Posted by: pinkturtle2 | Januari 29, 2010

keputusan yang teramat tidak masuk akal – Edyes

Saya Berhenti Blogging Berkuat Kuasa SERTA MERTA – Edyes

Dengan keputusan jawatankuasa displin PAS yang sangat mengecewakan, dengan keputusan jawatankuasa PAS yang ter-arah kepada pembentukkan Kerajaan Perpaduan, Saya mengambil satu langkah yang amat drastik demi untuk tidak membuang lebih banyak masa!

Sebagai tanda PROTES terhadap keputusan jawatankuasa displin PAS yang diumumkan sebentar tadi, saya edyes, webmaster edyesdotcom akan berhenti berblog!

Untuk apa saya mempertaruhkan risiko kehilangan pekerjaan, risiko ditangkap dan disumbat ke dalam lokap, serta pelbagai lagi risiko, jika akhirnya satu keputusan yang ter-amat tidak-masuk-akal diterbitkan dari serumpun cendiakawan yang berjuang atas nama Allah.

Sehingga satu waktu yang difikirkan sesuai untuk saya kembali, blog edyesdotcom akan diubah menjadi satu blog directory untuk tatapan pengunjung.

Inilah saat paling upset bagi saya sejak memainkan peranan kecil dalam politik tanah air, dan teramat malang sekali kerna ia hadir dari sebuah parti perjuangan Islam PAS!

Saya akhiri blogging saya dengan sebuah pantun;

Paku dulang paku serpih,

Paku berkarat yang keparat juga yang lebih!!

FAKAP FOR ALL !!!

Assalamualaikum…

http://edyesdotcom.blogspot.com

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Berkaitan..

1.Khalid Samad digantung kerana pertahan PAS dan Pakatan Rakyat?

2.Tuan Ibrahim Tuan Man, anda MANGKUK

3.Yang pertahankan PAS dan kerajaan PR digantung,Yang menghuru-harakan PAS dan PR diberi amaran???

4. Satu-satunya Parti Islam Yang Tidak Mengamalkan Keadilan

5. Selamat tinggal PAS: Anda zalim

6. Pembuat perjumpaan rahsia dgn blogger UMNO dilepaskan,Yang mendedahnya  digantung

7. Saya dari mula lagi telah meragui Badan Disiplin ini…

8. PAS sedang menuju kehancuran… Ini memang benar…


…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apa punya keputusan ni. Org yg pertahankan PAS dan kerajaan PR digantung. Tapi org huru-harakan kerajaan kerajaan PR dan sentiasa ambil sikap yang berlawanan dengan kerajaan PR hanya diberi amaran. Keputusan ini beri signal yang salah kepada rakyat- Dari Blog Penarik Beca


Responses

  1. Memang FAKAP PAS nih… tunggu masa jer la… ader can PAS melompat masuk BN… hahaha…

    Macam pundek betul la PAS nih….

  2. Jangan terlalu mudah membuat andaian kerana orang kesukaan anda berada dipihak yang salah….Mereka yang dilantik dan terpilih ini adalah golongan-golongan terpilih bagi memimpin PAS hari ini……mereka tahu apa yang benar dan apa yang salah, jika sudah tak suka kepada kepimpinan PAS sedia ada anda boleh lakukan perkara berikut:

    1) Berkempen habis-habisan mulai sekarang agar calon-calon pilihan anda menang bagi pemilihan akan datang atau
    2) Keluar saja dari PAS….

  3. Beb, aku balik2 dah nampak benda ni. Ikhlas cakap, aku takde la terkejut, sebab aku predict dua-dua kena hukum gantung. Tapi aku dah agak dah masa baca berita ni, konfem ada blog2 bodoh akan mengamuk. Al-maklum la bhai, bila keputusan tak kena dgn hati depa, hah mula la mengarut benda bodoh. Tak adil la, apa la. Tak memasal nama Us Nasha pun naik sekali. Kenkonon, Hasan tak kena hukum sebab Us Nasha ada masa tu. Laa.. apa ke bodoh sangat la.

    So kepada adik-adik aku yg baru nak kenal dunia politik, meh abang bagitau apa kes depa berdua ni dibicarakan.

    1. Khalid dibicarakan kerana mendedah hal mesyuarat PAS negeri. Jadi dalam soal ini, dia dibicara dalam soal amanah kepada kerahsiaan parti. Nak bagitau, tak kirala kecik dan remeh mana pun sesuatu hal tu (dlm mesyuarat), tapi bila ia adalah rahsia, kesalahan mendedahkannya tetap jadik besar.

    Amanah bhai… amanah! Kalau tak sanggup pikul amanah, toksah duduk dalam mesyuarat. Pi main jejauh la..

    2. Hasan ni dibicarakan dlm kes selcat. Kes selcat ni lebih kpd kerajaan negeri punya masalah. Jadi, terulang pd TSKI nak pecat dia or tak. Dan teguran Hasan Ali ni tak proper. Tapi semua orang yang pakai otak dan hati tak busuk tau kritikan Hasan tu betul. Kalau tak betul, takkan TSKI pun setuju nak perbaiki Selcat!!

    Yang korang merepek pasal kes baiah itu, ia bukan rahsia pun. Dan orang dah tau sebelum dia bagitau lagi. Cuma jadi heboh bila orang UMNo popularkan isu baiah tu.

    Kalau TSKI pecat Hasan ni pun, aku tarak hal punya. Kuasa dia la. Tapi ingat sikit TSKI, kau kena ganti dengan orang PAS jugak. Kang tak memasal ada orang PAS tak puas hati pulak. Aku cadangkan nama YB Dr Shafei or YB Saari Sungib. Dua-dua ni sesuai la pegang peranan EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

    So, sila paham isu sikit sblm nak bantai.

    Okeh, babai.. Nak bantai aku..sila!

  4. Semua pemimpin dan ahli PAS kena Wala’ kepada keputusan AJK disiplin Pas yang dipilih oleh pemimpin2 tertinggi dan kanan PAS.

    Semua ahli hendaklah membiarkan hidung mereka dicucuk dan diheret oleh AJK disiplin PAS..

    Ada paham ka?.

  5. SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam Adik Beradik aka
    Salam Sedara Mara aka
    Salam yang nasik kandaq suka aka
    Salam yang Kucing Kota akan suka.

    Apa nak jadi dengan Kucing Kota sorang ni.
    Kot ni, tak kena.
    Kot tu, tak kena.

    Kalau kucing pun susah.
    Nak dicucuk hidung dan diheret.
    Mu ingat, senang ke.
    Nak cucuk hidung dan heret AJK disiplin.
    Kucing tak dak disiplin pun susah.
    Ni kan pulak yang berdisiplin.
    Sedih TGNA.
    Baca tulisan mu.
    Nasik kandaq tumpanglalu pun sedih.
    Tak apalah.

    Sekadaq TGNA dah nak bersara.

  7. ha ha ha ha ha ha ha
    tiada ku letak Islam ku pd mana2 dan apa2 benda
    telah ku patrikan ke dalam jiwaku
    yg takkan terusik oleh apa2 yg ingin mengusik
    walaupun PAS itu berkubur dan bernisan
    aku tahu mana yg patut ku letakkan ISlam ku
    ha ha ha ha ha ha ha
    berigiminasi yg salah akan mendapat gambar yg salah
    pandangan yg bermasaalah hanya kerna memandang sesuatu struktur yg kurang jelas dan tidak menyeluruh
    seperti dosa itu terlalu membebankan hidup
    walhal itu laa perbuatan yg paling tuhan sayang ketika kita bertaubat
    sedang org yg tak berdosa itu tuhan pun heran ketika ia meminta taubat
    eeemmmmmmm
    mengapa terjadi sengketa
    walau pun ia berada dlm satu bendera
    ha ha ha ha ha ha ha
    tentu yg ada hanya diri tanpa ada tuhannya
    jika ia berada bersama tuhannya
    pasti tiada sengketa kerna yg ada cuma satu suara
    suara tuhannya iaitu KalammuAllah–Al Quran
    ha ha ha ha ha ha
    kecewa pasti kecewa
    kerna mereka memburu perjuangan dgn dirinya
    bukan dgn ketentuan dan kehendak tuhannya
    jika itu takdir apa yg hendak d kecewakan
    semua telah d latih dgn baik d balas baik
    jahat d balas jahat
    tapi apa itu jahat dan apa itu baik?
    ha ha ha ha ha ha ha
    imiginasi yg salah,imiginasi yg salah tentang Islam kerna Imannya entah d mana

  8. salam Edyes…………..
    salam BT……………….
    salam adik beradik……..

    awat laa yg hang nak stop berblog pula……. kalau tak puas hati pun hang jangan dok bakaq blog hang tu………mau cool laa sikit…….. kalau nak kira aku ni pun………apa yg Budak Tadika tak kata kat aku……..tapi aku anggap macam tapai ngan pulut saja……..kalau aku tak makan tapai aku sentai pulut………..dua-dua pun jenis pulut gak……..baru laa terangkat sikit…….kalau gaul aka goi ngan nyioq lagi laa terangkat…….mau ada gelama masam……lagi laa ummph

    orang kalau nak protes……..orang tak buat macam tu…….. orang tak baran macam hang tu…….

    hang tengok apa kata Khalid Samad…………
    “Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR”

    Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai-Khalid Samad

    haa macam tu laa baru orang kata anak jantan….sikit tak heran……..
    kalau khalid kena macam tu pun dia relax saja….. yang hang Edyes dok becempera pasai apa?

    kematangan dalam siasah ni kena belajaq, kena baca buku banyak-banyak mcm budak tadika tu………kecik-kecik dah baca banyak buku…….jangan sekadaq banyak simpan buku tapi tak baca sudah laah………..

    kalau nak rasa kecewa…. aku pun kecewa juga…..
    patutnya orang yang huru hara kan Pas tu….
    orang yang dok panggil blogger….lepas tu dedah perkara yg tak patut dedah……..kpd blogger grombolan tu diharap dapat habuan dia………tapi keputusan kata dia telepas……..awat sayang sangat ka depa kat dia ni sorang…….dia lebih buboq dari mangkok……….tu yg jadi lagu tu… tu

    sekadaq salut kat Khalid Samad……..
    anda lah hero sebenarnya……….
    hero kalau dalam film kadang-kadang dimatikan…..baru lah cerita jadi suspen…….

    sekadaq jangan berenti berblog
    sekadaq jangan dok simpan banyak buku tapi tak baca

    • baik baca buku dari blog.. lagi byk pekdah.. takde kesudahan politik ni.. kecewa sekejap.. suka pon sekejap..

  9. Salam nasik kandaq aka
    Salam adikberadik aka
    Salam sedaramara.

    Kita tak kenai dengan Edyes ni.
    Tak pernah masuk pun blognya, sebelum ni.
    Cuma semalam, kita buka.
    Bila dia kata nak berenti.
    Kita senyum, merajuklah Edyes ini.

    Jangan lekas merajuk.
    Hodoh.
    Itu baru sikit saja.
    0.00000000001% Nelson Mandela pun tak de.
    0.0000001% Brother Anwar pun tak de.
    Siksanya mereka.
    Nasik kandaq faham sangat.
    Dah berkandaq-kandaq masalah politik.
    Tapi nasiknya, tetap dikandaq.

    Kalau nak merajuk pun, merajuklah.
    Tapi biaqlah.
    Hanya pada hati.
    Tapi blogging, janganlah berenti.

    Harap2nya semua dah faham.
    UMNO pun ramai manusia.
    PAS pun ramai manusia.
    Setiap manusia.
    Ada citarasa, ada ego.
    Susah nak jaga manusia.
    Nak damai manusia.

    Sekadaq baca buku tak jadi.
    Sekadaq mengaji pun tak jadi.
    Sekadaq jadi ustaz, tokguru, ulamak.
    Pun tak jadi.
    Manusia kena bertaqwa.
    Manusia kena beriman.
    Untuk menerima/ menghadapi.
    Realiti hidup ini.

    Itu sebab, bila sukusakat.
    Kutuk UMNO.
    UMNO tak bersalah.
    UMNO bagaikan jentera.
    Yang baik atau yang tak baik.
    Ahli2 dan pemimpin2 UMNO.

    Begitulah juga dengan PAS.
    PAS adalah jentera.
    Kuat atau lemahnya PAS.
    Bergantung pada ahli2 dan pemimpin.

    Takkan itu pun tak tahu.
    Kalau tahu, mengapa dok kutuk UMNO.
    Binalah PAS.
    Tunjukkan kekuatan PAS.

    Jadi blogger2 PAS kena berenti kutuk UMNO.
    Blogger2 PAS kena ketengah kekuatan PAS.
    Satu2.
    Apa kekuatan Presiden PAS.
    Apa pula istimewanya Mursyid PAS.
    Tiap2 pemimpin PAS mesti ada blogger sendiri.
    Ketengahkan, ketengahkan.
    Jangan dok asyik kutuk UMNO.
    PAS sendiri pun, tak terurus.

    Lihat kepada pemimpin2.
    Kekuatan mereka.
    Jangan dok asyik cari kelemahan.

    Nak kata tak baca, baca.
    Nak kata tak faham, faham.
    Tapi, ta reti, tak reti.

    Sekadaq sakitnya hati ini.
    Bila orang PAS tak reti-reti.

  10. hampa buat la apa yang patut.. janji umno lepas ni x jd kerajaan dah..

  11. 1. Bismillah..
    MANUSIA ini makhluk. Ada akal. Haiwan pun mahkluk. Ada naluri.
    Dalam 24 jam manusia tidak siuman sepenuh masa. Ia tidak siuman dalam tandas dan bilik berpasangan. Nafsu kebendaan cepat merayap ke mata dan hati.

    KEMBALILAH KEPADA LANDASAN DAN FAKTOR POLITIK UNDIAN DAN SISTEM DEMOKRASI YANG LEMAH ALA Wesminster Abbey…DAN KEKUATAN PLUTOCRACY yang bersarang biak dalam DEWAN PERNIAGAAN dan BANK.

    BELAJARLAH falsafah dan dasar politik terus kepada perkembangannya. Malaysia dan kebanyakan negara Islam masih teperangkap dalam belon bocor dengan demokrasi liberal ala WESTMINSTER ABBEY… selama ini.

    TAMBAHAN PULA NILAI WARISAN MELAYU dan ISLAMnya masih sangat lemah wibawanya, tidak bermaya dalam cara berfikir. Otak kebanyakan pemimpin Melayu melekat di siling ; gerak dalam bilik yang terkuci atau dalam belon bocor yang melayang…

    ISU KHALID dan HASAN~ DAN “LELONGAN POLITIK”
    BAB PERTAMA :
    Minta Khalid dan Hasan Ali periksa kembali urusan hidup niaganya masih ada titik hitam dalam urusan niaga mereka. Jangan ia ber”cendawan” dipangkal “Buluh” dan…
    MAAF JIKA BERITA TIDAK BENAR. Boleh semaK.

    BAB KEDUA : nAMPAK ORANG AIR sELANGOR SUDAH RAPAT DENGAN SI DIA…Seimbas pandang …

    BAB KETIGA~ MINTA…siapa yang mahu sambung siapa makan lada dia rasa pedas, BUKAN ?

    TATATERTIB dan PENGESAHAN :
    DALAM KERAJAAN apa yang didengarkan dan baca bahawa sesuatu KENYATAAN yang disebut walaupun oleh Sultan, Perdana Menteri, Menteri atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua tidak boleh dijadikan “kenyataann sah” selagi ia tidak gezet atau sebut dalam penyata kerajaan.

    Berikutan dengan itu maka dalam sesuatu organisasi yang berperlembagaan peryataan atau “isu” yang keluarkan oleh sesaipa pun, walalupun TGN Aziz hanya berupa sebuah pernyataan peribadi selagi ia tidak disahkan oleh “ijma” pimpinan organisasi.

    PERNYATAAN INI PERLU DISIARKAN DI HALAMAN HADAPAN SUARA ORAGANISASI SEPANJANG MASA SUPAYA IA TIDAK MENJADI SASARAN RAKYAT ATAU MANA-MANA PIHAK TERHADAP ORAGANISASI BERKENAAN.

    Sekian dahulu.
    ahmadnun@gmail.com + Aq~ 310110~


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: