Posted by: pinkturtle2 | Disember 23, 2009

Selain enjin pesawat, peralatan lain juga turut lesap…

Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap

Selain dua buah enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, peralatan lain yang berkaitan turut lesap, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan terhadap pegawai atasan dalam perkhidmatan itu yang bertanggungjawab ketika kes itu berlaku.

Satu mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu itu serta mengambil tindakan ke atas pegawai atasan tersebut, katanya.

“Hasil mesyuarat akan diberikan kepada saya selaku pengerusi untuk ulasan,” katanya dalam sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan untuk Keselamatan Sosial Maldives Ameen Faisal di ibunegara.

Menurutnya, selain empat anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan terlibat dengan kes itu, pihaknya turut mengenal pasti beberapa orang lagi dalam ATM yang terlibat.

“Kami telah menempatkan mereka di tempat tertentu dalam perkhidmatan serta telah mengambil tindakan terhadap mereka. Mereka masih berkhidmat dalam ATM kerana kita sedang menunggu siasatan dari aspek perundangan Angkatan Tentera,” katanya.

Ahmad Zahid berkata mereka yang ditahan itu merupakan pegawai bawahan lain-lain Pangkat (LLP) di Lembah Klang yang turut mempunyai rangkaian di Butterworth.

Beliau berkata sebuah syarikat pembeli enjin pesawat yang berada di ibunegara dan mempunyai cawangan di negara jiran turut disiasat.

Siasatan menyeluruh

“Penyiasatan dilakukan secara menyeluruh dan saya tidak fikir syarikat penyelenggara pesawat itu terlibat secara langsung kerana ia melibatkan sebuah syarikat pembeli yang berpangkalan di sini dan mempunyai cawangan di negara jiran.

“Saya fikir syarikat itu mempunyai rangkaian di peringkat antarabangsa. Enjin dan peralatan ini dipercayai dihantar ke negara Amerika Selatan,” katanya.

Beliau berkata kehilangan peralatan itu tidak boleh diterima langsung walaupun perkara seperti itu pernah berlaku di beberapa negara luar.

“Pengkhianat, penderhaka berada di mana-mana. Kementerian Pertahanan bukan sahaja menjalankan siasatan dalaman tetapi sebagaimana yang disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, kita telah menyerahkan kes ini kepada polis 100 peratus.

“Pejabat Peguam Negara pun sudah mengeluarkan kenyataan bahawa siasatan yang diperlengkapkan dengan beberapa aspek perundangan harus dibuka kepada umum melalui tindakan mahkamah,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sistem rekod dan iventori semua perkhidmatan ATM cukup
kemas tetapi sekemas manapun sistem itu, pengkhianat negara mesti mencari jalan untuk membolosi semua peraturan yang sedia ada.

Beliau turut meminta bloggers tidak cuba untuk menyeleweng fakta dan memesongkan keadaan dengan pelbagai analisis dan spekulasi.

Katanya Perdana Menteri sendiri akan terus memantau hasil siasatan itu dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang bersalah serta akan diumumkan dari semasa ke semasa kepada orang ramai bagi memperlihatkan ketelusan kementerian.

Ahmad Zahid berkata kementerian telah meminta syarikat pengeluar peralatan itu memberi butir-butir spesifikasi dan teknikal enjin serta peralatan lain yang hilang dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Beliau berkata bagi mengelak perkara yang sama berulang, sistem penghantaran peralatan persawat untuk diperbaiki kini diperketatkan dan dipantau dengan lebih terperinci. – Bernama


Responses

  1. minta tolong klik link dibawah….
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a

  2. minta tolong klik link dibawah….
    http://www.catcheye.com.my/?r=34152

  3. Hello lily….kalau mau klik2….lain tempat laaaa….

    Kepada webmaster….tolong tapis komen2 ruangan ini…tolong block mereka2 yg kemarok dgn hal2 sebegini….menyemakkan ruang sajer…

    Tentang kes kehilangan asset negara ni, bagi aku laaa….sure ada hal lain yg lebih ‘hot’ berlaku, ini semua cara ameno mengelak konfliks besar mereka diketahui umum. Aku sebenarnya ketawa sendirian bila mendengar ulasan si Zahid dan juga saranan Najib… Dia masih berfikiran rakyat m’sia ni masih mudah diperbodoh2kan. Saper tahu kes ni melibatkan Big F**k Mama. Kes terjadi sewaktu beliau menjadi menteri pertahanan, so…ape kejadahnya dia leh tak tahu urusan kementriannya…lebih2 lagi melibatkan asset negara… Walaubagaimanapun, alhamdulillah rakyat marhaen sekarang ni dapat menilai bagaimana KERAjaan ameno ni mengurus hal2 negara. Yg bestnya bila wartawan bertanya, selamba jer menjawab seolah2 dia dapat chance nak cekup org2 bawahan dia dalam kementrian yg kaki kebas. Aku yakin, dalam kes ni…anak2 bilis juga akhirkan jadi kambing hitam. Ko org fikir jer laaa…kes BUNUH org bebbb…warga asing pulak tuuuu….leh rileks2 lagi…siap jadi PM lagi tuuuu…inikan pulak kes hilang enjin?….macam hilang duit syiling 50sen jer bagi dia…. Sebenarnya…juak2 ni belum lagi insaf…taubat sambal belacan bak kata Ustaz aku dulu…sok kalau sakaratul maut dah sampai kat tengkorok mereka…baru berputar ligat sandiwara mungkar yg mereka lakukan (Allah swt pertunjukkkan)…jgn risau…ni baru alam fana….ada lagi alam lain yg kita semua akan lalui…bekalan kita hanya “kekuatan iman”…

  4. Dah ada pun dua ekog kambing hitam berpangkat koperal sedang ditahan disatu tempat yang tak dimaklumi. Nak siasat depa dua ni.

    Boleh cayaka 2 ekog koperal ni boleh urus satu sendiket nak jual barang setiap satu bernilai 50 juta.

  5. tukar le dari ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA dari ANGKATAN TENTERA KEDAI BARANG LUSUH MALAYSIA buat gelak negara jiran aja,senangX2 pertahanan negara dicerobohi.

  6. NANJIS TUYA NI MANA ADA TERSEMAT DLM ATI DIA TTG KEINSAFAN..KEMUNGKARAN..KEMAKSIATAN..KEBOM MAN ADALAA..
    TAMBAH LAK PERISA SI ROSMAH KATIK TU..BKN LINGKUP LAGI DH NEGARA..PUNAH RANAH SILAP2 TERUS ALLAH TAALA GULUNG 1 MESIA NI DGN TSUNAMI..
    NANJIS TUYA DGN SEMAH KATIK BOLEH LA LARI NAIK SUKHOI DAKPON NYOGHOK DLM KAPAI SELAM SKOPENEE..RAKYAT LA NK LARI TANG MANA..
    PADAN GAK MUKA KT RAKYAT2 UMNGOKKK YG BENGAP LGI TONGOKKK….

  7. Salam.

    Itulah kena banyak baca.
    Banyak membaca, barulah tahu.
    Tahulah.
    Yang manusia ini.
    Ramai yang gelojoh.
    Ramai yang tamak.
    Bukan kira.
    Sapu semacam.

    Yang dok buat kerja ni.
    Kerana tak banyak membaca.
    Kurang ilmu.
    Dan tak berilmu.

    Ada ijazah.
    Sarjana muda, sarjana, Phd.
    Ada pangkat, tak ada pangkat.
    Belum tentu banyak membaca.
    Belum tentu mulia.

    PAS sekolah pondok.
    Pun belum banyak membaca.
    Belum tentu mulia jugak.

    Jadi, apalah nak dihairankan.
    Kalau tidak.
    Ini bukan dunia.
    Tak seronok pulak.

    Hilang enjin pesawat ni, pun.
    Ada hikmahnya.
    Ada cerita, nak dicerita.
    Boleh tuduh sana, boleh tuduh sini.

    Tapi TGNA boleh tolong.
    Nak tolong, kena besara segera.
    Bila bersara, boleh berdakwah.
    Berdakwah pada yang tak mulia.
    Beri kesedaran.

    Tapi, masalahnya.
    TGNA tak mau.
    Kalau tak mau.
    Susahlah.
    Kerana TGNA, harapan kita.
    Untu berdakwah.
    Supaya.
    Enjin TUDM tak hilang lagi.

    Sekadaq nak TGNA bersara.

    • Oii budak-budak
      Pas sekolah pondok
      UMNO sekolah Modern
      Pas boleh perintah
      UMNO bodoh memerintah

      Kes C4
      Ada kambing hitam – MELAYU terkorban
      UMNO sekolah tinggi
      Pas sekolah Pondok

      Kes Liwat yang tidak liwat
      Ada kambing hitam yang tidak hitam – MELAYU terkorban
      UMNO sekolah Luar negara
      Pas sekolah pondok

      Enjin TUDM Hilang
      Belum ada kambing hitam lagi (tengah mencari)
      Kalau ada tentu ada MELAYU terkorban

      umno pandai korban orang MELAYU
      umno pandai membaca

      umno korban Bangsa melayu
      umno pandai memerintah

      UMno korban melayu
      umno padai belajar

      UMNO jual tanah johor pada Cina singapore
      umno bijak business

      UMNO bantu cina dan kafir
      Korban bangsa melayu
      umno mulia

      DAP kawan dgn PAS
      Tidak boleh

      BN kawan dengan umno
      Boleh

      Kalau dah bodoh
      Najib letak la jawatan
      Ada orang pandai lagi

      Letak la jawatan
      Najib oii

    • BT
      Sedih dengan saudara
      Kat uptown ramai dok cerita
      Kat pasar pun dah berkata-kata
      BT ni kenapa..???

      Rajin mengulas tapi isinya mana?
      Nawaitu satu sahaja
      TGNA tak pernah lupa
      Bukan nak kirim salam ker
      Atau nak kirim berita
      Tahunya TGNA dia tak suka
      Tak suka tak suka tak suka

      Cerita PKFZ
      TGNA kena
      Cerita enjin hilang
      TGNA kena
      Cerita SPRM
      TGNA kena
      Cerita royalti minyak
      TGNA kena

      Kalau kamu tu kita berbahas
      Kita tahu dah kamu tak kemana
      Open book kamu kata..??
      Dari tahun sudah…nak cecah akhir
      Ayat sama….
      Tak bijak rupanya saudara…!!!!
      Baca buku hanya sia-sia

      Anak kita tanya kita siapa BT tu ayahanda
      Kita cakap tak siapa
      Ingat gula melaka
      Rupanya gula CSR kat Batu Tiga

  8. salam 1 malaysia
    hahahahahaha…enjin jet hilang pun adan kaitan dengan Tok Guru Nik aziz ke???
    dengan budak tadika takdak kaitan ke??

  9. Bermacam-macam masalah dibawah pemerintah BN.

    Kepada pemimpin BN, Elok letak sahaja jawatan anda. Anda tidak pandai memerintah, Bodoh tersangatla bodoh.

    Puak puak Umno, sedarlah siapa tipu siapa?.

    Asyik hilang saje.
    Asyik korban ORANG MELAYU sahaja
    mana MCA MIC PPP
    Apa kejadah KERAJAAN macam ni?.

    ASAL BARANG JADI DUIT
    ASAL MELAYU UMNO KORBAN

    UMNO SEKOLAH TINGGI
    PAS SEKOLAH PONDOK

    PAS PANDAI BACA QURAN
    CINA BACA QURAN UMNO MARAH

    UMNO TIDAK PANDAI BACA QURAN
    UMNO SEKOLAH SEKULAR

    UMNO PANDAI MENIPU

  10. Peribahasa kita ada menyebut, “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”.
    Tentu budak tadika dok puji puak ni.
    Ingat pesanan Allah swt iaitu AMANAH harus diutamakan dalam kehidupan seorang insan yang mengisytihar diri mereka “Islam”. Tak guna kita bersembahyang kalau diri kita tidak beramanah.
    Kepada budak tadika, tak usah guna perang psychology dalam kes TG Nik Aziz. AKU amat mengenali puak munafikun ni. Depa ni cuba menggembar gemburkan suatu cerita yang tak benar kemudian depa akan kata “Semua orang cakap macam tu, tak kan hang tak percaya” Depa lupa bahawa ramai yang dah celik kecuali puak munafikun sahaja. Balik minum susu kat puting mak hang dulu bagi puas-puas, barulah mai balik berhujah di sini.
    Tengok saja, kes kecurian dalam kem tentera yang dikawal rapi dengan pegawal yang bersenjatakan M16. Begitu rapuhnya pertahanan bagi sebuah pasukan pertahanan. Jadi tak hairanlah geng Al Maunah boleh curi senjata dari kem askar. Kalau curi enjin ini, depa bersubahat dengan orang dalam, maka sudah pasti kes al maunah boleh ada orang dalam yang tersabit? Entahlah, AKU hanya meneka aja. Hanya Allh swt yang maha mengetahui.

  11. Assalamualaikum….

    janganlah kita berasa hairan akan “kehilangan-kehilangan” yang berlaku di 1Malaysia ni… Malaysia Boleh lah katakan…. everything is possible…..

    Bukan sekadar enjin jet yang hilang, segala-galanya hilang…. wang royalti petroleum hilang, bahan letupan C$ hilang, senjata dan peluru di gudang simpanan senjata hilang, fail-fail kerajaan hilang, wakil rakyat hilang, penyiasat persendirian hilang, duit rakyat hilang, segala-galanya lah… sebut saja apa yang tak hilang? sampaikan orang-orang UMNO dan penyokong-penyokong UMNO+BN pon dah “hilang akal” kerana ditipu selama lebih 50 tahun…. contohnya macam “budak tadika hijau” tu…. hilang akal la tu… enjin jet hilang pon dia salahkan TGNA…..

  12. Salam KeLi.

    Siapa yang salahkan TGNA.
    Coba baca betoi2.
    Tulah kita suruh, banyak membaca.
    Tak mahu.
    Dok baca harakah.
    Otak dah mula becerakah.

    Kita kata.
    TGNA boleh tolong.
    Kita yakin, kita betoi.
    (Belajaq dari jangan lupa lirik)
    Tapi.
    TGNA kenalah bersara.

    Sekadaq kena bersara jugak.

    • orang bengong dan bodoh tak akan mengaku dia bodoh dan bengong…. memang pikiran tahap “tadika” kini dan selamanya….

  13. Aslkm,

    Memang susah cakap dengan budak baya tadika ni…. Asyik asyik sekadak nak TGNA bersara…

    Hang patut cakap sekadak nak Najib bersara… Kementerian Pertahanan bawah dia waktu tu… tangkap juga sapa yang jadi Panglima TUDM waktu tu… Mungkin pameran LIMA baru ni habih Malaysia kena gelak oleh peserta asing…

    Sorry la budak tadika aku minta maaf awal awal.. hang memang bengong

  14. Salam KeLi.
    Salam NEUTRON.

    Kita tak kata pada orang.
    Kita tak cerca orang.
    Kita tak fitnah orang.

    Kita masuk pon dengan salam.
    Kita berakiq2 pun dengan sekadaq2.

    Permintaan kita.
    TGNA bersara segera.
    Berdakwah segera.
    Kita rasa, dakwah lebih bermakna.

    Kalau tak setuju.
    Katakan tak setuju.
    Kalau dah tak gi pon.
    Masih tak setuju.
    Katakan jugak, tak setuju.

    TGNA tu dah letih.
    Tapi, rasanya.
    Masih boleh dicaj.
    Seperti bateri.

    NEUTRON boleh caj.
    Guna ion, guna proton.
    Boleh caj.

    Makan kena yang yang baik2.
    Nasik kandaq.
    Ikan KeLi.
    ati yang suam-suam.
    Tentu TGNA jadi kuat.
    Lepas tu, tunggulah lama2.
    Tak apa.

    Sekadaq dok gi, tak gi dah.

    • Kepada pembaca budiman

      Inilah BARUA umno
      Mahthir ambil berapa bilion
      pak lah pun berbilion

      Ini lah barua umno
      Kalau setakat ketua cawanga
      makan kuah je kut umno

      Ini barua umno
      elok makan khinzir
      ini barua umno


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: