Posted by: pinkturtle2 | Oktober 30, 2009

Nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan Mursyidul Am PAS

 

Hasrat Operasi Pembersihan Tidak Kesampaian

Jelas kini , hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai ; mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.

Hasrat TGNA supaya diadakan satu Muktamar Khas gagal ditunaikan. Sebelum ini Pada jun 20, 2009, Ust Ahmad Awang juga minta diadakan satu ‘Muktamar Khas’ melalui blognya yang saya salin di sini:

“maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.”

Begitu juga Datuk Harun Taib ,pernah turut menggesa supaya diadakan Muktamar Khas di sini

Kali ini, TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali.Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah diselamatkan pula oleh Tuan Guru Presiden.

Nampaknya PAS terlalu phobia untuk mengadakan Muktamar Khas setelah sekelian kali gesaan dibuat oleh pemimpin kanan parti itu sendiri. Kenapa ? PAS dilihat lebih suka menyapu sampah sampah kebawah tikar. Maka PAS akan berterusan dengan sindrom ‘ghok-ghak’ nya sepertimana kata TGNA :

“Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,”

Tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari.

PAS gagal untuk bertindak wajar dalam menghadapi isu tersebut.Percayalah; isu tiga orang yang perlu diambil tindakan itu tidak akan tamat begitu sahaja.Yang pastinya, tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya daripada anasir-anasir sepertimana yang disebut sebagai Fraksi Umno atau “boneka Umno” dalam PAS.

PAS harus berani menyambut gesaan TGNA yang mahukan Muktamar khas diadakan.Ini adalah penting supaya persepsi orang ramai terhadap PAS dapat dipulihkan semula.

“ Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas,” Kata TGNA

Sebelum TGNA menggesa supaya tindakan diambil keatas tiga orang itu, jangan lupa TGNA pernah menyatakan bahawa :

“ Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno.

Kelangsungan PAS hari ini adalah semata-mata atas adanya pemimpin seperti TGNA dan beberapa yang lain.Jika tidak berlaku perubahan yang drastik sebagaiman gesaan TGNA, adalah dikhuatirkan PAS akan kembali semula klepada statusnya di tahun 2003 lalu.
TGNA telah melaksanakan tanggung jawabnya dengan berkata :

“Jika ramai yang tak setuju Muktamar Agung Khas (EGM) tak apa… saya keluarkan fikiran saya, kalau setuju, Alhamdulillah,” jelas Nik Aziz.

Terpulanglah kepada Ahli jawatan kuasa Pusat untuk mengambil tindakan berani sebagaimana yang diperuntukan kepada mereka : Permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

http://alhusseyn51.blogspot.com


Responses

  1. Usaha membawa PAS ke dalam BN sudah bermula dan sedang berjalan dengan rancak.

    • salam Anon.

      “membawa PAS ke dalam BN” adalah sesuatu yang tak munkin berlaku walaupun ada kumpulan 2 3 orang yang teringin sangat nak masuk. Yang akan masuk tu cuma depa saja la, “not the grass root”.

    • hang masa hang tulih ni……. hang tadak apa2 ka….
      tadak minum todi ka……
      tadak makan pil kuda ka…..

      sabik tulisan hang ni…… abang kelabu menyampah bertahap bapak anjing
      pancut ayag kencing kat tayag keta.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  2. aku dah agak, Nik Aziz is not relevent to PAS anymore.

  3. Tapi kalau bawa PAS masuk DAP sudah pun berlaku

    • sepatutnya kapiag mai berhujah…….
      UMNO PARTI YANG BERJUANGKAN HUKUM ALLAH.
      bukan mai bak mende yang bukan2.

      lawan hujah aku. hang kalu aku habag umno tu kapiag …hang tak caya.
      kapiag bulih bukak kitab MUSTIKA HADIS JILID 1, muka surat 415 dan 416.
      di situ hkapiag bulih jumpa apa yang aku dok kata tu. hang takleh tak caya.MUSTIKA HADIS tu di keluagkan oleh JABATAN PERDANA MENTERI dan ditandatangani oleh mahathig sendiri.

      kapiag…….
      aku bukan per…… takut sesat hang tu bertahap rasul melayu saja.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  4. Mari kita lihat barangkali adakah ini sebenarnya yang berlaku dalam Pas ini.

    Segalaya bermula selepas PRU 12 pada 8 Mac yang lalu, segalanya bermula apabila parti2 Barisan Rakyat yang terkejut besar setelah keputusan PRU itu, BR telah berjaya membentuk kerajaan di lima buah negeri dan Wilayah persekutuan. Semasa kemenangan parti2 pembangkang boleh membentuk kerajaan dinegeri2 yang disebutkan ini perjanjian Pakatan Rakyat belum dimetrai oleh TGHH, Anwar Ibrahim dan Lim kit siang membentuk kerjaan bersama.

    Sahari selepas keputusan PRU dimaklumi pada 9 Mac, sejumlah beberapa orang kepimpinan Pas telah mengadakan pertemuan di Kota Bharu diketuai oleh TGHH bagi membincangkan kerusi2 yang dimenangi oleh Pas tidak mengatasi kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR miskipun Pas boleh membentuk kerajaan di Kelantan dan Kedah.
    Yang jelasnya DAP telah berjaya membentuk dua kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak, sementara PKR parti yang terlalu baru telah berjaya membentuk kerajaan di negeri Selangor.

    Walaupun dinegeri yang masih dikuasai oleh Umno, DAP masih berupaya meletakkan wakilnya di Dun negeri2 tersebut. sementara itu kerusi di Parlimen DAP dan PKR mengatasi Pas.

    Biarpun BR menang, Pas dilanda kesugulan kerana Pas terasa kecil dengan jumlah kerusi Dun dan Parlimen yang dimiliki Pas tidak dapat menjadi parti dominan didalam BR meskipun selepas itu wakil Pas dipilih oleh BR mengetuai kerajaan negeri Perak.

    Resolusi perbincangan Pas pad 9 Mac di Kota Bharu itu, beberapa orang pimpinan Pas telah diutuskan menemui kepimpinan Umno dinegeri2 yang dimenangi BR dan negeri2 lain bagi satu perundingan bagi menubuhkan “Unity Goevernment” yang sememangnya sangat diharapkan oleh kepimpinan Umno diperingkat negeri dan di pusat. Bahkan ada pimpinan Umno telah bertemu dengan pimpinan Pas negeri bagi memujuk Mursyidul Am Pas yang tidak dijemput dan dimaklumi pada pertemuan 9 Mac di Kota Bharu itu. Malangnya TGNA telah menolak idea tersebut. Dan akhirnya satu persetujuan lain telah dibuat iaitu memeterai kerjasama Persepakatan menubuh dan mentadbir negeri2 yang dimenangi oleh pembangkang.

    TGHH dan penasihat UG dengan hasrat yang kecewa masih mengharap perundingan UG ini akan diteruskan walaupun telah diputuskan oleh muktamar Pas Ipoh.
    Kita berpandangan yg mengatakan hasrat ini masih diteruskan apabila sidang muktamar yang akan diadakan di Shah Alam, pabila tiupan nafiri kepimpinan ulamak ditiup setiap hari dan masa siap dengan majlis taklimat Dewan ulamak yang didakan di pusat Tarbiah Taman melewar yang sebelum ini tidak pernah diadakan.

    Tiupan nafiri ini berkesan kerana selepas muktamar orang2 yang diprogramkan menyokong presiden telah menang dan presiden semasa ucapan penangguhan telah menimbulkan semula kerajaan UG diikuti oleh perlantikan Datuk Mustafa Ali dan telah lengkaplah pejuang2 kerajaan UG.

    TGHH sebenarnya juga telah dirangsang oleh mantan PM Datuk Abdullah untuk bersetuju berkerjasama membentuk UG dengan alasan mempertahankan kuasa melayu dan berjanji kononnya untuk mendaulatkan kerajaan islam yang diperjuangkan oleh Pas.
    Apatah lagi TGHH yang merasa terkilan diatas keyakinannya semasa mengadakan perundingan pembahagian kerusi dengan PKR bagi menghadapai PRU 12 itu, TGHH memilih Dun yang dikira selamat untuk calon Pas bertanding biarpun Pas tidak perlu meletakan ramai calon dinegeri yang dikuasai oleh BN dimana peratus pengundi kaum lain melebihi pengundi melayu.
    Sementara itu Penasihat Parti Keadilan berpendirian semua kerusi BN akan dicabar oleh pembangkang satu lawan satu biarpun PKR tidak punya calon yang berkualiti cuma diatas dasar “Lawan tetap lawan”.

    TGHH terkedu Anwar juga terkedu apabila keputusan PRU diumumkan ada calon tangkap muat PKR boleh menang dikubu BN sementara calon Pas yang berkualiti ramai yang tumpas.

    Perasaan ralat inilah yang membawa TGHH bimbang seperti apa yang diharapkan cita2 Pas untuk memerintah Malaysia dan menegakan negara Islam pada suatu hari nanti menjadi bertambah jauh jaraknya apabila melihat bukan mustahil DAP akan menguasai parlimen satu hari nanti, dan inilah ayat2 yang didendangkan oleh Umno bagi membolak balikan hati TGHH.

    Dalam benak dan minda TGHH dan kepimpinan Pas yang sekepala dengannya mengambil “Tahalluf Siyasi” bekerjasama dengan Umno yang dikira penganut Islam dan akan menempiaskan jawatan Timbalan perdana menteri dan menteri kanan apabila kerajaan UG dibentuk seperti yang dijanjikan oleh Datuk Abdullah membuat TGHH diletakan dalam delema untuk menghdapi TGNA yang tidak mahu dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama.

    Sementara itu Datuk Najib timbalan perdana menteri naib presiden dan menteri kanan yang mendapat maklum idea UG bersama PM ini juga diserang gelisah, takut peluang hanya setingkat lagi kepuncak kuasa telah memainkan isu kelemahan PM Datuk Abdullah ketahap lembab dan lunyai dan membuat tekanan demi tekanan supaya meletakan jawatan lebih awal seperti apa yang konon dijadualkan. Sebenarnya Mahathir dan Najiblah yang menghalang rencana Datuk Abdullah yang bersedia untuk menubuhkan kerajaan UG ini, kerana sekiranya terjadi Mahathir dan Najib terpaksa berhadapan dengan ketelusan kerajaan baru yang pastinya akan menggugat penyelewengan harta negara dan salah guna kuasa semasa kerajaan Mahathir mengurus negara. Selamatnya mereka ini apabila akhirnya Datuk Abdullah yang tidak tahan dengan tekanan oleh beberapa orang menteri kabinetnya tealah bersetuju melepaskan jawatan pada bulan Mac 2009 yang lalu.

    Perlepasan jawatan oleh Datuk Abdullah itu juga telah membantut usaha bagi menubuhkan kerajaan UG seperti apa yang dirancangkan yang dijangka akan berlaku pada 16 September seperti apa yang diwarwarkan oleh Anwar yang juga seorang arkitek perundingnya.
    Mahathir dapat menghidu perancangan itu.

    Wallahua’lam.

  5. come la …pas septutnya kena tgk apa yg tak kena dalam partinya..wat EGM ..tgk mcm PKR buat! jgn takut pada 2-3 kerat org yg kononya mendpt sokongan dari grassroot..dont worry rakyat takkan pilih parti lain kalau parti yg ada sekrg bersih,jujur ,ikhlas berjuang kerana rakyat bukan kerana poket atau perut sendiri..EGM PLZ!

  6. Assalamualaikumn kepada semua ahli PAS yang setia….

    MULAI HARI INI, kita BOIKOT semya perjumpaan atau aktiviti yang akan dikendalikan atau dihadiri oleh Hassan Ali, Mustafa Ali dan Haji Hadi atau mana-mana pihak yang bersekongkol dengannya.

    Ini adalah untuk memberi “pengajaran” kepada mereka bahawa ahli-ahli tidak “bersetuju” dan “tidak menyukai” mereka dan tindakan mereka yang telah “merugikan” PAS dan Pakatan Rakyat yang telah mula mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.

    Hanya itu saja cara yang dapat kita lakukan, tak guna kita bising-bising atau memaki hamun mereka kerna cara itu tidak memberi bekas atau kesan. Hanya dengan cara “memboikot” mereka saja dapat memberi kesedaran….

    • Halo lu E-mel.

      Sebab lu sama kita.
      Kita pun lu sama lu.

      Jangan marah ye.
      Lain kali jangan lu kan orang,
      Jangan kadang2 salam, kadang2 halo.
      Sudahlah taraknama.

      Seranan lu orang tak terima.
      Kerana lu taraknama.
      Tarak kredibiliti.

      Sekadaq lu kena ada nama.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: