Posted by: pinkturtle2 | November 25, 2009

OSA Selangor Akan Pertahan Khalid


Responses

  1. Peguam: Najib ‘dikaitkan’ dengan kehilangan Bala
    Nov 25, 09 4:40pm
    Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya ada kaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam perisik persendirian itu, Americk Singh Sidhu.

    Menurutnya, fakta-fakta nampaknya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu dia lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

    Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik Najib – Datuk Nazim – dan menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa dia (Nazim) berminat dengan kehilangan Balasubramaniam “jika dia tidak mendapat perlindungan dari abangnya?”.

    Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

    Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan isteri Najib – Datin Seri Rosmah Mansor – supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.

    Najib telah berulangkali menafikan spekulasi bahawa beliau adalah di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

    Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan balasubranamiam menarik balik akuan bersumpah pertamanya dan pertemuan seterusnya beliau dengan bekas pegawai polis itu, selepas muncul semula dari persembunyian setahun kemudiannya.

    Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai “satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu.”

    “Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian,” katanya.

    Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua”.

    Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat – Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam – juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana subahat dan konspirasi.

    Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Bala di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

    Berikut adalah bahagian pertama daripada dua siri wawancara dengan Americk:

  2. Salam, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • heroesssss dan rossagisa ni budak bengong la…..

      hampa dua ekog dah kena tipu kat orang lein. hampa dah bayag rm 100 sorang untuk dapatkan link supaya hampa dapat tipu orang lain………..

      huh………… aku dah klik dah. tadak satu penegaan pun…. yang ada
      pertaruhan. kalu orang sian kat hampa dapat sposen sekali klik. sampai bila hampa nak balik modal ni ? abang kelabu dah serabut macam beruk kulum
      batang *****nya sendiri.

      adik 2 ekog janganlah wat kija menipu ni……. tak baiiiiiiiiiiik. hampa minta kija lein la. cikgu ka, doktog ka, deba teksi sapu ka, kandag taik ka. konsep kija
      misti ada kija…… ada upah, dapat pitih. kalu hampa dua ekog buat tu kalu tidak berjudi……. menipulah jawabnya.

      konsep penegaan yang adik 2 ekog buat tu tadak menaikan ekonomi negarapun……. menjahanam adalah. dok diam……. tapi nak suh pitih masuk.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: