Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2009

PAS juga mempunyai beberapa anasir-anasir perosak yang berbahaya di dalamnya

P1070348

Yang menjadikan PAS bermasalah ialah dua tiga kerat anasir-anasir perosak di dalamnya. Mereka inilah yang membuatkan orang mula mencurigai dan kurang menyanyangi PAS terutama golongan non-muslim. Yang di atas pagar pula, mula berfikir dua kali. Sokong atau tak sokong??Apakah kita hendak membiarkan keadaan ini berlarutan? Apakah kita nak membiarkan anasir-anasir perosak ini terus mereputkan PAS dan menghodohkan imejnya?? Kerana sayangkan PASlah, kita mahu dua tiga kerat ini disingkirkan. Jangan biarkan mereka terus bertindak sewenang-wenangnya dan akhirnya kita rugi, kita terkecewa dan kita terluka seperti yang berlaku pada 2004, dalam PRU11.

Seperti juga PKR, PAS juga mempunyai beberapa anasir-anasir perosak yang berbahaya di dalamnya

Semalam, aku luahkan perasaan tentang sikap dan tindak tanduk Hassan Ali yang aku kira banyak men’tarnish’kan imej PAS dan men’jeorpadize’kan peluang PAS/Pakatan Rakyat untuk terus mara bagi merampas Putrajaya. Tak kira ler dalam PRU 13 ke, bila ke… itu aku tak kisah, janji… regim UBN dapat ditumbangkan.

Banyak kali dah aku bagi tahu, aku ni tak berparti tapi aku menyokong mana-mana parti yang nak tumbangkan UBN. Selalu juga aku kata, aku sayangkan PAS, aku PKR-friendly dan aku hormati DAP. Aku mahu Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP mantap untuk ada kekuatan bagi menerajangkan UBN dari tampuk pemerintahan negara Satu Malaysia.

Mengapa?? Sebab, aku dah getik dan meluat dengan UBN terutamanya UMNO. Mereka ini racists dan gilakan kuasa serta kekayaan dunia. Mereka mahu dapatkan kuasa supaya boleh bermaharajalela untuk berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu serakah mereka.

Mereka mengaut kekayaaan dunia dengan cara merompak harta rakyat dan negara, rasuah, tipu daya, pembohongan, manipulasi dan lagi dan lagi dan lagi…..

Sebab itu, rakyat mesti dibodohkan dan mereka wajib pastikan, rakyat terus kekal banggang. Dulu, kini dan selama-lamanya banggang!!! Selagi rakyat terus bodoh dan banggang, lebih mudahlah kerja mereka menjahanamkan negara.

Bagaimana Melayu dibodohkan?? Dengan memainkan sentimen Melayu. Ya, kepentingan Melayu mesti dipertahankan. Status quo penguasaan politik Melayu di Malaysia mesti dipertahankan. Hanya UMNO yang dapat menjamin survival bangsa Melayu. Pooooraaahhh!!!

Species UMNO ini sanggup lakukan apa saja demi mengekalkan kuasa mereka termasuk menfitnah, menipu, khianat… tak kira terhadap kawan atau lawan. Begitulah jijiknya kelaku species ini. Semua ini akan dilakukan, kononnya demi bangsa dan agama. Hipokrit betul puak-puak ini.

Eeeeiii…. nak termuntah aku!! Wheeekkk…!!

Bagi rakyat yang celik minda dan celik mata, semua propaganda UMNO ini berada dalam kocek mereka. Usah nak temberanglah!! Kepincangan demi kepincangan yang UMNO lakukan ke atas pelbagai aspek pentadbiran negara serta pengkhianatan demi pengkhianatan yang dilakaukan terhadap bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain, telah menyedarkan kita, betapa perlunya UMNO/BN ditalkinkan supaya perubahan dapat dilakukan ke atas sistem pemerintahan yang sudah lunyai dikerjakanUMNO/BN, selama 52 tahun mereka memerintah negara.

Cahaya ke arah itu, sudah mula kelihatan apabila Pakatan Rakyat dibentuk. Pada siapa lagi kita nak sandarkan harapan. What choice do we have other than Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh PAS/PKR/DAP. Sebab itu, rakyat telah memberi sepenuh kepercayaan dan amanah kepada Pakatan Rakyat dalam PRU 12 yang lalu. Gelombang kebangkitan rakyat yang diibaratkan tsunami politik ini, telah menggegarkan status quo UMNO/BN di seluruh Semenanjung Malaysia, malah, di 5 buah negeri, status quo UMNO/BN berjaya dirobohkan.

Ini berjaya kita lakukan kerana sokongan rakyat pelbagai kaum, yang telah menghasilkan gelombang atau tsunami ini. United we stand and we stand strong. Kesepakatan ini mesti dikekalkan… tak boleh tidak, jika kita mahu gelombang kebangkitan ini terus kekal bagi menghasilkan tsunami yang lebih hebat pada PRU 13 nanti.

Malangnya, ada malaun-malaun dari dalam Pakatan Rakyat sendiri, yang bertindak menganggu-gugat keharmonian, kesepaduan dan kesepakatan yang sudah terjalin dengan meyiutkan api dari dalam dan mengkhinati amanah yang diberikan oleh rakyat.

Mereka yang menjadi katak, memang lahanat tetapi sekurang-kurangnya… melompat keluarnya mereka daripada parti masing-masing ada hikmahnya. Ada baik juga mereka berambus kerana kita tak perlu mereka yang tiada prinsip dalam perjuangan. Kita mahukan mereka yang istiqamah dan bersemangat kental. Bagi kita, katak-katak ini tidak ada nilai what so ever. Kita tak rugi apa-apa pun. Jahanam pi la komer!!!

Senario yang berlaku dalam PKR ini, memang satu proses pembersihan parti. Lagi ramai yang tak berprinsip keluar, lagi bagus. Biarkan haprak-haprak ini masuk ke dalam parti tong taik. Parti tong taik semakin dipenuhi dengan taik, sedangkan kita, menjadi semakin bersih. Eeerrrmmm… harum seantero dunia!!! InsyaAllah, ramai yang suka dan akan sokong kita.

Memang… pada mata kasar, kita nampak goyah tetapi kepergian mereka sebenarnya menguatkan kita dalam jangka masa panjang. Jangan bimbang dan jangan gusar. PKR akan tetap utuh!! Ada lagi yang nak keluar?? Silakan… silakan… aha, dipersilakan dengan segala hormatnya.

So, sebelum aku terlupa… selamat jalan diucapkan kepada Jamaluddin, Osman dan yang terkini Badrul Hisham. Tahniah dan alhamdulillah… kerana masa depa politik kamu sudah kaput!! Yaaahooo…. inilah yang dikatakan mati sebelum ajalnya!!!

Proses pembersihan dalam PKR sedang dan akan terus berlaku. Bagaimana dengan PAS? Seperti juga PKR, PAS juga mempunyai beberapa anasir-anasir perosak yang berbahaya di dalamnya. Berbahaya bukan saja kepada survival politik PAS tetapi juga Pakatan Rakyat. PAS sebagai sebuah entiti politik tetap disayangi ramai. Yang menjadikan PAS bermasalah ialah dua tiga kerat anasir-anasir perosak di dalamnya. Mereka inilah yang membuatkan orang mula mencurigai dan kurang menyanyangi PAS terutama golongan non-muslim. Yang di atas pagar pula, mula berfikir dua kali. Sokong atau tak sokong??

Apakah kita hendak membiarkan keadaan ini berlarutan? Apakah kita nak membiarkan anasir-anasir perosak ini terus mereputkan PAS dan menghodohkan imejnya?? Kerana sayangkan PASlah, kita mahu dua tiga kerat ini disingkirkan. Jangan biarkan mereka terus bertindak sewenang-wenangnya dan akhirnya kita rugi, kita terkecewa dan kita terluka seperti yang berlaku pada 2004, dalam PRU11.

Jangan biarkan sejarah hitam ini berulang. Belajarlah dari sejarah kerana sejarah tidak pernah menipu kita. Sejarah mengajar kita. Jadi, ambil iktibar daripada sejarah dan jangan ulangi kejahilan dan kesilapan yang telah kita lakukan pada 2004. Kita mesti belajar daripada kesilapan, bukan mengulangi kesilapan itu. Kalau kita ulangi….. maka jadilah kita golongan yang bingai dan bodoh!!!

Kita sudah ada kesempatan, kita sudah ada harapan, kita sudah ada peluang yang baik… jadi mengapa perlu kita persiakan?? Mengapa kita nak biarkan si gunting dalam lipatan, memusnahkan harapan dan peluang kita untuk melakukan perubahan bagi membentuk sebuah negara yang lebih harmony, adil, sejahtera dan dirahmati Allah SWT.

Oleh itu, jangan marah-marah tetapi pikir-pikirkanlah….

M3M

http://perakexpress.com


Responses

  1. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • hang ni jenih tak gheti basa
      kalu nak menega pi kat blog lain la.

      menyampah aku tengok perniagaan hang ni ……..bertahap tengok
      anjing pancut kencing kat tayag keta. nak kaya pi kija lain…..
      jangan nak tipu kita pulak……. tak baik nooooooo.

  2. hahahahaha …UMNO tu ketuanan melayu …org melayu menganggap melayu itu UMNO ..UMNO itu melayu klu tak de UMNO org melayu akan hilang didunia itu lah ceteknye pemikiran org melayu padahal UMNO itu cuma sebuah pertubuhan dan wadah perjuangan yg diurus takbir oleh segelintir melayu yg gila kuasa dan kronisme sampai bila bila pun org melayu ditakok lama jugak Pemimpin UMNO dah tentu kaya raya kita menyokong bagai nak rak las las dia yg kaya ini lah dasar UMNO yg memperjuangkan melayu. sudahnye org melayu jugak yg kene kelentong.

  3. kalau kita perform, bagus, pandai buat kerja dan adil…,tak ada sebab orang lain nak rosak dan kacau….itu semua alasan menutup kelemahan sendiri….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: