Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2009

Yang Aneh Disebalik Himpunan Sokong Tok Guru?


SEPERTI mana yang dilaporkan oleh media pro-Pas dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat himpunan di Dataran Ilmu di Kota Bharu Jumaat lalu mendapat sambutan hangat. Mereka yang datang beratus kali ganda berbanding himpunan di depan pintu masuk ke Kota Darulnaim anjuran apa yang dinamakan Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) yang dimonopoli oleh pemimpin Tadika Umno.

Walaupun hari Jumaat lalu cuaca di Kota Bharu lembab dan hujan, namun jumlah yang hadir bolehlah tahan. Kehadiran itu menjadi lebih ramai dan bersemangat bercampur dengan mereka yang hadir setiap Jumaat untuk dengar kuliah di Dataran Ilmu itu yang sering disampaikan oleh Nik Aziz dan ustaz-ustaz Pas seperti Nasaruddin Daud, Mohamad Mustafa, Mohd Amar Abdullah dan lain-lain.

Kelompok yang agak menonjol hari itu ialah Cina dan India. Wajah mereka sengaja difokus dan ditonjolkan dalam blog dan media Pas bagi menyatakan rakyat berbilang kaum juga menyokong dan berdiri teguh di belakang Nik Aziz.

Cuma agak malang sedikit dalam banyak wajah-wajah itu tidak ternampak oleh saya wajah Orang Asli di Kuala Betis atau Post Brooke di Gua Musang. Mungkin mereka tidak mendapat maklumat ataupun land rover untuk angkut mereka tidak ada disebabkan terpaksa digunakan untuk uruskan mangsa banjir. Atau pun mungkin juga banner dan sepanduk untuk mereka angkat bagi menyatakan sokongan kepada Tok Guru itu belum sempat disiapkan, atau tidak ada orang yang tukang tulis dan siapkan untuk mereka.

Himpunan memuji dan menyokong Nik Aziz itu diadakan selepas Tok Guru mengajar. Himpunan itu lengkap dengan ucapan oleh beberapa pemimpin Pas dan ikrar oleh masyarakat berbilang kaum. Digambar ternampak dua tiga orang pemimpin Pas melilitkan kain berwarna merah di kepala bertulis “I love Tok Guru” Mana-mana pemimpin Pas yang selalu pakai kopiah semasa di Dataran Ilmu terpaksa pakai songkok kerana hendak melilitkan kain merah berkenaan. Biar nampak gah!

Apakah songkok yang dipakai itu songkok Pemuda Umno yang terjatuh semasa melarikan diri apabila hujan turun semasa berhimpun di depan Kota Darulnaim seminggu sebelum itu?

Melihat kepada cara lilit kepala dengan kain merah saya teringat kepada tok juara laga lembu dalam bon. Di Patani tok juara akan melilitkan kepala mereka dengan kain batik lepas berwarna merah. Mereka akan masuk dan acah-acahkan lembu supaya melawan regunya. Nampak sangat himpunan itu semacam dibuat-buat dan tidak serius atau lahir kerana semangat ‘sengoti’.

Beberapa sepanduk, banner dan manila kad yang tertulis dengan pelbagai kata-kata pujian dan sanjungan kepada Nik Aziz juga diangkat dan dijulang. Tentu Tok Guru tersenyum dan tambah sihat apabila melihat banner dan sepanduk itu.

Pendeknya himpunan itu benar-benar memuaskan hati dan berjaya! Dan ianya berjaya mengalahkan provokasi yang dibuat oleh JPRK tempoh hari. Tok Guru pun mungkin merasa lega dengan sokongan puluhan ribu itu dan mungkin terpaksa memikir semula keputusan untuk berundur. Beliau pun akan dapat bersemayam dengan amannya atas singgahsana kerana beliau masih lagi disokong? Rakyat berbilang kaum masih memerlukannya.

Saya tidak mahu bertanya apakah himpunan menyatakan sokongan kepada Tok Guru itu ikhlas atau tidak. Atau apakah ianya mendapat sokongan padu rakyat Kelantan. Jangan tanya! Sebab keikhlasan ini ada dalam hati masing-masing. Cuma apa yang musykilnya kenapa sokongan itu lewat? Ia diadakan setelah Tok Guru lembek lotek dicincang oleh musuh. Kenapa sokongan itu tidak dibuat awal?

Selain itu apa yang nak ditimbulkan di sini juga dalam banyak-banyak sepanduk dan kain rentang itu kenapa tak ada satu pun yang kecam anak Quraisy yang dianggap telah memalu dan cuba menjatuhkan Nik Aziz. Ataupun saya tidak ternampak banner atau manila kad mengecam dan mengutuk anak Quraisy itu?

Sepatutnya dalam situasi begitu ada sepanduk atau kain rentang yang mengecam anak Qurairsy yang dimaksudkan itu. Bukan punca kemelut yang berlaku sekarang ini disebabkan anak Quraisy seorang itu. Di saat itulah anak Quraisy yang dikatakan menjadi musuh dan gunting dalam lipatan itu dikutuk habis-habisan. Ataupun sememangnya anak Quraisy itu dipelihara oleh orang tertentu untuk melakukan kerja-kerja yang telah dilaksanakan itu? Begitukah?

Keadaan ini agak kontras dan menghairankan dengan apa yang masuk ke dalam telefon saya sekejap tadi iaini mengenai sekeping gambar banner yang berbunyi “ARIFFAHMI SILA LETAK JAWATAN SEGERA, ABDUH KAMI BUKAN BODOH!”. Katanya banner ini sepatutnya turut sama diedarkan pada himpunan berkenaan. Tetapi disebabkan silap teknik ia tidak dizahirkan.

Apa yang menjadi kemusykilannya siapakah yang menyediakan banner ini? Mustahil ia disediakan oleh orang Umno untuk mensabotaj atau memburukkan keadaan. Kerana banner itu dihulur sendiri oleh ahli Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. Apakah Pemuda Pas itu juga seperti anak Quraisy yang bermuka-muka dalam cerah?

Katanya seorang anggota Unit Amal yang menerima banner dan perkakas yang hendak diangkat dan dipamerkan telah membuat semakan dulu. Ketika membuat semakan itulah banner berkenaan ditemui yang dimasukkan ke dalam beberapa banner lain. Anggota Unit Amal berkenaan tidak berani untuk mempamirkannya. Banner ini katanya terdapat lebih dari tiga keping.

Yang menjadi persoalannya siapakah yang menyediakan banner hantu itu? Kenapa harus ada banner seperti itu. Bukankah banner itu menempelak Tok Guru sendiri kerana Ariffahmi dan Abduh adalah anak dan menantunya? Wajarkah darah daging Nik Aziz dimalui dalam suasana beliau dipuja dan disanjung?

Kesimpulan mudah yang boleh dibuat tujuan banner itu tidak lain dan tidak bukan untuk memalukan Nik Aziz di khalayak ramai. Dalam sorak sorai puji dan pujanya itu ada diselitkan kejian dan sindiran tajam kepadanya.

Apabila mengenangkan wujudnya banner seperti ini maka benarlah barang kali kesimpulan sesetengah orang bahawa himpunan menyokong dan menyatakan kesetiaan kepada Nik Aziz tempoh hari hanya wayangan atau sandiwara sahaja? Sokongan yang dilakukan oleh mereka yang desperate dan mahu mencari tali hayat demi survive politiknya dengan apa juga keadaan.

Apakah Tok Guru tahu mengenai pengedaran banner berkenaan? Walahualam. Mungkin sahaja selepas rahsia besar ini terdedah maka akan ada orang yang merayap ke pejabat Menteri Besar itu memberi tahu bahawa kononya ada musuh cuba hendak memalukan Tok Guru pada Jumaat lalu tetapi dapat dikesan oleh para petugas yang setia. Begitukah?

Dan cerita-cerita pandir begini sudah kerap berlaku dan sering berlegar di keliling Tok Guru. Kerana banyak sangat dongengan pandir inilah menyebabkan kadang-kadang Tok Guru juga jadi seperti pak pandir! Pasti sekali Tok Guru tidak akan percaya kalau dikatakan bahawa banner itu dihulur sendiri oleh tangan orang kuat Dewan Pemuda Pas? Apakah tujuannya, tanyalah pohon depu?

http://msomelayu.blogspot.com


Respon

  1. tiada yang anih dengan banner tersebut. kedua2 yang dirujuk tidak dapat membezakan di antara nik aziz sebagai bapa/bapa mertua dengan nik aziz sebagai menteri besar. tindakan mereka tidak sedikit pun mencerminkan rasa hormat kepada nik aziz sebagai pemimpin rakyat kelantan, apatah lagi hormat kepada seorang bapa/bapa mertua?

    maaf kerana komen yang tidak menyenangkan. hentikanlah kerja2 menghayunkan kapak kepada sasaran yang salah! nasihatilah kedua mereka (rujuk banner) supaya berlaku adil kepada tgna, lebih2 lagi kepada diri mereka sendiri. insya’ Allah, Allah tidak akan sia2kan pengorbanan mereka, jika ada dan pengorbanan rakyat adalah lebih besar dari pengorbanan mereka.

    berhenti segera adalah lebih baik dari menangguh, bukankah menangguh2 itu kerja syaitan? berdiam diri lebih baik dari memenuhi blog dengan idea yang jengkel yang boleh mengundang pelbagai kebusukan kepada jemaah. apatah lagi jika disambut baik untuk dijadikan peluru oleh seteru untuk menghentam jemaah. bukankah ia bersifat syubahat?

  2. “Mana-mana pemimpin Pas yang selalu pakai kopiah semasa di Dataran Ilmu terpaksa pakai songkok kerana hendak melilitkan kain merah berkenaan. Biar nampak gah!”
    “Apakah songkok yang dipakai itu songkok Pemuda Umno yang terjatuh semasa melarikan diri apabila hujan turun semasa berhimpun di depan Kota Darulnaim seminggu sebelum itu?”

    AKU tak nampak pun ada pemimpin PAS yang bersongkok. Hang ni betulkah? Tolong berhentikan tulisan sauadara jika saudara hanya berbuat andaian. Andaian tu ibarat fitnah dan sauadar pun tahu akan akibatnya. AKU sedikit pun tak hairan dengan tulisan hang sebab nama hang pun dah menunjukkan sifat hang yang sebenarnya.

  3. beginilah keadaannya
    sesama islam yg seharusnya bersaudara bukan bertikam lidah,bergaduh sesama sendiri..orang kafir sedang bergembira, bertepuk tangan…apa sudahnya????
    lihat sajalah negara islam yg lain sampai kepada tahap mengebom orang islam yg lain
    sedang bersolat jumaat..
    apakah kita juga akan sampai ke tahap itu
    hina sehina hinanya
    apakah yg kita sesama islam disini inginkan
    ingin membuktikan parti mana yg lebih hebat???
    apabila sesama islam saling tuduh menuduh
    saling menfitnah, saling membuka aib
    yang untungnya kaum pendatang juga..
    tak ada hujungnya bertelagah sesama sendiri
    duduklah dan berbincanglah
    insyaallah keputusan dapat dicapai
    negara islam ini akan jadi begitu kuat apabila islam bersaudara,berdamai.
    adakah mustahil????
    fikir fikirkan…

  4. Mula-mula baca posting ni dah dapat rasakan ini bukan email dr Pinkturtle. Terus kami cari sumbernya.. tengok2 MSO…

    Faham2 la kalau MSO ni… sebaris je dengan Kickdefella.. contoh golongan2 yang kecewa. Satu kecewa sb permohonan untuk dapatkan gaji buta RM10k campur 4k ditolak. Satu lagi sb kecewa projek kambing jamnapari yang di atas harga pasaran itu telah ditolak.

  5. msoMELAYU. Jiwa melayunya kental sekental modul Mahyudin Yasin yang mempertahankan BTN, Anak orang Umno sejati ini tidak akan senang hati selagi orang2 melayu Pas tidak kembali besekongkol bersama Umno demi keunggulan bangsa melayu yang menjadi prinsip perjuangan disamping mendapat upah untuk memecah belahkan Pas. Selagi misi kerajaan UG tidak berjaya menjadi kenyataan selagi itulah msoMELAYU akan mencipta dan mengambil kesempatan jika ada ruang boleh memecah belahkan Pas.

    Dia menyerlahkan sifat munafiknya dengan menulis tentang kebaikan dan zuhudnya TGNA seolah dia amat sayang TGNA.

    Pada satu waktu yang lain dia akan memburukkan mereka yang berada disekeliling TGNA, terutama YB Husam Musa, apatah lagi dia telah mjembaca kenyataan TGNA menyokong Husam secara terbuka. Hatinya menjadi getik dan terlonta lonta untuk membalun Husam dan kebetulan ada pula pihak yang mengirim sms gambar poster seperti diatas.

    msoMelayu telah mengulas dalam tulisanya diatas dengan secara menuduh tidak jelas, bahawa yang menyediakan poster itu ialah Pemuda Pas Kelantan yang kononya bermuka muka menyokong TGNA. Munafik betul MANGKUK AYUN ni!.

    Kenapa dia tidak saja berterus terang, bahawa poster itu disediakan oleh orang suruhan “Kicdefella” yang dikenali sebagai orang yang dibawa masuk oleh Husam Musa bekerja dengan PMBK, dan orang ini telah menjadi cacing yang naik kemata kepada keluarga TGNA. Kerana kesilapan Husam membawa bloger bekas ahli Umno inilah Husam menjadi mangsa tohmahan sebilangan pemimpin Pas kelantan kononnya hendak menggulingkan TGNA.

    Tentu saja msoMelayu mengalihkan tuduhan itu kepada pemuda Pas dan menyembunyikan “Kickdefella” kerana mereka berdua ada hubungan misi untuk melaga dan memecah belahkan Pimpinan Pas.
    Jiwa mereka telah diorentasi oleh Pemimpin Umno dan BTN supaya mempertahankan ketuanan melayu, kebetulan kedua munafik ini berkebolehan menulis, lalu mereka diberi peluang bagi menjayakan misi pecahbelah ini.

    Kita perlu ingat, ketika akhbar siasah telah ditamatkan dan tidak boleh disambung lagi permit cetak dan pengedaran. msoMELAYU telah memohon permit (kita baca telah ditawarkan) Siasah ini. Dan telah diluluskan, malangnya Siasah tidak mampu hidup lama, lalu disewakan kepada akhbar Harakah hingga hari ini. Kita percaya permit Siasah akan sentiasa disambung sekiranya yang menjadi CEO Harakah masih lagi Mustafa Ali (kita baca Mustafa Ali berpolitik minta ditahan konon secara ganas semasa cuba memasuki parlimen, kemenangan saman Mustafa Ali hanya sebagi sandiwara untuk secaramana upah Umno untuk disampaikan kepadanya).

    msoMELAYU akan terus menulis untuk memperbodohkan orang melayu yang berhasrat menyokong PR atau konon untuk menyedarkan bekas ahli Umno yang telah meninggalkan parti disamping menjalankan tugasnya mencari ruang untuk memecah belahkan Pas dan berkesempatan untuk membalas dendam kepada Husam Musa dalam isu kambing Jamnapari.

    Untuk mengukuhkan fakta ini, sila baca tulisan yang bersangkutan politik msoMELAYU berkaitan dengan Pas. Kalau sudah ada maklumat tak usah layari blog beliau, ini akan menjadikan misi tulisanya telah berjaya.

    msoMELAYU jangan jadikan rakyat sebodoh kambing Jamnapari.

  6. Islam Umno dan Islam Pas. Islam Hamid Karzai dan Islam Taliban. Islam Hamas dan Islam Parti Yaseer Arafat. Islam Ikhwanul Muslimin dengan Islam Mubarak dan banyak lagi Islam Pro dan Islam kontra didunia ini. Kalau tidak bersatu diatas tuntutan alQuran tentu saja Allah tidak izinkan berlaku penyatuannya sehingga Kiamat.

    alQuran menuntut orang yang beriman menegakan yang Hak dan memerangi yang batil.
    Lalu kenapa saudara aftar tidak menyalahkan Allah yang menurunkan alQuran ini.

    Syahid tidak semestinya berperang dengan golongan kuffar. Golongan kuffar tidak semuanya mesti diperangi. Syahid boleh berlaku apabila golongan munafik cuba memangsakan orang2 yang beriman seperti warga Memali. Ada golongan munafik yang sangat mudah dikenali, dan yang yang susah dikenali golongan munafik Qafi. Bahayanya tetap sama kepada Islam.

    • Aslkm,

      Betul tu kata kamu KKota… Aftar al autar ni tak terjawab bila saya kata mungkin betul lord reid tuduh dia kapiaq… Islam memang pun satu…tapi bukan macam 1 malaysia… Mana mungkin kita nak bersatu kalau kita terima Islam tapi kita terima juga rasuah… Kita menerima saudara seIslam tapi kita tidak memberikan hak saudara Islam kita itu. ( kita terima keputusan rakyat Kelantan menolak UMNGOK.. tapi kita tak memberikan hak kepada kerajaan yang dipilih… ) Kita menerima AlQuran tapi kita tidak mau menerima dan melaksanakan seluruh kandungan nya….

      Memang ramai yang mengaku Islam. ( ISLAM ITU SATU.. ) tapi tak ada yang nakmengaku dia dah fasik atau munafiq….

  7. saya tahu siapa dalang disebalik semua ini tapi utk tidak mahu mengeruhkan keadaan, saya xnak heboh2kan. pada pagi tu 3 keping banner (seperti gambar di atas) berjaya di kesan.

  8. islam adalah SATU

    • 1 Malaysia laa.

  9. alu laaaaaaaa

  10. salam……..

    MSO ni sekali tengok sekali perati macam penulis besar…….tapi apa yang ditulis nampak sangat dangkalnya……..mana tidaknya , yang mso pertikai pasai apa tiada sepanduk mengecam anak quraisyh tu ???? apa laa hang mso wooi…….perhimpunan hari tu adalah pernyataan sokongan kepada TGNA bukan penyataan mengecam sesiapa …….hang jangan dok melalut laa…….blog hang pun dah tak ramai yang buat ziarah…….pasai tu laa hang guna pinkturtle……aku pun kalau hang tak pindah mai sini….aku pun tak kelapaq buka blog hang tu…….

    he he he abang NK suka bergurau senda sambil tukaq-tukaq idea

  11. Salam.

    Kita ingat.
    TG letih.
    TG laih.
    Rupanya.
    Dah lembek dah.

    Eloklah TG bersara.
    Satu2.
    Bersara dari MB dulu.
    Kita sayangkan TG.
    Berehat, rehatlah.

    Beri peluang kat.
    Pemimpin PAS lain.
    Sebelum terlambat.
    Nanti.
    Tak merasa pula.
    Pemimpin PAS lain.
    Menjadi MB.

    TG dah 20 tahun.
    Dah tak gi.
    Tak ada anehnya.
    Himpunan semacam mana pun.
    Akan tak gi, tak gi jugak.

    Cuma yang aneh.
    Orang2 PAS nak pakai kopiah.
    Kerana nak pakai lilitan merah.
    Apa ke jadahnya.
    Pakailah ketayap.
    Lilitan hijau.
    Baru jadi manusia hijau.
    Kerana manusia hijau saja.
    Boleh kerumun (bukan hurong) TG.

    Apa yang anehnya.
    MSO kan.
    Mencari salah orang.
    Seperti penyokong dok mso.
    Salah UMNO tu.

    Tak aneh aih.
    AKU.
    Kucing Kota.
    nasik kandaq.
    Memang pun ahli Kelab U.
    Kelabu.

    Sekadaq tak aneh.

  12. memang mso kaki merapu…. saje je nak memecah belahkan perpaduan yang dah ada dalam PAS selama ini…. ini bukan nye perhimpunan untuk mengutuk orang lain sebalik nye perhimpunan untuk menyokong perjuangan TGNA…. kalu buat perhimpunan untuk mengutuk orang lain pendek kata PAS ni tak ubah perangai macam UMNO laaaaa….. Sebab tu PAS memang bagus dari segala aspek nyee…. x payah laaa ko (mso) nak merapu lagi…. org tak layan dah…. bole blah daaaaa….. (ke dapat habuan dari pihak lain)…………………….

    Sekadar memberi pandangan apa yg dapat aku lihat dan perhatian kan politik tanah air ini…………

  13. Perhimpunan itu untuk menyatakan sokongan pada Tok Guru. Yang sibuk2 tentang banner tu apahal.. Maybe puak2 umno yang buat,
    Hang ni pun , buat apa sibuk2 nak tonjolkan banner tu kalau hang tak dak maksud tersirat…
    lnsaflah jangan jadi pengadu domba.

  14. MSO tu bukankah maksudnya Melayu Songlap. Atau maksud umno parti rasuah tegar! Kickdefella tu elok diterajang je! Penjilat umno tapi berlakon sokong PAS. Pi jahanamlah orang macam kau kick!

  15. BANNER TU SENADA DENGAN KENYATAAN MAHFUZ SEMALAM

  16. salam adik beradik……..

    hang ni kok mana mahfuz………
    kawan tu dah bagi dateline,,,,,,,tunggu laaaaa……..
    awat hang tak sabaq sangat niiiiiiiii

  17. Salam nasik kandaq.
    Salam 1Malaysia.
    Kawan tetap kawan.

    Nasik, nasik.
    Kita lama dah kata.
    Bukan UMNO yang nak.
    TGNA bersara serta merta.
    Yang nak tu.
    Orang2 PAS.

    Orang2 PAS tak boleh bernafas.
    Cakap sikit, kena leput.
    Cakap lebih dileput-leputnya.
    Oleh TGNA.

    Orang2 PAS Kelate pula.
    Dok tengok.
    Dah 20 tahun.
    Kelate tak gi, tak gi.

    Nak juga orang2 PAS Kelate tengok.
    MB muda.
    MB bertenaga.
    MB yang ada karisme.
    MB yang boleh membawa PAS.
    Ke hadapan.
    Ke bulan.
    Ke cekerawala.
    Bukan sekadaq lambang.
    Bulan sahaja.

    Sekadaq nanti PAS tak gi pulak.

  18. pe hal la mamat budah tadika ni….
    x boring ker suruh TGNA bersara…..
    xde orng nak layan pun….
    dah2 la push TGNA bersara…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: