KOTA BHARU: Dua penuntut kejururawatan Kolej Masterskill meninggal dunia, manakala seorang rakan mereka cedera parah ditimpa sebuah kereta yang terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall, di sini, petang semalam.
Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala.
Rakan kolej mereka, Rashidah Ahmad Lotfi, 24, dari Jerteh, Terengganu dan pemandu kereta, Nor Ain Said, 19, yang cedera parah pada kepala dirawat di HRPZII. Adik Nor Ain, iaitu, Nor Atikah, 17, yang berada dalam kereta berkenaan tidak cedera, tetapi melarikan diri.
Kejadian jam 5 petang itu berlaku apabila kereta jenis Ford Laser itu merempuh dinding lubang angin di ruang meletak kereta di tingkat tiga lalu terjunam dan menimpa mangsa yang ketika itu berada atas eskalator di tingkat dua.
Ketua Polis daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata Siti Nordiana tercampak ke tingkat bawah kompleks akibat ditimpa kereta berkenaan.
Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika seorang lelaki yang dikenali sebagai Sabri menolak kereta yang tidak boleh dihidupkan di ruang meletak kereta di atas bumbung kompleks itu.
“Nor Ain yang memandu kereta mungkin tidak dapat mengawal kenderaan apabila enjin berjaya dihidupkan lalu merempuh dinding lubang angin dan terhumban melalui celah dua eskalator serta terhempap di aras bawah.
“Sebelum terhempap, kereta berkenaan mungkin menimpa tiga pelajar kolej berkenaan yang berada atas eskalator, menyebabkan Siti Nordiana tercampak ke aras bawah. Siasatan awal mendapati Nor Atikah yang tidak cedera berjaya keluar dari kereta dan melarikan diri,” katanya.
Beliau berkata, lelaki yang dikenali sebagai Sabri, dipercayai kenalan mereka turut melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kelantan, Shahril Yusman Md Yusof, pula berkata siasatan awal mendapati kereta itu jatuh daripada ketinggian 20 meter.
“Kereta terbabit terbabas lalu memasuki siling di aras tiga sebelum terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak di aras bawah,” katanya yang mengetuai enam anggota ke lokasi kejadian.
Seorang saksi, Mohd Jawaidi Moha Zain, 23, berkata ketika kejadian, beliau yang juga Penolong Pengurus Kyros Kebab, yang terletak bersebelahan eskalator sedang melayan pelanggan.
“Tiba-tiba, saya terdengar bunyi dentuman. Saya sangka ada kebakaran di tingkat atas, tetapi amat terkejut apabila sebuah kereta terjatuh dan terbalik di celah tangga bergerak depan premis saya.
“Kejadian menyebabkan orang ramai menjerit ketakutan. Saya meminta pelanggan menyelamatkan diri kerana bimbang kereta terbabit meletup dan terbakar,” katanya yang kemudian menutup premis perniagaan itu.
Beliau juga mendakwa melihat seorang mangsa yang terbunuh terjatuh sehingga menyebabkan pelbagai barangan peribadinya bertaburan.
Berikutan kejadian itu, semua premis niaga di pusat beli-belah itu ditutup sementara bagi memudahkan kerja menyelamat dan membersihkan kesan kemalangan.
Moral: Tukang tolak kereta perlu ada akai. Jangan Suka hati bagi perempuan bawa kereta power.
By: bomoh on Disember 7, 2009
at 3:54 am
Innalillah….
By: zamj on Disember 7, 2009
at 7:55 am
Innalillah….
Salam, minta tolong klik link dibawah….
http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
By: PAKLAHBESARA on Disember 7, 2009
at 9:13 am
aku dh agk, mesti driver pompuan. Sng aje nk th. KLu org laku, eksiden biasanya di ssbkn bwk laju. Yg eksiden pelik2 ni org pompuan aje.. Huhuhu..
By: ore kelate on Disember 7, 2009
at 12:02 pm
Hai…nape lah otak tak berkembang…ni bukan masalah lelaki ke perempuan…ni semua dah ditentukan Allah…
Ada jugak lelaki kadang bwk keta mcm hampeh..mengalahkan org perempuan…
come on..grow up!!
By: nuelle on Disember 7, 2009
at 2:26 pm
act kereta tuh kan rosak. so laki la terpaksa tolak. n perempuan control kereta tuh.
By: amochan on Disember 7, 2009
at 3:01 pm
apa lah.kenapa buat macam ni.tak yah lari la.trus terang je.orang lian tengah sdih
By: aku benci bendo sdih on Disember 7, 2009
at 4:25 pm
Salam semua,
Aku bukan nak hina perempuan tapi hakikatnya memang selalu ada masalah kalau perempuan kendali kereta.
Memang ramai orang perempuan yang cekap tapi ramai juga yang tidak cekap. Pengalaman aku sendiri ialah apabila enjin kereta aku tak boleh dihidupkan. Pada masa tu kereta berada di atas satu ban taliair yang di sebelah kirinya ialah sawah.
Kereta perlu ditolak untuk dihidupkan enjin. Tak cukup tenaga manusia untuk menolak, lalu aku offer isteri aku kendalikan di tempat pemandu dengan memberikan cara pengendalian, satu perkara yang aku pesan, tekan brek sebaik saja enjin hidup. Aku dan beberapa orang budak menolak kereta itu.
Sebaik saja kereta itu bergerak ke hadapan dan enjinnya hidup, kereta itu bukansaja tidak berhenti malah meluncur laju dan menjunam ke dalam sawah. Terpaksa dapatkan kren untuk menaikkannya.
Aku bersyukur kerana kereta itu tidak terhumban ke dalam parit di sebelah kiri jalan. Kalau masuk parit, mendudalah kau.
Ingat, jangan main main dengan steering kereta. Pastikan betul betul cekap, kalau tidak, macam macam boleh berlaku.
Maaflah kalau ada yang terasa. Baik pedih telinga kerana leteran daripada pedih mata menangisi kematian.
By: anti umno on Disember 7, 2009
at 5:29 pm
Salam semua…………..
daripada peristiwa ini, kita perlulah menjadikan ia iktibar dalam kehidupan kita. MALANG TIDAK BERBAU……N …..AJAL MAUT D TANGAN ALLAH…..sama-samalah kita bersedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa.Jangan mempersalahkan sesama kita…TEPUK DADA TANYA AKAL….kepada keluarga mangsa banyak-banyak lah bersabar n mungkin adahikmah di sebalik kejadianya…….HANYA ALLAH YANG TAHU SEGALA-GALANYA………….AMINNNNNNNNNNNNN.
By: as on Disember 7, 2009
at 9:34 pm
ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.memang kalau pompuan bawa kereta,ada-ada je masalah yang berlaku.bukan nak kata tapi dari pemerhatian aku sejak aku bawa kereta nih memang pompuan nih kalau bawak kereta mudah lalai dan berlagak sombong bodoh.
By: rmay on Disember 7, 2009
at 9:38 pm
Innalillahi wainnaillahirajiun. Al-Fathiha untuk semua mangsa yang meninggal dunia.
By: shukoi9909 on Disember 8, 2009
at 12:02 am
gapo gak duk gegeynyo…sedekah al-fatihah sudoh la…tino jate samo jah,kalu nk geroh gak,semo buleh berlaku,xleh nk saloh sapo²…
mitok tulung jgn duk pertikai pasal tino ko jate ko…kalu org jate duk pertikai tino,pah bini org tino jugok,ore tino pulok jgn duk pertikai ore jate,mugo tok laki ore jate jugok…xpayoh nok saloh tino ko jatey…
sekian dari ore kelate…
By: adil saksama on Disember 8, 2009
at 10:27 am
[…] 8 12 2009 Tragedi KB Mall: Lagi Video Dan Gambar […]
By: Abhalimyunos's Blog on Disember 8, 2009
at 11:28 am
kemalangan yg amt menyedihkn.mri la kte sma2 doakn agr rohnya tenang di alam barzakh.AMIN.
By: firna on Disember 9, 2009
at 10:08 am
Tak payah nak menyalahkan sesiapa la………
AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN. TAK PAYAH NAK MENYALAHKAN ORANG PEREMPUAN SAJA.
By: suria on Disember 9, 2009
at 11:21 am
[…] Tragedi KB Mall: Lagi Video Dan Gambar (Blog PinkTurtle2) […]
By: Tragedi KB Mall | Oh! Kasmin on Jun 9, 2011
at 5:55 pm