Posted by: pinkturtle2 | Disember 30, 2009

JAHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Ismail Petra

JHEAIK sahkan perkahwinan kedua Sultan Kelantan

Gambar Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra bersama isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad pada hari pernikahan mereka. Gambar ini diperoleh menerusi emel yang dihantar oleh Elia Suhana.


KOTA BHARU 29 Dis. – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) hari ini mengesahkan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra telah berkahwin dengan isteri keduanya, Elia Suhana Ahmad, 30, pada 31 Disember 2007.

Pernikahan itu disahkan oleh Ketua Pendaftar, Nikah, Cerai, Rujuk JHEAIK, Hasnan Ramli ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini lewat petang ini.

“Saya hanya boleh mengesahkan perkahwinan Sultan Kelantan dengan isteri kedua baginda itu,’’ katanya.

Semalam akhbar The Malay Mail dalam versi online melaporkan misteri identiti salah seorang daripada dua wanita yang dibawa melawat Sultan Ismail Petra yang gering di Hospital Mount Elizabeth, Singapura pada pukul 4.20 pagi 8 Oktober lalu.

Laman web tersebut semalam melaporkan pengakuan Elia Suhana sebagai isteri kedua Sultan Kelantan.

Elia Suhana dalam laman web tersebut mendakwa terpaksa mendedahkan kedudukan sebenar dirinya bagi memperbetulkan laporan akhbar Malay Mail pada 21 Disember lalu yang menyiarkan berita dua wanita dibawa secara senyap-senyap ke hospital itu bagi melawat Sultan Kelantan.

Penyiaran berita yang bertajuk Police Ruckus In Royal Ward dalam akhbar itu didakwa Elia Suhana telah menimbulkan pandangan negatif terhadap baginda, institusi kesultanan dan polis istana.

Utusan Malaysia hari ini turut menerima kenyataan akhbar setebal lima muka surat melalui faks yang ditandatangani Elia Suhana dan dikatakan turut dihantar kepada semua media untuk membuat penjelasan itu.

Turut dilampirkan salinan sijil perkahwinan serta kad perakuan nikahnya. Utusan


Responses

  1. Salam.

    Mana boleh komen.

    Isu Raja, sensitif.
    Isu kawin, pun sensitif.

    Yang boleh komen.
    TGNA aje.

    Tapi.
    TGNA pun, tak mahu komen.
    TG nak play.
    Playsafe.

    Sekadaq play-play saja.

    • Punya la mangkok hanyun Budak ni.
      Tak kan TGNA nak komen dalam hal ni

      Ini adalah cara sama macam yahudi
      Lain kali guna akal

      • Hai Bodoh.

        Ingat tadi, nak bagi salam.
        Tapi tak tahu pulak.
        Islam ke tidak.

        Sekarang ini, susah sikit.
        Penyokong TGNA.
        Ada yang Islam.
        Ada yang mengaku Islam.
        Ada jugak yang tidak Islam.

        Yang Bodoh bukannya tahu.
        TGNA dok pening kepala.
        Raja kawin.
        Ketua Penerangan Pemuda PAS kawin.
        Yang Melor kawin belum selesai.
        Tu yang kita tahu.
        Yang kita tak tahu.
        Wallahua’lam.

        Sekadaq yg Bodoh dengan mangkoknya.

    • Kawin kawin
      Kata BT semua nak kawin
      Raja kawin
      Ketua Penerangan Pemuda PAS kawin
      Yang Melor kawin belum selesai

      Lupa agaknya
      Bung Moktar pun kawin
      Anak dara…artis glamer
      Najib bukan main naik giler
      Budjet nyaris nak kena
      Yerlah ahli parlimen tengah mabuk cinta
      Kawin muda..!!!!!

      BT taknak merasa…???

  2. Bukan Sultan Kelantan saja yang kawin dua. Kalau betul2 korek, mungkin ada lagi Sultan yang dah kawin dua. Takda hal lah… depa ada duit banyak dan mampu nak menyara bukan takat dua empat pun bole…
    Yang tak bole kawin budak tadika taik ijau. Belum baligh..masih duduk celah ketiak Tokwan.

    • Salam Kucing kota.

      Takkanlah masuk,
      Tak bagi salam.
      Bermusim ke, budibahasa.

      Tapi, kita pun risau jugak,
      Kita dok bagi.
      Salam kucing, salam kucing.
      Nanti jadi kucing sungguh2 pulak.

      Jadi kucing pun, kiranya tak apa.
      Kalau berperangai kucing.
      Susahlah.

      Sebab kucing suka.
      Kencing merata.
      Berak merata,
      Baunya pun, baik sikit.
      Dari tikus.

      Jadi, kalau.
      Kucing kota, manusia berperangai kucing.
      Memang dahsyat baunya.
      Ada duit, nak kawin pun.
      Siapa tak mahu.

      Sekadaq kita kesian aje.

  3. YDP agong pon baru kawin sorang lagi,..
    nk heran apa..
    tu yg tiba2x Raja Permaisuri Agong masuk prince court hospital tu..

  4. Salam.

    yang nie hal rumah tangga depa.
    biaq pi kat depa la.
    nak kawin dua ka tiga ka.
    yang kita dok sebok2 pasai pa.
    perkahwinan tu Sunnah Rasul.

    akai ada ka….

  5. Kawih tu baguslah, tak macam pemimpin UMNO yang asyik duk meraba bini org dan ada skandal dgn artis2… inilah pemikiran UMNO, yg halal pun nak komen… yg jelas haram buat tak tau je!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: