Posted by: pinkturtle2 | November 27, 2009

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS

Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara - BNM

Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.

BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

“Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

“Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.

Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.

Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.

Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.

http://www.malaysiakini.com


Responses

  1. Salam, minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

    • heroesssss dan rossagisa ni budak bengong la…..

      hampa dua ekog dah kena tipu kat orang lein. hampa dah bayag rm 100 sorang untuk dapatkan link supaya hampa dapat tipu orang lain………..

      huh………… aku dah klik dah. tadak satu penegaan pun…. yang ada
      pertaruhan. kalu orang sian kat hampa dapat sposen sekali klik. sampai bila hampa nak balik modal ni ? abang kelabu dah serabut macam beruk kulum
      batang *****nya sendiri.

      adik 2 ekog janganlah wat kija menipu ni……. tak baiiiiiiiiiiik. hampa minta kija lein la. cikgu ka, doktog ka, deba teksi sapu ka, kandag taik ka. konsep kija
      misti ada kija…… ada upah, dapat pitih. kalu hampa dua ekog buat tu kalu tidak berjudi……. menipulah jawabnya.

      konsep penegaan yang adik 2 ekog buat tu tadak menaikan ekonomi negarapun……. menjahanam adalah. dok diam……. tapi nak suh pitih masuk.

      he he he

  2. Assalamualaikum….

    RM10 juta? sikit jer tu….. tak apa… itu bukan satu kesalahan, itu perkara diasa jer tu…. Nanti PM 1Malaysia akan bagi jawapan, itu cuma kesilapan teknikal jer, dan SPRM akan kata itu bukan kes, dan akan ada juga pihak-pihak lain akan menjawab – itu bukan bidang kuasa kami untuk membuat pertuduhan atau menyiasat, akhirnya kes ini akan disenyapkan tanpa apa-apa keputusan dan pelaku akan terlepas dari apa jua tindakan undang-undang….

    sudah lumrah – Malaysia BOLEH,,,, boleh apa saja

  3. he heh he eh he he he
    BNM siasat apa
    siasat macammana buleh bocor rahsia kot
    siasat sapa yg bawa keluar ini crita
    bunyinya siasat juga
    ha ha ha ha ha ha ha
    kes Osman Lorrain tu pun tak selesai2 lagi
    bukan 10juta tapi berbillion sapa yg kasi lulus
    huh huh huh huh
    nafas bagi org sakit tentunya satu nikmat
    bagi org sihat tak memberi makna

  4. gimik politik BN, kononnya BN telus, lurus, …. tapi sebenarnya …. haprak. Yang kes berjuta-juta sampai ari ni belum nampak penyelesaian walaupun sebesar debu. Selagi 4 tahil tu dok ada, sampai bila pun kita tak dapat cukupkan sekilo. Entahlah, 1 Malaysia dan Malaysia Boleh.

  5. rasanya dah tau apa kesudahan kes ni..

  6. salam,

    PKFZ boleh pejam 2 belah mata.
    Apalah sangat dgn. 10 juta…..

    • salam great…..

      mamat bin mamat taib mambelasah 22 juta sikit je yer.

  7. BN – Betul
    UMNO – betul

    Semua orang salah

    Dia orang ada rm10 juta pun betul

    Menteri besar ada duit 10 juta

    Rumah aku 34 juta
    aikkkkk bukan 3.4 juta sahaja

    Wahai melayu umno sedar la.
    Siapa buat duit sebenarnya.

    kalau setakat projek buat longkang dah rasa macam dunia ni umno punya. Tolong rentikan.

    Mana SPRM?

  8. assalamualaikum…

    mana budak tadika, rempahman, mat romeo, hj ronnie dan sekutu-sekutunya…. tak teringin ker nak bagi komen tentang tajuk ni?

    mana pi semangat 1Malaysia hangpa? yang buat kerja ni bukan orang hangpa ka? awat tak pertahankan?

  9. bukan dia ni memang kaya ke sebelum ni.. ade menteri tau buat keje.. kene sembelih.. politik2.. takdo sudah eh.. hahahaha

  10. assalamualaikum

    Tun Dr Mahathir (mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia) menulis –

    “Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi,” kata salah seorang bekas pemimpin kanan Umno.

    Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan – “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

    Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

    Ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan (lebh bodohdaripadanya). Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

    UMNO,sekarang ini dipimpin oleh perasuah. Perasuah dipilih untuk menjadi calon-calon dalam pilihanraya.

    Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

    sila rujuk – http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/11/umno.html#more

  11. sprm akan buang kes aje ni sebab kroni umno haprak

  12. Sahih beruk beruk UMNO tak berani nak komen.. dan pada pendapat saya Mamat MB ni mesti kena dakwa punya.. saja nak bagi rakyat biasa kelabu mata.. 10juta banyak tu… UMNO baguih sebab dakwa Mamat ni..

    Ini main catur kawan… korban 10juta untuk tutup kes 500 juta( scorpene) hingga ribu juta ( PKFZ, Lorraine Osman, BBMB dsb.. )

    he..he.. jawab ler budak tadika.. haji ronnie ka..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: