Posted by: pinkturtle2 | November 12, 2009

Kesabaran bekas suami kita juga ada batasnya…

Peringatan Dari Bekas Suami…

Suami isteri bila dah bergaduh… macam-macam keburukan dan keaiban yang tak sepatutnya didedah akan terdedah.pekara dalam kelambu pun habis nak diratibkan.yang dalam tandas pun turut tidak ketinggalan…

Terutamanya yang si isteri… bab dedah ni dialah yang nombor satunya.Dialah pakar dalam selok belok mendedah ni, dengan gaya dan stail nya, habis orang ramai akan terpukau… Yang dia pernah buat silap pun dia kata suaminya yang salah… alahai  si  isteri.. cukup lah tu. kalau dah bercerai buatlah cara orang becerai.kalau dah ditalak satu oleh suami , beristirfarlah banyak2.

MINTAK AMPUN DENGAN ALLAH,MINTAK MAAF DENGAN SUAMI, HALALKAN MAKAN MINUM KITA, MANALAH TAU KOT-KOT SUAMI AKAN RUJUK BALIK… MANALAH TAU MUSIBAH YANG MENIMPA KITA ITU ADALAH UJIAN DARI ALLAH UNTUK MENGKIFARAHKAN DOSA-DOSA KITA YANG LEPAS ATAUPUN BALA DARIPADA ALLAH UNTUK MENYEDARKAN KITA .

Tak payahlah nak memburukkan BEKAS suami kita,nak memaki bekas suami kita lagi.Buanglah sifat nak mencari dan mereka – reka kesalahan bekas suami kita untuk memperlihatkan kepada umum bahawa suami kita amat jahat dan paling jahat di atas muka bumi ini ,dan kitalah yang teraniaya dan dizalimi oleh sang suami pada pandangan umum.Tak ada faedah apapun.Kalau betul sekalipun bekas suami kita jahat apa lagi faedah yang kita dapat hasil dari usaha kita itu.air muka kita juga akan malu.Dia tambah dua lagi talak pada kita, lagilah maluuu… lagi teruk nasib dan musibah kita di hadapan hari.

ATAUPUN TAKUT-TAKUT NANTI SUAMI KITA JUGA AKAN DEDAHKAN KEBURUKAN TENTANG PERANGAI KITA SEMASA KITA MENJADI ISTERINYA…. NAYA KITA… DALAM TANDASPUN AKAN TERKELUAR…

SANGGUPKAH KITA BERDEPAN APABILA BEKAS SUAMI KITA MENDEDAHKAN TENTANG KITA SEMASA KITA BERADA DI DALAM KELAMBU DAHULU

KEMUNGKINAN BESAR JUGA SUAMI KITA AKAN DEDAHKAN MENGAPA SEBAB DIA MENCERAIKAN KITA… YANG NI LAGI DAHSYAT DAN PALING MALU DALAM HIDUP SEORANG YANG BERGELAR JANDA…

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI BEKAS ISTERI ATAU JANDA YANG BAIK…

Suatu ketika bekas suami ada berkata “dulu aku pernah menghormatimu,tapi jodoh kita tidak panjang dan kita sudah tidak ada kesefahaman lagi dalam hidup, aku sudah tak larat lagi untuk menjaga mu kerana kamu selalu keluar rumah tanpa pengetahuanku dan selalu tidak balik rumah dan juga kamu sudah tidak mengenali lagi rumah suami kamu sendiri.Dan yang lebih parah lagi kamu sudah lama berlaku curang kepadaku…maka penceraian adalah jalan yang terbaik buat kita demi masa depan kita juga….”

Kamu jagalah diri kamu baik-baik… dan aku juga akan menjaga diriku baik-baik” kata bekas suaminya pada teman-temannya, pada teman-teman bekas isterinya, pada saudara -saudara bekas isterinya dan yang paling paling paling penting sekali untuk diambil perhatian adalah kepada mertua bekas isterinya… ( jagalah dan didiklah anak abah itu elok-elok, jangan pula anak abah yang tak berapa cerdik  itu mendidik abah pula… satu lagi, abah juga perlu berhati-hati, silap haribulan dengan abah-abah sekali dia lingkup dalam tong sampah… malu besar abah dan mama nanti. berhati-hatilah abah.)

Image001

Kalau tak faham… Baca sekali lagi, insya Allah akan faham


Responses

  1. Penceraian adalah perkara HALAL tetapi tidak disukai ALLAH.
    Namun jika terjadi penceraian, terimalah
    dengan redha.
    buat apa nak dedahkan keburukan. setiap
    manusia ada baik buruknya.

    • adik kapiag autar ni masa waras….. waras jugak.
      posting banyak karut. kalu hak ni abang kelabu yang beik hati satu pala ngan adik kapiag autar.

      idup, mati, rezeki dan jodoh tu mutlat milik qada, dan qadar allah. cuma faktor ikhtiar manusia takleh tolak sebab takut jadi penganut mazahab
      jabariah.

      pala hotak adik kapiag autar dalam bab ni……….. fuhhhhhhhhhhhh….
      abang kelabu salute la.

      he he he
      bergurau sambil nasihat

  2. kalau dah ramai jadi janda @ jandatu (janda tua) @ jandada (janda muda) boleh laa buat iklan kat internet atau face book – boleh laa aku tumpang sekaki mana laa tau kot boleh buat bini pasai laa ni tengah doh ummpphh lagi………

    • gatai peliag

      he he he

  3. Faham ma….

  4. alasan ariff fahmi pecat syed azidi lucu kerana tidak masuk pejabat dan disiplin.Cuba tanya dia yang dia letak adik husam musa kat darul digital tanpa perlu masuk pejabat tu apa hal…..senang2 bagi gaji rm 3000.Tuan empunya diri rilex tak yah kerja, masuk opis masa mula2 perkenal diri dulu jer…..lu pikir le sendiri

  5. Salam.

    Kenalah cerdik.
    Guna akai.

    Anggaplah.
    Ceraiberai perkara biasa.
    Kalau sudah.
    Tak suka.
    Tak sebulu.
    Tak sehati.
    Tak sejiwa.
    Tak sealiran.
    Tak sekata.
    Tak seindah rupa.
    Bercerailah.

    Malangnya.
    Bagaikan tak tahu malu.
    Bagaikan tak ada hidung.
    Masa suka.
    Masa sayang.
    Ketiak pun wangi.
    Kentut pun wangi.
    Yang sulit2 memangnya wangi.

    Bila bercerai.
    Yang kita pernah sayang.
    Diheboh2kan.
    Tak tahu malu.

    Walaupun, wartawan tanya.
    Walaupun, wartawan tak tahu malu.
    Yang kita tumpang, tak tahu malu.
    Pasai apa.

    Kalau kata tak malu, marah.
    Kalau kata bodoh, marah.
    Kalau kata bangan, pun marah.
    Mungkin, kalau kata biol.
    Boleh senyum kot.

    Baik bekas2.
    Bekas suami.
    Bekas isteri.
    Tahulah malu, ya.
    Tolonglah.

    Sekadaq meluat.

  6. Tak ada cerita rasuah pi haji ke? RM 65 k, banyak tu……….siapa tu? Siapa yang Rasuah? opps silap DERMA…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: