Posted by: pinkturtle2 | November 11, 2009

Saksi Kes VK Lingham Datang Sendiri Ke Parlimen


Responses

  1. Fernando kemudiannya menerangkan tentang pertemuan antara Manjeet Singh Dhillon (seorang peguam) dan dua Ketua Pendakwaan, yang mana salah seorang daripadanya sudah pun dilantik sebagai Peguam Negara. Dalam pertemuan itu, dua Ketua Pendakwaan yang berkenaan, iaitu Abdul Gani Patail dan Azhar Mohamad menggunakan peras ugut untuk memaksa anak guam Manjeet, iaitu Dato’ Nalla Karuppan untuk mereka-reka bukti terhadap Anwar…..

    THE CORRIDORS OF POWER

    Raja Petra Kamarudin

    Ketua Pembelaan, Christopher Fernando memulakan sidang rayuan di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur dengan berhujah bahawa kes pihak Pendakwaan hanyalah didasarkan pada keterangan Azizan Abu Bakar. Malah kes ini hanya berpaksikan kredibiliti Azizan.

    Namun, kata Fernando, semasa perbicaraan, kenyataan Azizan sentiasa bercanggah antara satu sama lain. Jadi, dia adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.

    Bahkan, Azizan bukan hanya patut diisytiharkan sebagai saksi yang tidak boleh dipercayai, tetapi juga patut didakwa kerana melakukan sumpah bohong.

    “Sebaliknya,” bantah Fernando, “Hakim yang arif menerimanya sebagai saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan jujur.”

    “Ini adalah antara saksi yang paling meragukan yang pernah dipanggil memberi keterangan,” kata Fernando.

    “Keterangannya sarat dengan ketidaktekalan dan pendustaan. Dia telah memberi tiga versi yang berbeza tentang apa yang sebenarnya berlaku.”

    Fernando menjelaskan bahawa dalam perbicaraan yang pertama (perbicaraan rasuah), Azizan memberi keterangan bahawa Anwar meliwatnya. Namun, dalam perbicaraan yang kedua (perbicaraan liwat), dia memberi keterangan bahawa Anwar tidak pernah meliwatnya.

    “Dia mengaku bukan hanya sekali, tetapi tiga kali bahawa antara tahun 1992 dan 1997, dia tidak pernah diliwat oleh Anwar, dan itulah sebabnya dia terus mengunjungi Anwar. Kalau tidak, dah tentu dia akan menjauhkan diri daripada Anwar.”

    “Tiada keraguan dalam pengakuannya ini,” kata Fernando. “Hakim pun terkejut (dengan pengakuannya).”

    Fernando berkata bahawa Hakim kemudiannya memintanya untuk mengulangi soalannya kerana mungkin Azizan tidak memahaminya. Fernando berkata bahawa dia pun bertanya kepada Azizan buat kali yang kedua, dan untuk kali yang kedua, Azizan mengaku bahawa Anwar tidak pernah meliwatnya.

    “Saya kemudiannya bertanya buat kali yang ketiga, yakni demi mendapatkan kepastian dan bagi berlaku adil kepadanya,” kata Fernando, “dan, untuk kali yang ketiga, dia mengaku bahawa Anwar tidak pernah meliwatnya.”

    “Beberapa hari kemudian, dan semasa soal balas, pihak Pendakwaan menanyakan soalan yang berbentuk soalan pimpin (leading question). Ini sememangnya tidak adil dan Hakim sepatutnya menolaknya.”

    Soalannya adalah, “Selepas tahun 1992, pernahkah kamu diliwat lagi?”

    “Pembelaan membantah soalan ini, tetapi hakim membenarkannya,” jelas Fernando.

    “Namun, sebagai menjawab soalan pimpin ini, iaitu sama ada dia pernah diliwat antara 1992 dan hari ini (1998), Azizan sekali lagi mengatakan bahawa dia tidak pernah diliwat.”

    “Hakim sendiri menyimpulkan pemerhatian yang spesifik. Dalam satu kesempatan, dia berkata, “Saksi ini… hari ini dia kata ini, besok dia kata itu.”

    Hakim juga berkata, “Saksi ini suka mengelak. Soalan yang mudah pun dia tidak mahu jawab.”

    “Hakim sendiri menyimpulkan bahawa Azizan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.”

    “Adalah begitu menghairankan bahawa selepas membuat kenyataan yang begitu tegas, Hakim bertukar fikiran pula dengan mengatakan bahawa saksi ini kredibel, jujur dan boleh dipercayai.”

    “Kenyataan Hakim bertentangan dengan penemuannya/pemerhatiannya sendiri.”

    Pendakwaan terdesak; pertuduhan dipinda agar sesuai dengan keterangan saksi

    Pendakwaan meminda pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim sebanyak dua kali bagi menyesuaikannya dengan keterangan saksi utama mereka, Azizan Abu Bakar.

    “Pertuduhan asal adalah ‘suatu malam pada bulan Mei 1994’,” kata Ketua Pembelaan, Christopher Fernando.

    “Kemudian, ternyata bahawa Tivoli Villa, iaitu tempat di mana jenayah terbabit dikatakan berlaku belum pun siap dibina.”

    “Pendakwaan lantas menghadapi dilema yang begitu menekan. Mana mungkin jenayah dilakukan di dalam sebuah bangunan yang belum pun siap pada masa itu?”

    “Jadi, pertuduhan dipinda kepada ‘suatu malam dalam bulan Mei 1992′,” jelas Fernando.

    Tetapi tarikh ini masih tidak konsisten dengan keterangan Azizan. Jadi, bagi menyelamatkan kes mereka, pertuduhan sekali lagi dipinda kepada “melakukan jenayah liwat pada 7:45 malam antara bulan Januari dan Mac 1993,” ujar Fernando.

    “Mula-mula 1994, kemudian 1992 dan akhirnya, 1993,” kata Fernando kepada hadirin yang mendengar segala kenyataannya dengan penuh minat.

    “Hakim seolah hilang pertimbangan. Dia tidak mampu menanggapi perkara yang sedang berlaku.”

    “Mengapa ia perlu ditukar kepada suatu tarikh pada tahun 1993? Sebenarnya, mereka tidak boleh menetapkannya pada 1992 ataupun lebih awal daripada itu kerana bangunan itu belum siap. Jadi, satu-satunya cara adalah dengan menggunakan tarikh selepas itu.”

    “Dapatkah sesiapa, tanpa kekecualian, menjawab pertuduhan yang amat tidak jelas seperti ini, termasuk kita semua?” tanya Fernando.

    “Suatu malam dalam 90 hari! Saya tidak dapat membayangkan pertuduhan yang lebih kabur dan meragukan daripada ini – pertuduhan yang sungguh sangat tidak adil.”

    “Pindaan ke atas pertuduhan tidak Bona Fide.”

    Hakim kemudiannya bertanya, “Maksud awak, pindaan itu Mala Fide?” Fernando menjawab, “Ya.”

    “Pertuduhan itu telah dipinda agar sesuai dengan keterangan Azizan,” tambah Fernando.

    Walau bagaimanapun, Azizan memberi keterangan bahawa dia tidak pernah diliwat dari tahun 1992 dan tahun-tahun yang berikutnya.

    “Dia mengaku bukan hanya sekali, tetapi tiga kali bahawa antara tahun 1992 dan 1997, dia tidak pernah diliwat oleh Anwar, dan itulah sebabnya dia terus mengunjungi Anwar. Kalau tidak, sudah tentu dia akan menjauhkan diri daripada Anwar,” kata Fernando.

    “Tan Sri Mohtar Abdullah (Peguam Negara pada masa itu) berkata,’Kami mempunyai semua rekod dan bukti yang berkaitan dengan pergerakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di dalam dan luar negara antara tahun 1992 dan 1998′.”

    “Jika anda mempunyai semua rekod dan bukti yang berkaitan dengan pergerakan Dato’ Seri Anwar, maka mengapakah anda tidak mengemukakannya? Mengapakah pertuduhan mengandungi tarikh yang begitu kabur?”

    “Kesimpulannya adalah rekod dan bukti yang dimaksudkan menunjukkan bahawa Dato’ Seri Anwar tidak berada di Tivoli Villa antara bulan Januari dan Mac 1993.”

    “Ini adalah pertuduhan yang dibuat-buat. Itulah hakikatnya. Tiada keraguan lagi tentangnya.”

    “Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri diiringi sepanjang masa demi keselamatan mereka sendiri, dan rekod pergerakan mereka memang boleh diperolehi.”

    “Hakim gagal menggunakan peruntukan dalam seksyen 114(g) Akta Bukti terhadap Pendakwaan kerana gagal mengemukakan bukti dan rekod yang menunjukkan pergerakan Dato’ Seri Anwar.”

    “Jika rekod itu dikemukakan, ia akan membebaskan Dato’ Seri Anwar dan akan menunjukkan bahawa dia tidak pernah berada di situ (di Tivoli Villa) selama 60 hari tersebut (Januari – Mac 1993).”

    Polis melatih Azizan tentang keterangan yang perlu diberikan

    Sebenarnya, polislah yang melatih Azizan Abu Bakar, saksi utama Pendakwaan, tentang keterangan yang perlu diberikan. Christopher Fernando berkata bahawa dia bertanya kepada Azizan, “Adakah awak memberitahu pihak polis bahawa awak diliwat pada tahun 1992?”

    “Azizan menjawab bahawa dia tidak ingat.”

    “Setelah ditanya dengan lebih lanjut, dia menjawab bahawa dia tidak memberitahu polis bahawa dia diliwat pada tahun 1992.”

    “Saya kemudiannya bertanya kepadanya, ‘siapakah yang memalsukan bukti?'”

    “Dia menjawab bahawa dia tidak tahu.”

    “Saya bertanya dengan lebih lanjut, ‘Adakah awak memberitahu pihak polis bahawa awak diliwat pada Mei 1994?”

    “Dia menjawab beberapa kali bahawa dia tidak ingat.”

    “Akhirnya, dia mengaku bahawa dia tidak memberitahu polis bahawa dia diliwat pada Mei 1994.”

    Mahkamah diberitahu bahawa Azizan mendedahkan bahawa dia dipanggil oleh pegawai siasatan, iaitu SAC Musa Hassan pada Jun 1999.

    “Saya kemudiannya bertanya kepadanya, ‘adakah kamu diminta untuk mengubah tarikhnya kepada 1993?”

    “Dia menjawab, ‘ya’.”

    “Ketika ditanya, ‘siapakah yang meminta kamu untuk menukar tarikhnya?’, dia membalas ‘polis’. Akhirnya, dia mengaku bahawa orangnya adalah SAC Musa Hassan.”

    “Mengejutkan dan menakutkan”; Bukti terhadap Anwar dipalsukan

    “Mengejutkan dan menakutkan!” Itulah gambaran oleh Christopher Fernando tentang konspirasi untuk memalsukan bukti terhadap Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

    [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
    [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

    Fernando kemudiannya menerangkan tentang pertemuan antara Manjeet Singh Dhillon (seorang peguam) dan dua Ketua Pendakwaan, yang mana salah seorang daripadanya sudah pun dilantik sebagai Peguam Negara. Dalam pertemuan itu, dua Ketua Pendakwaan yang berkenaan, iaitu Abdul Gani Patail dan Azhar Mohamad menggunakan peras ugut untuk memaksa anak guam Manjeet, iaitu Dato’ Nalla Karuppan untuk mereka-reka bukti terhadap Anwar.

    Dato’ Nalla diugut dengan hukuman mati oleh Pendakwaan jika dia enggan memberikan keterangan bahawa dia memainkan peranan yang penting bagi mendapatkan perempuan untuk Anwar.

    Walau bagaimanapun, Dato’ Nalla enggan melakukannya.

    Mereka meneruskan usaha mengugutnya dan keluarganya. Pada mulanya, mereka mahu dia membabitkan Anwar dengan dua orang wanita, lalu tiga, kemudian empat, dan akhirnya, mereka menetapkannya pada lima orang perempuan, dedah Fernando. Pendakwaan juga mengakui bahawa mereka mengendalikan hal-hal yang berkaitan bagi pihak Perdana Menteri.

    Pada 25 Ogos 1998, Manjeet memfailkan Affidavit berkenaan dengan perkara ini di mahkamah. Pada 13 Oktober 1998, Manjeet mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada masa itu, dengan dihadiri oleh dua orang pendakwa raya, di mana isu tersebut dibangkitkan.

    Peguam Negara meminta maaf kerana tidak mengambil tindakan atas aduan Manjeet. Sementara itu, dua orang pendakwa raya yang terbabit hanya mendiamkan diri dan tidak menafikan tuduhan itu.

    Mereka juga cuba memeras ugut seorang lagi anak guam Manjeet, iaitu Dr. Munawar Anees, yakni bagi membabitkan Anwar dalam salah laku seksual.

    “Ini menunjukkan bahawa pihak polis bukan hanya cuba memaksa Azizan untuk berbohong, malah Dato’ Nalla dan Dr. Munawar juga turut menjadi mangsa,” kata Fernando.

    Mahkamah diberitahu bahawa Anwar tidak dipecat dari jawatannya sehinggalah 2 September 1998, namun Peguam Negara dan Ketua Pembelaan sudah pun cuba memalsukan bukti terhadapnya lama sebelum itu.

  2. Bagaimana Pakatan Rakyat Semakin Menghala Ke Arah Kemusnahan?

    Sekiranya Perdana Menteri Najib membubarkan Parlimen pada keesokan hari, hanyalah penyokong kuat Pakatan Rakyat masih percaya Pakatan Rakyat akan memenangi pilihan raya dan memerintah. 14 bulan yang lepas, ramai yang menjadi peminat kepada idea “Pertukaran Kerajaan 916” yang diasaskan oleh Anwar walaupun ramai daripada mereka tidak ambil kisah tentang perkembangan politik negara. Seorang penganalisis politik negara telah memberitahu bahawa sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh masa 6 hingga 12 bulan daripada sekarang, tugas kita hanyalah membantu Pakatan Rakyat untuk mengharungi tempoh masa selepas kebangkitan semula Barisan Nasional memperolehi majoriti 2/3 dalam Parlimen.

    Sekiranya Pakatan Rakyat ingin memenangi pilihan raya, mereka harus mengekalkan 40% sokongan asas daripada pengundi Melayu dan mendapat 80% sokongan daripada peyokong bukan Melayu barulah mereka dapat memenangi hampir 100 kerusi Parlimen di Semenanjung barulah mereka boleh menuju ke arah pemerintahan Kerajaan Pusat.

    Namun, sokongan pengundi Melayu kini semakin beralih kembali ke pangkuan UMNO, walaupun sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat masih kekal di paras tidak kurang daripada 40%, tetapi sokongan India terhadap PR semakin merosot dan boleh dikatakan telah mencecah pembahagian BN 60% dan PR 40%. Walaupun Pakatan Rakyat masih dapat mengekalkan 70% daripda sokong pengundi Cina terhadap mereka. Tapi, sekiranya Perdana Menteri mengisytiharkan pemberian RM1000.00 kepada setiap pelajar sekolah persendirian cina dan membenarkan pembukaan sekolah persendirian cina di Pahang, adakah sokongan daripada kaum cina akan jatuh ke paras 60%?

    Kenapa sokongan terhadap Pakatan Rakyat merosot dengan begitu ketara? Selain daripada persaingan dalaman PR sendiri, faktor hala tuju perjuangan PR menjadi faktor besar PR semakin kehilangan sokongan.

    Sebelum pilihan raya 308, Pakatan Rakyat telah memilih 3 perjuangan utama iaitu:
    1) Politik berasaskan kepelbagaian kaum
    2) Pentadbiran yang bersih
    3) Mendemokrasikan sistem pentadbiran

    Pendirian Barisan Nasional sememangnya bertentangan dengan 3 perjuangan PR ini iaitu politik perkauman, amalan rasuah dan pentadbiran yang tidak berteraskan rakyat.

    Kejayaan “Polisi Najib” sebenarnya hanya berasaskan 2 faktor utama iaitu hubungan antara kaum dan hubungan agama.

    Politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO terutamanya menjadi semakin menyemarak selepas kemenangan besar pada pilihan raya 2004 telah menyebabkan banyak pengundi atas pagar melepaskan geram ke atas UMNO.

    Sekiranya UMNO berjaya menghindari politik perkauman dan politik agama mereka, maka pengundi akan memberikan peluang kepada mereka untuk memerintah negara semula. Sekiranya kerajaan pusat dapat menguruskan hubungan antara kaum dan agama dengan baik, maka pengundi sebenarnya tidak kisah dengan kelakuan kegiatan rasuah pada tahap yang boleh diterima. Konsep “1Malaysia” yang diperkenalkan oleh Najib sebenarnya telah diformulakan khas untuk memenangi sokongan dariada para pengundi. Peningkatan sokongan pengundi terhadap Najib telah membuktikan Najib memilih landasan yang betul untuk mencari balik sokongan pengundi.

    Sekirannya kita menganalisiskan polisi yang dilaksanakan oleh Najib, kita akan memperhatikan bahawa kebanyakan konsepnya adalah berasaskan konsep “Ketuanan Rakyat” yang diperkenalkan oleh Anwar dan juga konsep “Pas Untuk Semua” daripada PAS. Oleh kerana Barisan Nasional masih merupakan kerajaan pusat maka mereka mempunyai keutamaan untuk melaksanakan polisi sebegini supaya pengundi bukan Melayu hilang rasa tidak percaya terhadap UMNO. Sekiranya Najib berjaya untuk menangkis pemikiran pengundi bukan Melayu yang lalu iaitu memangkah selain daripada parti UMNO, maka sudah pasti UMNO akan memenangi pilihan raya dengan sokongan pengundi Melayu yang sedia ada.

    Untuk memerangi langkah Najib ini, Pakatan Rakyat seharusnya berkerja dengan lebih kuat supaya pengundi bukan Melayu percaya dengan hasrat mereka. Namun Pakatan Rakyat menghadapi masalah:

    1) Pakatan Rakyat masih belum memerintah kerajaan pusat maka Najib masih sempat melaksanakan polisi mesra rakyat yang diperkenalkan oelh Pakatan Rakyat.
    2) Pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat harus memiliki keyakinan yang tinggi iaitu keyakinan untuk menangkis serangan hendap daripada UMNO dengan melabelkan mereka sebagai pengkhianat bangsa supaya mereka dapat terus memperkenalkan polisi yang berteraskan bangsa Malaysia.

    Malangnya polisi Pakatan Rakyat sekarang telah dianggap terlalu menyebelahi pengundi bukan Melayu oleh segelintir pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tindakan Kerajaan PAS Kedah, Exco Selangor Hassan Ali, Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan telah membantu untuk membina imej UMNO lebih sesuai untuk mentadbir negara yang berbilang kaum.

    Malangnya Pakatan Rakyat telah kehilangan faktor hubungan kaum yang dapat memberikan kredit besar kepada pentadbiran Pakatan Rakyat, maka satu lagi pilihan Pakatan Rakyat ialah pentadbiran yang bersih. Kerajaan CAT Pulau Pinang merupakan contoh yang terbaik untuk faktor ini. Selain itu, Kerajaan Selangor dan Perak yang sebelum dirampas juga mengamalkan sifat “Good Governance”. Sebenarnya Pentadbiran yang bersih boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep demokrasi dan Pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi seperti Singapura. Malangnya Pakatan Rakyat memilih pentadbiran bersih yang berasaskan konsep kekuatan ekonomi malah mereka menyatakan mendemokrasikan pentadbiran masih boleh ditundakan lagi.

    [ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
    [ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

    Konsep “Stupid, it’s economy!” ini membolehkan Pakatan Rakyat mengurangkan tanggapan orang ramai iaitu terlalu memihak kepada pengundi bukan Melayu malah menunjukkan pemimpin PR takut kehilangan sumber ekonomi negeri mereka.

    Pengumuman Laporan Akauntan Negara baru-baru ini yang memuji pentadbiran PR merupakan satu kejayaan kepada Pakatan Rakyat, tetapi sekiranya PR terlalu menekankan pencapaian ekonomi mereka, ia boleh memberikan markah tambahan kepada kerajaan pusat kerana mereka mempunyai keutamaan dalam pelaksaan ekonomi negara. Sekiranya Pakatan Rakyat ingin menekankan faktor ini, ia harus memberikan imej kepada pengundi bahawa mereka handal dalam urusan pentadbiran negara, namum ia sukar untuk dilaksanakan.

    Selain itu, Pentadbiran yang bersih juga memerlukan pentadbiran yang kukuh. Namum selain daripada Kelantan dan Pulau Pinang, negeri PR lain dimana kerusi mereka hanya setaka melepasi 1/2 daripda dewan kini menghadapi serangan hendap daripada BN. Sekiranya Najib mengambil langkah untuk memerangi rasuah dengan membawa beberapa pengawai yang rasuah menghadap mahkamah maka “Pentadbiran yang bersih” dan “hubungan antara kaum” akan menjadi dua tarikan supaya pengundi menyokong Najib.

    Pilihan yang tidak dapat dimanfaatkan oleh Najib ialah mendemokrasikan sistem pentadbiran. Sekiranya Najib memperkenalkan langkah mendemokrasikan sistem pendbiran maknanya sistem 1 parti memerintah sekarang iaitu UMNO akan menghadapi jalan buntu. Walaupun Barisan Nasional masih memerintah tetapi mereka terpaksa untuk memperkenalkan polisi yang mesra kepada semua rakyat Malaysia. Inilah sebab kenapa Najib sehingga sekarang masih tidak memansuhkan ISA, mengikat media, tidak memperbaharui sistem pilihan raya, tidak menubuhkan IPCMC untuk menyemak tindakan polis.

    Mendemokrasikan pentadbian memberikan manfaat kepada Pakatan Rakyat. Walaupun sama ada Najib akan melaksanakan sistem ini atau tidak, ia masih memberikan markah tambahan kepada Pakatan Rakyat. Malangnya Pakatan Rakyat paling tidak berusaha kuat dalam pilihan ini. Jadi boleh salah siapa?

  3. Siapa Pembohong di Parlimen?

    Siapa Pengkianat?

    Pakatan?

    BN?

    Wahai melayu Kenapa nak di bela orang India yang memusnahkan Negara.

    1 Malaysia

    Melayuku, sedar la sikit. Dah memerintah 52 tahun.

    Melayu tipu rakyat.

    Ada kuasa tapi masih tunduk pada orang yang laknat ugama ku dan bangsa ku.

    Siapa tipu siapa?
    Sedar lah wahai kaum Ku

    Pemimpin siapa ni?

    Jangan jadi barua kepada Kafir.

    Siapa kafir?
    BN?
    Pakatan?

    Kena tipu masih nak sokong lagi.

    kerana apa?

    Projek.

    Kerana projek sanggup gadaikan Ugama bangsa & Negara.

    jangan la nak kaya sanggup hancurkan melayu.

    Melayu apa ini?. Kenapa perlu disokong.

    Aku pun buat projek juga. Tapi masih sayang dengan ugama,bangsa & Negara ku.

    Cukup lah. Sedar lah wahai melayu. jangan mudah diperkotak katekan.

    Mana rempahman,Hj ronine lieww dan budak tadika.

    Sila beri pandangan. jangan beri pandangan bodoh lagi jahil ugama.

    Insaf lah dan bangun la Melayu ku.

    Jangan tidur dengan projek yang tak seberapa sanggup gadaikan bangsa , ugama & Negara

    Siapa? Siapa? Siapa?

    • wa pon melayu gak, tapi melayu yang tolak ugama dan syariat memang tak leh pakai, useless. so the choice is yours, guna akai laa broooo.

      • Kamu melayu yang bagimana?
        Adakah kamu melayu bantu melayu
        Adakah Kamu melayu yang merosakan Agama bangsa dan negara

        1malaysia

        Mana pergi bangsa.

  4. Salam.. minta tolong klik link dibawah
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • heroesssss dan rossagisa ni budak bengong la…..

      hampa dua ekog dah kena tipu kat orang lein. hampa dah bayag rm 100 sorang untuk dapatkan link supaya hampa dapat tipu orang lain………..

      huh………… aku dah klik dah. tadak satu penegaan pun…. yang ada
      pertaruhan. kalu orang sian kat hampa dapat sposen sekali klik. sampai bila hampa nak balik modal ni ? abang kelabu dah serabut macam beruk kulum
      batang *****nya sendiri.

      adik 2 ekog janganlah wat kija menipu ni……. tak baiiiiiiiiiiik. hampa minta kija lein la. cikgu ka, doktog ka, deba teksi sapu ka, kandag taik ka. konsep kija
      misti ada kija…… ada upah, dapat pitih. kalu hampa dua ekog buat tu kalu tidak berjudi……. menipulah jawabnya.

      konsep penegaan yang adik 2 ekog buat tu tadak menaikan ekonomi negarapun……. menjahanam adalah. dok diam……. tapi nak suh pitih masuk.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: