Posted by: pinkturtle2 | Januari 27, 2010

Azmin Akan Dedah Identiti Penyerang Rumah Ibadat


Responses

  1. KUALA LUMPUR 27 Jan. – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini didakwa dalam perancangan untuk melabelkan UMNO sebagai sebuah parti yang anti-Kristian dengan menjadikan isu penggunaan kalimah Allah sebagai mainan politik terbaru beliau.

    Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli hari ini berkata, ini kerana, sekiranya terdapat isu yang melibatkan kaum bukan Islam, Anwar ialah orang pertama yang didakwa akan mempolitikkan isu tersebut dengan tujuan mendapatkan sokongan kaum bukan Islam terutamanya rakyat di Sabah dan Sarawak.

    Semalam, Anwar terus mempertahankan sokongannya terhadap penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam seperti yang ditulisnya sendiri dalam ruangan pendapat di The Wall Street Journal bertajuk Orang Islam Tiada Monopoli dalam Penggunaan Kalimah Allah.

    Sementara itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Johari Md. Yasin berkata, untuk mencapai kepentingan politik peribadinya, Anwar akan melakukan apa sahaja termasuk tanpa segan silu mengeluarkan nas bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan perkataan Allah.

  2. Dr. M: Pakatan tidak akan kekal
    KUALA LUMPUR 27 Jan. – Gabungan pakatan pembangkang merupakan marriage of convenience (perkahwinan mutaah) yang tidak akan kekal lama, demikian bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulanginya hari ini.

    “Tidak ada apa-apa persamaan antara Pas, DAP dan PKR. Ia hanya marriage of convenience dan ia tidak kekal lama,” katanya kepada pemberita selepas melawat I-City di sini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pergesaran antara Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS.

    Mengenai isu dakwaan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, oleh seorang penulis blog baru-baru ini, Dr Mahathir, yang juga seorang penulis blog, berkata penulis blog tidak wajar menyatakan sesuatu yang tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun.

    “Kenapa guna blog untuk mencerca orang dan membuat tuduhan yang anda tidak dapat pertahankan? Saya ada banyak artikel dalam blog saya berbanding penulis blog lain. Saya tidak fikir mereka akan menahan saya setakat ini,” katanya dengan nada gurau. – BERNAMA.

  3. 1.Ketika Rasulullah Tersenyum

    2.Akhir Wasiat Nabi Muhammad saw Kepada Umatnya

    3.Waktu Adalah Pedang – Kalam Habib Abu Bakar al-Attas

    4.Hakekat Shalat – Al Habib Ahmad bin Abdurrahman As Seggaf

    5.Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    6.Majlis Ta’lim pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid

    7.Tidak ada semangat Islam – Harussani

  4. Zulkifli Nordin Dan Khalid Samad

    Posted on Wednesday, January 27 @ 05:10:59 PST by Paktam

    Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

    Saya amat berdukacita apabila membaca krisis antara YB Zulkifli Nordin dan YB Khalid Samad. Kedua-duanya sahabat yang dikasihi. Saya serba salah untuk mengulas. Namun isu ini telah dimainkan oleh media. Saya amat berharap ia menemui penyelesaian yang harmoni. Kedua-duanya pejuang rakyat, dan kedua-duanya mempunyai sumbangan yang tersendiri.

    Walaupun bukan lama saya bersahabat dengan Zulkifli Nordin, namun saya dapat memahami sedikit sebanyak hati nuraninya. Perasaan islami dan sayangkan masa depan umat Islam dalam jiwanya amat tebal. Walaupun kadang-kala saya berbeza pendapat dengannya, namun saya tetap menghormati jiwanya yang sensitif dan sentiasa berkobar-kobar dalam membela agama

    Adapun YB Khalid Samad baru sahaja saya bersahabat dengan beliau. Pada saya, beliau cuba agar Islam dilihat sebagai agama yang praktikal dan adil untuk semua pihak. Dalam menangani dakwah di Malaysia, apa yang menjadi masalah adalah bukan-muslim gagal melihat keagungan Islam, keadilannya dan kebenaran risalah tersebut sebagai bukti ia benar-benar dari Tuhan Yang Sebenar. Mesej inilah barangkali yang cuba disampaikan.

    Kedua-dua tokoh ini kesayangan kita semua. Kita tidak mahu ada antara mereka yang terbuang atau dipinggirkan. Jika hendak terpinggir, biarlah ahli-ahli politik sampah yang kontang idea dan sumbangan yang wujud dalam masyarakat kita. Bukan mereka berdua ini.

    Isu nama Allah semua kita sepakat bahawa kemungkinan untuk ia diselewengkan atau menimbulkan ketidakharmonian itu wujud. Cuma kita berbeza dalam menanganinya. Ada yang meminta agar dihalang secara mutlak. Ada yang menyatakan diizinkan, cumanya garis panduan mestilah ditetapkan untuk mengelak kegusaran. Jika garis panduan itu dilaksanakan dengan teliti, maka ketakutan pihak pertama juga mungkin dapat dihilangkan.

    Saya mengharapkan kedua sahabat ini tidak bertegang, kerana kita semua masih memerlukan khidmat mereka berdua.

    -dr mohd asri zainul abidin, USM

  5. Salam 1Malaysia aka
    Salam yang TGNA suka aka
    Salam yang nasik kandaq pun suka.

    Dedah, dedahlah.
    Jangan sampai terdedah.
    Nanti mendapat padah.

    Kita kena berhati, hati.
    Jangan agama dipolitikkan.
    Nanti celaru, tak menentu, menanti.

    Kita tengok, kita lihat, kita baca.
    Bagaimana pertelingkahan antara agama.
    Pertelingkahan sesama agama.
    Membawa padah.

    Kalau sudah tengok, lihat dan baca.
    Masih kita bingung.
    Maka bingunlah kita.
    Tak guna belajaq sampai ke Universiti.
    Paling tak guna.
    Pandai membaca.
    Boleh lihat.
    Boleh dengaq.
    Masih tak reti, tak reti.

    Sekadaq jangan salahkan Islam.
    Salahkan yang mengaku Islam.

  6. salam BT…………
    salam adik beradik………

    the end justifies the means…….

    tak guna tulih banyak-banyak……….harap BT faham……. dia banyak baca buku…….
    cuba semak novel oleh T.H Moore yg tajuknya seperti di atas…….
    baca juga The Prince oleh Machiavelli………..

    selamat membaca…………

    menanti BT dgn Bahan Terkininya (BT) atau sekadar Boleh Tahan (BT) saja atau Buat Tau (BT) tatapi Bukan Tau (BT) jugak…..

    sekadarq BT Boleh Tahan sajaaaa

    • Salam nasik kandaq.
      Salam 1Malaysia.
      Salam Sedaramara.

      Jangan ikut pemikiran dan cara barat.
      Kadang2 cara mereka pun tersangkut.
      Kalau tidak, taklah Nixon diwatergatekan.

      Perjuangan kita kena bijak.
      Kita boleh jadi Melayu Bijak dan Muslim Bijak.
      Kita mesti berjuang atas kebenaran.
      Kebenaran mengatasi segala2nya.
      Kita mesti berjuang dengan jujuq.
      Kerana itulah tuntutan ke atas kita.

      Bacalah novel barat, bukan tak boleh baca.
      Tapi, bacalah dengan fikiran terbuka.
      Gunalah pemikiran sendiri.
      Kerana akal Allah beri.
      Jadilah Melayu Bijak.

      Sesuatu isu hendaklah ditangani dengan bijak.
      Atur strategi.
      Jangan pakai lanyak saja.
      Jangan pakai kelentong saja.
      Takkanlah satu pakatan, tak ada badan strategi.

      Kita dah kata dari dulu lagi.
      Kita nak politik Melayu bertaraf dunia.
      Jangan masih dok cara kampong.
      Cara beri kain pelekat pada mat.
      Cara beri jamuan nasik kandaq.
      Cara beri melancong ke Kota Kucing.
      Cara mengutuk ati suam-suam.
      Cara menghasut KeLiWoN,
      Cara mangarut great chief.

      Kita nak UMNO kuat.
      Kita nak PAS kuat.
      Dua2 kena kuat.
      Dua2 boleh memerintah.
      Dua2 kita boleh tumpang bergantung.
      Baru kita boleh pilih chief.

      Kuat pada ideologinya.
      Kuat pada pendekatannya.

      Ini dok ikut cara pak arab.
      Hari2 nak lemah satu sama lain.
      Bila lemah.
      Senanglah dibuli.
      Bila kena buli.
      Di sini ternganga.
      Di sana terselak.
      Lama kelamaan.
      Mapuhlah kita.
      Kalau mati, senang pulak.
      Ini mapuh.
      Mati tak mati.
      Hidup tak hidup.
      Hanya Pada Hati.

      Yang tak terkini TH Moore.
      Yang tak boleh tahan great chief.
      Yang buat tau TumpangLalu.
      Yang bukan tau, nasik kandaq.

      Sekadaq jangan salahkan Islam.
      Salahkanlah pada yang mengaku Islam.

      • Assalamualaikum…..
        merapu tak keruan…. entah apa isi, apa mesejnya pon tak tau…. buat menyemak jer ruangan forum ni…..

  7. ha ha ha ha ha ha
    elok laaa tuuuu
    dah tahu,comfirm,approve cekup jeeee
    tanggungjawap namanya
    dah permainan manusia gitu lee bentuknya
    permulaan perebutan anak2 adam cam gitu lee
    masih tak bercahaya akalnya
    ha ha ha ha ha ha
    gulap gelita tak nampak apa2
    jadi nak terangkan kena laa guna hukuman
    supaya tak gelap2 lagi
    eeemmmmmm
    tak ada org minat kat kepala babi ni keee?

  8. Knpa letak kepala babi!!!, letklh boom k… Bru org x thu sape yg hntr… Nmpk sngt ada pihak tentu yg hntr benda mcm tu!!! Plastik pnya lh tebal takut kena samak lah pula nnti… Klau berani sngt gua nk cri p’nyetaan utk prgi b’juag k israel… S’tkat ni x ada yg nk isi borong… Wa nasihat siape yg nk bunuh diri k atau buat keje yg x maafaat bloh ikut ana utk mati syahik di israel… Sbb x ada yg kesengn bgi yg x m’jdi org besar o.k!!!

    • ha ha ha ha ha ha
      wei Sadina lu nak bagi borang ke nak kasi borong
      banyak lu punya kantong mau borong niiiii
      nak borong pi pasar borong laaaaa
      ha ha ha ha ha ha ha
      manafaatkan la hidup juga manafaatkan la mati
      supaya tiada yg sia2,semuanya bermanafaat
      itu laaa Syafaat
      kita minum dulu wweeeiiiiiii
      ha ha ha ha ha ha
      tongkat ali satuuuuuuuu

  9. Penentangan menggunakan nama Allah dan
    pencerobohan terhadap gereja oleh mereka yang diupah oleh Umno telah gagal menimbulkan ketegangan dan rusuhan kaum dan agama apabila tidak mendapat sokongan dari orang2 melayu dan pemimpin melayu dari PR.

    Politik cara melayu teknik kampungan yang telah diamalkan selama 52 tahun oleh Umno masih diteruskan walaupun terbukti gagal.

    Ugut, rasuah dan upah. Ugut dah banyak dah yang kena ugut. Rasuah dah banyak dah yang dapat rasuah, sekarang ni Umno main upah pulak.
    Umno upah pemuda BN yang bukan Islam supaya meletakan kepala babi kat pintu masjid. Yang dapat upah tau jugak takut nak lontar kepala babi kedalam masjid. atau dinasihatkan jangan campak kedalam masjid, sebab yang upah itu melayu Islam Umno.yang masih hormat pada masjid.

    Kepala babi hutan tidak ada dijual didalam pasar, tetapi kepala babi ini dibekalkan oleh orang asli bukan Islam yang mendapat upah memburu babi dan kepalanya diserahkan kepada melayu Islam Umno, dan hendaklah dibungkus dengan lapisan plastik yang tebal supaya darahnya tidak tercicir, ditakuti terkena tangan Islam melayu Umno.

    Plastik yang mengandungi 2 kepala babi hutan ini diserahkan kepada pemuda BN yang bukan Islam yang diupah supaya meletakan dipintu masjid.

    Masjid yang dipilih ialah masjid di Taman Dato’ Harun yang terletak dikampung Medan, Kampung yang pernah terjadi isu dan hampir menjadi perang perkauman antara Melayu dan India tetapi telah gagal marak keseluruh negeri Selangor.

    Kg Medan telah direncanakan sekali lagi dengan isu kepala babi di 2 buah masjid dengan harapan akan berlaku ketegangan atau rusuhan kaum diantara orang melayu Islam dan kaum yang bukan Islam. Sekiranya berlaku rusuhan kaum dan merebak keseluruh negeri Selangor, dengan sendiri satu peristiharan MAGERAN dapat dilaksanakan dan akan mengambil masa selama dua tahun yang mana pada ketika itu telah hampir kepada PRU 13.
    Semasa MAGERAN menguasai Selangor kerajaan BN dikira sempat menggunakan segala hak kerajaan Selangor salah sebuah negeri yang terkaya di Malaysia ini, dan BN akan merancang sesuatu bagi menawan semula Selangor dalam PRU akan datang dengan bersenjatakan isu perpaduan kaum seperti yang pernah direncanakan semasa 13 May 1969* yang selepas itu Umno telah menang besar.

    Itulah strategi dan tektik primitif Umno yang dijangka kononnya masih lagi berkesan untuk menang dalam pilihanraya dan seterusnya dapat lagi memerintah Malaysia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: