Posted by: pinkturtle2 | Januari 29, 2010

Ir Mustafa Salleh, Dilantik CEO PMBK Yang Baru

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang - Ariffahmi

Ariffahmi serah tugas CEO PMBK

Isu membabitkan Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhirnya berpenghujung apabila kedudukannya di agensi itu berakhir 31 Januari ini.

Petang tadi, berlangsung majlis perpisahan dan serah tugas yang disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tempat Ariffahmi diganti bekas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Sebelum ini, menantu menteri besar itu menghantar notis meletak jawatan yang akan berakhir pada 23 Mac hadapan.

Bagaimanapun, ia dipercepatkan lagi bagi membolehkan pengurusan baru mengambil alih tanggungjawab.

Isu membabitkan Ariffahmi timbul ekoran wujud dakwaan berlaku penyelewengan sehingga Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malayasia (SPRM) membuka fail siasatan.

Kesnya tersebar kepada umum ekoran sebuah blog milik bekas pegawai PMBK yang mendedahkan pelbagai isu membabitkan Ariffahmi.

Ketika ditemui beliau memberitahu telah menerajui agensi korporat milik kerajaan negeri itu sebagai Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) selama lima tahun dua bulan.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan parti kerana memberi peluang kepada saya berada di PMBK selama ini.

“Saya juga berharap Ketua Pegawai Eksekutif baru dapat meneruskan segala agenda yang telah dijalankan dan menambah baik apa yang ada sekarang,” katanya.

Pada majlis itu anak-anak syarikat PMBK menyampaikan cenderahati kepada Ariffahmi sebagai tanda ingatan.

Hadir sama Pegawai Kewangan negeri, Faudzi Che Mamat, Pegawai Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan pegurus-pengurus anak syarikat di bawah PMBK.

Ir Mustafa pula melahirkan iltizam akan meneruskan usaha yang telah dilakukan Ariffahmi sebelum ini bagi meneruskan kecemerlangan agensi tersebut.

“Saya berharap mendapat kerjasama semua agensi kerajaan dan syarikat-syarikat anak bagi melancarkan lagi pentadbiran PMBK.

“Terima kasih juga kepada pimpinan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya menerajui syarikat besar seperti PMBK,” ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul ketika berucap ringkas pada majlis tersebut turut melahirkan rasa sedih dan menghargai sumbangan Ariffahmi sepanjang berkhidmat di PMBK.

http://www.harakahdaily.net


Responses

  1. Bagus lah cepat2 insaf dan kalau ingin kaya tunjuk kan kepandaian dankebolehan kita dengan berniaga sendiri tanpa mengharap ehsan pertolongan orang lain atau menguna kddkan tertentu dalam mencebori bidang niaga. Tiada kerja pakai kereta besar kerana dapat balak dan tanah kerajaan perolehi daripada MB.

  2. cukuplah kita memberi komen2 yg negatif kalau kita benar2 sayangkan tokguru. cukuplah dia dibebankan dgn bermacam2 isu. meskipun dia tokguru yg tahan ujian..dia adalah manusia spt kita…

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam Adik Beradik aka
    Salam Sedara Mara aka
    Salam Suku Sakat aka
    Salam yang TGNA suka aka
    Salam yang nasik kandaq dah suka.

    Kita budak tadika suke2, beriang ria.
    Kita tak suka yang bengang2 kepala.

    Alahai.
    CEO.
    Semua orang nak jadi CEO.
    Semua besaq.
    Elaun besaq, kereta besaq, gaji besaq.
    Yang depa tak suka.
    Bini besaq.
    Nanti kena join.
    The Biggest Loser.

    Kadang2.
    Kadang2lah.
    Seronok kita tengok dengan.
    Perangai Melayu.

    Bila dapat ijazah.
    Tak kiralah.
    Akitek ke, jurutera ke, undang2 ke.
    Dah.
    Jalan pun dah lain macam.
    Terasa di belakang baju, ada tulis.
    Degree2, Ijazah2, Universiti2.
    Di kereta pun.
    Terpasanglah nama universiti.

    Di kampong, di rumah.
    Tok2 nenek, suku sakat.
    Mulalah bercerita.
    Yang hebat2 tentang anak2, sedara2.
    Mendapat Ijazah.
    Berkandaq-kandaq ceritanya.

    Tapi, lah.
    Bila dah keroja.
    Nak bagi kat mak bapak.
    Terutama yang terpaksa kandaq2.
    RM10 sebulan pun. susah.
    Silap2 haribulan.
    Dikautnya lagi duit mak bapak.

    Tapi.
    Alhamdulillah, semua ini.
    Tak berlaku pada anak orang2 PAS.
    Anak orang2 PAS selalu bagi.
    Sekurang2nya 5% dari gaji.
    Tiap2 bulan.
    Pada mak dan bapak tersayang.

    Berbalik jadi CEO.
    Ini tanggungjawab, ini amanah.
    Ada Ir, bukan jaminan.
    Sekadaq Ir, bukan penentu.
    Ir mesti ada plus, plus.
    Plus pengalaman.
    Plus Financial Management.
    Plus Communication skill.
    Lagi banyak plus, lagi bagus.

    Ini amanah, bukan sebarang amanah.
    Ini amanah, ada kaitan dengan Islam.
    Ini amanah, ada kaitan kewibawaan TGNA.

    Berjanjilah pada diri, wahai Ir Mustafa.
    Akaun mesti hitam.
    Bottom Line mesti Hitam.
    Kalau akaun merah, letaklah jawatan.
    Itu akujanji seorang yang jadi CEO.
    Kalau tidak, Kelate dan PAS tak gi.
    TGNA pulak kena gi.

    Sekadaq jangan salahkan Islam.
    Salahlah pada yang mengaku Islam.

  4. ha ha ha ha ha ha ha
    kalu tukar berapa rupa org pun tetap sama kan
    tempat kerusinya tetap CEO
    yg berubah cuma rupa orgnya
    ha ha ha ha ha ha
    kerana pengenalan kroni ni d keluarkan
    maka banyak la yg berimiginasi pelik2
    kalu syarikat tu tak bermasaalah buat apa bertukar CEO
    lain kalu kroni yg mendatangkan masaalah kelakuan atau kewangan
    tapi kalu pegi perang bule pulak anak menantu yg jadi ketua supaya mati dulu
    kalu jaga harta tak bule kerna anak menantu kaut wang banyak sgt
    ha ha ha ha ha ha ha
    terpedaya juga dgn imiginasi dan bisikan yg salah
    ha ha ha ha ha ha ha
    nak buat camna yaaaaaaa


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: