Posted by: pinkturtle2 | Disember 19, 2009

Enjin F-5E TUDM Yang Hilang Dijual Di Amerika Selatan

Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara.Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Enjin F-5E TUDM Dijual Di Amerika Selatan

BAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

“Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara.

“Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengesahkan semua dokumen mengenai penjualan enjin itu telah diperoleh oleh polis.

“Syarikat antarabangsa itu berminat membeli enjin itu kerana harganya yang murah, kerana ia merupakan alat ganti yang dikategorikan sebagai rosak yang akan diperbaiki,” katanya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan polis menahan empat orang termasuk pegawai TUDM berhubung kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta itu. – BERNAMA

Inilah bentuk Enjin pesawat pemintas F-5E

https://i0.wp.com/www.adamsplanes.com/images/Joe_Bonacci/Engine%201.jpg

https://i0.wp.com/www.adamsplanes.com/images/Joe_Bonacci/Engine%202.jpg

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ulasan Manjong mari

Timbul pula isu baru, yang tengah panas, Enjin F-5E TUDM telah dijual dan kini berada di Amerika Syarikat. Hairan bin ajaib sungguh..

Kenapa.. sebab enjin pesawat tersebut bukan enjin kereta potong yang boleh dibeli di kedai-kedai potong. Ini barang kawalan hak kerajaan Malaysia, jikalau dalam Malasyia hanya TUDM sahaja yangmenggunakan nya.

Macam mana boleh bolos enjin tersebut kalau bukan orang dalam, orang dalam pula kalau hal macam ni bukan setakat koperal atau sarjan, paling bangsat kolonel ke atas, sebab arahan sesuatu benda projek begini arahan dari di atas, Pegawai Memerintah di Pangkalan berkenaan yang bertanggungjawab.

Kes ini telah pun jadi polis kes, tetapi sepatutnya kes sebegini ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Ini bukan setakat hilang rifel M16, ini maruah negara, sikap anggota tentera yang selama ini dihormati oleh pihak awam diluar sana dah tak boleh diharapkan lagi…Rakyat dah tak boleh menaruh harapan dan hilang kepercayaan kepada pihak anggota tentera.

Boss kepada pegawai memerintah tu pulak Panglima Tentera Udara, ia pun kena jawab juga, pasal apa enjin tersebut telah dijual, PTU nak jawab ia kena rujuk pada Panglima Angkatan Tentera, yang kini dijawat oleh PTU sebelum ini, ha ha .. nampak tak!!! Bijaknya Zahid Hamidi atur strategi… Kes ni dah tak boleh lari kemana dah… orang lain tak payah jawab, kaum puak TUDM saja yang kena jawab, tentu kita ingin tahu… siapakah Menteri Pertahanan waktu tu….

Inilah bala yang rakyat terima disebabkan Menteri Pertahanan yang dahulu tu bersikap lebih teruk dari apa yang anggota TUDM tula lakukan, cuma setakat jual enjin pesawat, tetapi Menteri Pertahanan waktu tu terlibat dengan banyak kes, sehingga Pak Lah terpaksa mengambil alih semula jawatan Menteri Pertahanan sebelum Pak lah pencen dahulu, mungkin juga ini kerja Pak Lah yang belum selesai sewaktu Pak Lah jadi Menteri Pertahanan yang kemudiannya disambung oleh Zahid, tahniah Zahid… anda telah melakukan tugas yang cukup baik….

http://manjongmari.blogspot.com


Responses

  1. Masyarakat Malaysia yang berbudayakan hidup senang,perut kenyang tanpa mengira halal dan Haram,,pasti sanggup menjual apa sahaja asalkan nafsu mereka puas.. Tiada iklan untuk mencintakan Allah dan Rasul, Tiada iklan yang memuji mereka yang menunaikan solat,bersedekah dan berbudi pekerti mulia..maka lahirlah masyarakat yang tidak kenal halal dan haram setiap ceruk dan rantau dan setiap peringkat masyarakat dan tempat.

  2. ini dah serius…..
    ada dalam bahaya…
    ada dalam bahaya….

  3. HEHEHEHEE…

    DULU BOM C4 SENANG2 JAA DPT PI BOM TUNTUYA..OK LAGI BRU BOM KECIKK JAA..

    NAHHHAAAIIIII….TUDIAAAAA…LANI PUAK2 NI PI TIBAI PLAK ENJIN JET..

    MAK AIII…

    AGAK2 HANGPA LAA…PUAK2 NI BELAJAQ JDI PENYAMUN,PENCURI,PERAMPOK DRI SAPA LAAA NII…

    KL ENJIN YG SEBESAQ TU LAAA PON ATM & KERA JAAN BEE END X BLH DETACT HILANG THN 2007…
    IHH…IHH…IHHHH…

    SELEBIHNYA AKU NK SERAH ULASAN SELANJUTNYA PD KWN BAEK AKU IAITU:

    BUDAK TADIKAAAAAAAAAAAAAA………

    CEPAT LAAA BUDAK TADIKAAAAA…
    KITA BERSELOKA & BERGURINDAM…
    RINDU KT HANG NIIII…

    EKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEKEEKKKKK…..

  4. slam ati suam-suam……..

    budak tadika laa nie tengah kalut beli baju,seluaq sekolah…..tahun depan masuk darjah satu kot………lagi pun dia tak minat bab enjin nie……..tak boleh bawa kereta lagi…tak dak lesen…..pasai tu dia tak masuk mai jumpa hang…….

    ……….takat enjin jet tu yg harga 5.6 juta tu kira banyak laa…….tolak pi tolak mai….soja kita tu kira banyak laa fulus kira juai sama US,,,,,,,,,,,,,,

    tapi yg lebih parah apa hal ngan PKFZ, apa hal dengan lain-lain tu yg cecah ratusan billion…..yg hantaq through pengurup wang berpuluh-puluh juta…simpan kat luaq. nampak macam tak jadi hal pun…….

    yg penting dalam kepimpinan peringkat mana pun adalah AMANAH…….sbb tu amanah yg mula sekali dibentangkan oleh ALLAh kpd manusia di alam malakut………..hingga makhluk lain tak berani nak pikul,,,,,,tau-tau manusia terima…….

    jadi, kalau nak pilih pemimpin kena tengok dan perati lah mereka yg ada amanah melalui
    pengecaman naluri yg Allah kurniakan…….

    TIADA AMANAH TIADA SEGALANYA…..

    amanah kpd diri sendiri….
    amanah kpd keluarga, masyarakat, negara dan yg penting amanah kepada Islam…….

    tak pa laa ati suam-suam hang tunggu laa budak tadika nanti dia mai laa…….nak pi mana budak ni…..habih daftar masuk darjah satu dia mai laaa

    he he he…….see u

  5. KUNJUNGAN HABIB UMAR BEN HAFIZ KE MALAYSIA JANUARY 2010 : http://wp.me/piAx4-ZY

  6. Telah bersabda Rasulullah SAW,

    Maksudnya: “Kececeran yang pertama akan kamu alami dari agama mu ialah AMANAH, dan yang terakhir ialah SOLAT. Dan sesungguhnya akan terjadi orang melakukan solat, sedang mereka tidak berakhlak”.

    Huraian hadis di atas ialah bahawa yang mula-mula sekali ditinggalkan dan dilalaikan oleh orang Islam ialah AMANAH dan yang terakhir dilalaikan ialah SOLAT. Orang masih melakukan solat, tidak meninggalkannya tetapi solat yang tidak ada pahalanya kerana tidak sah.

    Amanah bererti kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang atau sesuatu yang dipercayakan kepada orang untuk diserah dan disimpan. Allah SWT telah mengamanahkan bumi ini kepada manusia untuk mentadbirkannya. Allah SWT juga telah mengamanahkan Islam kepada manusia supaya dijadikan panduan sepanjang kehidupannya di alam dunia ini. Amanah adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat (abstrak) tetapi mempunyai kesan kepada kehidupan seseorang dan juga masyarakat. Oleh itu adalah sukar untuk mengukur amanah.

    Walau bagaimana pun amalan SOLAT adalah suatu perbuatan yang dapat dilihat. Orang lain dapat melihat seseorang itu mengerjakan solat. Sama ada solat itu diterima atau tidak oleh Allah SWT itu adalah antara pelaku solat dengan Allah SWT. Sama ada seseorang Islam itu melakukan solat atau tidak, orang lain boleh tahu terutama solat lima waktu sehari semalam.

    Solat sepatutnya dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Jika seseorang itu dikatakan menjaga solat waktunya tetapi masih melakukan perbuatan keji dan mungkar atau masih membuat maksiat ini bererti solatnya tidak diterima oleh Allah SWT. Inilah yang dikatakan, orang yang solat tetapi tidak berakhlak kerana solatnya tidak dapat menjauhkan dirinya dari perbuatan maksiat atau masih membuat mungkar.

    Kalau orang itu tidak bersolat ertinya sudah tentu tiada amanah baginya. Oleh itu hendaklah kita menjaga solat, sebaik mungkin kerana solat akan dapat membezakan antara orang Islam dengan kafir dan solat itu membezakan antara orang yang amanah atau tidak. Itulah maksud yang dibayangkan dari hadis ini.
    Kita tengoklah pertama adakah yang digelar pemimpim yang Islam di Malaysia ini solat. Kalau tak solah sah tak AMANAH.

  7. benda macam ni pon boleh hilang.. enjin dalam store.. 50 juta lak tu.. kelaka giler.. kalau keluar bawak bom pon ATM tak sedar dah mcm ni.. dah bertahun ilang lak tu.. sengal2..

  8. Memang nampak pelik sangatlah kalau barang dalam Matra boleh hilang. dan yang paling peliknya pegawai atasan tak tau lepas 2 tahun. yang jadi persoalannya adakah mereka tak buat pemeriksaan panglima (Panglima Inspection) yang selalunya ada dalam jadual kalender tahunan TUDM dan siapa Panglimanya, siapa pula diatas panglima itu atau saja nak buat kes sabotaj dan pancung memancung. atau politik lagi memolitikkan.

  9. Mula2 depa jual Batu Puteh dan jual pasir kepada Singapura. Lepas tu depa jual Engine jet pejuang kat Amerika Syarikat.

    Dulu sekitartahun 60an pernah ada seorang Benggali Kaya mintak beli negeri Perlis, tapi tak boleh jual.
    Tapi tu dulu masa zaman Tunku Abdul Rahman Malaysia baru nak membangun, rakyat pun taklah seramai sekarang, ekonomi pun baru nak bermula.

    Sekarang ekonomi dah mula nak merudum duit negara dah semakin habis. Apalah salahnya kalau ada pihak jual engine jet yang kecil tu asalkan harganya mahal, dan kalau ekonomi semakin teruk boleh gek kalau nak jual negeri Perlis kat Thailand.

    He!.He..He..

  10. Salam 1Malaysia.

    Hari ini kena bagi salam 1Malaysia.
    Rasanya Enjin hilang sebelum 1Malaysia.
    Kita kena bersatu.
    Jadi satu.
    Baru tak hilang.

    Malam ni, semua sibuk.
    Ingat polis saja sibuk.
    Rupanya member2 kita.
    nasik kandaq.
    ati suam-suam.
    Kucing Kota.
    Pun turut sibuk.
    Sampai tak sempat.
    Sampai tak dan.
    Nak bagi salam.

    Rasanya.
    Enjin tu dah berhabuk.
    Lama sangat dalam stoq.
    Dah tak boleh guna.
    Selepas depreciation.
    Dah tak ada nilai.
    Book value, dah kosong.

    Dia juai pun.
    Mungkin tak sampai RM 1 juta.
    Bagi chance kat depa lah.
    Kita tumpang seronok.
    (kerana tumpang lalu dah kaku)
    Tengok sapa kena gari.
    Siapa akan pakai ketayap.
    Masuk mahkamah.
    Di Malaysia ni, ketayap laku.
    Bukan kat masjid saja.
    Bila ke mahkamah pun.
    Laku rupanya.

    Ya lah ketayap tak basi.
    Nasi kandaq basi.

    Nasik kandaq.
    ati suam-suam.
    kucing kota.
    Kalau nak komen.
    Kena baca banyak buku.
    Buku akaun.
    Baru tahu.

    Kalau dok baca harakah.
    Terlampau banyak baca.
    Dah tak gelak.
    Hara, hara, kah, kah, kah, kah lagi.
    Dah jadi.
    He1.. He… He..
    Nanti gigi pun keluaq.

    Sekadaq biaq kat depa lah.

  11. Salam.

    Izin.
    Nak tambah sikit.
    Kerana nasik kandaq pun.
    Boleh tambah.

    Isu Enjin hilang tak hangat.

    Isu TGNA bersara segera.
    Lagi hangat.
    Macam nasik kandaq masih hangat2.
    Sedap makan.
    Dalam bahasa lain.
    Nasik kandaq ada ati, masih suam-suam.
    Pun sedap.
    Bila hangat.
    Kucing kota pun terkam.
    Nasik kandaq.

    Sekadaq isu hangat.
    TGNA kena bersara segera.

    • KERAJAAN 1 Malaysia
      Amat teruk

      Ds najib elok letak jawatan. nak kata pandai tetapi bodoh.
      Sewmua boleh hilang dengan kerajaan 1malaysia ni.

      Tanah johor pun dijual pada Cina singapore

  12. Kepada yang terlibat dengan perbuatan menderhaka kepada tanah air seperti ini…WAJIB di HUKUM MATI

  13. kita tunggu hasil siasatan polis

  14. minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  15. yeyy..yeyyy…budak tadika dah maii…gurindam dan seloka..yeyy..yeyyy…1 mesia..islam hadhari..malaysia bestari..

  16. Salam,

    Mangkaq betoi la TUDM ni.Sampai tak sedaq enjin bleh yip ka liao.Ushar sama missile yg dok ada.Mana tau perang nnt. stok zero…

    Ikut jejak kasih pak manteri jugak peel depa ni.

    “”””asal barang jadi duit””””

    raja melingkup………………………….

  17. nasib baik yang kat dalam seluar yang tergantung tu lekat kat badan.. kalau x banyaklah berita ‘anu’ ku hilang / dicurik di dalam suratkhabar maupun tv hahahaha…. itupun kalau sedar..kahkahkah…

    Apa ? tunggu siasatan ? Wujudkan jawatankuasa ? Gila bana betul negara kita sekarang nie.. makin lama makin teruk sejah akhir2 nie…

  18. Assalamualaikum…
    Semua orang awam tak payah rungsing…hal ni cam biasa lah ..sekarang semua nak tunjuk hero… Hilang engine 2 biji macam dah hilang negara…..
    pengkhianat tetap pengkhianat..dan ada habuan untuk pengkhianat…itu hampa semua jagan risau ..
    menteri dalam kementerian sapa pun masa tu aku tak kesah sebab aku kerja bawah depa.. depa semua sibuk kontrak dan sibuk agih projek kat kroni-kroni…masa 2007 biasa la sibuk duk meloby undi samapai lupa sat askar-askar yang bergelut dengan gaji cukup cukup makan masa tu… hangpa mana ada pikiar nasib cam kami..

    Sekarang benda tu pun dah lesap dan pun ada kat luar.. tak tau jadi besi buruk laku tak laku aku pun tak tau…benda dah 35 tahun kalau paip air pun dah kena tukar.. ini ke besi engine …
    pengkhianat tetap pengkhianat…

    Pihak Polis cam biasa la Depa Nak Tunjuk Hero tak habis rasuah tak kurang jugak..jenayah duk bertambah-tambah ..hampa buat kerja hampa la tok sah duk sibuk pasal hal-hal ATM.. banayak lagi kepakaran lain selain orang macam PDRM yang boleh kementerian dan kerajaan fikirkan sesuai untuk menyelasaikan masalah ni.. tak guna lantik Tan Sri Ghani Petail tu..dia kan boleh pakai…

    Apa pun aku syorkan Kerajaan dapat menubuhkan suruhjaya sisatan diraja dengan kadar segara bagi menyelamatkan maruah anggota ATM peringkat bawah dari dihina dicaci maki oleh orang awam pasal benda bangan cam ni……

    PDRM Buat lah kerja2 jaga kententeraman awam dan jaga keselamatan orang ramai bab2 jual barang cam tu bagi lah suruhanjaya kerajaan yang lantik siasat dan buat keputusan.. PDRM banyak lagi tugas tugas hang pa yang belum selesaiii …. amigos..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: