Posted by: pinkturtle2 | Oktober 31, 2009

Lembaga Disiplin putuskan Hasan Ali tidak bersalah – Presiden PAS

“Lembaga disiplin dan kesemua AJK memutuskan Hasan Ali tidak bersalah dalam tuduhan menjalinkan kerjasama dengan UMNO. Namun begitu, PAS menegaskan kesemua pihak semua tidak lagi menimbulkan satu persepsi yang menghala ke arah kerjasama dengan UMNO.”

Atas sebab-sebab tertentu baca sendiri di Sini


Responses

  1. Saya tertarik kepada Lembaga Disiplin yang begitu amat pantas pula membuat keputusan keatas peristiwa yang sudah terlalu lama berlaku dan sudah menjadi pengetahuan umum. Saya rasa tidak ada sesiapapun yang meragui wujudnya usaha kearah Kerajaan Perpaduan walaupun cuba dinafikan oleh segelintir pimpinan PAS. Saya ingin memetik artikel dari Ustaz Ahamd Awang (mantan Pesuruhjaya PAS Perak) jika anda rasakan kenyataan beliau tidak benar. Lihat juga video klipnya yang mencerita wujudnya usaha-usaha pimpinan tertentu utk mengadakan kerajaan PAS-UMNO/BN di Perak. Siapakah pimpinan tersebut? Adakah Lembaga Disiplin tidak mengambil keterangan drpd Ustaz Ahmad Awang? Lawati laman web ini dan nilaikanlah sendiri dengan hati yang terbuka.

    http://usahmadawang.blogspot.com/2009/06/isu-kerajaan-perpaduanunity-government_19.html

    Pada saya Ustaz Ahmad Awang bukanlah golongan fasik yang tidak boleh diambil keterangannya, itupun jika Lembaga Disiplin mahukan keadilan dalam membuat keputusan.

    Saya rasa, kita perlu mengambil pengajaran dari Sirah, dimana Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud, “jika anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya!.” Beranikah Lembaga Disiplin membuat keputusan terhadap pimpinan yang tidak beramanah ini? Bagaimana pula dengan kenyataan Hasan Ali di media massa yang ternyata memporakporandakan PR? Tidakkah wajar dikenakan tindakan disiplin demi menjaga keutuhan PR? bagaimana pula dengan tindakannya menjemput blogger UMNO dalam menyampaikan RAHSIA PARTI. (saya katakan rahsia berdasarkan kenyataan blogger ALBANJARI dalam artikel dalam blognya). Tidakkah ini merupakan satu pengkhianatan yang terbesar dalam parti? So… siapa yang sebenarnya mendedahkan rahsia-rahsia parti jika bukan Nasa dan Hasan? Kenapa tidak diambil tindakan? Saya pun teringin sangat nak mengetahui siapakah Lembaga Disiplin parti? Terlalu berahsia dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya berahsia! Tetapi tidak berahsia dalam perkara-perkara yang sepatutnya berahsia. Kami sekelian rakyat pun teramatlah pening kepala dengan segala peristiwa yang berlaku. Wallahu a’lam.

  2. SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

    ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

    http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

    saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

    saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

    ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

    yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

    lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR….sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH!!!!

    • Bukan hanya Hasan Ali sahaja yang bakal menyebabkan PR kalah dalam PRU13 nanti….hampa nampak tak 4 ekor katak PKR dah lompat parti. hangpa tak kata apaa pon…. lihatlah tahap kualiti pimpinan PKR…. semuanya penipu rakyat (PR)…… cakap je berdegar-degar tapi hampas…

      Yang kelam kabut kat sabah tu hangpa tak ulas pulak…. yang hangpa dok ulas dan nak panaskan adalah pasal HA & Ust Nasa…

      kalau dah penyokong totok PKR tu….memang mata hati dah buta…. dok nampak salah orang je…..

      Untuk pengetahuan hangpa punya utama kekalahan PR dahal PRU13 nanti ialah kerana ANWAR dan PKR yang gagal mendisiplinkan ahlinya bukannya HA @ Ust Nasa

      • setuju!!
        pas ni PKR lingkup la,belum apa2 dah huru hara!!

      • PAS tak sedar diri…..mmg perasan habis PAS ni….korang ingat korang hebat sgt ye….CEhhh geli aku…ko kena ingat!!! kalau takde Reformasi 1998 mana ada kesedaran rakyat nak sokong PAS…Bodo

    • Salam Dila,

      “””lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri
      untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami
      rakyat yang hina dina ni dah
      MENYAMPAH denagn perangai pas ni.””””

      Jgn. sebut kami.Kami tu jama’ maknanya ramai.
      Sebutlah aku atau saya sorang yg menyampah
      dgn perangai PAS.

      Aku tak menyampah pon.Aku tetap redha apa
      yg berlaku dan akan senantiasa menyokong mereka
      yg benar2 jujur dan ikhlas dlm. perjuangan.
      Insyaallah………………….

  3. btoi tu great chief…sudah la Dila oii dah terang2 hang nak Pas kalah dlm PRU13 nnti, xyah la nk berdalih2 kat org tu kat org ni…azam hang tuh membuat UMNO BN bergembira…krn tiada siapa yg nk lihat Pas kalah melainkan UMNO BN dan penyokong2 nye shj.Begitu mereka juga yg memperjuangkn kepentingan pribadi bila tak dpt apa yg dihajati, mereka juge berharap Pas akan kalah di masa akan datang…

  4. LAGU TU LA JADINYA KALU KETUA PEROMPAK MENGADILI PENCURI.

    SELAMA NI KITA DOK KATA SISTEM KEADILAN NEGARA TELAH DIROGOL UMNOJAMBANTAIK.
    LANI BERJANGKIT KAT MALAUN UG PULAK.
    BELAJAG2 LAH JADI PENGILAT SEBELUM HAMPA SUMA BERGELUMANG DENGAN PUAK JAMBANTAIK.

    DOK PADAN NGAN AMANAT PUAKA YANG BEGITU TEGAS DULU , SAMPAI RAMAI MANA MATI MEMPERTAHANKANNYA. LANI DOK KIJA LAGU TU.
    SAMPAI MAPUH AKU TAK CAYA DAH NGAN TIGA EMPAT EKOG NI………. PETUIIIIIIIIIIIIH

  5. hehehe…
    menyamaq jangan tak menyamaq…
    provoke jgn tak provoke…
    asalkan bn menang, dapat tangkap projek juta2..
    makan anak bini 7 keturunan tak abis makan
    hehehehehehehehehehe

  6. Mampus dah PAS selagi ada Kepala2 SYAITAN ni

  7. Salam.

    Hebat.
    Pantas.
    Hampir kilat.

    Kalau dapat memerintah Malaysia.
    Tentu hebat.
    Segala gejala.
    Segala salahlaku.
    Segala salahguna.

    Semua boleh diputuskan.
    Pantas sekali.

    Great chief tentu kalah.
    KeLiWoN tak menyengat lagi.

    Sekadag gelak hara hara kah kah.

  8. DAH NAIK MELUAT DENGAN PAS…………….
    JOOOOOOOOOOM RAMAI RAMAI KELUAR PAS.

  9. Bismillah …
    ***APA YANG BOLEH DIRUMUSKAN DARIPADA YANG TERTERA DI ATAS ?
    POLITIK MALAYSIA SUDAH JADI PERTUNJUKAN “TARIAN BOGEL.”, strip tease” : Selak sana ; selak sini. Nampak itu ; nampak ini.
    SATU DEMI SATU PAKAIN DILERAHKAN. TEPUK penonton gembira BERGEMURUH…SEMUA PUJI TARIAN POLITIK YANG HEBAT. Inilah politik demokrasi kita : MODEN, IKUT ZAMAN, ISLAM TIDAK KOLOT, MELAYU SUDAH BEBAS TIDAK LAGI BERADA DI BAWAH TEMPURUNG.
    LIHAT, LIHAT DAN BELEK DARI ATAS HINGGA KE BAWAH.

    Semua media massa puji dan dipuji Tunggulah “Tsunami penyakit” yang sedang menuju pantai hiburan SAMA-SAMA TUNGGU. …MAAF. ~ahmad 211009

    Bismillah…!
    Ingin tahu kedudkan yang sebenarnya : Pertemuan “unity government” antara pemimpin UMNO dengan “beberapa kerat” pemimpin PAS telah diadakan, bukan begitu ?

    1) Bilakah ia diadakah (sejak waktu PM Abdullah Badawi dan disambung dalam waktu PM Najib) ?
    2) sudah berjalan mesyuarat berapa kali ?
    3) Siapa kah yang hadzir bagi pihak UMNO dan dan PAS
    4) Apakah PRESIDEN PAS yang turut sama dan MENGETUAINYA ?
    5) Apakah PERTEMUAN itu diketahui oleh semua anggota Dewan yang ada dalam PAS ?
    6) Apakah TG Nik Abdul Aziz sendiri tidak diambil
    pendapatnya ? Pertemuan itu disembunyikan kepada pemipin tertinggi lain ?
    7) Mengapa ia tidak boleh dibukakan kepada umum terutama kepada Dewan Ulama, Muslimat, Pemuda ?
    8) Apakah hukum dalam perjanjian dan ADABIAH bagi mereka yang memakai lilit KEPALA (serban) dan yang ikat LEHER (necktie) ?
    9)Apa tawaran “magic carpet” atau “pelita Aladin” yang menarik kpeada BEBERAP KERAT pemimpin itu sendiri ? TG Abdul Hadi dicadangkan akan menjadi PM atau Timbalan PM ? dan jawatan lain untuk mereka itu ?

    PENDAPAT : BAHAWA MANUSIA ITU MEMPUNYAI DASAR NAFSU yang sama. Mereka sejenis makhluk seperti haiwan juga. Aqal sahaja yang berbeza. MANUSIA ITU ALIM BAGAIMANA PUN TIDAK PENUH rasional” atau waras dalam masa 24 jam.
    Dalam tandas dan dibili tidur bersama pasangan pun mereka tidak boleh penuh waras, bukan ? WANG, RUMAH, PANGAKAT KEBESARAN, KEUNTUNGAN BAGI KELUARGA TERSAYANG dan segala macam keinginan adalah yang mendorong kepada NAFSU.
    SISTEM demokrasi, sistem pengundian, sistem ekonomi yang berasaskan ‘KAPITLISM BEBAS” memberi lorong itu PAS ke arah bentuk acuan PLUTOCRACY” dan bentuk politik ACUAN WESTMINSTER. Bukan begitu ?
    SEPATAH KULIAH.JIKA INGIN FAHAM
    TIMNGKAH LAKU PEMIMPIN POLITIK YANG SUDAH MULA TERHIDU “bunga popi” yang jadi UMPAN~ Awas politik BUAYA MENYAMBAR di AIR YANG KERUH.
    maaf. ~ahmad 311009.

  10. SILA BACA INI KELUHAN NIK AZIZ

    Wibawa Nik Aziz mula santuni DAP Perak
    http://zainulfaqar.wordpress.com/2009/10/31/wibawa-nik-aziz-mula-santuni-dap-perak/

    IPOH, 31 Okt. | Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat petang tadi melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana masyarakat bukan Islam, termasuk para pemimpin DAP negeri sudi menjemputnya bersama-sama memperkukuh Majlis Pakatan Rakyat di Perak.

    “Saya bersyukur kepada Allah kerana parti PAS diterima oleh orang bukan Islam. PAS NEGERI TIDAK LAGI MENJEMPUT SAYA DALAM PROGRAM PARTI, tapi Ngeh Khoo Ham…pemimpin DAP yang jemput saya sama-sama perkukuh Pakatan Rakyat di Perak,”

    Dalam nada berjenaka, Nik Aziz melahirkan rasa terkejut kerana PEMIMPIN PAS TIDAK LAGI MENJEMPUTNYA, DISEBABKAN BELIAU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

    Dalam ucapan perasmian itu juga, Nik Aziz mengajak semua pemimpin parti-parti peringkat negeri menjadikan parti masing-masing berusaha mengenal Pencipta dunia ini, iaitu Allah.

    “Sebelum (Allah) mencipta manusia, bumi ini telah ada. Kalau Allah cipta dulu manusia baru cipta bumi, di mana manusia nak tinggal…dia (manusia) kata dia cipta (dunia)…Umno tak kenal pencipta, sebab itu dia rampas kerajaan…dia (Umno) anggap bumi ini dia punya,” jelasnya.

    Beliau juga melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana para pemimpin Pakatan Rakyat Perak berusaha untuk saling mengenali antara satu sama lain.

    “Begitu juga manusia, Allah cipta tak sama muka…supaya kenal-mengenal…saya jadi Melayu kebetulan (dan) Ngeh Khor Ham jadi Cina kebetulan sebab itu rahmat.”

    “Kalau Allah jadikan manusia sama semua muka macam (seperti) selipar Jepun, susah nak kenal mana satu Nik Aziz dan Ngeh Kor Ham,” jenaka Nik Aziz lagi.

    Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menjelaskan tohmahan Umno kononnya budaya membaca ayat al-Quran oleh beberapa pemimpin DAP sebagai suatu penghinaan kepada Islam.

    “Nabi pun mengutus surat pada semua pemimpin kerajaan bukan Islam, Raja Najasyi di Habsyah, Kaisar di Parsi, Heracleus di Rom, Nabi mula dengan tulis ayat al-Quran.”

    “Nabi tulis untuk pemimpin bukan Islam baca, bukan Nabi tulis tapi nabi kata: jangan baca ayat al-Quran ini sebab nanti hina Islam. Pemimpin Umno bodoh agama dan tak suka ikut Nabi,” tegas Nik Aziz lagi.

    Tegas Nik Aziz lagi, perjuangan PAS berdasarkan ajaran Islam, bukannya politik perkauman Melayu sebagaimana yang diamalkan Umno.

    Jadi, beliau mengajak masyarakat bukan Islam mengenali Islam sebelum mengenali perjuangan PAS di Malaysia.

    Ngeh Khoo Ham yang berucap sebelumnya mengakui bahawa DAP dan beliau sendiri percaya bahawa PAS adalah parti ekstrem, disebabkan terperdaya dengan propaganda Umno.

    “Dulu saya memang ingat PAS (sebagai) parti ekstremis agama, fundimantelis dan tidak suka orang Cina (dan) dan bukan Islam. Itu semua sebelum kena Tok Guru, Hj. Nizar lah,” jelasnya.

    Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri menyuarakan rasa kagum dengan kepimpinan amanah Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin kerana bersabar dan terus mempertahankan mandat rakyat, walaupun selepas Umno merampas kerajaan negeri.

    Katanya lagi, kewibawaan Nizar menyebabkan majoriti rakyat teru bersama Pakatan Rakyat, walaupun beberapa Adun Pakaran Rakyat mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas.

    Beliau juga berharap hubungan antara PAS, PKR dan DAP di Perak kekal kukuh, walaupun masing-msing mempunyai beberapa perbezaan dari segi ideologi kepartian.

    Turut menyertai majlis perasmian penutup Nik Aziz itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Mustafa Kamil Ayub, Speaker DUN V. Sivakumar dan Setiausaha DAP Perak Nga Kor Meng,

    Dipercayai kekaguman para pemimpin Pakatan Rakyat Perak terhadap peribadi Nik Aziz kerana Mursyidul Am PAS itu belakangan ini tegas mempertahankan gagasan Pakatan Rakyat dari diperdaya oleh Umno.

    Ianya sekaligus menjadikan Nik Aziz bukan sahaja berwibawa dalam kalangan ahli-ahli PAS, malah mula dikagumi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. -END

  11. “ikut aku laa” bole blah…
    4 katak tu lompat kerna duit….ko mcm ibrahim ali putar alam…

  12. Belum apa-apa lagi PAS dah tiru cara bertindak macam umngok…

    Bila ada tekanan terhadap sesuatu isu yg timbul, maka redakannya dgn pengistiharan ditubuhkan satu jawatankuasa menyiasat…

    Lepas tekanan dah mula hilang, maka hasilnya siasatan adalah ‘masuk angin keluar asap’…

    Tak pernah terpikior aku PAS berpresidenkan Hj. Hadi dan Geng UG ni berperangai mcm ni yg akan merosakkan PAS…

  13. Woii Ikut aku laa…& Misteri Altantuya di hujung C4..kau berdua mmg bodohhh….nak salahkan Anwar dan PKR apasal…???kalau takde Reformasi 1998, sampai sekarang PAS masih lagi kat kaki Umno je bahloll…dulu mana ada org nak sokong PAS….Dasar lupa diri…!!!!!!

  14. Apa pun jgnlah bergaduh sesama sendiri, dlm tak sedar rupanya ramai yg dah kena ‘jarum’ umngok utk melaga-lagakan sesama pimpinan dan penyokong bawahan Pakatan Rakyat…

    Walau mcmana pun sokongan tetap kepada calon Pakatan Rakyat cuma bagi calon Pakatan Rakyat cap ‘Perpaduan’ dari PAS dinasihatkan tak usahlah masuk bertanding sebab ramai yg dah tak sabar nak masukkan puak ni dlm ‘bakul sampah’…

    Geng UG perosak PAS dan Pakatan Rakyat…

  15. belum mula dah cakar2.. tak semenggah langsung.. yang satu pihak lagi dok berkobar2 salah menyalah stended le tu mmg dari dulu mcm tu… yg dok belah sana lak.. dok tengok sesekali tegur kenapa mencakar lepas tu dok syok tgk garu diri sendiri plak.. yg rileks dok tgk dari dulu smpi sekarang tersenyum je almaklumlah di bela sebab nak undi.. hahahahaha bengap punya politik.. memang penyakit satu dunia.. lepas 50 tahun mane2 negara mesti politik jadi isu.. ohhh.. penyakit dunia…

  16. he he he he he he he he he
    rupanya banyak juga pengikut memimpin pemimpin
    ada juga pemimpin mengikut pengikut
    ha ha ha ha ha ha ha
    ramai juga yg mabuk lupa diri
    banyak juga bersampan tak ada dayung
    ho ho ho ho ho ho ho
    khuatir la pulak ada imam mengikut makmum
    kok ada makmum yg bergaya imam
    bersuara itu wajib tapi ada haramnya
    jangan makan buah dgn kulitnya sekali
    hheeeeemmmmmmm hassan ali
    suara yg keluar dari mulutnya rasa2 sama gak macam kalangan forumer


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: