melakukan aktiviti yang merugikan Parti dan menguntungkan UMNO

Wallahualam

Tulang Besi


Responses

  1. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  2. Kalau PAS main politik suku sakat masalah dalaman akan berpanjangan, PAS akan hilang tumpuan untuk membina kekuatan.

    Dari mula lagi perlantikan Mustaffa Ali sebagai SU Agung salah. Beliau tidak diterima oleh rakyat Terengganu (sila PAS buat kajiselidik); jadi macam mana nak kendalikan yg lebih besar.

    Nasha. Hassan Ali dan Harun Taib pun satu geng dgn Mustaffa. Kalau Ustaz Hadi masih berpaksi kpd pandangan mereka maka PAS akan menjunam. Kalau tidak percaya tunggu PRU13.

  3. bila berjanji mungkir,
    bila bercakap menipu,

    menipu di bolehkan ?

    parti islam apa kalau geng ini masih kekal menunjukkan muka pada khalayak ramai ?

    sifat mahmudah dan mazmumah…………jelas sudah tidak di pakai oleh kebanyakkan pemimpin PAS…

    Keduniaan menghiasi hidup mereka akibat sangkaan bahawa mereka di terima oleh pengundi…………

    ilmu muamalah,mukasyafah………….tiada dalam kamus hidup……….

    Kehancuran menanti………..

  4. salam sumers………………

    brother nasha nih…. jenih pala bulat. kalu tak pakai ketayap bulih nampak macam kueh gomak.
    orang habah kalu pala lagu tu….. orang bijak.
    aku pun setuju. memang nasarugi ini bijak.
    tapi anugerah tuhan tu dia guna wat menipu ahli pas. akupun tertipu jugak taaaaaaaaaau….

    masa perimpunan agung dia kata masalah ug dah selesai……. jadi semua pewakilan amek dia jadi
    timbalan presiden, sabik dia seorang yang bijak.

    bila dah kompom jadi tim. presiden, penyakit ug tu datang bailk. angan2 nak jadi timbalan perdana menteri II tu membuak2.

    ug nih macam taik la. anjing kalu dah besa makan
    taik……… ketagih….fuhhhhhhh …dok ingat kat taik saja. takleh wat kija lein. kalu tak makan pun, tentu dia hidu.

    he he he
    abang kelabu bergurau sambil nasihat.

  5. haluuuuuuuuuuuuuuuu

    Suara hati aku kuat mengatakan, seandainya pemikir dan pemimpin UG ini bertanding di Kaw. Pilihanraya aku ke 13 nanti, aku tidak sesekali akan menyokong dan mengundi calon seperti ini.

    Pada aku mengundi depa ini semua lebih teruk daripada mengundi BN. Undi BN sudah jelas meletakan negara pada keadaan yang paling tidak stabil dari segi akidah dan siasah pemerintahan, tetapi bilamana mengundi mangkuk hayun ini akan terus menghancurkan HARAPAN insan yang cintakan ISLAM. Undi mereka sama seperti mengundi BN jugak.

    Menjelang pilihanraya ke 13 nanti, marilah kita sama-sama menjatuhkan hukuman kepada mangkuk hayun ini. Biaq sedar sikit ……ko tu dilantik oleh aku!!!!!!!

  6. memang saya setuju dengan pandangan rakyat biasa tu.

    lagipun mustafa ali tu ada banyak isu, antaranya perihal beliau kalah dalam kes saman malunya terhadap akhbar utusan, nst dan mingguan perdana dulu. bila dah kalah mesti beliau kena bayar kos kan? jadi isu ini antara yang akan membuatkan beliau mempunyai kepentingan peribadi dalam politik UG ni.

    walahualam.

  7. Salam,

    Buang ketayap pakai songkok.
    Buang jubah pakai coat.
    Baghu ada gaya & style
    Shake hand ngan Tok Jib.
    We are 1 M’sian….
    Baguih la hang Nasa & the geng.

  8. awat la jadi lagu tu

    gila kuasa ni satu penyakit
    nampak orang semua tak kena
    depa ni dah jadi pelesit
    depa ada mata di mana-mana

    kalu nak kuasa usaha sendiri
    jgn pejatuh org ikut suka hati
    nabi tak ajaq cara macam ni
    hampa memang nak cari mati

    ingatkan nak menang sekali lagi
    harapkan pilihanraya nanti
    rasa-rasa ada chan ka lagi
    kalu perangai gila macam ni

    Nabi pesan suruh hormat pemimpin
    kalu tak kena wajib ditegur
    jangan salah pilih pemimpin
    agama dan negara boleh hancur

    Khalifah arrasyidin patut dicontohi
    mereka semua sahabat nabi
    rasa-rasa hampa ada ka pemimpin macam ni
    dalam negara yang kita cintai

  9. kah..kah…kah….Ingatkan pakai ketayap, sembahyang tak tinggal, parti islam….sifatnya mulia, rupa-rupanya haru biru juga pak-pak lebai nie…….semuanya kerana kuasa dan harta……benarlah kata orang….sekuat iman seseorang itu terlondeh juga kainnya jika perempuan cantik didepannya……. baru ku tahu siapa kamu semuanya sebenarnya.

    • itu kalu pak lebai umnojambantaik, setan pakai tonceng oooooiiii.

  10. TGHH, Ust Nasha, Mustafa Ali dan Hassan Ali adalah mangsa kegagalan idea kerajaan UG yang direncanakan oleh mereka sendiri.
    Rencana memilih dan mnempatkan individu yang menyokong kerajaan UG ini semasa muktamar Pas di Shah Alam ini juga adalah hasil dari susunatur dari kumpulan ini.
    Kita percaya rencana membentuk kerajaan UG ini digagalkan oleh Najib yang disokong oleh Mahathir dengan mengenakan tekanan kepada Paklah supaya segera berundur.

    Anwar telah gagal memujuk Paklah yang datang menemuinya disebuah perkampungan di Ulu Langat yang untuk menyampaikan satu ayat yang beliau tidak upaya lagi untuk mempertahan jawatan PM sementara menunggu usaha kerjaan UG yang direncanakan itu menjadi kenyataan. Kita percaya ada ugutan ugutan lain yang menyebabkan Paklah yang sinonim Mr. Clean ini terpaksa berundur

    Ditakdirkan sekiranya rencana kerajaan UG ini berjaya. Paklah kekal menjadi Perdana Menteri dan TGHH menjadi TPM dan beberapa orang kepimpinan Pas menjadi menteri kanan. Landscap politik negara akan turut berubah. Dan bukan mustahil Paklah akan melepaskan jawatan ini kepada Anwar. Permusuhan Paklah dengan Mahathir lebih bersifat peribadi dibandingkan dengan Anwar hanya bersifat politik.

    Kesilapan TGHH kerana telah mengenepikan TGNA semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin seperti yang didakwa oleh Hassan Ali Pas pada 9 Mac 2008 di Kota Bharu
    Kita percaya sebab TGHH tidak memaklumkan idea kerajaan UG ini beliau bimbang idea ini akan ditentang oleh TGNA yang telah mendapat pengajaran semasa UMNO menyingkir Pas dari kerajaan BN pada tahun 1970 dahulu.

    Kesilapan lain kerana penasihat kerajaan UG ini bukan dari mereka yang mendapat kepercayaan dan sokongan dari TGNA. Tambah tambah lagi penasihat itu ialah Mustafa Ali yang tindak tanduk dan kenyataannya seperti mewakili lidah Umno.

    Kesan dari kegagalan kerajaan UG ini tetap akan berpanjangan selagi Timbalan Presiden Pas dan Pesuruhjaya Pas Selangor yang terkait dengan Mustafa Ali dan dituduh kumpulan perancang kerajaan UG masih kekal dalam jawatan samada dipilih atau dilantik.

    Untuk memulih sedikit kepercayaan kepada Pas, suka atau tidak suka samada mereka ini kambing hitam atau putih, mereka ini terpaksa disingkir atau bersedia melepaskan jawatan.

    Dalam berpolitik secara berjamaah jika tindakan dibuat tersalah rencana, pastinya diri menjadi korban dan jari2 telunjuk menuding badan.

    Anda disaran berkorban jika sayangkan jamaah dan parti.

  11. tahniah buat parti pas kerana sudah berjaya menetaskan 2-3 ekor pemimpin yang mula kejar benda spt jawatan menteri,sehingga sanggup nak bergabung balik dgn parti yang hina sunnah nabi,hina hukum hudud,pecat mufti selangor(arwah ishak baharum)…murahnya sebuah perjuangan,,,,

  12. Kepimpinan PAS kian menyusut bila tiga empat kerat pemimpin? tu mula berangan luar biasa……ada yang nak jadi MB, ada yg perasan nak jadi menteri dan ada yang nak jadi, jadi…….. tapi tak jadi jadi…….kata omputeh “If we can not beat them….we better join them” agaknya pasai tu lah idea UG ni mau sangat depa perangat kot kot ada peluang……..kit kasi puak-puak ni lingkup bila PRU 13 nanti…….kata tulang besi ……elok laa diambil tindakan disiplin kat NASHA tu pasi dah langgar peraturan parti

  13. http://ntvirus.wordpress.com/2009/10/31/18-bulan-pakatan-tadbir-p-pinang-dengan-jayanya/

  14. Dalam Sinar Harian Harian hari ni,
    Ketua Dewan Ulama PAS Pusat ,Datuk Harun Taib berkata,Dr Asri (bekas mufti Perlis)layak dan dialu-alukan dan dijemput untuk menyertai PAS.
    Sebenarnya MAZA ni,dengan PAs,PKR dan UMNO semuanya dia tak minat,,dia ada agenda tersendiri yang hanya beberpa orang saja dapat menghidunya,,
    Kenyataan beliau selalunya lebih banyak mengelirukan dan memecahbelahkan dari memberikan penyelesaian,,

  15. biasalah dalam islam dari dulu ramai orang2 munafik.munafik hanya ada dalam islam…

    tanda2 orang munafik ialah, 3 sebagai disebut oleh Rasulluallah , 1) bila berbicara dia berbohong, 2) bila diberi amanah dia khianat 3) bila berjanji dia mungkir…sama2 le kita tengok siapa diantara mereka ini ada sifat2 tersebut. pada 4 ekor tertuduh ni, ukur diri sendiri….

    teringat dimasa Nabi sedang memberi khutbah jumaat, ALLAH memberitahu baginda terdapat orang munafik dikalangan ahli jemaah dan nabi menyebut seramai 36 orang dan dihalau keluar dari masjid…..

    wahai umat islam ingatlah diakhir zaman..kita tidak ada masa lagi untuk ini semua…jangan fikirkan kepentingan diri sendiri fikirlah masa hadapan yg lebih panjang….

  16. memang mcm umno ler.. manusia same je.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: