Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2009

KHUSUS BUAT GOLONGAN YANG BOLEH BERFIKIR SAHAJA..

P1070348

Sama saja dengan Jawankuasa Disiplin umno…., hampeh la jawapannya kerana mereka ini amat yakin dengan teori Melayu Mudah Lupa dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Dan parasit-parasit ini akan bebas berkeliaran dalam parti sambil mengembang biak kan sokongan terhadap mereka, sehingga mencapai matlamat untuk tidur sebantal dengan umno, atas penjualan nama melayu dan islam.

Kempen Desakan EGM – PAS

Amaran: KHUSUS BUAT GOLONGAN YANG BOLEH BERFIKIR SAHAJA. Yang sudah tertelan pil wala…. di nasihatkan jangan baca.

Dalam pada berbual dengan kawan-kawan PAS petang tadi, apa yang aku dapati ramai yang tidak berpuashati dengan perkembangan terkini Parti Islam SeMalaysia.

PAS sudah tidak seperti dulu lagi, ramai yang membantah isu UG dan melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap beberapa pemimpin seperti Hadi, Nasha, Hasan, Mustapa Ali dan ramai lagi yang bersekongkol dalam jubah UG.

Yang paling mereka menyampah adalah Mustapa Ali dan Nasarudin Mat Isa. Dari rentetan isu UG sehingga keputusan Mesyuarat Khas PAS dua hari lalu, masing-masing masih tidak dapat menerima keputusan dari Presiden Pas supaya di adakan Jawatan Kuasa Disiplin untuk menyiasat Hasan Ali.

Yang peliknya bagaimana pula dengan Nasarudin dan Mustapa, hatta Presiden sendiri..? Bukankah mereka-mereka ini yang ghairah terlampau untuk bersekongkol dengan UBN.

Dengan bukti dari rentetan peristiwa dan komen orang ramai tentang individu terbabit, Tuan Presiden yang lurus bendul, malahan Mustapa Ali yang terlebih sudu dari kuah pula cuba mempertahankan kawan yang sama-sama memegang kad keahlian umno. Jadi apakah hasil jawapan yang bakal kita dapat dari Jawatankuasa Disiplin nanti?

Sama saja dengan Jawankuasa Disiplin umno…., hampeh la jawapannya kerana mereka ini amat yakin dengan teori Melayu Mudah Lupa dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Dan parasit-parasit ini akan bebas berkeliaran dalam parti sambil mengembang biak kan sokongan terhadap mereka, sehingga mencapai matlamat untuk tidur sebantal dengan umno, atas penjualan nama melayu dan islam.

Aku pun dah malas nak mempertikaikan perihal isu ini, cukuplah sejak beberapa hari ini aku memaki hamun individu yang dikatakan sebagai ulama/ostad sebagai keldai bawa kitab panjang berjela tapi mempunyai otak singkat dan bakal menjahamkan PAS demi nafsu serakah duniawi mereka sehingga sanggup membelakangi kepercayaan pengundi/penyokong mereka dalam daulah menegakkan negara Islam.

Dari perbualan petang tadi ramai yang berpendapat supaya di adakan kempen bagi mendesak supaya di adakan EGM – PAS seberapa segera demi untuk menyelamatkan PAS dari pemimpin-pemimpin yang memegang kad keahlian umno dalam PAS.

Ada yang mencadangkan supaya menghubungi dan mewar-warkan kepada semua penyokong/ahli PAS seluruh negeri supaya mengusulkan kepada PAS kawasan masing-masing bagi mendesak EGM. Jikalau boleh mengumpulkan 56 kawasan, maka tidak dapat tidak EGM wajib di adakan.

Hasil dari EGM tersebut, maka kita akan patuh dan berharap semoga segala kemelut yang melanda sehingga hari ini dapat diselesaikan, dan membuat halatuju persiapan untuk menumbangkan UBN dalam PRU-13 nanti.

Terpulang kepada semua sahabat seperjuangan, samada hendak membuat perubahan dalam Parti atau merelakan keldai-keldai pembawa kitab ini bermaharajalela atas nama jawatan mereka dalam parti.

Harus di ingat kedudukan mereka dalam saf kepimpinan bukanlah tiket untuk mereka mengabaikan kepercayaan pengundi dan penyokong mereka.

Dan harus di ingat juga, pencapaian mereka adalah kerana orang bawahan seperti kita, kerana kita mereka berada di atas dan kerana kita juga mereka boleh jatuh terduduk terjelepok….

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc


Responses

  1. Apapun masalah dalaman PAKATAN harus lah diselasaikan dengan baik sebab tujuan kita adalah mesti manang pada pilihan raya ke 13 nanti.

  2. Mengumpul sokongan untuk EGM tidak akan berhasil apabila ramai AJK yang masih belum faham tentang konsep wala’

    • hang masa hang tulih ni……. hang tadak apa2 ka….
      tadak minum todi ka……
      tadak makan pil kuda ka…..

      sabik tulisan hang ni…… abang kelabu menyampah bertahap bapak anjing
      pancut ayag kencing kat tayag keta.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  3. SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

    ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

    http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

    saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

    saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

    ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

    yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

    lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR….sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

  4. Salam.

    Kalau orang boleh berfikir.
    Tak boleh pulak.
    Cucuk hidung.

    Tapi.
    Yang berfikir pun, ada bahaya.
    Kalau setakat baca pun tak faham.
    Kalau setakat baca harakah
    Kalau setakat baca yang hampas2.
    Boleh berfikir.
    Bukan tak boleh.

    Tetapi.
    Fikiran mereka menjadi.
    Sewel.
    Berkecamok, serupa mengamok.
    Celaru.
    Betul bendul.
    Biol.

    Yang kita mahu.
    Golongan.
    Yang membaca banyak buku.
    Buku baik2.
    Buku berbagai disiplin dan bidang.
    Buku2 ilmiah.
    Hasilnya, berfikir dengan waras.

    Sekadaq mahu yang waras.

    • Assalamualaikum

      semuamanusia boleh berfikir kerana Allah telah memberikan manusia “akal”. Cumanya tahap pemikiran itu saja yang membezakan rasional atau tidaknya.

      Janganlah berfikir sekadar tahap “budak tadika” yang tak cukup akai – tadika lah katakan, setakat baca benda-benda yang tak berfaedah dan mengkhayalkan ja. tahap “tadika” memang rajin membaca tapi dia tak paham apa yang dia baca, membaca setakat tahap “tadika” apatah lagi menulis, menulis ikut suka dia ja la..

      Orang menulis dia pon nak menulis, orang bercakap dia pon nak bercakap, suka meniru dan mengikut membuta tuli – “tadika” lah katakan…. tapi tak pa, bebudak…. biaq pi la kat dia sementara dia nak dewasa, dah “bersunat” nanti baru dia paham, sedaq dan ber”iman”…..

      • Salam E=mel.

        Alhamdulillah E-mel masuk dengan salam.
        Jangan dok halo halo.
        Jangan dok lu lu, sebab kita tak gua-gua.
        Nampaknya E-mel boleh berfikir.

        Tapi, kalau boleh berfikir.
        Setakat baca harakah, tak jadi.
        Kena baca buku baguis2.
        Minta nasihat great chief.
        Baru minda E-mel baguis.

        Sebenaqnya, semua orang boleh befikir.
        Cuma.
        Orang yang mengandaikan.
        Yang kata orang lain tak boleh berfifir.
        Tu, perasan.
        Perasan yang golongan dia saja.
        Boleh berfikir.
        Baguislah kalau hang sedaq.
        Yang Allah anugerahkan akal.
        Yang tak ber akai tu.
        Hang lah.

        Dah bagi salam.
        Kita tak mahu balas lu, lagi.
        Kita hang, kat hang.

        Sekadaq nak pesan.
        Bacalah buku baik2.
        Baru boleh guna akai.

    • aku nak tanya hang sikit budak tadika……..puak-puak yang dok buat kacau dlm PAS tu nak nak apa? ………elok masuk gerombolan laa….baru laa jantan namanya…….dulu bukan main marah lagi dekat grombolan……..tup tup laa nii nak ndak perpaduan konon…….diri sendiri pun tak betoi….yang betoi puak ni melehaq ghanimah dlm grombolan tu…….awat depa ingat puak-puak tu senang nak bagi kat depa ka? pikiaq pikiaq laaa

      • Salam meraman.

        Yang masuk, tak bagi salam.
        Pasai apa.
        Golongan yang tak boleh.
        Berfikir kot.

        Kalau orang PKR, tak apa.
        Kalau orang PAS, hodoh.
        Kalau orang Islam, lagi hodoh.

        Sekadaq tak mahu, yang hodoh2.

  5. Tumpang lalu, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • hang ni jenih tak gheti basa
      kalu nak menega pi kat blog lain la.

      menyampah aku tengok perniagaan hang ni ……..bertahap tengok
      anjing pancut kencing kat tayag keta. nak kaya pi kija lain…..
      jangan nak tipu kita pulak……. tak baik nooooooo.

  6. Kenapa semua orang menyalahkan TGHH, Ustaz Nasha + Mustapa Ali?.

    Tiada rundingan sebenar mengenai kerajaan perpaduan berlaku. Ia hanya pertemuan-pertemuan yang dirancang oleh Umno semasa zaman Pak Lah.

    Pertemuan itu dirancang sekadar satu perbincangan mencari titik pertemuan UMNO dan PAS.. dan ternyata pertemuan itu tidak boleh berlaku. Selepas itu, tiada resolusi atau apa-apa keputusan yang dicapai.

    Baca http://politikbanjar.blogspot.com/2009/10/pendedahan-1-mohon-penjelasan-ajk-pusat.html

    Lepas zaman Pak Lah, tiada langsung perbincangan mahupun pertemuan tentang perkara ini.

    Puak-puak Umno termasuk Najib dab Khairy mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan memuji TGHH dan menggalakkan usahanya seolah-olah TGHH masih berniat untuk UG.

    Pimpinan-pimpinan ini semuanya telah difitnah apatah lagi dengan mainan media, blog pihak lawan, kekeliruan penyokong sendiri, dan macam-macam lagi isu yang sengaja dipanas-panaskan.

    Kepada semua Ahli PAS, turun berjumpa pimpinan terutamanya pimpinan tertinggi dan yang terlibat sendiri, dan dapatkan berita sebenar daripada mereka.

    Jangan dok dengar fitnah dan turut sebarkan fitnah.

    Wallahua’lam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: