Posted by: pinkturtle2 | Januari 25, 2010

Video Bantahan Terhadap Blogger Aduka Taruna

………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Pasukan Khas Siasat Blog Hina Almarhum Sultan Iskandar

JOHOR BAHARU, 24 Jan (Bernama) — Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.

“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

Mohd Mokhtar berkata kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.

— BERNAMA

…………………………………………………………………………………………………………………

Salah Satu Salinan Report Polis Terhada Aduka

[Report+Aduka+Taruna.jpg]


Responses

  1. Majlis Ta’lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin : http://wp.me/piAx4-15U

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

    Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

    Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

    KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA : http://wp.me/piAx4-15A

  2. assalamualaikum………
    sy terpggil nk mberi komen pada Makhluk Tuhan Paling BODOH ini(adukataruna)keran sesuka hati menghina SULTAN JOHOR,sya rasa pihak POLIS patut menagkap DIA dan dikenakan sekatan ISA.
    Sya sebagai RAKYAT JOHOR berasa sangat TERHINA apabila SULTAN yg DISANJUNGI sesuka hati DIHINA..Kepada SELURUH RAKYAT JOHOR SAMA2X KITA MENUNGGU BLOGGER INI DITAHAN PIHAK POLIS…

  3. Buka orang Johor saja marah aku orang kedah pun mendidih darah jugak. Aduka tak dak taruna nu blogger dari kelantan. bukan aku nak kata kat orang kelantan. orang kelantan baguih aku selalu pi kelantan tapi mankuk sekok ni yang gedebe tak tentu pasal.

  4. Sebab itu Islam meyuroh manusia bercakap dan menulis dengan adab.
    Paling tidak kalau bercakap atau menulis dengan tidak berfakta, insan lain boleh melihat dan menilai perkataan, ayat dan bahasa yang digunakan. Mungkin perkataan dan bahasa yang digunakan itu cantik dan sedap didengar dan menyebabkan insan lain akan mengambil dan mengangkat perkataan dan bahasa yang digunakan sebagai teknik bahasa dan persembahan ayat yang dilafazkan. Kan itu juga akan menjadi ilmu!.

    Penggunaan bahasa dan ungkapan yang kesat selalunya didorong oleh nafsu amarah. Maka syaitanlah yang menjadi muallim kepada golongan ini. Hasilnya perkataan dan bahasa yang kesat akan menjadi pulut yang dibinasakan oleh santan.
    Basi dan beracun.
    Aduka Taruna tidak seindah nama!

    • Salam Kucing Kota.
      Salam 1Malaysia aka
      Salam yang nasik kandaq suka.

      Itulah yang kira suruh sangat.
      Baca banyak buku.
      Sekarang, Kucing Kota faham.
      Kan.

      Ada adab.
      Ada ilmu.
      Jangan dok cari salah orang.
      Jangan dok kelentong.
      Jangan dok merapu.
      Kena fokus.

      Tolong kirim salam kat adik beradik.
      Nasik kandaq.
      great chief.
      dan yang lain2.

      Sekadaq apa ada pada nama.

  5. Dah tulis sesuka hati baru nak mintak maap. Dah takut lah tu. Masa menulis, tak takut pulak. Dasar pengecut! Berani ko menghina sultan. Ko ni tak layak duduk Malaysia. Pi duduk Zimbabwe. Sana tak de Sultan.

    Almarhum adalah sultan yang dermawan. Duit elaun baginda sebagai Y.D.P Agong didermakan pada rakyat jelata. Semoga Allah balas jasa Tuanku!!

  6. ha ha ha ha ha ha ha
    tulis laaa dgn ilmu mu
    setelah belajar sekian lama
    menghabiskan umur dan masa
    menghambat ilmu sebanyak2 nya
    maka tulis la dgn berilmu
    ha ha ha ha ha ha
    ho ho ho ho ho
    he he he he he
    cuma sebaik2nya
    se elok2nya
    se molek2nya
    biar la ilmu mu yg menulis
    ha ha ha ha ha ha ha ha
    lwak lawak lawak lawak

  7. Fikir itu Pelita Hati…biar marah sekali pun Islam x ajar kita memaki sesama manusia inikan pula menghina jenazah manusia yang telah meninggal dunia. Lidah itu lebih tajam dari mata pedang lukanya x nampak di mata namun pedihnya sampai ke hati..sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa..fikir2kanlah. Jangan sampai kita di tuntut di akhirat kelak untuk apa ilmu yang kita ada di hadapan ALLAH.

  8. subahanallah…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: