Posted by: pinkturtle2 | Disember 24, 2009

kursus mencuri enjin jet di seluruh negara


Gambaq ni tiada kena mengena dengan enjin jet yang masih hidup atau mati ataupun hilang.

Bekas pencuri terkejut enjin jet boleh dicuri

PAYA MAT INSUN: Seorang bekas pencuri motosikal yang ditemui di sini menyatakan dia tidak pernah terfikir enjin jet juga boleh dicuri.Jika dia tahu enjin jet boleh dicuri,sudah tentu dia tidak perlu mencuri motosikal selama ini.Lebih baik dia mencuri enjin jet kerana dengan sekali curi sahaja tak perlu lagi buat bersusah payah untuk buat kerja mencuri.Habuan yang diperolehi boleh menyara tujuh keturunannya.

Beliau yang sebelum ini melakukan rutin mencuri motosikal di sekitar kampung di sini juga pernah mencuri lembu sebanyak 8 kali.Namun kelapan-lapan kali dia kantoi.

Tambah beliau lagi,mencuri enjin jet juga selamat kerana tiada siapa yang akan tertangkap dan didakwa walaupun setelah 2 tahun enjin jet itu dijual kepada pembeli di luar negara.Beliau yang kelihatan terkejut dengan berita enjin jet dicuri telah menghubungi beberapa rakannya yang juga pakar pecah rumah untuk memberi idea bernas ini kepada mereka.

Selepas ini beliau bertekad untuk menganjurkan kursus mencuri enjin jet di seluruh negara berdasarkan konsep 1 Malaysia. -TAKBERNAMA

http://biaqpila.blogspot.com


Responses

  1. macam2

  2. biar betul…..

  3. kursus macam ni boleh masuk dalam kurikulum dan silibus BTN anjuran UMNO….

  4. Sekitar tahun 80an dulu Kucing ada seorang kawan kat Paris, dia pernah maklum pada Kucing, di Peranchis ni ada satu kumpulan penjenayah bertaraf internasional telah menubuhkan sebuah sekolah secara gelap untuk penjenayah amatur belajar buat kerja mencuri, merompak, menculik dan menipu secara profesional.

    Tidak dikenakan sebarang yuran tetapi pelajar hendaklan menjalankan ujian peraktikal berasaskan kursus yang diambil. Sekiranya berjaya berturut turut sebanyak 3 kali. Pelajar tersebut akan ditauliahkan dan boleh mendapat khidmat nasihat dari tenaga pengajar sekolah itu secara percuma.

    Baru2 ni Kucing hubungi dia cuba nak dapat maklumat berkenaan sekolah tu lagi. Tapi dia maklum dah tutup.
    Kenapa ditutup?. Sebab dah tak ada Pengetua
    Kucing tanya siapa dia penaung dan pengetua sekolah ini?. Kawan Kucing jawap Al Capone.
    Oooo…dah mati dah pun, patut laaa..

    Kucing tanya lagi adakah pelajar dari Malaysia yang datang belajar disini?. Ada, tetapi dia sekarang dah loaded dah ramai anak buah.
    Ada lagikah anak buah pelajar ini?. Ada!.
    Siapa?. dia jawap” Tanya koperal yang telah ditahan atas tuduhan kehilangan Engine jet F5E tu”

    Agak2 kitalah sapa dia pelajar yang dah ramai dengan anak buah itu?.

  5. Salam.

    Kesian.
    Kesian kat KeLi.
    Kesian kat kucing kota.

    Ini bukan soal kursus.
    Ini bukan soal reti.

    Ini.
    Soal iman.
    Soal taqwa.
    Soal Ilmu.
    Soal murni jiwa.
    Soal tahu, baik dan buruk.

    Ini soal.
    TGNA tahu sangat.

    Tu, yang kita dok mintak.
    TGNA bersara cepat.
    Berdakwah.
    Membetulkan budaya kelabu.
    Kerana ramai ahli Kelab U.

    Sekadaq bersaralah TGNA weh.
    Dan berdakwahlah.

    • Tengok tu BT
      Katanya baca buku
      Katanya ilmunya lebih

      Kita bercakap pasal enjin
      Ulaslah pasal enjin
      Mana logiknya mana ilmiahnya
      Mana kuatnya mana betulnya mana pincangnya
      Ini isu global
      Isu keselamatan isu amanah
      US pun dah marah takut teknologi dia musuh salah guna
      Dunia pun dah tak suka kita

      Saya dah kata
      BN saya suka
      PR saya suka
      Bukan partinya tapi siapa wakil kita

      TGNA kita kenal kita tahu siapa
      Kenapa dari awal sampai sekarang
      Isu yang sama
      Penghujung cerita TGNA diminta undur habis cerita

      Apa ni…mana bijak saudara?
      Jangan hilang hormat
      Saudara bercakap pada dinding
      Suara sendiri didengar..sakit telinga
      Orang lain tak perasaan pun saudara siapa

  6. persoalannya jika injen jet pun pasukan keselamata tak boleh jaga, macamana dengan keselamatan negara jika dicuri musuh ?.

  7. salam budak tadika……………

    Paya Mat Insun tu dekat dengan Gurun di Kedah….. aku pun tak tepikiaq kat situ ada pakar dlm curi mencuri ni………ropanya ada ‘master’ dia kat situ… buat malu orang utara saja……..nak buat ibu pejabat kot …kat paya mat insun tu………..

    kalau hang nak masuk kursus tu elok laa……..tapi aku nak bagi tau satu perkara…….
    ….mencuri dlm erti kata sebenar di m’sia ni cukup luas…….konotasi berbeza sikit……..

    *penyelewengan = mencuri
    *rasuah = mencuri
    *bail out = mencuri
    *pkfz = mencuri
    *project top-up = mencuri
    *darul runtuh = mencuri
    *mega projek = mencuri
    * kamsen = mencuri
    *simpan duit kat luar sorok-sorok = mencuri
    *banyak lagi laa yg serupa = mencuri

    jadi yg hang dok suruh TGNA besara tu pasai apa? dia strong lagi……..negeri dia tak dak pun runtuh-runtuh……yg dok kena negeri lain…….negeri puak hang laa……..elok laa depa tu yg besara…….kot orang lain masuk tak dak dok runtuh lagi………

    see u

  8. Salam nasik kandaq.

    Tak payah kursus.
    Banyak membaca cukup.
    Berhati mulia cukup.
    Tahu halal haram cukup.
    Tahu mana yang hak cukup.

    Bagilah nasik sekandaq pon.
    Kalau bukan hak.
    Tak makan.

    Serupalah dengan TGNA tu.
    Dah tahu.
    Dok gi, dok gi, dok lagu tu.
    Dah tak gi.
    Pon.
    Dok tunggu jugak.
    Dok tunggu gapo.
    Dah tak ada hak.

    Cuba bersara.
    Mai makan nasik kandaq.
    Kat Jalan Burmah.
    Berdakwah kat Masjid Ayer Itam.
    Kan bagus.

    Hilang enjin jet.
    Tak sehebat.
    Penang dah nak pupus.

    Sekadaq Penang dah nak pupus.

    • Salam,

      umno la yg nak pupus

      pemuda gerakan sound
      satu kali
      umno kecut teloq

      apa punya samdol salam
      “”” umno..””””

      mamak saja tau ajaq
      akhbar tempuh hari
      mat noor yaakob beri
      anugerah pd fadzil
      mamak contruction
      bumiputra berjaya…

      mamak pass pd mamak..
      senarai calon2nya semua
      mamak………..

      hehehehehe

      • Salam chief.

        Jangan kata gitu.
        UMNO bertambah hebat.
        Kalau tidak.
        Takkanlah ada UG.

        Dengan 1Malaysia.
        UMNO lagi bertambah hebat.
        Sebab.
        TGNA sorang saja tak setuju UG.
        Yang lain nak.
        Yang lain tu, bukan sembarangan.
        Tahu sama tahu lah.

        Bagi tau kat mamak2 Penang.
        Jangan dok kandaq nasik lagi.
        Zaman sekarang.
        Orang dah kandaq enjin jet.
        Cuma depa guna konsep kandaq.
        Macam mamak dok tiru.
        Yang dok berkandaq-kandaq.
        Tengan malam di Penang Road.
        Zaman dulu2 la.

        Sekadaq chief tahu, kan.

      • Salam Hijau.

        DAP Lebih baik dari gerakan
        bn perintah.Semua pakat2
        bleh cari makan.Tulang besi
        baru saja update.Dasar
        Ekonomi Balaci UMNO gelong.

        PENGALAMAN BERBORAK DENGAN DRIVER TEKSI PULAU PINANG

        Beberapa bulan yang lepas saya menghadziri perkahwinan adik saya di Pulau Pinang. Dari bandara, saya mengambil teksi ke hotel tempat rombongan lelaki menginap.

        Dalam perjalanan saya berborak dengan driver teksi yang kebetulan anak jati Pulau Pinang. Saya bertanyakan berkenaan program tender terbuka untuk kontrak-kontrak kelas F di Pulau Pinang. Kesemua kontrak untuk Kelas F adalah untuk Bumiputra dan di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, arahan dikeluarkan untuk semua tender Kelas F dilakukan secara tender terbuka.

        Terkejut saya apabila driver teksi itu memberitahu bahawa semenjak polisi baru ini, kawan-kawan driver teksi beliau pertama kali dalam sejarah mendapat kontrak Kelas F dari kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau tambah lagi, bahawa kalau dulu, kontrak-kontrak ini akan disapu bersih oleh kroni-kroni UMNO (atau lebih dikenali sebagai kontraktor2 OKU).

        Tapi, sekarang ini orang seperti beliau berpeluang untuk mendapat pendapat lebih sekitar RM3k-4k sebulan dengan kontrak-kontrak Kelas F yang terbuka kepada umum.

        Bagi saya, inilah dia DEB sebenar dan kita melihat DEB sedang berjalan dengan baik di bawah DAP. Jelas kepada kita, selagi UMNO memerintah, DEB akan terus gagal kerana DEB pada kita tidak serupa dengan DEB yang difahami UMNO

    • salam 1 malaysia
      penang pupus angkara siapa?

      • Salam Mat,

        Penang pupus angkara umno.
        Umno penang pupus angkara

        “”””M A M A K””””

        Cuba perati semua bahagian
        di sebelah pulau.

        Satu bahagian saja melayu..
        Balik Pulau…lain semua mamak
        control>>>>>>>>>>

      • Salam mat.

        Tu dia, mat.
        Penang pupus, angkara mamak.
        PENANGan mamak rupanya.
        Bukan kita kata.
        Kita pun tak tahu.
        great chief yang kata.

        Kalau great chief kata.
        Memang betoi.
        Sebab dia sekarang.
        Dok terperosok, kat Balik Pulau.
        Bila mai kat Bagan.
        Dia terperosok kat Cerok.
        Sebab, kat Bagan.
        Ada cerok.

        Nasik kandaq juga hebat.
        Mamak campoq buah kas-kas.
        Bau ketiak dengan peloh.
        Sebagai aji na moto-moto.
        Depa selinap semacam.
        Yang sedap.
        Bawah pokok buluh.
        Kat Burmah Road.

        Tapi tak tahu.
        Enjin kandaq lagi hebat.

        Sekadaq nak yang hebat2.

      • Salam hijau,

        Kalau nak kira 1 m’sia
        ni di control oleh mamak
        era cek det dan pak lah.
        MOF kan mat noor yaakob.
        Rizal merican plak sedarah
        sedaging adik beradik
        satu kati daging dua kati lemak.
        Elok mat noor yaakob tu najib
        mau tendang kluaq teruih..
        sieeer punya mamak….

        Lagi satu nak habaq mai
        di sektor swasta perkilangan
        terlampau banyak diskriminasi
        oleh cina terhadap melayu lebih2
        lagi terhadap kenaikan pangkat
        dan increment.Di tahannya benda
        ni tiap2 tahun membawa kita kpd
        depreciation dlm. take home pay
        kita.Mudah kalau nak perolehi data
        setiap pekerja cina vs melayu.Rujuk
        saja kpd kwsp dan lhdn…
        Aku tulis ni bkn aku racist.
        Tapi bagi ketuanan melayu yg
        hang puja2 tu jgn. lah dok sora
        lebih2 sangat kata dok bela melayu.
        Berenti sat la habaq kat depa…..

        “””those are the day’s”””

        Aku town punya kaki tak dok
        cerokkkkkk eihhhhhhhhh
        cangak kiri kanan ataih bawah
        semua mata sepek……..

      • Salam great chief.

        Apa yang chief kata tu.
        100% betoi.

        Tapi, apa chief susah.
        Tak payah berleteq.
        Guan Eng ada,
        Pakatan Rakyat ada.
        Boleh selesai koot.
        Nanti kita tengok, mai.
        Melayu PENANG hebat2.
        Nanti Melayu.
        Mula main PENANGan.

        Tapi la.
        Kalau TGNA bantu.
        Tentu PENANG Melayu lagi hebat.

        Tu, yang kita dok mintak sangat tu.
        Mintak TGNA bersara cepat.
        Nak suruh dia dakwah.
        Kat Guan Eng.

        Sekadaq TGNA juga kena bersara.

  9. Allah telah memakbulkan doa rakyat Kelantan dan Terengganu tentang royalti. Allah telah membongkar rahsia kejahatan pihak tertentu yang telah menyalahgunakan khazanah negara.. Allah Maha Bijaksana..Allah mampu melindungi orang yang Dia sayangi dan membuka rahsia orang yang Dia kehendaki… SubhanaLLah.

  10. Ikhlas betul mamat ni… haha

  11. Dekat Perak tu mamak ke juga, pertama rupa macam mamak, kedua masa Najib datang Ipoh untuk perayaan 1Malaysia dia jamu nasi wange. ketiga perangainya pun macam mamak yang dekat Pulau Pinang dan yang menjatuhkan kerajaan melayu Melaka. Kalau Dia mamak habislah orang Perak, jaga jaga yeop !.

  12. Yakinlah semua isu yang berlaku tidak akan dapat diselesaikan kecuali dengan Kuasa Allah melalui tangan rakyat. bukan dengan kertas putih dan suruhanjaya-suruhanjaya… Insya Allah lain-lain isu besar lagi akan Allah bongkarkan.. Teruskan berdoa kepada Allah SWT, wahai rakyat Kelantan dan Terengganu.

  13. Assalamualaikum semua

    aku rasa la…. tak dak gunanya kita dalam forum ni dok jawab apa-apa jugak tulisan daripada manis, rempahman, budak tadika dan gerombolannya sebab depa tu dah “hilang akai” sebagaimana hilangnya enjin F-5E dan segala-gala yang hilang sejak pemerintahan UMNO + BN di 1Malaysia ni… depa ni dah buta, mati hati dan pikiran….. dah tak boleh membezakan mana yang betoi dan mana yang salah….

    lagi pon aku dok perati, tulisan depa tu tak dak isi apa-apa pon, tak dak buah fikiran yang bernas yang boleh digunapakai pon…. tulisan mengarut dan hampas jer…. semua tahap pemikiran “tadika” jer…

  14. Salam KeLi.

    Kesian betoi, kat hang ni.
    Betoi2 perangai Melayu.
    Melayu zaman dulu2.
    Bila takboleh berhujah, lawan.
    Mulalah salahkan orang.

    Otak sendiri, bercerakah.
    Kerana hanya baca harakah.
    Tak tahu.

    Hang kena banyak membaca.
    Hang kena baca buku yang baik2 saja.
    Buku semua bidang disiplin.
    Kan membaca, makanan otak/minda.
    Hang dok baca harakah/sinar.
    Tak jadi.
    Seperti makan.
    Makanan tak berzat.
    Makan ikan KeLi saja pun tak jadi.
    KeLi bukan ada zat sangat.

    Tapi, tak apa.
    Tak payah hadiq kursus.
    Juai enjin jet bukan mulia.
    Juai tikus lagi mulia

    KeLi tahu ke.
    Mulia.
    Tak mulia.

    Sekadaq nak KeLi yang mulia.

  15. graduan yg belum dapat keja boleh apply. elaun RM 1000 akan diberikan kpd setiap graduan.

    habis kursus nanti harapan kera jaan 1malaysia agar graduan boleh buat bisnes sendiri contohnya jual enjin kapal selam.

  16. KL enjin kapai selam..agak2 ada org tau ka mcm mna blh ilang….ntah2 mmg dh ilang jgk kot..

    ekekekekekekeekkkkk….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: