Posted by: pinkturtle2 | Disember 30, 2009

Sebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand


Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bapa mentua Dr Rosli

KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” kata Mohd Noor Che Man di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 November lalu, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang juga adalah isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya, beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

“Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya. – Bernama

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand (Pettani) pada hari di mana Dr Rosli membuat pengumuman perletakan jawatannya iaitu pada 22 December 2009.Salinan surat nikah itu dan Semua dokumen berkaitan (kad nikah petani,salinan passport dan Border Pass) perkahwinannya di Pettani telahpun diserahkan kepada Ustaz Mustafa iaitu Peguam Syarie yang telah dilantik oleh Dr Rosli untuk didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

Jadi tidak timbul Dr Rosli telah melanggar Perintah Mufarokoh (Tinggal Berasingan) yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu seperti yang didakwa oleh bapanya di dalam beberapa akhbar pada hari ini,Kerana perintah mufarokoh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu itu adalah berdasarkan permohonan pembatalan oleh bapa mertuanya terhadap perkahwinan Pertama (di Selangor) Dr Rosli dan anaknya.

Apapun, penjelasan lanjut dan terperinci tentang pekara ini bolehlah dirujuk kepada Peguam Syarie Dr Rosli Sendiri Ustaz Mustafa atau tuan yang punya badan.Jangan pakai hentam tak tentu pasal.Buat fitnah pada pasangan yang telah berkahwin secara sah di Selatan Thailand.

Video Exclusif pengakuan Isteri kedua Dr Rosli iaitu Nor Ilyani pada kami akan didedahkan pada hari ini.Apapun tunggulah Perisik Rakyat keluarkan Video itu di Blognya


Responses

  1. Pakatan Rakyat (PR) Perlukan Pakar Politik Perang Saraf
    Posted on Tuesday, December 29 @ 16:59:18 PST
    Dilulus untuk paparan oleh brucekk

    Artikel Oleh: qatibun

    “Saya cukup tertarik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz (TGNA) baru-baru ini, dimana beliau menegur Datuk Mahfuz Omar berkenaan dengan kenyataanye secara terbuka menyuruh Arifffahmi meletak jawatan dengan seberapa segera?

    Kata beliau Datuk Mahfuz Omar tidak pandai berstrategy dengan membuat kenyataan secara terbuka.

    Apa yang boleh kita pelajari dari kenyataan TGNA ini? Mudah sahaja iaitu strategy berpolitik dan perang saraf?

    PR memerlukan tenaga tenaga muda untuk mengisi dan mengepalai strategy perang saraf ini bagi menumbangkan UMNO BN yang zalim lagi kejam dengan menggunakan pendekatan pendekatan moden ynag serba canggih.

    Cuba kita renungkan kembali peristiwa peristiwa yang berlaku yang boleh memecah belahkan PR ini sedangkan isu-isu yang dimainkan cuma begitu kecil dan hampir tidak ada isi pun.

    Contohnye isu tajaan TGNA ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji? isu menantu menjadi CEO? apasalahnye menantu menjadi CEO sekirannye beliau layak dan adil tanpa melibatkan sebarang isu rasuah. Isu mendoakan supaya golongan golongan munafik di hancurkan? isu kepala lembu di selangor? isu gambar bogel Elizabeth Wong? dimana beliau tidak bogel pun. isu PR berpecah belah? dimana PR ini tidak berpecah belah pun. Dan bermacam macam isu isu yang begitu kecil dan hampir hampir tidak menjejaskan sedikit pun periuk nasi rakyat pun?

    Dimana isu isu yang melibatkan Umno BN begitu kronik, parah, tragis dan ngeri untuk dinyatakan satu persatu? Hilangnye wang rakyat berbilion bilion ringgit di dalam skandal PKFZ? Dimana hilangnye Datuk Tiong Kin Sing? Kemana larinye Paduka OC Phang Pengarah Kanan Pelabuhan Klang? Apa cerita penglibatan Datuk Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran dalam skandal ini?

    Mana pergi menhilang enjin jet pejuang kita dengan harga sekitar RM50 juta? bukan satu tapi dua? Bukan tahun ini tapi sudah 2 tahun menghilang?

    Apa dah jadi dengan skandal kapal selam scorpion? dengan khabar komisyen mencecah sehingga RM500 juta? Gadis Mongolia mati? Anak baginda terlepas? Anak Razak sedang menikmati dipuncak istana? dua polis menjadi kambing hitam?

    Kemana menghilangnye PI Balasundram? Apa sudah jadi dgn statutory Declaration beliau?

    Runtuh runtuh runtuh Trengganu darul runtuh? Semuanye runtuh di treggganu? Masjid runtuh, stadium runtuh, stesen bas runtuh? Apa nak jadi dengan system politik di negara ini?

    Contoh contoh di atas cuma sebahagian kehancuran kebobrokan kehinaan Allah swt kepada pihak pemerintah Umno BN ynag zalim kejam hina lagi dina.

    NOW, cuba bandingkan isu isu yang dimainkan keatas PR dan Umno BN? macam langit dengan bumi? Isu isu PR terlaku kecil dan remeh manakal isu isu UmnoBN terlalu besar terlalu serious terlalu zalim.

    Maka disinilah ahli ahli genius PR yang terdiri daripada Pas/PKR/DAP memainkan peranan yang begitu berkesan untuk membunuh kesemua isu isu tersebut. Saya cadangkan langkah langkah seperti berikut :-

    1. Jangan biarkan musuh menyerang kita terus terusan. Kita mesti sentiasa berada di dalam posisi menyerang dan bukannye bertahan. Contohnye UmnoBN menyerang dengan mengunakan isu Pas Selangor keluar dari PR? apa balasan TGNA ke atas isu tersebut, beliau menyerang balik dengan menyuruh Umno keluar dari BN dan sertai PAS? Apakah hasilnye isu tersebut mati begitu sahaja tanpa ada apa apa kesan keatas PR secara total.

    2. Terbaru TGNA membuat kenyataan bangsa apa sekalipun boleh menjadi MB Kelantan asalkan Islam, berkaliber, adil, saksama dan berpengetahuan tinggi dalam hal ehwal islam dan politik? Apa reaksi budak budak Umno serang dan terus serang dengan kenyataan tersebut? TGNA gila, mana boleh ketepikan orang melayu, TGNA meminggirkan orang melayu, idea gila dan macam macam lagi? Apakah strategy yang sepatutnye dilakukan oleh PR? Kesemua pemimpin pemimpin PR keluarkan kenyataan dan bantu TGNA dan serang kembali Umno laknatullah ini? bagaimana contohnye Mr Lim Guan Eng pula mengeluarkan kenyataan sesiapa pun dan dari mana mana parti sekalipun dan bangsa sekalipun boleh menjadi KM Pulau Pinang? Asalkan adil dan saksama seperti Khalifah Umar al-khatab? Dimana Umno gagal merampas kembali PP selama 35 tahun walaupun mempunyai majority. This is the strong point hentam balik?

    3. Kumpulkan kesemua kes kes besar yang melibatkan jutaan ringgit wang rakyat hangus dan lebur begitu sahaja dan bentangkan sebagai satu MANIFESTO KERAJAAN PR? gunakan isu isu yang besar seperti diatas serang dan terus serang? jangan biarkan senyap dan sepi begitu sahaja? PUBLISH didalam journal journal, magazine, buku buku , facebook, blog blog, surat layang? kalau boleh gunakan international body untuk interfear di dalam negara malaysia yang ku cintai ini? Kalau tidak hancur leburlah negara ini seperti hancurnye Aceh dek akibat Tsunami?

    4. Tubuhkan kabinet bayangan? war warkan kepada rakyat semua? Jangan takut be confident? Gabungan Pas/DAP/PKR kombinasi yang cantik dan molek?

    5. Ceritakan kepada semua rakyat Malaysia segala keburukan kejahatan dengan memesongkan segala fakta sejarah, penipuan election, rasuah, kronisme, nepotisme dan macam macam lagi terus meneru. Serang dan terus serang jangan biarkan mereka menyerang dan kita bertahan.

  2. Umno Sepatutnya Keluar BN.
    Posted on Tuesday, December 29 @ 07:18:22 PST
    Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

    Analisis Isu Oleh: dperbatasan

    “Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

    Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

    Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

    “Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS,” jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

    Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

    “Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno),” jelasnya.

    “Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)…sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat.”

    Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

    Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

    Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai ‘Pemimpin Spiritual’ dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

    “Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini,” sinisnya.

    ( http://dperbatasan.blogspot.com/ )

  3. Salam.

    Kita ni, bukan apa.
    Kesian.

    Kesian kat TGNA.
    Dah nampak letih.
    Dah nampak tak rak,
    Dah nampat tak larat.
    Dah nampak lesu.
    Cakap pun dah mula.
    Terlepas-terlepas.
    Setiausaha2nya pun.
    Dah nak berenti, berenti.

    Lepas satu.
    Satu.
    Mula2 UG.
    Lepas tu nampak XGi.

    Dahlah letih.
    Coba nak serius.
    Timbul pula isu kawin.
    Yang muda nak kawin lagi.
    Yang tua nak kawin muda.
    Nampaknya.
    Kelate dah tak gi.

    Kalau gitu.
    TGNA kena gi.
    Kena gi tu.
    Kena bersara lah.

    Nota:
    Kalau kata, KENA GI.
    Kelian2 ni.
    Nasik kandaq.
    great chief.
    ati suam-suam.
    Kucing kota.
    BOBOI macam bubuq.
    mat.
    KeLi tak WoN.
    Bukan faham.
    Mana faham.

    Kalau dah tak banyak membaca.
    Manalah nak faham.

    Depa nak kawin, kawinlah.

    Sekadaq nak TGNA bersara aje.

    • Kali ni nak berkias
      Maksud dalam agenda
      Tak faham takpa

      Kat rumah PR ada tiang Sri
      Tiang utama
      Tiang lama..tapi kuat rupanya
      Orang BN cukup takut
      Rumah PR kuat binaannya
      Footing dia, slab beam and concrete dia
      Dari sekaki dah seekar luasnya

      BN dok fikir biar tiang sri kita kacau
      Kalau roboh..senang kita

      Adusss…fikiran dia letak mana?
      Rumah dia di tebing sungai
      Nak runtuh esok lusa..!!!

  4. ketua menteri sabah pun lantik menantu dia jadi ketua perbadanan kerajaan negeri.

    apasal kau org tak bising2???

  5. hamPAS followers,
    today word of da day is “CILAKO”. Remember “CILAKO”!!!
    ok? Now Pronouns “CILAKO!!”
    hahaha!!! Dat wat “TOK GURU” teach. I’ll follow.. hahha!!!

  6. umno tu dah lari dari akidah islam. betul kata TGNA, umno kena join PR bagi mempertabatkan ISLAM.

  7. jahil punya orang..nikah sindeket,tak tahu ke ianya tak sah?gi siam pun lum tentu jugak sah..kalau berwali tahkim..yg sama cam di selangor..bila kena batang hidung…pandai cari alasan,kalau kat org lain..berbagai tafsiran..ikutlah poerintah mahkamah,kalau nak buat atau set aside..perintah tu,buatla dengan cara yg betul..raban betu org politik ni..

  8. salam,

    nothing strange on the word’s cilako
    also did mention in al quran…

    “”””shit by shanon ahmad”””

  9. huhuhu

  10. […] Via Pinkturtle […]

  11. Salam.

    Orang PAS.
    Jadi Ketua Penerangan Pemuda PAS.
    Di bawah pentadbiran PAS.
    Depan batang hidung Mursyid PAS.
    Berkahwin di Selatan Thailand.

    Apa ke jadahnya.
    Apa dah jadi dengan Kelate.
    Apa dah jadi dengan PAS.

    Pelik bin Ajaib.
    Suku sakat mat.

    Sekadaq untuk menutup tirai.

  12. cerita kahwin dan cerita menantu.pada teman cerita hilang wang rakyat lagi hebat, mana nak tutup hilang enjin jet.kami dah faham sangat umnogok ni

  13. Nak tau le bab kawin selatan siamni. Yg aku belajar di sekolah sampai masuk u dan pi kat masjid dengar kuliah, nak kawin salah satu syarat adalah wali….wali paling atas bapa kalau hidup lepas tu lepas tu adik abang dan sebagainya. soalnya camna bila nak kawin tak pakai depa…sedih sungguh.
    kalau dah nak sangat gentleman jumpa depa…jgn bawak lari….
    udah le… aku taktau lak nak letakhukum kat mana…ustaz2 tolong jelaskan aku masih tak faham le dengan bab kawin kat selatan tanpa saksi sah daripada pihak pompuan… aku takut tak sah je…dok dalam keadaan haram…zina… minta penjelasan.. jgn main2

  14. salam…………..

    lambat sikit response tajuk ni…………

    aku heran laaa pasai apa pak mentua dr. rosli ni nak cari menantunya sampai lubang cacing………

    yang aku tau cacing ni orang buat mengai puyu dengan keli………….kan baguih pi cari sampai lubang bewak…………besaq sikit…………..budak tadika selalu pi cari cacing buat mengai puyu…….dia ni cekap bab mengail puyu ni………kalau tidak pun orang buat tahan taut saja…………tanya budak tadika laa tang mana banyak lubang cacing…………………..

    ibubapa ni sepatutnya berbaik sangka dengan menantu sprti dr rosli tu………….dia ni jenih sayang bini…….pasai tu dia pi menikah elok-elok……….patut sokong laa……….pak mentua jngn dok kelam kabut macam hilang akai………

    patutnya dia bersyukor………pasai menantunya bukan buat maksiat………dia menikah secara sah apa? kali kedua…………tak kira laa selatan thai ke, indon ke, mana ke………..perkahwinan di bumi Allah tetap sah kalau syarat dan rukun telah terpenuh………….jadi tepuk dada tanya selera……….nak lagi beselera………mai pekena nasik kandaq buang sepinggan dua……gerenti hilang baran di badan…………he he he

  15. Salam nasik kandaq.

    Apalah dah jadi kat cek ni.
    Nasik kandaq dah tak laku kah.
    Manalah nak laku.
    Tak cukup parpu.
    Asyik dok merapu saja.

    Rosli tu.
    Seorang doktor.
    Seorang PAS.
    Seorang pemimpin PAS.
    Anak didik TGNA.
    Tak cukup.
    Tak boleh fikiq.

    Baguslah.
    Kalau orang2 PAS approve.
    TGNA setuju.
    TGHA setuju.
    Nasa setuju.
    nasik kandaq tentulah setuju.

    PAS tentu popular.
    Popular seperti Arqam.
    Bukan apa.
    Senang kawin lebih.
    Tak susah2.
    Tak payah2.

    Sekadaq jangan dok merapu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: