Posted by: pinkturtle2 | November 27, 2009

Luahan Hati Nik Amalina Nik Aziz

Assalamualaikum WBT

Salam AIDIL ADHA kepada semua yang melayari blog ini. Aidil Adha begitu sinonim dengan PENGORBANAN. Dalam setiap perjuangan, pengorbanan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Bukan sahaja seorang pejuang perlu membuat pengorbanan malah ahli keluarganya juga terpaksa berkorban. Kadang-kadang pejuang juga mungkin terkorban…..

Saya menerima luahan hati seorang anak pejuang yang juga pada masa yang sama seorang isteri kepada seseorang yang namanya giat diperkatakan oleh media perdana dan media baru. Saya berempati dengannya dan bersetuju untuk memberi ruang di dalam blog saya untuk beliau berkongsi perasaan – Dr. Siti Mariah Mahmud

Ini ialah luahan hati Nik Amalina Nik Aziz………

Suamiku, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman

……………………………………………………………………………………………….

Salam Ukhuwah,

Hampir empat hari berlalu…ujian yang cukup mencabar bagi kami…InsyaAllah kami tanamkan semangat bahawa ujian ini ada hikmahnya buat kami. Sehinggalah ke saat ini kami masih mampu menjalani kehidupan sepertimana biasa, masih boleh bergelak ketawa bersama anak-anak dan juga tetap bersembang bersama Tok Guru dan Bonda tersayang, serta berborak mesra bersama adik-beradik yang lain daripada kedua-dua belah pihak, yang tentunya tidak pernah keputusan memberi kata-kata semangat juang buat kami serta doa yang berpanjangan buat kesejahteraan kehidupan kami sekeluarga. Terima kasih untuk kalian!

Isu ini sedikit sebanyak mengundang kesedihan dikalangan kami sekeluarga. Ia mampu menjadi satu isu yang membuatkan kami semua membincangkannya dari pelbagai sudut. Walaupun kami sedih, kami tetap tenang. Kami tidak perlu berduka berlama-lama, kami harus bangun! Kami ingin bangun membuktikan kebenaran! Langkah kami belum mati, kami akan sentiasa maju ke hadapan! Datangnya kami dari keluarga yang dimuliakan, dan sesungguhnya kami tidak sesekali rela keluarga kami dihina.

Alhamdulillah, saya mempunyai sebuah keluarga yang matang. Semuanya tenang dalam mengharungi suasana laluan yang sukar ini. Kami dididik, selain ditarbiah baik bahawa jangan sesekali berbuat jahat, malah berusahalah untuk sentiasa berbuat kebaikan. Ia adalah sesuatu yang konsisten antara kehidupan di dunia menuju ke akhirat. Ayahanda sentiasa berdoa dan mengajar kami supaya mendoakan agar ‘jadikanlah kami semua imam kepada orang-orang yang bertaqwa’. InsyaAllah…

Apabila saya menjengah dunia, ditakdirkan saya berada dalam sebuah keluarga yang dikenali ramai. Saya memang bertuah kerana hampir memiliki segala-galanya di dalam kehidupan dunia ini, tapi semuanya adalah secara bersederhana. Saya seorang yang cintakan kedamaian, dan sesungguhnya onar yang berlaku dalam isu ini sungguh menjerut rasa di hati saya. Jiwa saya sentiasa menuntut untuk berbuat kebaikan, mungkin kerana ia hasil dari didikan kedua ibubapa saya, malah dengan akal yang sudah cukup sifatnya di usia saya sekarang, saya sentiasa cuba untuk tidak mencalit arang kepada kedua ibubapa saya yang masyhur itu. Kadangkala datang juga rasa ketidakadilan berlaku dalam kehidupan ini, namun belajarlah menerima hakikat bahawa, dalam kebertuahan itu masih ada kecacatannya.

Saya hidup didalam sebuah keluarga yang sering sahaja diuji. Dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ke sebesar-besar ujian. Ia bergerak seiring dengan waktu saya membesar. Hari ini giliran saya pula menerima ujian yang hebat ini. Ia begitu mengasak fikiran kerana kelihatan mampu menguasai dunia realiti dan maya.

Saya tahu saya bukan bersendirian menghadapi ujian ini. Saya dan suami punya ‘pasukan’ yang kuat untuk menyokong kami dari mana-mana sisi sekalipun. Apa yang penting, kami tahu Allah swt hanya memberikan ujian ke atas hamba-hambaNya mengikut kemampuan hambaNya itu. Barangkali ia suatu ‘alarm’ kepada kami agar kami kembali muhasabah diri dalam meniti hari-hari yang berlalu dan juga yang mendatang. Mungkin ini saat terbaik dalam kehidupan kami, untuk kami terus merendahkan jiwa kami kepada Maha Pencipta kami, untuk kami menginsafi diri, lantas menitis air mata yang kadang-kala kami lupa untuk menghulurkan keikhlasan kami kepada Mu ya Allah…Pinta kami semoga Tuhan tidak pernah memandang enteng kepada kami walau dalam keadaan bagaimana pun keadaan kami ini. InsyaAllah…

Tatkala kita semua menghampiri saat-saat bahagia menghampiri Hari Raya Korban, jiwa saya turut tersentuh mengenangkan ada situasi yang perlu dikorbankan. Ia bukanlah situasi yang mudah, tapi bukanlah sukar untuk saya menerima pengunduran suami saya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman dari jawatan CEO PMBK beberapa hari yang lalu. Saya menerimanya dengan hati yang tenang walaupun sedikit kecewa dengan situasi yang tidak memihak kepadanya.

Saya tetap optimis mengharapkan bahawa masih ada sinar yang akan menyelubungi kami sekeluarga. Walaupun ia sebuah memori yang pahit, saya tetap menerimanya dengan lapang hati. Namun terselit di jiwa saya rasa terkilan bahawa masih ada manusia di dalam kelambu PAS yang begitu rakus membaham sesama sendiri sehingga sanggup melukakan hati seorang tua yang juga Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan, merangkap Tok Guru yang disayangi segenap lapisan masyarakat, yang tentu-tentunya beliau adalah Ayahanda saya yang tercinta. Jauh di sudut hati saya, sesungguhnya saya tidak rela ia terjadi begitu namun saya tetapkan pendirian bahawa yang terjadi itu ada hikmahnya dan barang tentu kita hanya merancang, sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik!

Dalam menghadapi kemelut ini, ramai sahabat-sahabat yang telah menghubungi saya bertanyakan khabar berita. Ada yang sekadar menghantar sms, ada pula yang sanggup melambungkan bil handphone mereka dengan bersoal-jawab bersama saya, tidak kurang yang sanggup datang ke rumah untuk mendengar saya ‘berceramah’. Paling saya hargai ada sepasang suami isteri dari Terengganu yang sanggup langsung ke rumah saya demi untuk mencari kebenaran. Pada waktu itu mereka semua menyatakan sokongan padu bahawa kami berada di pihak yang benar!

Hati saya tetap lapang meniti hari-hari yang penuh cabaran. Dalam menyusuri kemelut ini, saya dan suami sering berbincang kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kami akan hadapi nanti. Walaupun begitu, kami tidak merancang apa-apa dan kami tiada perancangan ke atas kemungkinan-kemungkinan itu kerana kami masih optimis kami sentiasa di pihak yang benar. Namun siapa tahu kebenaran itu boleh tertimbus oleh kebatilan yang terancang!

Bukan sedikit kesan negatif yang terpaksa kami terima dari kemelut yang terancang ini. Perancangan kejahatan ini telah menemui titik noktahnya yang pertama! Namun saya tahu perancangan jahat ini masih belum menemui titik noktah penyudahnya!

Saya sentiasa bersedia menjadi sayap kanan kepada suami tercinta. Selagi saya yakin dia berada di pihak yang benar saya tetap akan padu menyokongnya. Bukan hanya dia yang membina keyakinan saya, namun saya masih ada keluarga yang jitu memperteguhkan kebenaran yang tercipta.

Saya sentiasa ada untuk menyokong segala gerak kerja suami saya dalam membangunkan negeri Kelantan yang tercinta ini. Saya sentiasa mahu menyuntik semangat kepada dirinya untuk bergerak maju menongkah arus membina kekuatan baru bagi negeri Kelantan ini. Saya sentiasa di sisinya untuk memberi idea yang terbaik dalam segala aspek kehidupan kami.

CEO

Hari ini suami saya masih CEO PMBK. Bagi saya pencapaiannya sungguh memberansangkan. Ia sebuah pencapaian yang boleh dibanggakan kepada keluarga kami. Kami semua mengalu-alukan pencapaiannya itu. Namun siapa tahu akhirnya dia mampu dijatuhkan oleh satu fitnah yang terancang hebat.

Pada suatu hari dia memaklumkan kepada saya bahawa ayahanda telah melantiknya ke jawatan CEO. Saya mengucapkan tahniah. Apabila ada luang masa untuk berbicara dengannya saya mengingatkannya bahawa ini adalah suatu amanah yang besar. Bukan hari itu saja saya mengingatkanya, tapi sering! Saya sendiri mahu dia menjadi seorang CEO yang berjaya. Saya mahu dia sentiasa di landasan yang betul dan benar. Saya mahu dia dihormati kawan mahupun lawan. Bukan niat saya untuk menyibuk perihal kerjayanya, tapi saya tahu kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku kerana saya tahu apa itu politik!

Pelantikan suami saya ke ‘kerusi panas’ PMBK adalah daripada sokongan ayahanda tercinta. Saya bersetuju untuk suami memberi persetujuan kepada ayahanda menerima jawatan itu selepas hampir empat kali ayahanda menyuarakannya dalam tempoh setahun yang berlalu. Pada saat itu, saya pasti kelayakan dan kewibawaan suami saya adalah menjadi titik penentu ayahanda memilih dia untuk menerajui takhta PMBK.

Siri perlantikan ke ‘kerusi panas’ ini bukan berlangsung sebulan dua, namun ia memakan masa selama setahun dua. Apabila namanya dicadangkan oleh ayahanda, saya memberi nasihat untuk dia memikirkan semasak-masaknya. Saya meyakininya bahawa, terima jika berkemampuan, dan tolaklah jika ia suatu amanah yang tidak mampu digalas. Perasaanya ketika itu bersimpang-siur. Saya sentiasa disisinya untuk sebarang pandangan yang sihat, menerima amanah bukan seperti mendapat habuan yang indah, itulah ingatan saya kepadanya. Akhirnya dia memilih untuk menjawab ‘YA!’. Saya meyakini diri bahawa dia adalah calonnya untuk jawatan panas itu. Keluarga turut menyatakan sokongan. Dalam tempoh mendokong amanah besar itu saya akur kepada kehebatannya dan saya tahu dia boleh menjangkau impian besar ayahanda dalam menerajui bumi Kelantan ini.

Kami menjalani kehidupan seperti biasa walaupun selepas suami saya digelar CEO. Saya tetap berfungsi sebagai seorang suri kepada sebuah rumahtangga dengan menjalankan tugas-tugas rutin saya. Kadangkala kami berkunjung ke rumah ayahbonda. Ada masanya kami berbincang, apa saja isu yang terluah di meja makan yang kami panggil ‘persidangan meja bulat’. Tiada apa yang pelik selepas perlantikan itu, sekadar isu yang telah kami jangkakan, ada yang tidak bersetuju dengan perlantikan itu! Kami tetap juga bersabar menghadapi hari-hari mendatang.

Segala kemungkinan yang mungkin berlaku hasil dari perlantikannya itu telah cuba kami hadap bersama. Apa yang pasti kami sedar bahawa fitnah akan sentiasa mengekori kami setiap masa. Kami cuba untuk membuat yang terbaik. Saya yang sentiasa optimis tidak pernah memikirkan bahawa suatu hari nanti dia akan kecundang. Saya sentiasa berkeyakinan bahawa apa yang baik akan dibalas baik. Saya sentiasa menyokongnya untuk berbuat segala jenis perkara kebaikan, bukan setakat kerana kebaikan itu adalah baik, tetapi beringat-ingatlah bahawa kita sentiasa diperhatikan, baik dari kacamata kawan mahupun lawan kerana kita adalah ‘public figure’.

Saya sendiri tidak mendambakan kesenangan apabila suami saya dilantik menjadi CEO. Namun lumrah kehidupan, setiap kejayaan itu dirai dengan sebuah kegembiraan. Suami saya juga dikenali sebagai KJ Kelantan. Mana samanya? Tentunya suami saya lebih cerah, jika adapun sebenarnya dia bukan berkulit cerah. Bagi saya suami saya seorang yang terbuka, walaupun agak sukar untuk menerima kritikan, tapi dia bersedia untuk berhadapan mendengar sebarang kritikan.

Saya sentiasa memberi ingatan kepadanya. Saya kenal suami saya. Dia seorang yang maju ke hadapan. Dengan ilmunya sebagai seorang Jurutera menjadikan dia seorang yang kritis dan kreatif. Dia seorang yang sukakan cabaran. Kerana sukakan cabaran itulah dia sanggup menggalas jawatan penting yang disuakan kepadanya. Saya yakin dengan jawatan yang disandangnya itu mampu memberi ‘kuasa’ baru kepada daya saing negeri Kelantan.

Selain membawa watak sebagai isteri penyeri sebuah rumahtangga, saya juga sentiasa bersedia untuk memberi idea yang terbaik buat suami. Sebagai isteri, saya mahu dia menjadi suami terbaik didalam rumahtangga saya. Saya juga berusaha untuk memberi yang terbaik kepada kerjayanya. Saya sentiasa memberi idea yang segar kepadanya. Saya juga cuba membawa watak seorang sahabat yang dinamis selain daripada saya mencuba untuk menjadi seorang isteri solehah kepadanya.

Selain dari sokongan yang diberikan oleh ayahanda, saya tahu suami saya punya semangat yang tinggi dalam kemahirannya. Dia seorang yang berkeyakinan tinggi di atas apa yang dia mahukan. Dia sentiasa yakin dengan setiap keputusan yang dibuatnya. Tidak semua saya boleh bersetuju dengan segala tindakannya, namun saya berani memberi kerelaan kerana saya tahu rasional dia berbuat demikian. Saya iring dengan teguran-teguran yang membina agar dia tidak tersasar haluan. Saya mahu saya sendiri berfungsi adil kepada rakyat Kelantan kerana suami saya mensasarkan sesuatu yang lebih baik kepada mereka. Saya bangga kerana setiap apa yang dia lakukan adalah untuk kesejahteraan masa depan rakyat Kelantan. Saat itu, saya membina keyakinan yang lebih baik bahawa ini adalah keputusan terbaik ayahanda kerana dengan pengetahuan politik yang lumat, beliau tahu apa sebenarnya yang beliau mahukan. Bukan sahaja kecemerlangan akademik menantunya itu, bahkan lebih dari itu, iaitu sebuah keikhlasan untuk patuh dan taat pada setiap kemahuannya.

Tidak perlu untuk saya menutur kata bahawa saya menyokong segala gerak kerjanya, cukup sekadar saya menghargai kehidupannya yang sibuk. Saya tahu dia seorang yang kuat semangat dan saya juga tahu dia bekerja sehingga lewat pagi kerana sebuah kerelaan.

Namun sebuah impian yang tinggi tidak mudah kesampaian. Ia hampir karam di tengah jalan. Suami saya diserang fitnah bertalu-talu, tempiasnya memercik kepada ayahanda tercinta. Tidak berhenti di situ saja, ia terus menjalar menjengah nama bonda, saya sendiri, anak-anak, dan sesungguhnya saya sungguh bersimpati kepada nasib kakitangan PMBK yang turut dicerca sedemikian rupa. Saya merakam simpati kepada situasi yang tidak terduga ini.

Nasib masih menyebelahi kami kerana masih ada sokongan yang kuat buat kami. Terima kasih kepada ayahbonda kerana mempusakakan kepada saya semangat yang kental. Ayahanda tegar bertahan dengan keputusan, bonda meraih kekuasaan tuhan. Saya bertahan dengan sebuah pengharapan. Namun masih samar kelihatan jalan keluar dari kemelut ini. Suami saya tetap bertahan melawan arus yang kian mencengkam.

Ada saatnya ketika itu saya sekeluarga bersedih. Sebuah kerumitan buat kami semua. Namun kami sentiasa optimis masih ada sinar di penghujung cerita ini. Kami diuji, dan kami cuba menerima ujian ini dengan redha. Datangnya kami daripada sebuah keluarga yang berilmu dan beriman. Kami tahu benar untuk membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Namun ia sukar, kerana kami terpaksa melawan musuh yang bergelar kawan. Kawan yang makan kawan. Kawan yang menggigit dalam diam, antara sedar dengan tidak, dia terus menghadam, sehingga terjadilah seperti hari ini…

KEMELUT

Pada hemat saya, isu PMBK tercetus hasil dari perselisihan peribadi. Ada seorang kakitangan yang tidak berpuas hati dengan gaji yang ditagihnya untuk menjadi seorang bos di anak syarikat PMBK. Ia bukan masalah luaran yang besar tapi masalah dalaman yang hanya membabitkan seorang kakitangan sahaja. Seorang sahaja! Jawapannya mudah, gaji yang ditagihnya adalah terlalu tinggi, lebih tinggi dari gaji bos PMBK.

Makin hari dia membuat onar demi onar. Dia mula membuat rancangan demi rancangan. Serangannya sering menjadi kerana ia kejahatan yang dirancang rapi. Lebih-lebih lagi dia mempunyai back-up yang kukuh dari seorang ‘bos lain’. Makan gaji dengan orang lain, bekerja untuk orang lain. Inilah masalahnya!

Tidak perlu diperkenalkan lagi, namanya sudah masyhur satu alam, semasyhur nama suami saya sendiri. Dia sendiri yang mencipta kemasyhuran itu. Dia sendiri yang membuat publisiti murahan itu. Tanpa sebarang iklan. Tanpa sebarang bayaran. Percaya saja jika anda mahu. Tapi, jika anda seorang yang WARAS, AWAS! ada perangkap di hujung pena itu. Seorang yang digelar Kickdefella berjaya membawa semua watak yang diarahkannya sendiri. Mahu jadi apa? Seorang gila? Kurang siuman? Tiga suku? Katakan saja. Semestinya anda tidak kempunan untuk menjiwai peranannya itu. Namun saya masih reserve, kerana saya tahu dia seorang yang kreatif.

Apa yang saya tahu dia seorang umno. Kalangan rakan siber saya tidak menyebut umno, tapi lebih glam katanya jika disebut umngok! Saya tidaklah berminat untuk mengetahui detail tentang dirinya, tapi saya tahu dia bekerja untuk seorang Exco Kerajaan Kelantan. Pada awal kemunculannya di Kelantan, saya begitu tertarik dengan buah tangannya menghasilkan sebuah buku – yang saya lupa tajuknya – yang memaparkan pelbagai gaya ayahanda saya dalam pelbagai acara yang dihadirinya. Itu dulu. Sekarang lain. Kreatifnya itu sudah tersasar. Kali ini dia bukan lagi menghasilkan sebuah buku, tapi sebuah…filem barangkali…yang terlalu banyak dongengnya yang langsung tidak berpijak di bumi realiti.

Saya sendiri mengagumi hasil seninya terlebih dahulu sebelum mengenali empunya diri. Pertama kali saya mengenalinya ketika saya menemani suami yang mahu mencari samping untuk di pakai pada hari raya, kebetulan dia dan isterinya juga begitu. Tanggapan pertama saya, dia seorang yang baik walaupun saya agak terkejut melihat kepada isterinya, sungguh daring bagi rakyat Kelantan. Tapi jika ia boleh dikatakan satu fesyen, masih lagi boleh dimaafkan. Namun jika dilihat dari sudut agama, ia tidak menurut perintah tuhan. Dengan kata lain, berdosa.

Saya pernah diberitahu dia peminum arak tegar. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…? Tapi mabuknya dalam penulisan sungguh menjadi-jadi. Semuanya bagaikan sel-sel otaknya telah rosak teruk jika dia benar-benar seorang peminum. Kesian…Hanya orang yang mabuk juga yang boleh percaya apa yang ditulisnya.

Jangan cuba membuka aib orang jika aib sendiri sudah tidak tertanggung badan. Semua orang ada aibnya, maka berpada-padalah! Kami yang dididik secara Islam tidak betah untuk bercakaran bagi membuka aib masing-masing, tapi adakalanya syaitan itu terlalu kreatif. Kami takut digoda sehingga melebih-lebih membuka aib saudara seIslam. Jangan sehingga perlu disaman, nanti anda pula diisytihar bankrupt. Tapi tunggulah masanya, kebenaran itu akan bersinar jua. Kami masih boleh bersabar walaupun sabar kami kian menipis. Hidup ini ada maruahnya! Tunggulah harinya! Kami yakin Allah itu Maha Adil. Jika kami tidak mampu membalasnya, kami berkeyakinan penuh bahawa balasan Allah itu adalah sebaik-baik pembalasan.

Jangan kerana satu isu picisan, anda menjadi kurang siuman. Jadilah seorang manusia yang adanya dikagumi, hilangnya ditangisi. Datanglah Kickdefella mengadap suami saya. Suami saya sudah menjemputnya terlebih dahulu di suatu ketika yang harinya masih mampu dibilang perginya. Tapi tiada pula datangnya. Dayuskah anda? Pengecutkah anda sehingga seringkali bertukar ID dalam blog sendiri?

Anda mampu menjadi seorang yang bertuah kerana anda mudah untuk menjenguk Tok Guru. Alangkah beruntungnya jika anda tahu merebut peluang keemasan ini. Tapi sebaliknya, anda sendiri memilih untuk rugi di dunia, jika dunia itu konsisten ke akhirat, maka rugilah juga anda di sana. Tidak terdetikkah di hati anda rasa sedikit bersalah? Jangan pula menyalahkan orang yang sudah tentu salahnya itu sudah terang kelihatan, tapi di mana letaknya akal waras anda? Fikir-fikirkanlah jika masih ada sel otak anda yang masih baik berfungsi.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang menyokong perjuangan kami. Terima kasih kepada ayahbonda yang banyak mendoakan kesejahteraan kami.

Tahniah kepada suami saya yang sentiasa taat dan patuh kepada setiap butir bicara ayahanda. Saya sentiasa disisinya untuk sentiasa menyokong kebenaran yang dipertahankannya. Hidup ini ada maruahnya. Berdiam diri bukan bermakna kalah. Berbuat bising bukan satu kemenangan. Diamlah untuk berbicara kepada tuhan yang Maha Mendengar.

Takziah kepada manusia hebat pembentang kejahatan. Usah berselindung disebalik wartawan-wartawan yang berbayar. Walaupun bunga tahi ayam itu cantik, ia tetap busuk!

Buat suami saya, lapangkan hati, tenangkan fikiran. Saya percaya masanya tidak lama untuk sebuah kebenaran tercipta. Berundurlah setapak dengan bermaruah untuk menjangkau terjahan yang lebih jauh. Saya kagum! Tidak sia-sia membiarkan kosong kerusi panas di Darul Digital, kerana jika diisi, skripnya mungkin lebih parah. Sedarlah sahabat semua bahawa Kickdefella itu penipu besar di abad ini.

Saya mungkin tidak terlepas dari sebarang kutukan, tapi saya sudah bersedia demi sebuah kebenaran yang perlu dinyatakan. Demi untuk kami sekeluarga. Ini adalah jihad saya. Saya punya kuasa jemari untuk meluahkannya.

Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.

Fitnah ini melingkari kami sudah hampir tiga minggu. Saya mengharapkan ia beransur pergi sebagaimana perginya banjir dari bumi Kelantan ini. Suami saya masih muda, masih bersemangat dalam mencapai impiannya. Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.

Ini luahan hati seorang isteri…

Untuk ayahanda tercinta, terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami. Menantu ayah ini adalah pilihan terbaik sebenarnya. Tapi apakan daya…Terima kasih ayah kerana menerajui bumi Kelantan yang mana keberkatannya terserak kepada zuriat kami. Kepada bonda, terima kasih atas segala-galanya. Anakanda tahu bonda banyak menitis air mata mendoakan kesejahteraan kami…

Ikhlas…

Nik Amalina Nik Aziz

Isteri Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman ( CEO PMBK )

http://drsitimariah.blogspot.com


Responses

  1. inilah contoh isteri solehhah berkat didikan ayahanda nya yang tersohor TGNA…….Nik Amalina Nik Aziz adalah contoh wanita beriman dan bagaimana memperthankan suaminya Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman ( CEO PMBK )……….cuba tengok apa kata nik amalina : “Suami saya adalah pemimpin saya. Dia ketua keluarga bagi rumahtangga saya dan saya punya hak untuk mempertahankannya. Andai dia didapati bersalah, ada hukuman menantinya. Tapi untuk berserah kalah, itu bukan jantannya.”, so and so cuba anda bersuluh tengok mana nak cari isteri yang macam ni la ni kalau ada pun tak samapai satu muka surat nak tulis…….aku bukan apa-apa sebab nak cari menantu macam ni punya watak dah pupus laa ni……cuba tengok apa yang dikata lagi oleh nik amalina, “Saya optimis masih ada peluang untuknya melangkah jauh ke hadapan, meninggalkan hari ini dengan sebuah kejayaan. Saya tetap teguh di sisinya hingga ke akhir hayat kami. InsyaAllah terbentang luas rezeki untuk kami.” cuba renung batapa hebat ketaatan istri sebegini………ini tak lain dari keberkatan didikan dan tarbiah rabbani yang diterimanya dari ayahandanya TGNA…..syabas Tuan Guru………….

  2. Salam, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • heroesssss dan rossagisa ni budak bengong la…..

      hampa dua ekog dah kena tipu kat orang lein. hampa dah bayag rm 100 sorang untuk dapatkan link supaya hampa dapat tipu orang lain………..

      huh………… aku dah klik dah. tadak satu penegaan pun…. yang ada
      pertaruhan. kalu orang sian kat hampa dapat sposen sekali klik. sampai bila hampa nak balik modal ni ? abang kelabu dah serabut macam beruk kulum
      batang *****nya sendiri.

      adik 2 ekog janganlah wat kija menipu ni……. tak baiiiiiiiiiiik. hampa minta kija lein la. cikgu ka, doktog ka, deba teksi sapu ka, kandag taik ka. konsep kija
      misti ada kija…… ada upah, dapat pitih. kalu hampa dua ekog buat tu kalu tidak berjudi……. menipulah jawabnya.

      konsep penegaan yang adik 2 ekog buat tu tadak menaikan ekonomi negarapun……. menjahanam adalah. dok diam……. tapi nak suh pitih masuk.

      he he he

  3. Salam.

    Kena bisik pada ayahanda.
    Ayahanda tak boleh tunggu lama2.
    Ayahanda kena berkorban.

    Ayahanda kena bersara.
    Dan pilihlah Husam.

    Sekadaq mahu bisikan anak.

    • husam… dulu ok la…skang sori lah

      sekoq pun tak bole control….

      nak bela rakyat ramai2… lagi le hancusss..

      nampak sgt masa belum ada kuasa buat baik…

      dapat je kuasa… jadi diktator la mamat ni.

      TMB juga yg steady…

    • budak tadika nih memang jahat!
      tolong jangan menegruhkan keadaan!
      mmg engko nih umno to the core!

  4. “Apa dipandang oleh suami terhadap isterinya? Kecantikan? Kecerdikan? Kekayaan? Bagaimana jika kurang cantik, kurang … serba kurang? Sayang bini tinggal-tinggalkan? Suami sebegitu mempamirkan kekurangannya. Kurang bijak, kurang … serba kurang.

    Suami yang bijak, yang lengkap, yang bakal mengadap tuhannya dimegahi oleh nabinya kerana baik urusan terhadap anak isterinya mengikut kemahuan tuhannya ialah, ialah yang di dunia dahulu, apabila memandang kepada isterinya, ia terlihat kepada kesempurnaan kecantikan Allah Subhanahu wa Taala. Isterinya adalah cermin untuk Dia yang dicintainya.”

    “Seekor monyet keramat susah betul hendak diperangkap. Tak lekat. Pemburu handalan pun tewas.

    Pak Peladang kacang meletakkan dua biji botol berisi guli-guli warna-warni di ladangnya.

    Terpesona dek kilauan warna guli, monyet keramat menyelok kedua-dua botol.

    Dek ketamakan, dipenuhkan genggaman dengan guli.

    Ditarik tangan. Tersangkut. Nak lari. Botol guli berat. Nak panjat. Tangan sangkut dalam botol.

    Aaaapa akal? “

    • Salam KeLi.

      Cerita monyet dari mana pulak ni.
      Takkanlah kisah TG dimonyet2kan pula.
      Susah orang nak faham.

      Mu bisik saja pada TG.
      TG bersara.
      Reda cerita.
      Tapi kemelut tak selesai.
      Kerana.
      Ramai sangat nak jawatan MB.
      Semua tak mahu berkorban.
      Setakat korban kambing lembu.
      Semua boleh.

      Nak korbankan cita2.
      Nak korban cita2 jadi MB.
      Demi untuk PAS.
      Pun payah.
      Pun tak boleh.

      Sekadaq kena menghayati korban.

  5. beruntung la mereka yg d uji oleh tuhan nya
    biasa nya peperiksaan ni nak naik kelas
    lulus buleh la naik kelas,gagal buleh la mengulang ngaji
    dek kerana seni nya jiwa manusia tentu tekanan membuat ukiran kalam rasa
    d luah melalui bahasa supaya kurang bebanan nya
    he he he he he he he he
    terpesona aku pada Mu
    aku tergoda pada MU
    kickdefella,memang tendang kawan

    • Salam Tumpang Lalu.

      Gelak mu tak kena.
      he he he he…….
      Tak ada uuuuuummmmph.

      Cuba mu gelak.
      hara hara kah kah kah
      hara hara kah kah kah

      Barulah ummmph.

      Sekadaq main tumpang aje.

  6. Tahniah kepada TGNA kerana berjaya mendidik seorang anak yang solehah.

  7. Kickdefella dah wat hal dgn artikel nih… Mmg x pernah rase bersalah mamat Kicks nih…

    http://kickdefella.wordpress.com/2009/11/27/surat-daripada-nik-amalina-nik-abdul-aziz

    Saya merupakan bekas pekerja Global Media Channel (GMC), dan pernah bekerja dibawah Syed Azidi atau dikenali sbg Kickdefella (yang merupakan CEO di GMC). Sy rase agak malu dgn tindakan ex-bos sy nih, mengata orang lebih2 tp diri sdiri xmau cermin. Dah la GMC tu dah nak tutup, nampak sgt Kicks nih org yg x berkaliber membawa satu institusi utk maju ke depan… Asyik main politik kotor je, mmg tertutup laa pintu rezeki… Kat GMC, Kicks jd CEO, istri jd pengurus, ntah2 segala harta syarikat kat GMC bawak blik umah wat harta sdiri… Malu, malu…

    Sy dah lame dah memerhati blog Kicks tu, segala artikel yang ditulis byk fitnah dr yang betul… Dah la tu, comment yg ditunjuk tu penuh ngan PhD (perasaan hasad dengki), comment sy plak x pernah nak tunjuk, sengaja nak api2 kan lg suasana… Knp sy katakan byk fitnah, sbb segala huraian yg dilakukan diberi tanpa bukti… Kalu yg ade cam bukti gambar AAF bersama pompuan tu ble la diterima, tp dlm kes ni, yg amik gambar tu bkn ke Kicks sdiri, mlh Kicks pun ade jugak amik gambar ngan pompuan tu… Malu, malu…

    Dah laa nak tunjuk alim, angkat sumpah depan tok guru mengata bhw dia sdiri x pernah buat aduan kat SPRM, x pernah beri maklumat kat ADUN BN… Mmg laa x beri, dah dia kasi tau kat rakan dia, pastu rakan dia bgtau kat SPRM @ ADUN BN tuu (lebih kurang begitu la kronologi nyer)… Mmg Kicks nih seorg mulut tempayan kot… Malu, Malu…

    Kat GMC dlu, pekerja2 x pernah nak dibayar PERKESO dan KWSP, agak nyer duit masuk poket Kicks sdiri kot… Dah la tu, sume pekerja yg dipecat, dipecat 24j je tanpe beri pe2 notis dlu, ade jugak yg byk cari modal utk syarikat GMC tu dibuang begitu saje sbb dengki ngan kejayaan mrk… Mmg dah Kicks ni jenis org PhD, x ble nak tgk anak melayu jaya skit, trus dia jatuhkan… Malu, malu…

    Sy pun turut malu sbb pernah keje under mamat Kicks nih… Malu, malu…

    • ex-GMC..tulisan engko berbaur fitnah nih. Bahaya ni. Penuh dengan emosi juga.

      • Tlg kasi tau bab mane yg fitnah, nti sy huraikan secara panjang lebar (kalau ble beserta bukti skali sy akn tonjolkan, itu pun klu ade)… Tp ikhlas, mmg sy penuh dgn emosi sbb Kicks pernah sy respect akn kreativitinya, namun digunakan dgn permainan ‘kotor’ sebegini buat sy sedih…

        Sedih… sedih…

  8. tak wajar anda menulis dalam blog. nampak macam menegakkan benang yang basah

    • salam

      setuju dengan mas….tak perlu menulis diblog kerana nak jadi isteri solehah…

      cuba bawa muhasabah diri… adakah ujian ini diturunkan Allah kerana TGNA sendiri pernah berdoa yang tidak baik kepada PM Malaysia… maka yang tidak baik itu turun ke dalam keluarga sendiri…

      hujung2 usia ni TGNA dah banyak tersasul… adakah kerana dia sudah tua? atau dia memang kurang bijak mentadbir negeri sehingga boleh dimanipulasi anak2 didik sendiri….

      Jika Pak Lah berani meletak jawatan PM… tak kan TGNA tak berani nak letak jawatan MB Kelantan saje…dah banyak desakan luar dan dalam. sape2 pun boleh tadbir kelantan tu…

      sekadar tak kisah…tak de kena mengena ngan kelantan langsung…

  9. Salam …. Apa salahnya Nik Amalina meluahkan isi hatinya sebagai seorang isteri kepada suami yang difikirkan telah dianiayai? Kenapa luahan isi hati seorang yang inginkan keadilan dihina dan dikeji sedemikian rupa? Kenapa luahan isi Kickdefella selepas pemecatannya disokong habis-habisan oleh penyokong – penyokongnya? Apa kelebihan Kickdefella? Itu yang mesti kita kaji. Nik Amalina menulis mungkin baginya satu titik dimana dia perlu memulakan perjuangannya menyokong suaminya sendiri. Adakah itu salah? Luahan isi hatinya mungkin akan meredakan kegusaran di dalam dirinya kerana dia yakin suaminya berada di pihak yang benar. Apa yang perlu kita buat ialah meneliti kronologi yang diceritakannya bukan menghinanya hingga sedemikian rupa.

    Kepada sesiapa yang pandai mencaci, menghina apa jua tulisan dalam blog ini, pernahkan anda terfikir, DISAAT ANDA JARI JEMARI ANDA MENULIS UNTUK MENGHINA, MENCACI, MEMFITNAH ORANG, NYAWA ANDA DIAMBIL OLEH ALLAH SWT TANPA SEMPAT ANDA MEMOHON MAAF TERHADAP ORANG YANG ANDA HINA ATAU CACI, APAKAH BALASANNYA? Jadi, fikirlah dengan pandangan bahawa ada Allah yang Maha Melihat, Mengetahui niat anda yang sebenar-benarnya. Untuk Nik Amalina, teruskan perjuangan anda di dalam menempuh saat-saat yang genting dalam hidup anda dengan ujian dan dugaan dari Allah S.W.T. Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar biarpun anda mendapat tentangan yang hebat mengenai tulisan anda.

  10. Saya amat memahami perjuangan Islam tetapi alangkah sukarnya untuk bergantung seluruh kehidupan kepada pertubuhan Islam yang tidak benar-benar mencirikan sirah Rasulullah.. Apa jua cubaan dan dugaan tetapi Rasulullah tetap merasa keamanan dan ketenangan kerana Rasulullah tidak pernah bergelar CEO dimana-mana pertubuhan serta Rasulullah tidak pernah bercita-cita demikian.
    Sesungguhnya Pertubuhan Rasulullah berjaya kerana siang dan malam berjuang serta sentiasa bersama rakyat …….

  11. “Kickdefella” = Kick the fellow. Tendang orang itu. Masa ni dia berjaya tendang pungkoq orang. Satu hari nanti tiba giliran pungkoq dia pulak kena terajang. Masa tu dia akan bertukar nama jadi “defellakickmybutt”.

    ha ha

  12. Sgt elok Tuan Guru berehat dari dunia politik dan pentadbiran ni. Rehatlah seeloknya kerana kesihatan TG dah kian merudum dan usia pun dah makin lanjut. So, kalau TG rasa nak turun takhta MB Kelantan sgt elok bebenor. Bagi peluang muka baru lak, kita tgk camner deme2 tu buat kerja. Amacam?

  13. Memang Nik Amalina seorang yang baik sangat. saya kenal dia masa di UTM lagi. Dan apa yang ditulis oleh Nik Amalina ni memang sebaiknya untuk seorang isteri yang tegar mempertahankan suami.

    Tetapi adalah SALAH untuknya bersubahat mewar-warkan cerita kononnya kickdefella ni peminum arak. Cerita tu adalah cerita yg tidak pernah ada bukti maka tarafnya adalah setaraf fitnah. Dan bersubahat menyebarkan fitnah adalah SALAH. Di situ dah boleh nampak emosi menguasai akal.

    It would have been a good writting if not for that baseless statement.

    • salam…

      banyak lagi yang berbaur emosi…bukan bab tu aje…baca sekali lagi…

      jangan sampai jadi Wan Azizah udah le…sian..

  14. Untuk Irfan Mohd Nor……..hang kata Nik Amalina tu tuduh kickdefella kononnya dia tu peminum…. lalu hang kata lagi sebagai bertaraf fitnah………awat laa hang tak berhubung dengan nik amalina tu kalau dah hang kata dia tu kenalan hang di UTM dulu……. jadi hang pun jangan laa buat double fitnah……cari dulu sumbernya betoi ke tidak…….jangan maraaah aaa

  15. bini orang…ex-CEO tu….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: