Posted by: pinkturtle2 | Disember 26, 2009

10 maut bas ekspres terbabas..

.
.

10 maut bas ekspres terbabas

26/12/2009 8:13am

Ipoh 26 Dis. – 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.

Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.

Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.

Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.

Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.

Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:

1. Noor Jismi Noordin (Kangar).

2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).

3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).

4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).

5. Shaharin Mohd Noor (Klang).

6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).

7. Supiah Adam (Klang).

8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).

9. Ng Kah Kit (Alor Setar).

10. Shaharin Mohd Noor (Klang).

– Utusan


Responses

  1. walaupun tahap keselamatan tinggi, tetapi sebenarnya..keselamatan penumpang bawah masih dalam bahaya…dua kes yang sama melibatakan kematian..bilamana bas ini terbabas..kerana..pembahagi jalan sama ketinggiannya dgn penumpang bawah..bas ini patut diharamkan kerana sebab keselamatan…jangan kerana keuntungan sykt ..mereka mengabaikan keselamatan..

  2. salam……….

    ini laa kalau kapitalis menguasai perkhidmatan pengangkutan d m’sia………depa pulun cari duit saja……..

    negara ini sebenaqnya negara kapitalis…….keselamatan??? go to hell dengan keselamatan……..bas jahanam boleh claim insurance………..orang mati………nayaaaaaaa saja

    bas dua tingkat ini memang patut diharamkan di M’sia……….jalan dan lebuh raya di m’sia ni bukan macam di negara maju….luas dan besaq……pasai depa pakai kereta besaq-besaq…….tengok truck yg depa pakai bukan mcm kita punya……..pasai tu sana jarang accident………mai sini nak pakai kereta besaq tapi jalan kecik nak mampuih…….tu pun jangannn……….pasai duit…..depa lantak jugak…….

    aku teringat kereta galah ( tram) di Penang dulu-dulu tu……..elok buat balik di bandaraya2 malaysia……..nampak pun segak……pollution free…………kalau sapa tak pernah tengok tram ni…..cari gambaq Ibu Mertuaku……..masa part P.Ramlee bawa Sarimah balik ke Penang lepaih depa menikah…….ada nostalgia jugak P.Ramlee buat gambaq tu……….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: