Posted by: pinkturtle2 | Disember 22, 2009

Dr Rosli Allani lepas Semua Jawatan Dalam PAS

Dr rosli sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media tengah hari tadi

Para wartawan yag hadir pada sidang media tersebut

Rosli Allani Letak Jawatan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan

KOTA BAHARU: Sehari selepas diperintahkan oleh mahkamah supaya tinggal berasingan dengan isteri keduanya kerana perkahwinan mereka diragui, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir hari ini mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Rosli Allani, 35, bekas pegawai khas Anggota Exco Kanan Kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, yang pernah mendesak supaya menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, juga mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya yang lain dalam parti itu tetapi akan terus menjadi anggota Pas.

“Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta,” katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam masa terdekat.

Semalam, Rosli Allani diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Nor, 30, kerana perkahwinan mereka diragui memandangkan ia menggunakan khidmat satu sindiket di Subang, Selangor pada Disember tahun lepas.

Dalam pada itu beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pemuda Pas Kelanatan, Abdul LatiffAbdul Rahman, berhubung hasratnya itu.

Beliau juga meminta akhbar yang menyiarkan berita mengenai masalah peribadi beliau supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan.

Rosli Allani berkata beliau belum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjayanya sebagai doktor perubatan atau menceburi bidang lain. – BERNAMA


Responses

  1. Contah manusia yang gentlement dan bertanggung jawab kepada Parti dan Kepimpinan. Demi nama baik Parti, beliau melepaskan semua jawatan.

    Tahniah Dr. Terharu saya. Yang bernikah terpaksa bekorban, yang berzina buat muka selamba jer!

    • salam…

      ini bukan pasal gentlemen… ini pasal perkara macam tidak sepatutnya berlaku terutama kepada seorang ahli pas…parti islam se malaysia!!! kawin bukan main-main… kalau salah kawin dah kira zina jugakla… hanya Allah yang tahu…

      tak kan khilaf kerana nafsu kut… buat cara baik la…baru nampak baik…

  2. Dr Rosli kata : “Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta,”
    =============
    Man, bila pula kamu dan Raja Shamri nak nasihatkan boss kamu Ariffahmi tu supaya ikut langkah Dr Rosli yang nampak gentleman tu? ulaslah …

  3. minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  4. TAHNIAH kepada PAS.

    DS Najib bile nak letak jawatan?

    • salam…

      kenapa perlu DS Najib letak jawatan? tak ada sebarang dakwaan pun…

      sesiapa yg pernah berzina atau menjadi saksi buatlah dakwaan… barulah boleh fikir benar atau tidak…

      bolehlah kita sama2 berfikr benar2 berlaku ke tidak macam kes DSAI tu… kalau setakat diblog2…sapa2 pun boleh tulis… tak gitu Toyol?

  5. Betul kata manis tu..
    Kalau kata DS Najib kena tangkap khalwat kat PD satu waktu dulu. Kenapa tak mintak pegawai jabatan agama PD, dan Polis yang ada bersama ketika penangkapan itu, keluar sebagai saksi dan, mintak kes tu didakwa.
    Kalau tak didakwa takada kes lah namanya.
    Soal Isa Samad campur tangan, itu soal lain,
    yang pentingnya kes itu tidak didakwa.

    Begitulah jugak kes sepupu Altanttuya, Amy kata dia ada lihat seorang pegawai tinggi kerajaan Bernama Najibl Razak ada makan malam bersama Altanthuya dan Razak Baginda disebuah restoran di Peranhis.
    Tapi kalau dah pendakwa dah sepakat dengan peguam pembela kata tak releven. Kenyataan saksi tak boleh pakai la namanya.

    Lagipun kes tu dah jatuh hukum kepada mereka yang membunuh. Bila disoal adakah OKT ini kenal Altanthuya. OKT jawab tidak!. Peguambela yg bodoh, tak tanya pulak, kalau tak kenal, kenapa siMinah ni dibunuh.
    Nak buat macam mana dua budak Polis ni memang Allah dah takdirkan nyawa mereka berdua mati ditali gantung.
    Allah ni macam tak adillah pulak yer!. Macam Allah tak nilai harga nyawa kedua hamba ni yer!

    Kalau mahkamah tak nilai nyawa 2 makhluk ni, tak kisah sangat. sebab mahkamah pun makhluk jugak. Ni allah. Ishh… susah nak jawap.

    Tapi PM 1 Malaysia ni tak nak nilai ka nyawa 2 ekor kambing hitam ni!. Kalau setakat 2 buah engine jet yang bernilai RM 100 juta tu, tidak bernilai bagi PM 1 Malaysia, tak kisahlah sangat, tapi takkanlah tak boleh nilai nyawa 2 ekor kambing ni. Nyawa ni!.
    Ehh!!! kenapa kita pulak nak menyibuk. PM takdak kena mengena dengan kes Altanthuya. Kalau PM kata nyawa kedua ekor kambing ni lebih murah dari Engine jet yang hilang tu. Itu dia punya pasal la. Dia takdak hubungan dengan kes Altanthuya ni. Tanya mahkamah la. itu Urusan mahkamah.

    Jadi apa kena mengena pembunuhan itu dengan Najib atau Razak. Pendakwaan dan pembelaan telah dibuat dan takda bukti berkaitan atau saksi yang boleh mengatakan Najib Razak terlibat. Nama Najib Razak yang disebut Amy tu, orang lainlah tu.
    Celaka sungguh surat khabar Peranchis yang cuba memfitnah PM kita ni, kerana artikal surat khabar nilah nama PM kita telah dibusukan sampai ke usus.
    Yang PM kita ni pun satu jugak. Masih buat bodo pekak badak. Sepatutnya dia ambik la tindakan menyaman surat khabar celaka ini. Buat macam Haji Hadi saman surat khabar London atau Mahfuz saman Utusan Melayu.
    Ni tak macam suka ja maruah dia diinjak2 oleh paper Peranchis ni.

    PM 1 Malaysia kami rakyat merayu bersihkanlah nama mu…Habis.

    • Aslkm,

      Bro KK.. hang panah depa kaw kaw punya… Depa ni buta sejarah… itu la sebab TDM selalu sebut Melayu mudah lupa lirik… he he..

      dia dah kowtim utk depa, depa buat tak dengaq cakap dia… depa bukan main kipas Pak Lah…jaga hangpa…

      hang tengok la ni boleh kata hari hari muka TDM kat TV…. dulu lagi aku kata dia ni master of puppet… najib tu boneka saja …

      kita tunggu tengok apa Manis nak kelentong pulak…

  6. perletakan dr.rosli adalah dipuji kerana walaupun beliau meletakkan jawatan atas sebab masalah perkahwinan,beliau meletakkan jawatan.
    tetapi yang lebih teruk adalah mencalonkan seorang yang ada rekod rasuah untuk dijadikan pemimpin seperti di Bagan Pinang.bukan semua tidak tahu hal ini.orang yang mengamalkan rasuah itu sepatutnya sedar diri yang mereka tiada maruah dan intergriti,bahkan hanya mengharapkan kemenangan tanpa mengira apa cara pun.inilah yang membahayakan negara.jangan kita anggap masalah perkahwinan beliau itu bermakna beliau itu berzina,biar mahkamah yang memutuskan keputusan.kenapa perlu DS najib letak jawatan?amatlah senang,kerana dalam BN sendiri pon tak hadir ke parlimen utk sidang parlimen mengenai bajet 2010,bermakna MP BN sendiri pon tidak menjalankan tugas seperti yg DS Najib inginkan.ini bermaksud kepimpinan DS Najib sendiri dipeertikaikan oleh ahlinya sendiri…

  7. utk kucing kota…
    kenapa akhbar perancis boleh berkata sedemikian kpd PM?sangat senang juga.pokok takkan bergoyang kalu tak der angin yg tiup,sebab itulah mereka lebih berani,lagipun PM tak saman @ marah kat akhbar itu,bermaksud jika PM saman akhbar itu,boleh jadi akhbar itu ade bukti,sebab tu la PM tak berani nak saman,macam kes Haji Hadi @ Mahfuz,mereka berani kerana mereka yakin mereka di pihak benar,itu psikologi namanya.lagipon ketika PM buat lawatan ke Perancis,kenapa takda bayangan Nicholas Sarkozy sebagai presiden perancis yang sepatutnya menyambut PM kita?itu beermaksud mesti ada sesuatu yang tersembunyi…apa yang tersembunyi?Wallahu A’lam

  8. Salam.

    Memang tak PAS.
    Soal kawin pon tak PAS.
    Tengok.
    Tindakan mahkamah pon.
    Tak terlePAS.

    Inikah, yang gerangannya.
    Ketua Penerangan Pemuda PAS.

    Ini yang buat TGNA.
    Tak mahu lePAS.
    Ini sepatut tak berlaku pada orang PAS.

    Sekadaq tak segan ke, kat TGNA.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: