Posted by: pinkturtle2 | Disember 24, 2009

Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwaan Menghasut

Ada kemungkinan kita akan menghantar pegawai kita ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan beliau atau mungkin juga Ketua Menteri sendiri boleh datang berjumpa kita - Ketua Polis Selangor

Polis Selangor Akan Siasat Lim Guan Eng Atas Dakwaan Menghasut

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan disiasat oleh polis berhubung satu kenyataan yang bersifat menghasut berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock yang diucapkannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu.

Menurut polis, ketua menteri itu boleh disiasat di bawah Akta Hasutan 1948. Difahamkan, Guan Eng semasa berucap pada konvensyen sulung PR itu telah menyatakan kematian Beng Hock adalah satu pembunuhan sedangkan inkues berhubung perkara itu belum lagi selesai.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Pesuruhjaya Polis Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima aduan yang dibuat oleh orang-ramai berhubung kenyataan Guan Eng itu.

Laporan polis berhubung perkara itu, katanya dibuat pada hari Isnin baru-baru ini.

Katanya lagi, ekoran laporan polis yang dibuat itu, pihak polis akan menghubungi Guan Eng untuk diambil keterangan.

“Ada kemungkinan kita akan menghantar pegawai kita ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan beliau atau mungkin juga Ketua Menteri sendiri boleh datang berjumpa kita,” katanya ketika dihubungi oleh The Star.

Khalid mengingatkan orang-ramai bahawa mereka tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa komen atau kenyataan berhubung sesuatu kes yang sedang dalam siasatan kerana itu boleh mengundang persepsi yang tidak tepat kepada masyarakat.

Kepada satu soalan, Khalid berkata, Guan Eng boleh disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. Mstar


Responses

  1. Kalau pembangkan beri komen…sikit2 hasutan…sikit2 hasutan

    Ape bende ni….?????

  2. Syabas PDRM khususnya Selangor…saya cadangkan supaya PDRM siasat SEMUA pemimpin pembangkang lagi canggih….maklumlah sebut saja pembangkang apa saja yang disebut akan melibatkan bermacam-macam kesalahan mengikut bermacam-macam akta….siasat jangan tak siasat…lagi cepat lagi wa tabik…..KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD PADA TOPI KAMU TU MEMANG KENA “CEKAP DAN TEPAT”

    SELAMAT MALAYSIA KERANA PDRM.

    • Selamatkan UMNO
      Selamat lah PDRM

  3. macam2 la

  4. PDRM= barua UMNO

  5. aku rasa LGE ni lebih baik dr sesetengah pemimpin UMNO..

    mangkuk ni lah yg cuba bongkar tabiat rahim tamby chik dulu.. ale2 dia yg ke dlm..

    tunggulah, saat kehancuran UMNo laknatullah di bumi ini.. amin

  6. Pulak dah!!!! Tak dapat tanduk telinga pulak depa puleh.

    Orang yang rogol cucu nenek Pandak relax sama anak bini kat rumah.
    LGE inilah orang yang bela nasib cucu nenek Pandak tapi dimasuk kedalam Jel oleh hakim melayu.

    Pastue depa dok dabik dada parti depalah yang membela orang melayu.

    Ketuanan melayu Umno tu lah yang dok memperhamba orang melayu.
    Kalau ada orang melayu yang tak sokong depa. Depa tuduh sebagai pengkhianat melayu.

  7. hmmm…apa kucing ni merepek ni…

    • Salam,

      Kucing dok habaq kat
      manusia.
      Kucing ni dia pandai berkata2.
      Dia kata LGE bela pompuan
      melayu kena toron dgn. sorang
      melayu melaka.Melayu melaka
      tu terlepaih LGE kena jel.
      Tu hebatnya ketuanan melayu.

      Kucing bleh faham
      manusia macam hang
      tak faham ka.

      Jgn. dok mai galak
      macam kucing miang..

      miaw…miaw…miaw..

    • Aslkm,

      Adoi adik Manis… aku dah kata puak hangpa ni buta sejarah… kaji kisah silam pemimpin pemimpin parti yang hang sanjung tu… kalau hang Melayu, memang hang Melayu buta???

      • Assalamualaikum semua

        aku rasa la…. tak dak gunanya kita dalam forum ni dok jawab apa-apa jugak tulisan daripada manis, rempahman, budak tadika dan gerombolannya sebab depa tu dah “hilang akai” sebagaimana hilangnya enjin F-5E dan segala-gala yang hilang sejak pemerintahan UMNO + BN di 1Malaysia ni… depa ni dah buta, mati hati dan pikiran….. dah tak boleh membezakan mana yang betoi dan mana yang salah….

        lagi pon aku dok perati, tulisan depa tu tak dak isi apa-apa pon, tak dak buah fikiran yang benas yang boleh digunapakai pon…. tulisan mengarut dan hampas jer….

  8. manis you memang pahit dihati,kucing cakap betul lu lalok habis.betul dan buntut pun lu tak tau beza.tuhan sudah janji kebenaran akan menang juga,doa dari orang yang dizalimi ta tak kila agama punya ma,pasti tuhan kasi,lu ta tak bacakah ma?.

  9. salam 1 malaysia
    nampaknya manis ni samada baru lahir,sebab tu tak tau apa yang kucing sebut tu,atau dah lupa apa yang berlaku.,atau buat2 lupa.

  10. huh…..Kucing bleh faham
    manusia macam hang
    tak faham ka.

  11. biasa la…
    CM penang ni kenkadang ngok jugak…
    benda-benda camni aku tak suka dengar ni…
    sakit otak..

  12. biasala umnongok! Depa dok hasut mcm2 sampai keluar keris nak bunuh cina haram tak dak tindakan apa-apa pun. itulah 1malaysia namanya, pembangkang didahulukan tindakan, rakyat diperbodohkan!

  13. Salam,

    Steady raaaaaah cm aku ni.Ada gaya dan umphhh.Lu sora benda yg betoi.Lu jgn. takut..
    bikin havoc 1 m’sia..Org. sudah mati dlm. tahanan
    depa mau taici lagi.Sora sikit pasai tu sudah mau bikin kalut kata perkauman…gelong punya ketuanan melayu 1 m’sia selalu mau bikin org. gaduh2.”””busuk punya sampai ke usus”””

    “”sekadaq cek det dok berletiaq”””””

  14. Sedih dan hampa sebab masih ada Melayu kita yang jelas ternampak kebodohan dan kebingunan depa.
    AKU sebenarnya malu kat LGE atas kes anak dara Melayu kita di’rogol’ (ikut istilah jenayah sebab budah bawah umur) oleh Melayu Kita tapi cina LGE ini dijelkan kerana bercakap benar.
    Hangpa ni bila adik beradik hangpa kena dibuat sedemikian kot, barulah hangpa nak melenting. Keadilan bukan terletak pada keturunan tetapi sejagat. ‘Keadilan’ untuk Melayu Kita lain dari yang lain. Yang AKU dok tengok, kalau Melayu Kita buat, tak -palah sebab Melayu Kita juga tapi kalau orang lain buat betul, kita marah sebab depa tu bukan Melayu kita. Kalau nak tunggu Melayu Kita tegur Melayu Kita, payah. Tengok saja pada geng si manis, budak tadika, …., yang salah pun depa sokong habis-habisan. Itu yang membuat AKU malu sebab bukan semua Melayu macam tu. Nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kita harap orang Cina akan hormati kita kalau kita tak dapat berlaku adil. Kalau kita berjaya sekalipun, depa akan kata Melayu Kita ni puak subsidi,……. Renungkanlah wahai Melayu Kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: